ilham Ma'mum

Ahad, 19 Disember 2010

Rupanya dia menjadi isteriku.. =)



Team (Komuniti Teman Inteam) menggondol tempat ke - 3 pada Sabtu yang lepas, Kejohanan Bowling anjuran Nasyid Rijal di Ampang Point, no 1 & 2 team Rabbani..Tahniah Ukhwah kerana Allah (foto by Nazabi)
By : Selimutsura

Meronta - ronta bertabur - tabur
Gula yang manis mencair di lebur air
Gugupnya sang pencinta ditirai tabir
Memohon sembah pengampunan dosa tergugur

Kali - kali semboyan bergema
Bahagi - bahagi rezeki bersama
Berdarab - darab ribuan berdoa
Bertolak - tolak jauhi gempita

Assalamualaikum sahabat2 semua, mula jari menaip semula blog kesayangan ini, kerinduan menitis dititipan kekunci komputer, menaip serba cerita yang masih segar, sebagai ibrah dan juga renungan sesama beriman pada Allah Yang Empunya Kuasa =)

Maaf ana ucapkan sekian lama, sebulan juga tidak menjenguk blog ni, ke - BUSY - an yg mendatang rebutlah andai ada kelapangan, kerana terhujah dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang mulia, Rebutlah 5 sebelum 5..tenteramkan jiwa, bermain - main dengan mainan dunia, berwaspada di padang permainan ini, semata - mata hanya untuk Allah Taala dan kebaikan umat Islam.

Ana sudah berjanji akan menyambung..sambungan posting yg lepas tetapi ana terlupa buku catitan ana tertinggal di rumah, yang pasti tunggu di posting yg akan datang.
Sepanjang minggu lepas dan minggu ini ana sedang menghadapi imtihan nihaei, kelancaran dan kemudahan mohon doa kalian amin..

KISAH - rupanya dia isteriku (Cinta Tempe Goreng)
oleh : Selimutsura

Hebat sungguh penulis buku ini..tersentuh hatiku. Membaca hingga ke muka akhirnya. Mungkin ini kali pertama ku habiskan buku novel ini, kebanyakan nya hanya separuh jalan tidakpun hanya terselit rapi di ruang almari sebagai hiasan dinding yang berlubang. Penulisnya berlabel nama sastera Wangi Iman. Hebat2..menginjakkan inspirasi ku untuk semangat menjalani hidup.

Aku hanya si penjual tempe di bahu jalan. Cuaca hari ini agak mendamaikan, kelihatan mentari segan - segan ditutup awan. Kadangkala angin bayu membadai khemah kedaiku, membayangkan hujan ataupun sebaliknya. Tempe - tempe mula berenang di lautan minyak, tempe bersalut tepung yang enak.

"Mari3..tempe enak, rasa madu, sekali pasti nak lagi.."

Sudah bertahun - tahun ku berniaga tempe disitu, boleh dikatakan sekitar kota sudah mengenali ku. Apa lagi tempahan2 pakcik makcik sekitar kota, disiapkan bungkus lagi. Macam McDonald nak wat style Take Away lebih kurang..hihi Tempe goreng cicah sambal kicap..ummmp..panas2.

"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 5 ringgit". Seorang gadis berbusana muslimah senyum melihat tempe - tempe ku. "OK..beres" mudah jawapan ku, kelihatan perasaan gembira terlakar pada riak wajahnya..mungkin pertama kali beli kot..hihi whatever lah..asalkan bahagia. Detik hatiku.

Hari - hari , gadis yang sama datang membeli tempe - tempe goreng ku. suatu hari tiba - tiba terdetik untuk bertanya "Adik ni kerja kat sini ke? Pertanyaan ku mencari konklusi. "Oh..saya kerja kat Toko Kedai depan tu..baru je 2 minggu lepas, saya terdengar ada orang jual tempe goreng sedap kat sini..saya saja singgah..tapi memang enak saya suke..alhamdulillah".

"Oh..kita mesti kreatif, salutannya mesti kemas, had masa gorengnya pun mesti dijaga, kerapuhan dan kelembutannya, kebersihan dan kesucian juga mesti dipelihara..baru la ramai pelanggan datang. Kalau goreng, hati mesti bersih, barulah tempenya wangi dan enak, yang paling penting mulakan dengan bismillah..baru ada class.." kata ku menamatkan cerita.

Manifestasi daripada Buku karangan Wangi Iman, "Goreng2 Kreatif" menyedarkan aku tentang selok belok menggoreng yang betul..

