ilham Ma'mum

Ahad, 31 Mei 2009

Siapakah Ashabul Uhdud?

NajmeeQamar

Man Hum Ashabul Uhdud…hal antum ta’rifun? Alhamdulillah ana ingin berkongsi ngan shbt2 sume agar kita ketahui ibrah y Allah Taala nukilkan pada kita…



Rujukan : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka jilid ke 10
Surah Pilihan : Surah Al-Buruj ( Juzu’ 30, Surah 85, bermula ayat 4 )

KISAH ASHABUL UHDUD Part 1

Maksud ayat (1-9) Surah Buruj (Gugusan bintang):

1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. Sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.

Mengikut apa yang dikemukakan oleh Pak Hamka, pelbagai penafsiran tentang Ashabul Uhdud (Pemilik lubang) :

1. Riwayat dari Saidina Ali r.a – yang empunya lubang itu adalah salah seorang raja-raja Parsi di zaman purbakala yang mendesak ulama’-ulama’ supaya menghalalkan perkahwinan dengan mahramnya. Ini ditentang oleh ulama’-ulama’ kerana yang empunya peraturan itu bukan mereka tetapi Allah S.W.T jua. Lalu Raja itu menitahkan digali lubang yang dalam dan diyalakan api dan dicampakkan ulama’ulama yang mempertahankan kebenaran kedalam lubang itu.

2. Satu lagi riwayat dari Saidina Ali r.a – peristiwa ini pernah terjadi di Yaman pada purbakala dimana berlaku peperangan antara kaum mu’minin dan musyrikin. Tertewas orang-orang mu’minin lalu dengan kejam kaum musyrikin menangkap, menawan dan menghukum mereka dengan menggali lubang, mereka menyalakan api di dalamnya. Orang-orang mu’min itu dicampak kedalam lubang itu.

3. Diriwayatkan dalam sebuah hadis oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad kisah Ghulam (seorang anak kecil) yang banyak diberi kelebihan oleh Allah Taala yang mana Rasulullah S.A.W nukilkan.
Di zaman dahulu ada seorang raja, baginda mempunyai seorang tukang sihir. Dia merasakan dirinya sudah tua dan menginginkan seseorang yang boleh mewarisi ilmu sihirnya. Diizinkan oleh baginda akan kehendak tukang sihir itu. Lalu datanglah anak kecil berulang-alik kerumahnya untuk belajar ilmu sihir tersebut. Adapun perjalanan pulang anak tersebut kerumahnya akan melewati kediaman seorang pendeta. Anak itu selalu berteduh di kediaman pendeta itu, banyak pula dia mendengar ucapan-ucapan yang menarik hati anak kecil itu. Maka kalau dia terlambat maka akan dimarahi oleh tukang sihir itu. Jikalau dia lambat pulang kerumah dia akan dimarahi pula oleh orang tuanya. Lalu si pendeta memberi solusi, sekiranya ditanya oleh tukang sihir mengapa lambat, jawablah kerana lambat turun dari rumah, dan kalau ditanya mengapa lambat pulang kerana guruku tukang sihir menahan ku.



Pada suatu hari, terhalanglah orang apabila melalui jalan yang biasa ditempuh oleh anak kecil ini kerana ada binatang yang mengganggu. Lalu dia berkata : “ akan aku uji, manakah yang dapat kugunakan, ajaran tukang sihir atau pendeta itu. Anak kecil itu mengambil batu dan diucapkan : “ Ya Allah! Kalau ajaran pendeta itu benar disisi Engkau, lebih daripada si tukang sihir maka bunuhlah binatang ini! Supaya oang yang melalui jalan ini tidak terhalang lagi.” Batu dilempar tepat ke arah binatang itu lalu mati. Dan dia menceritakan pengalamannya itu kepada si pendeta. Si pendeta pun memperingatkan bahawa anak kecil itu diberi kelebihan oleh Allah Taala, dan akan menempuhi pelbagai cobaan, dan jikalau cobaan itu datang maka janganlah dia beritahukan hubungan antara mereka. Semenjak itu terkenallah anak kecil itu di negaranya.


Anak kecil itu boleh mengubat pelbagai penyakit termasuklah buta dengan syarat beriman kepada Allah. Anak kecil itu berkata : Saya tidak berkuasa menyembuhkan apa jua pun penyakit, Yang Maha Menyebuhkan hanya Allah Taala. Kalau tuan sudi beriman kepada Allah, saya akan berdoa memohon kepadaNya agar tuan disembuhkan. Mendengar ajakan itu berimanlah orang besar itu lalu kedua belah matanya dapat melihat.

Setelah matanya sembuh lalu dia kembali ke majlis raja, Baginda kagum lalu bertanya pada pembesarnya itu. “ Siapakah yang menyembuhkan matamu?”. Dia menjawab, “Tuhanku!”. Dengan hairan raja itu bertanya “ Akukah yang engkau maksudkan?”. “Tidak! Tuhanku dan Tuhan tuanku adalah Allah”. Jawab pembesar itu. “ Engkau mengakui ada tuhan selainku?”. Baginda bertanya lagi. Pembesar itu menjawab, “ Tuhanku dan Tuhan tuanku adalah Allah”. Lalu pembesar itu ditangkap dan disiksa lalu terbongkarlah rahsia bahawa gurunya adalah anak kecil itu. Raja itu menangkap anak kecil itu lalu ditanya soalan yang sama, maka jawapan tetaplah sama. Ini menambahkan kemarahan raja itu. Lalu dipukul anak kecil itu, sehingga rahsia tentang pendeta itu.

