ilham Ma'mum

Isnin, 19 Oktober 2009

Mak...Mama...Ummi...Mummy...=)

UMMI



Kau sentuh cahaya dengan jemarimu
Di balik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Dihadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian - ilusi
Mimpi jadi ngeri
Mengusik dinihari

Ummi engkau kehampaan
Dambaan - igauan
Janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Korus:
Keperitan itu temanmu nan sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti



Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Lagu: Fadzli Far East (Gurindam Entertainment)
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Artis: Nice

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rahsia Tidur

NajmeeQamar

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa =)


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."



Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."



Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.



Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J.

Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Yuk! kita qailulah oke he2 =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 6 Oktober 2009

Asyku Qolby Ya Habibi Daiman Ya Rasulullah huhu...=(



bila ana wat sajak ni ana rasa sayu dan hiba...
krn timbul persoalan dlm hati ana apa pengorbanan ana pada agama...
ana sedih krn kita tak cintakan Rasulullah dgn 100% malah lebih...
kita lupa...sibuk...malu...segan...kenapa????
huhu ana menangis bila time ni ana dgr lagu al-Muallim nyanyian Sami Yusuf..
krn dia Muhammad lah segala-galanya bermula...
kita nikmati kini...dan forever...ending..
man upon mankind...teacher upon mankind...he's everything..segalanya ada pada Baginda s.a.w..."Rahmatil alamin" ungkapan dan gagasan al-Quran yg bertaraf tinggi
bagi mereka yg menjiwai...huuhhuuu menangis pun tak pelah...huuuuuuuuhu



Asyku Qolby Ya Habibi Daiman Ya Rasulullah huhu...=(



ada lagi kah ungkapan yg dapat kututurkan
atau ada masa lagikah kalam ini dapat beri apa2 buatku
ungkapan kasih dan sayangku
mana kah hilang resah dan gelisahku
rasa getar dan seram sejuk tubuhku
bila mendengar cerita-cerita tentangmu
marilah sini kembali belai jiwaku
menusuk dalam jantungku

He was Muhammad Sollollah alaihi wasallam..huuuuuuuuuhu
bulan pun tak dapat tandingimu
cahayanya pun belum tentu sentiasa teranng
matahari pun sirnanya bukanlah selamanya
menangislah hati yang rindu
bila lagi kesombonganmu kan terurai
bersama-sama kaca-kaca dan duri
yg menghalangku...huhu



manakan lena lelapku
tidak berbasahlah tubuhku
tidak kenyang perutku mengingatkan
bagai khayal dalam cinta yg merah segar
kegembiraanmu bilakan damai
kesedihanku bilakan tenang
tak pernah lihat mahupun mencium bumimu
tapi hatiku tidak pernah patah silu
merayu merinduimu Ya Syafie..Ya Bashiri..Ya Nabie..
adakah salahku memuja memuji
Kekasih Allah yg Disayangi...seluruh alam menyintainya..

dialah pendamai dua jiwa
dialah penyatu manusia dan alam semesta
dialah penyeri timur barat
dialah pemberi khabar gembira
dialah...dialah...dialah....
dialah segalanya...Ya Mustafa Muhammad imamal mursalin

(" Hadith : Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Demi Zat yang jiwaku berada
dalam genggaman-Nya (kekuasaan-Nya), salah seorang di antara kamu tidak
beriman sehingga saya(rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tua
dan anaknya."
Anas Radhiyallahu 'anhu berkata, "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, 'Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga
saya(rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya,
anaknya, dan semua manusia.'"[ Shahih Bukhari ] )

Cintailah Rasulullah saw, byk la selawat atas Nabi ye =)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...