Muslimah itu pun tersenyum.."betul3" katanya.

Aku adalah anak yatim piatu, aku duduk bersama Pakcik Ajwad dan isterinya Makcik Rasyidah. Ku anggap mereka sudah seperti ibu dan ayahku. Kematian kedua buah hatiku yang meragut mereka ketika menunggang motosikal membeli tempe - tempe di pasar borong. Semenjak itu ku meneruskan kerja sebagai penjual tempe, kerana dengan cara inilah membolehkan ku membina jaringan silaturrahmi dengan kenalan2 ibu dan ayah.

Dari Ibu Mas'ud ra bahawa seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah saw, "Manakah amal yang lebih utama?". Beliau menjawab : "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kpd ibu bapa dan berjuang di jalan Allah".

Ku belek semula wajah novel Wangi Iman muka 102 :

"gOrengan yang Rangup, mestilah gaulan antara tepung dan mentega dengan mesra,sudah pasti tuan yang menggaul itu jua mestilah seorang yang mesra, rangup digigi mesra di mulut dengan zikir" - manifestasi novel "Goreng2 Kreatif"

hmmm..secret recipe.. =)
seharian kaedah2 ini menjadi intrepetasi kepada tempe - tempe ku, alhamdulillah kini tersergam indah kedai "Tempe Enak Rasa Madu", impian sudah menjadi kenyataan..syukur rasanya. Kini pelanggan tak perlu berpanas2 mencari tempe, bahkan mereka boleh mendapatkannya melalui frozen sahaja, yang perlu ada ketulenannya.

Manifestasi Novel Goreng2 Kreatif muka 141 :

"Tulen itu Keaslian, Istiqamah salutan dan bakaran, yang tetap itu disukai Allah"

Sedang aku membelek2 plastik di bawah meja kaunter tempahan..
"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 50 bungkus".
Macam pernah dengar suara ini, ku berdiri..
"eh..waalaikumussalam, awak yg selalu beli tempe saya masa dulu2 tu kan?"

"tak sangka, awak sudah berjaya sekarang ini..Mabruk!" kata gadis muslimah berjubah hijau. "hihi..rezeki Allah alhamdulillah..ni sume berkat doa semua..dan tak lupa juga my secret inspiration "Goreng2 Kreatif".. (^^.)

"Goreng2 Kreatif???" tanya gadis itu.
"yup..tulisan Wangi Iman..saya dapat semangat melalui novel ini selama ini..menjadi pembakar semangat saya selama ini". Jawab ku dengan penuh semangat.

Tiba-tiba gadis itu terus pergi setelah mendapatkan bungkusannya,
"Saudari sekejap...siapa nama awak? - Tanyaku
"NurEiman Utrah!"- jawabnya mudah...dalam benak hatiku...NurEiman..Utrah...
Eiman = Iman ,Utrah = Wangian.........ape.......

Selepas 5 tahun kemudian...

Lafaz nikah sudahpun terucap, riang sungguh hari itu subuhnya begitu syahdu..suam - suam tanpa kemaraan cahaya mentari. Masih terbayang lagi ungkapan itu..menerjah fikiran ku hingga membawa ku tersenyum leka..

Tuzawwijha NurEiman Utrah binti Elyas dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai wa Qobiltu..

siapa sangka si penjual tempe bertemu jodohnya dengan anak Toko Kedai Buku terkenal rupanya yang merupakan pemulis novel "Goreng2 Kreatif" karangan Wangi Iman.Sebagai anak Toko Kedai, dia tidak pernah ambil kesempatan untuk memiliki kemewahan bapanya, katanya dia mahu berdikari sendiri kerana dia mahu rasa kepuasan dalam mengejar impian menjadi penulis novel. Aku merestui kehendaknya..sokongan dan dorongan agar dirinya kuat dan tabah..

