Kunjung ke Blog Saya
Isnin, 25 Januari 2010
NURQOLBY (5)
NajmeeQamar
NURQOLBY -5-
Berkejar-kejar ku mengelilingi sebuah tasik
ku berhenti di tepian manja
air nya murni dan suci
Tertunduk-tunduk ku menghayati
kejernihan yang terpantul di permukaannya
melihat wajah yang sayu
perhati dan ku amati lama-lama
lalu ku tanya sendirian
mengapa kau bersedih?
jawapannya agak lama untuk menunggu
seperti di perhentian ada beribu sendu
Jawab ku sendiri :
Hati ku keruh tidak sepertimu tasik
hari-hari aku berlari-lari
mencari tapi tak ku temui
aku takut...pencarianku ini
hanya menemui jalan buntu...
Tiba-tiba..tasik berkocak...
bayang wajah ku hilang
ada ikan yang sedang berlari-lari...
mungkin tidak mahu melihat kesedihan ku..
aksinya..
sungguh mengagumkan
makhluk kecil yang keriangan walau sendirian
tenggelam timbul buat ku tersenyum =)
Jawapan ku lagi sendirian :
Oh Ya Allah..ikan ini sungguh riang
apakah aku sepatutnya begini...
melalui jalan-jalan riang ku
Wahai hati yang tenang
selimutkan bersama madah cinta
bukan membisu sepi tanpa kata
denai-denai mu
ada sinar yang menanti
pada jajaran bimasakti
pada puncak tertinggi
kerana mengejar impian Hati
sedar ku dari lamunan pun terhenti
memiliki cinta yang hakiki
huhu Allah...Lovin U till the end..
Tasik..ku berlari minta undur diri
kerana aku telah temui NURQOLBi
aku ingin menangis Ya Allah...
takkan sekali ku kecewakan lagi
ku setia menanti dan memiliki...
*Sahabat2 boleh cari sajak nurQolby sebelum2 ini, tgk posting lama syukran =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan