ilham Ma'mum

Isnin, 18 Januari 2010

45 minit yang berlalu =)



NajmeeQamar

Salam shbt2 semua, apa khabar ye? sehat? ana alhamdulillah mcm ni je syukur =)
ana ingin berkonsi bersama teman2 semua pengalaman ana yang sudah bekerja, kawan2 ramai jgk yg bertanya "kenapa tak sambung luar mcm kwn2 enta?" ana melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Mujahideen@ UKM he2...berbekalkan duit yang ana pinjam dan ana sudah langsaikan ana berjaya sambung walaupun usia makin meningkat tetapi semangat dan aura utk belajar masih membara.

Allah berfirman : maksudnya...

“Allah Menganugerahkan peningkatan darjat kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan juga orang-orang yang Dikurniakan ilmu pengetahuan”.
(Al-Mujadalah: 11)

bukan mudah bagi ana, krn ana adalah seorang abang kepada 6orang adik2 yg masih menuntut. Setakat ini alhamdulillah ana percaya rezeki itu datangnya dari Allah Taala...mg Allah jadikan kita hamba yg bersyukur. Ana teringat lagi time dulu2...abah ana terpaksa berkorban utk menjualkan motornya...semata-mata utk melihat anaknya bersekolah seperti anak2 orang lain...ana mengalirkan airmata...
bila imbas kembali kesusahan kita...rupa2nya ada yang lagi susah hidupnya...tanpa Ayah dan Ibu...huhu...teringat kat Mak ana..Mama yg berkorban mencari rezeki...
Mak bangun pukul 4.30 pagi utk buat kuih hari2...dihantar dan dijual...
Kuatkan semangat Mak!!! ini semua ujian...bersyukurlah..



FirmanNya yang bermaksud :

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut
ibu-ibu kamu tidak mengetahui apa-apa dan dia mengurniakan bagimu pendengaran, penglihatan dan perasaan, semoga kamu bersyukur.
(al-Nahl: 78)

Ana disini ada tanggungjawab yg besar...ana belajar dan bekerja merupakan satu pakej yang terbaik buat masa ini, walaupun penat seharian namun malam2ku...ana jarang sekali tidur awal...ana merasa kosong nanti..malam2 ana isi dengan buku2 yg ana beli..ana suke kumpul...menarik!!! selain itu ana akan siapkan lagu atau lirik2 atas permintaan para Daie' yang meminati nasyeed. Chaiyok2!!! ana juga akan reka design yg menarik bagi dimuatkan dalam blog ana yang comel ni he2 Oh...Allah aku bersyukur dengan kesederhanaanku ini....=)


Berinspirasikan Surah al-Asr apa yg dapat ana cedok :

1. Beriman dan Beramal Soleh
2. Berpesan dengan Kebenaran
3. Berpesan dengan Kesabaran

ana ni takleh duduk bersahaja atau diam je..mesti nak buat sesuatu...jadi ana cari duit lebih dari mana-mana pun..asalkan ia halal dan baik kan2. Betul3 kan upin ipin he2 ana tgh kumpul duit...simpanan utk sesuatu tuntutan sunnah yang "amat penting" he2 kawan2 mesti faham kn2...doakan ana insyaAllah. Ana tidak sukakan kekayaan dan ana bencikan kemiskinan...tetapi ana cintakan kesederhanaan =) Rasulullah menjadi model utama ana,nta,nti,antum,antunna kn2..kullluna aminnnnn selalu selawat tau walau sibuk =)



Firman Allah yang bermaksud :

Tidak kami utuskan engkau (Muhammad), melainkan utk menjadikan rahmat sekelian alam.
(al-Anbiya' 107)


itu saja titipan hati ana buat hari ini moga antum semua dilindungi dan dirahmati Allah selalu...secebis atau kurang ilmu yg ana kongsi ini, moga2 dapat memotivasikan diri ana dan shbt2 semua. Jangan hilangkan impian antum...carilah dan usahalah hingga antum dapat =) Allah Yubarikfikum...salam sehangat panas nya CintaNya..huhu


2 ulasan:

  1. salam..terime kasih kerana inspirasi..
    tua mcm mane pon, tak rugi menuntut ilmu..

    BalasPadam
  2. salam 'alaik..entri yg santai dan ana belajar sesuatu drnya..ana jg di UKM..semoga Allah permudahkan urusan kita semua:)amiinn

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...