Muqaddimah kisah ini bermula kerana minatnya pada tempe gorengan ku. Selesai tugas di Toko bapanya, dia selalu singgah di gerai kecilku untuk membawa bekal makanan pulang ke rumah. Katanya tempe goreng ku memang asli dan enak.

hingga hari ini, dia sentiasa menemaniku berjualan sambil memberi ku kata2 semangat pengganti "Goreng2 Kreatif" novelnya. Rupa - rupanya dia menjadi isteriku..hihi

-TAMMMMAT-

aLHAMdulillah ini percubaan ja sahabat2 huhu mohon komen yang membina, Jazakumullah selamat menikmati hidangan Tempe dari ana =)

Ahad, 12 Disember 2010

3 KISAH - LRT, SOGO, MASJID AS-SOBIRIN

NajmeeQamar
3 Kisah - LRT, SOGO dan Masjid Assobirin

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, ku bersiap-siap bergegas ke stesen LRT Damai. Biasanya pada waktu ini semua orang berpusu – pusu untuk ke tempat kerja. Lebih kurang 5 minit berjalan ke Stesen itupun dengan langkah seribu. Ku kenakan jaket sukan hitam kerana kini cuaca tak menentu kadang langit menangis tak henti – henti ( hujan lebat hingga banjir) sekitar tempat kerja. Payung yang ku bawa entah mana ku letak mungkin tertinggal dalam dalam LRT minggu lepas gamaknya.

Ku langkah kaki kanan ke dalam tren, pergi ke sisi kiri terus memegang palang. Mata melirik melihat kebanyakan orang. Hari ini agak tidak ramai mungkin orang – orang sudah memilih hujung tahun untuk mengambil cuti lebih bersama anak – anak..(mungkin). Tak sedar dihadapan ku dua hamba Allah Zauj dan Zaujah (Suami Isteri) kedua – duanya buta..berbisik – bisik tapi terbias ke muka telingaku omongan si suami, “ sudah sampai ka kita ni?”. “Belum bang…rosak la suara operator”. Dipegang tangan suaminya mungkin si isteri masih dapat melihat sedikit, meruntun rasa kasih pada suaminya, ditangan kiri digenggam tongkat 3 patah (biasa digunakan oleh orang buta). Senyum ku ukir melihatnya, doa buat mereka cinta sampai syurga amin. “Ding Dong!” sampai stesen Masjid Jamek berjalan keluar menuju ke LRT Star pula. Terpaksa melintas ke seberang, sekitar LRT berpuluh – puluh meja kecil (jual sarapan pagi) dibuka di tepi bahu jalan yang Melayu, Cina..Indonesia. Lapar berlagu – lagu melalui kawasan itu.

*Sekecil manapun kebaikan kalian, Allah melihatnya walaupun hanya dengan berniat, apatah lagi kita perbuat, pasti berganda pahalanya*

“Maka barangsiapa yang mengerjakan amal kebaikan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, Maka barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya”
(Surah Al-Zilzal : 7 & 8)

Baru – baru ini, ana sengaja singgah di Sogo KL..biasalah murah2 baju kat Jalan TAR, baju pun sudah capuk dimamah usia, baju di kolej dulupun masih dipakai.. Dipoket ada sedikit wang..biasanya ana bawa yang perlu, bajet nak beli baju sehelai dengan seluar. Khabar – khabarnya sekarang ada “SALE” kita tengok dulu sejauhmana kemurahan dan keSALE-an nya =) Pusing – pusing Alhamdulillah, jumpa satu T-Shirt lengan panjang harga pun standard, tak mahal tak murah..(fikir sendiri). Pusing – pusing lagi tak jumpa seluar yang sesuai. Bila dah sampai sini, ana takkan lepaskan peluang ke Tingkat 4 rasanya. Kalau kanak – kanak memang kawasan ini ma’ruf jiddan (familiar). Tersergam barang – barang mainan, potongan – potongan harga kian rancak. Memang rezeki ditakdirkan murah time tu, ana pun jadi rambang mata melihat robot2, kereta2 mainan, BEN10, Tranformers lagi. Sekadar datang untuk melihat sahaja, tapi macammana dah minat dan suka, tangan tiba – tiba gatal nak ambil akhirnya berjaya membeli satu hihi Tingkat 4 merupakan kawasan kanak – kanak, baby wears. Memang banyak la mak ayah dengan baby masing2.

anak Jiran depan umah..memberi senyuman pada Lensa ana =)

*Didiklah anak – anakmu mengenal Allah dan Rasul, mencintai Allahdan Rasul, dan asuhlah dengan baik sepertimana kasihnya Rasulullah SAW terhadap anak – anaknya*

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:
“Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Stok untuk bulan ini hantar ke Kedah

