“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi
melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam
binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang
nyata (Lauh mahfuzh).” (Hud: 6)
Ku disuntik semangat untuk
menulis, bunga-bunga rindu kian menebal, membumi qalbu dengan pena-pena dakwah
sahabat handai, jari jemari menari-nari mengikut irama kembara singkat, rona
kehidupan yang dilalui saatnya ku kongsikan sebagai lukisan indah untuk tatapan
ibrah (pengajaran) dan nasihat yang membina diri dan teman sekitar.
Pabila masa menulis tiba, emosi
turut sama datang. Emosi yang baik hasilnya juga positif adakala membuka
pintu-pintu kreatif. Emosi berlandas iman itu yang MUKMIN perlukan. Gaya dan style membedakan antara
pengukir-pengukir dakwah. Ustaz Hasrizal fiksi dakwahnya terserlah dengan style
tersendiri. Rencah-rencah kehidupan realiti menunjukkan Islam adalah realiti. Mauidzah Hasanah yang diterapkan dalam
penulisan buku atau sebagai kolumnis blog. Banyak kitaran ceritanya menginspiratif diri.
Ku amat teruja dengan Mbak Oki
Setiana Dewi, titipan daya dan gaya penulisan amat mendalam ke qalbu. Siapa
tidak kenal artis sinetron Indonesia yang mahsyur dengan nama Anna Althafunnisa
dalam siri Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Dia bukan saja cermat di lakon layar,
bahkan pada sisi kehidupan seharian, persis santun wanita muslimah. Amati
cermat novel Pernik Cinta Sejuta Pelangi yang baru-baru ini dilancarkan di
negeri serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Begitu puitis dengan bait-bait pujian
pada Allah, serta meletakkan kembang kasih mencintai Rasulullah SAW sebagai antara
koleksi kisah di novelnya.
Datang seorang sahabat, dan
bertanyakan padaku
“Mel, apa kata kau terbitkan buku
ke, novel ke?”
Jawapan mudah
“Nakkkk!” Ku menjegilkan mata,
kerna soalan itu melonjakkan daya suka.
“Sape yang tak nak Kak, cuma malu
saya tulis takut tak da orang baca. Lagipun ada peluang ke untuk saya ni?” Jawapan
mula-mula yang buat Kak Zala mengangkat keningnya.
“Eh..Mel, peluang banyak dik, sekarang ni banyak
penerbit-penerbit buku yang mahukan penulis-penulis muda, lagi-lagi pada
pandang sisi dakwah. Adik ada ilmu dan idea itu yang membezakan penulis, gaya
masing-masing semestinya disukai pembaca-pembaca yang berbeza. So..grap the
opportunities. Ini bagus untuk Islam”.
Aku termenung sebentar, memikirkan
yang tersirat.
Kak Zala menambah perencah, “Sekarang
ni, peluang latihan dan bengkel penulisan banyak jangan sia-sia kan. Tinggalkan
sesuatu untuk ditinggalkan, dimanfaatkan”.
Tuntutan membaca telah menyerlahkan
cinta yang tinggi di kalangan Para Sahabat Baginda SAW kepada Allah Subhanahu
wa Taala. Kita koreksi sirah sahabat, Saidina Umar al-Khattab al-Faruk
bagaimana dicairkan dengan alunan bacaan surah Toha oleh adiknya. Minda sedar
menyemai benih-benih iman didada-dada anak kecil menempa keperluan yang wajib,
melalui bacaan. Tidak bersalahanlah
dengan penurunan surah al-A’laq, Iqra! Membuka gerbang ilmu duniawi
merentas ukhrawi.
Subhanallah..kepah, cengkerang,
kerang yang di dasar lautan itupun menyimpan berjuta rahsia ilmu. Yang masih
belum di kaji mendalam melalui pandangan tersurat dan tersirat. Bagaimana ia
sentiasa taat akan perintah Allah, menjalankan tugas-tugasnya. Mereka akur dan
redha sebagai hamba, tidak membantah menjadi bahan makanan. Apakah kita insan,
tidak mampu menandingi iman si kerang, merungut dengan pemberiannya, laku tidak
sabar dan angkuh. Nauzubillah min zalik.
Ya Allah, jadikan aku taat
Jadikan aku tidak zalim pd diri
Jadikan aku hamba yang kuat redha
Kuat daya usaha ibadah
Samada dalam tulis, cakap, semua
laku
InsyaAllah, amin ^^)
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Mac2012
semoga dikau gembira dan abadi di sana :'(
BalasPadamTanpa Nama:
BalasPadamsmg dikau abadi dsana..ap maksud nya? mhon jelaskan =)
Memel, Cepat sikit kuarkan buku atau novel. Nanti ana borong kt YADIM. Hehehe
BalasPadamSyukran, Rozi..doakan ana =) moga sukses tintanya di Majalah Q&A
BalasPadamsemoga dikau gembira dan abadi di sana..
BalasPadammaknanya saya doakan semoga dikau gembira dan abadi walau di mana berada.. kerna apa? kerna aku hanya lah seekor semut merah..
yang hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja..