ilham Ma'mum

Ahad, 12 Disember 2010

3 KISAH - LRT, SOGO, MASJID AS-SOBIRIN

NajmeeQamar
3 Kisah - LRT, SOGO dan Masjid Assobirin

Jam menunjukkan pukul 7.00 pagi, ku bersiap-siap bergegas ke stesen LRT Damai. Biasanya pada waktu ini semua orang berpusu – pusu untuk ke tempat kerja. Lebih kurang 5 minit berjalan ke Stesen itupun dengan langkah seribu. Ku kenakan jaket sukan hitam kerana kini cuaca tak menentu kadang langit menangis tak henti – henti ( hujan lebat hingga banjir) sekitar tempat kerja. Payung yang ku bawa entah mana ku letak mungkin tertinggal dalam dalam LRT minggu lepas gamaknya.

Ku langkah kaki kanan ke dalam tren, pergi ke sisi kiri terus memegang palang. Mata melirik melihat kebanyakan orang. Hari ini agak tidak ramai mungkin orang – orang sudah memilih hujung tahun untuk mengambil cuti lebih bersama anak – anak..(mungkin). Tak sedar dihadapan ku dua hamba Allah Zauj dan Zaujah (Suami Isteri) kedua – duanya buta..berbisik – bisik tapi terbias ke muka telingaku omongan si suami, “ sudah sampai ka kita ni?”. “Belum bang…rosak la suara operator”. Dipegang tangan suaminya mungkin si isteri masih dapat melihat sedikit, meruntun rasa kasih pada suaminya, ditangan kiri digenggam tongkat 3 patah (biasa digunakan oleh orang buta). Senyum ku ukir melihatnya, doa buat mereka cinta sampai syurga amin. “Ding Dong!” sampai stesen Masjid Jamek berjalan keluar menuju ke LRT Star pula. Terpaksa melintas ke seberang, sekitar LRT berpuluh – puluh meja kecil (jual sarapan pagi) dibuka di tepi bahu jalan yang Melayu, Cina..Indonesia. Lapar berlagu – lagu melalui kawasan itu.

*Sekecil manapun kebaikan kalian, Allah melihatnya walaupun hanya dengan berniat, apatah lagi kita perbuat, pasti berganda pahalanya*

“Maka barangsiapa yang mengerjakan amal kebaikan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, Maka barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, niscaya dia akan melihat balasannya”
(Surah Al-Zilzal : 7 & 8)

Baru – baru ini, ana sengaja singgah di Sogo KL..biasalah murah2 baju kat Jalan TAR, baju pun sudah capuk dimamah usia, baju di kolej dulupun masih dipakai.. Dipoket ada sedikit wang..biasanya ana bawa yang perlu, bajet nak beli baju sehelai dengan seluar. Khabar – khabarnya sekarang ada “SALE” kita tengok dulu sejauhmana kemurahan dan keSALE-an nya =) Pusing – pusing Alhamdulillah, jumpa satu T-Shirt lengan panjang harga pun standard, tak mahal tak murah..(fikir sendiri). Pusing – pusing lagi tak jumpa seluar yang sesuai. Bila dah sampai sini, ana takkan lepaskan peluang ke Tingkat 4 rasanya. Kalau kanak – kanak memang kawasan ini ma’ruf jiddan (familiar). Tersergam barang – barang mainan, potongan – potongan harga kian rancak. Memang rezeki ditakdirkan murah time tu, ana pun jadi rambang mata melihat robot2, kereta2 mainan, BEN10, Tranformers lagi. Sekadar datang untuk melihat sahaja, tapi macammana dah minat dan suka, tangan tiba – tiba gatal nak ambil akhirnya berjaya membeli satu hihi Tingkat 4 merupakan kawasan kanak – kanak, baby wears. Memang banyak la mak ayah dengan baby masing2.

anak Jiran depan umah..memberi senyuman pada Lensa ana =)

*Didiklah anak – anakmu mengenal Allah dan Rasul, mencintai Allahdan Rasul, dan asuhlah dengan baik sepertimana kasihnya Rasulullah SAW terhadap anak – anaknya*

Demikian besar rasa cinta Rasulullah SAW kepada puteri bongsunya itu dibuktikan dengan Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Menurut Hadis tersebut, Rasulullah SAW berkata kepada Sayyidina Ali r.a demikian:
“Wahai Ali, sesungguhnya Fatimah adalah bahagian dari aku. Dia adalah cahaya mataku dan buah hatiku. Barang siapa menyusahkan dia, ia menyusahkan aku, dan siapa yang menyenangkan dia, ia menyenangkan aku…”

Stok untuk bulan ini hantar ke Kedah

Selesai kuliah di universiti jam 6 petang, ana bergegas ke Lembah Keramat, Masjid As-Sobirin AU5. Malam ini ada kuliah yang akan disampaikan oleh Ustaz Khazim Elias, pendakwah yang tidak asing selepas ana terbaca satu banner di simpang jalan menuju ke Taman Permata (hala ke Giants) minggu sebelumnya. Pertama kali singgah di Masjid itu, alangkah cantiknya Sihrij (Kolah wuduk) nya, Zinah (Hiasan) kawasan ambil wuduk penuh ngan marmar kecil dan halus. Berwarna – warni sekitarnya, dihujung satu ruang bermeja – meja hidangan roti. Kelihatan masjid penuh hingga ke saf yang terakhir begitulah kehangatannya majlis ilmu malam itu. Antara intipatri ceramah pada malam itu ialah bacaan hadis kitab Bahrul Mazi. Namun bagi memudahkan perkongsian ini ana buat secara numeral (~~.) inshaAllah.
3M ada makna (^^.)

1.Isu umur perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah R.A, kekeliruan masyarakat apabila anak gadis berkahwin di bawah umur (undang-undang Malaysia menetapkan umur 16 tahun kebawah dilarang berkahwin kecuali dengan keizinan pihak mahkamah syariah). Mengikut syariat seorang anak gadis sah jika cukup syarat2nya. Ustaz Khazim menjelaskan isunya bukan faktor umur tetapi kerana kelayakannya diharuskan berkahwin (Layak atau tidak layak). Isu ini timbul apabila ada puak – puak tertentu mempersoalkan hak wanita dalam satu resepsi majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh pihak JAWI secara beramai – ramai, apabila ada salah satu pasangan umur si lelaki 23 tahun berkahwin dengan pasangan pilihannya yang berumur 14 tahun. Isu lapuk ini sudahpun terjawab lama tapi sengaja di jadikan isu semula.

2.Galakan Nabi Muhammad SAW, supaya memberi peringatan dan pesan – pesanan dari kalangan orang – orang terdekat dahulu iaitu keluarga, saudara-mara dll (Akrobin).
3.Saidatina Aisyah R.a juga dikenali sebagai Siti Aisyah As-Siddiq

4.Pesanan Rasulullah SAW supaya sentiasa meningkatkan amal soleh kerana dengan amal soleh lah dapat menyelamatkan kita dari azab neraka dan azab di Yaumul Hisab, yang membawa kita selamat dunia akhirat ini bukan pegangan politik dan sebagainya tetapi amal soleh. Di Malaysia, manusia lebih berbincang tentang politik, perpecahan orang melayu, isu itu isu ini tetapi kita tak sedar isu agama, isu ibadah, isu akhirat yang jauh lebih afdal. Sesebuah parti itu bagus, tetapi yang menjadikan parti itu tercemar adalah kerana orang – orang yang merosakkan imej parti itu sendiri samalah seperti Islam, ia indah cantik..tetapi…??? Ustaz Khazim menyelar sebuah blogger. Header atas penuh dengan kalimat LAILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, kata-kata sedikit tentang perjuangan Islam tetapi post – post nya banyak kata – kata kurang enak (kesat) kepada orang lain. Ini bukan ajaran Islam, Nabi Muhammad SAW tidak mengajar umatnya begitu. Islam itu cantik dan baik dari serba serbinya, tetapi orang – orang macam inilah yang memburukkan imej Islam sendiri.
5.Kisah Amar yang gugur syahid di medan Uhud, masuk Islam ketika peperangan sedang berlaku, masuk ke syurga sebagai syuhada’ walaupun belum sempat solat dll.
6.Jangan suka menghukum orang lain, siapa kita untuk mengkafirkan orang, menuduh orang lain dan melabelkan seseorang (mulut automatik), Allah tak melihat pada luaran kamu, tetapi Taqwa yang dikira.

*banyak lagi sebenarnya, nanti ana sambung pada ruangan yang lain inshaAllah, kisah syafaat Nabi Muhammad SAW di Yaumul Hisab dan 5 ciri – ciri yang diberi oleh Imam Al-Ghazali tentang musibah* wallahua’lam


Firman Allah Taala :
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di Akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak –banyaknya.”

(Al-Ahzab : 21)
Sedalam mana cintamu pada Allah dan RasulNya,
kalau diri tidak mengikut contoh yang baik,
kata – kata, hasad, buruk tingkah laku,
masih gagal ditarbiyyah,
jangan sebut tentang perjuangan Islam,
kalau masih belum sedar kesilapan sendiri...
(Pesanan buat diri dan sahabat2 semua)

2 ulasan:

  1. 3M= Muhammad Muzzammil Musbah?

    entry saudara selalu menarik dan mendamaikan...=)
    cuma, kalau mahu lebih baik, utk satu2 perenggan tu hadkan bilangan baris ayatnya...mula perenggan baru utk setiap 3-4 ayat...taklah nampak t'lalu pnjang dan membantutkan semangat untuk membaca..sbb saya suka baca tulisan2 saudara..wallahua'lam..sekadar cadangan..

    BalasPadam
  2. Syukran atas teguran ini, inshaAllah ana akan buat ia lebih mudah dan tidak boring untuk pembaca, maaf atas kesulitan, terima kaseh..teruskan lawat blog ini..moga ada manfaat..

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...