Selesai kuliah di universiti jam 6 petang, ana bergegas ke Lembah Keramat, Masjid As-Sobirin AU5. Malam ini ada kuliah yang akan disampaikan oleh Ustaz Khazim Elias, pendakwah yang tidak asing selepas ana terbaca satu banner di simpang jalan menuju ke Taman Permata (hala ke Giants) minggu sebelumnya. Pertama kali singgah di Masjid itu, alangkah cantiknya Sihrij (Kolah wuduk) nya, Zinah (Hiasan) kawasan ambil wuduk penuh ngan marmar kecil dan halus. Berwarna – warni sekitarnya, dihujung satu ruang bermeja – meja hidangan roti. Kelihatan masjid penuh hingga ke saf yang terakhir begitulah kehangatannya majlis ilmu malam itu. Antara intipatri ceramah pada malam itu ialah bacaan hadis kitab Bahrul Mazi. Namun bagi memudahkan perkongsian ini ana buat secara numeral (~~.) inshaAllah.
3M ada makna (^^.)

1.Isu umur perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah R.A, kekeliruan masyarakat apabila anak gadis berkahwin di bawah umur (undang-undang Malaysia menetapkan umur 16 tahun kebawah dilarang berkahwin kecuali dengan keizinan pihak mahkamah syariah). Mengikut syariat seorang anak gadis sah jika cukup syarat2nya. Ustaz Khazim menjelaskan isunya bukan faktor umur tetapi kerana kelayakannya diharuskan berkahwin (Layak atau tidak layak). Isu ini timbul apabila ada puak – puak tertentu mempersoalkan hak wanita dalam satu resepsi majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak JAWI secara beramai – ramai, apabila ada salah satu pasangan umur si lelaki 23 tahun berkahwin dengan pasangan pilihannya yang berumur 14 tahun. Isu lapuk ini sudahpun terjawab lama tapi sengaja di jadikan isu semula.

2.Galakan Nabi Muhammad SAW, supaya memberi peringatan dan pesan – pesanan dari kalangan orang – orang terdekat dahulu iaitu keluarga, saudara-mara dll (Akrobin).
3.Saidatina Aisyah R.a juga dikenali sebagai Siti Aisyah As-Siddiq

4.Pesanan Rasulullah SAW supaya sentiasa meningkatkan amal soleh kerana dengan amal soleh lah dapat menyelamatkan kita dari azab neraka dan azab di Yaumul Hisab, yang membawa kita selamat dunia akhirat ini bukan pegangan politik dan sebagainya tetapi amal soleh. Di Malaysia, manusia lebih berbincang tentang politik, perpecahan orang melayu, isu itu isu ini tetapi kita tak sedar isu agama, isu ibadah, isu akhirat yang jauh lebih afdal. Sesebuah parti itu bagus, tetapi yang menjadikan parti itu tercemar adalah kerana orang – orang yang merosakkan imej parti itu sendiri samalah seperti Islam, ia indah cantik..tetapi…??? Ustaz Khazim menyelar sebuah blogger. Header atas penuh dengan kalimat LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, kata-kata sedikit tentang perjuangan Islam tetapi post – post nya banyak kata – kata kurang enak (kesat) kepada orang lain. Ini bukan ajaran Islam, Nabi Muhammad SAW tidak mengajar umatnya begitu. Islam itu cantik dan baik dari serba serbinya, tetapi orang – orang macam inilah yang memburukkan imej Islam sendiri.
5.Kisah Amar yang gugur syahid di medan Uhud, masuk Islam ketika peperangan sedang berlaku, masuk ke syurga sebagai syuhada’ walaupun belum sempat solat dll.
6.Jangan suka menghukum orang lain, siapa kita untuk mengkafirkan orang, menuduh orang lain dan melabelkan seseorang (mulut automatik), Allah tak melihat pada luaran kamu, tetapi Taqwa yang dikira.

*banyak lagi sebenarnya, nanti ana sambung pada ruangan yang lain inshaAllah, kisah syafaat Nabi Muhammad SAW di Yaumul Hisab dan 5 ciri – ciri yang diberi oleh Imam Al-Ghazali tentang musibah* wallahua’lam


Firman Allah Taala :
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di Akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak –banyaknya.”