Lalu mereka dipaksa oleh raja tersebut supaya kembali bertuhankan raja itu, pendeta dan pembesar itu tetap mempertahankan akidah mereka bahawa Allah adalah Tuhan mereka. Mereka telah diseksa dan dipaksa meninggalkan pegangannya itu. Namun pembesar dan pendeta berjiwa luhur itu tiada sebesar zarah pun dalam detik hayat mereka untuk kembali menyekutukan Rabbul Jalil. Akhirnya mereka dibunuh…sehingga terbelah dua jasad mereka digergaji…

Anak kecil itu juga diugut sebegitu, tetapi jawapan lisannya tetap sama, hatinya tetap sama menyatakan kebenaran akidah yang diimaninya. Raja zalim itu mengarahkan bala tenteranya untuk membawa anak itu ke puncak gunung dan memerintahkan, “ apabila sampai di puncak gunung paksa dia sekali lagi kembali kepada agama kita, kalau tidak mahu lemparkanlah dia ke bawah”. Maka dibawa ke puncak gunung, sampai di sana anak itu berdoa, “ Ya Allah..peliharakanlah aku dari mereka dengan kekuasaanmu”. Tiba-tiba bergoncanglah gunung itu dan tentera yang membawanya itulah yang terjatuh dan anak itu selamat. Anak itu menjawab, “ Tuhan telah memeliharaku”.

Rupanya raja belum puas lagi, lalu mengarahkan supaya menghantar anak kecil itu ke tengah lautan dan tanyakan soalan yang sama, kalau tidak mahu juga benamkan anak itu ke dalam air laut. Sekali lagi anak itu menadahkan tangannya ke langit, maka datanglah angin ribut yang dahsyat menenggelamkan seluruh orang yang menghantarnya dan dia berenang ke tepi (Allah S.W.T menyelamatkan anak kecil itu).

Anak kecil itu berkata kepada raja, “ Tuhan telah menyelamatkan aku dan menenggelamkan semuanya. Hai Raja! Tuanku tidak akan dapat membunuhku kalau hanya dengan cara demikian. Tuanku dapat membunuhku jika tuan kejakan apa yang aku suruh. Kalau tidak, tuan takkan dapat menyingkirkan aku dari dunia ini.” Lalu raja bertanya, “ apa yang engkau minta itu?” anak kecil itu jawab, “ Tuan suruh semua manusia berkumpul di satu tempat kemudian tuan suruh menaikkan daku ke atas kayu palang, lalu tuan ambil satu anak panah kepunyaanku sendiri dari dalam busur kemudian tuan bidik ke arahku dengan tepat lalu baca : “ BISMI RABBILGHULAM ” maksudnya ‘DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN KEPADA ANAK KECIL INI’

“dengan melakukan demikian barulah tuan dapat membunuhku” kata anak kecil itu. Lalu raja itu buat seperti permintaan anak kecil itu. Raja itu mengucapkan “BISMI RABBILGHULAM” tepat kena pada jantungnya dan terkulailah kepalanya, sedang tangannya memegang pangkal panah yang tersisip di dadanya dan dia pun mati. Tiba-tiba terkeluarlah dari mulut seluruh yang hadir, “Aaaamanna bi Rabbil Ghulam” gempitalah suara di tanah lapang itu menyatakan iman kepada Tuhan Allah, yang dipercaya oleh anak kecil itu.

Sangatlah murka raja itu, lalu raja memerintahkan agar menangkap semua manusia yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan anak kecil itu dan raja menyuruh agar digali lubang yang besar lalu diancam, “ barangsiapa yang masih memegang kepercayaan kepada tuhan anak kecil itu akan dimasukkan ke dalamnya dan dibakar jika kembali akan selamat.” Mendengar itu mereka tidaklah mundur ke belakang, malahan berduyun-duyun mendekati lubang itu sepertinya mereka menunggu giliran untuk dibakar.

Diantara mereka, ada seorang ibu yang membawa anaknya, semasa hampir dengan lubang itu timbul perasaan ragu-ragu dalam hati ibunya. Tiba-tiba berkatalah anak itu, “ Teguhlah hatimu, ibuku! Ibu berada dalam agama yang benar”.

ketahuilah sahabt2 sume ASHABUL UHDUD itu adalah pemilik yang mengggali lubang laknatullah krn egois nya mrk akan kuasa yg ada pd mrk. Uniknya kisah dlm al-Quran ini adalah keteguhan mrk untuk mempertahankan iman...masyaAllah..mg ana dan antum sume diberi Allah kekuatan seperti mrk..aminnnnnnnn

Begitulah sahabat2 sume…sebuah hadis yang dirawikan oleh Imam Ahmad, Imam Muslim, Imam Nasa’I, juga diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi melalui sahabat Baginda S.A.W Shuhaib. Ana ambil ini berdasarkan rujukan Tafsir Al-Azhar Prof.Dr Hamka yang kita ketahui ulama’ nusantara yang perlu kita eksplorasi ketokohannya.

Minat ana amat mendalam kerana tafsirannya amat terperinci dan memikat siapa yang ingin tahu. Al-Quran adalah manual syumul, dan Sunnah adalah khazanah Rasulullah yang agung…kombinasi ini menghasilkan simpulan yang utuh…Haza min fadli Rabbi… takbir!!! =)

Isnin, 11 Mei 2009

Sicomel | Bumi


bila ana tgk gambar ni..Allah...tenang sgt...hehe =)



sahabat2 sume...dunia adalah seperti padang permainan...adakah kita bersungguh2 dalam permainan ini...buat sehabis baik takbir!!! =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...