(Al-Ahzab : 21)
Sedalam mana cintamu pada Allah dan RasulNya,
kalau diri tidak mengikut contoh yang baik,
kata – kata, hasad, buruk tingkah laku,
masih gagal ditarbiyyah,
jangan sebut tentang perjuangan Islam,
kalau masih belum sedar kesilapan sendiri...
(Pesanan buat diri dan sahabat2 semua)

Sabtu, 4 Disember 2010

Kisah Anak kecil dan ibunya & 1432 H =)


NajmeeQamar

Kaki lima laluan sekolah rendah Datuk Keramat berdekatan pasar Keramat masih lengang, ana melihat jam di tangan menunjukkan jam 7.45 pagi. Suasana sejuk pagi - pagi sudah hangat - hangat. cahaya matahari mula muncul dengan senyuman yang tak sudah - sudah, mungkin melihat cucu - cicit Adam yang berawal bangun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifahtullah. Bagus lah..tidak bermalas lena di rumah sekurang - kurangnya manfaat masa bangun menikmati udara segar =)

Pandangan ana terarah pada kaki lima sekolah, ana terlihat seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50-an, berbaju lusuh hitam, di selimpang pada bahu baju kemeja belang - belang, rambutnya hanya mengelilingi bahagian tepi agak kusut, sedang asyik menikmati nasi lemak sambil bersila dan kaki kanannya dinaikkan, makan penuh sungguh - sungguh, di dinding tepi ada 2 bungkus air Teh o ais, masih basah (berais). Terkadang ada orang yang melalui kaki lima itu, berwajah ala - ala takut, jijik, ada juga yang memandang nya saja konon berperasaan, ada yang mengelak berlebihan (rasa jijik).

Di saat ana melihat gelagat2 tersebut, kaki lima itu di lintasi seorang pakcik berkopiah putih di bahu kirinya disandang beg kecil, perhatian ana teralih seketika, rupa – rupanya di dalam beg tersebut ada seekor kucing mengiuw2, sedang tangan kanan nya membawa makanan kucing (macam friskies) mungkin baru dibelinya di pasar Keramat, di dekat2kan pada kucing itu agar dapat menghidunya, pakcik itu seolah memujuk2 atau bercakap2 dengan kucing kesayangannya, begitu tersentuh hati kecil ini mengingatkan pada sahabat Baginda S.A.W “Abu Hurairah” r.a yang sangat menyayangi kucing hinggakan nama asalnya tenggelam dek gelaran Abu Hurairah (Bapa Kucing). Pada hemat ana kucing itu mungkin temannya di kala sunyi, agar tidak sendirian, ada teman untuk bercerita, walaupun kucing itu tidak faham apa yang diperkatakan tetapi sekurang – kurangnya meringankan sedikit penderitaannya.

Kembali episod asal hihi =)

Orang tua di kaki lima kini sudah selesai makan, kelihatan perasaan lega, di basuh tangannya dengan air teo ais tersebut, di basuh tangan dan mulutnya berkali2, dilemparkan saja ke dinding air itu, dikeronyok bungkusan nasi lemak dan di simpul rapi dalam plastiknya. Lalu baju kemeja yang diselimpang di lap – lap kan ke seluruh badan, muka pun di lapnya, kemudian dia pun duduk sediakala dan di goyang – goyangkan badannya. Mungkin selesai makan rasa selesa dan gembira, masanya untuk menghiburkan hati sendiri. Makin lama makin ramai yang melalui kaki lima, seolah – olah menjadi tumpuan umum.

Berlari – lari seorang anak kecil terlepas dari genggaman ibunya. Gelagat si kecil yang comel memikat hati ana, tidak hairanlah anak kecil ini menyejukkan hati, lalu dia pergi pada pakcik tua itu..berdiri melihatnya saja. Anak kecil itu pun mendapatkan ibunya semula di tarik2 ke tempat pakcik tua itu, dan anak kecil itu menghulurkan tangan pada ibunya diminta duit, ibunya mengusap kepala anaknya lalu diberi duit berwarna biru (RM 1) dan anak kecil itu beri pada pak cik tua itu, diambilnya dilipat dan disimpan di kocek kemeja. Subhanallah…melihat kegembiraan anak kecil dan ibunya mereka pun beredar. Allah Taala memahami keadaan hambaNya, segala kisah tercipta mengandung hikmah, ana suka berjalan – jalan melihat perihal manusia, hikmah – hikmah ini apa yang telah di ajar oleh Rasulullah S.a.w. Walaupun seringgit ia memberi makna dalam hidup seseorang..wallahua’lam sekadar cerita pendek (^^.)

"tidakkan berkurang harta yang kita infaqkan dengan ikhlas melainkan balasan yang berlipat ganda"

Dikesempatan ini ana ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1432H, menghayati sirah mahmudah Nabi Muhammad SAW, terjemahkan dalam perbuatan dan hati mu..sentuhlah kenikmatannya, pasti kalau kalian hanya dengar namanya saja sudah menangis kerana rindu pada Rasulullah SAW… =)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...