ilham Ma'mum

Khamis, 15 Mac 2012

Bicara Mr. Dup Dap akan HATI

By : Selimutsura

Lihatlah, Renunglah, Fikirlah
kuasa yang menciptakan diri kita
Berzikir, Bertahmid dan bersyukur padaNya
Nikmatnya tiada bandingan

Alhamdulillah, jom kita membeduk hati pada hari ini..
jalan-jalan tiba di persimpangan pembuluh darah ku bertemu dengan Mr. Hati Dup Dap 
lalu ku ajukan beberapa persoalan bertanya khabar:

BEDUK: Duhai Mr.Hati Dup Dap, apa khabar Iman kamu?
Lalu jawab Mr.Hati Dup Dap : Baik-baik saja.

BEDUK: Bagaimana amalan kamu?
Jawab Mr.Hati Dup Dap : Beginilah macam biasa.

BEDUK: Apa yang kamu mahu lakukan hari ini?
Balas Mr. Hati Dup Dap : Tak tahu lagi.

BEDUK: Duhai Mr. Hati Dup Dap, tampaknya girangmu makin pudar..mengapa?
Mr. Hati Dup Dap pun menjawab: Entahlah, rasanya hari ini aku semakin lesu. Umpama hidup sekadar ada menanti masa-masa berlalu.

BEDUK: Aku datang ini untuk membedukmu wahai Mr. Hati Dup Dap.
Mr. Hati Dup Dap dengan terkejut : Apa kamu mahu membedukku? Sedangkan aku sudah parah dan luka teruk.
BEDUK: Sudah tiba masanya, kau dibeduk oleh kerinduan kepada Allah Subhanahu wa Taala, mengalirkan aura cinta yang betul, atas sandaran para Nabi dan RasulNya. Kau sudah benak dengan kehidupan dunia, menumpu pada himpunan harta, sibuk dengan masa sia-sia, terasa sedap dengan keselesaan & kemewahan yang kau kecapi, lupa siapa asal kau sebenarnya. Alangkah rugi kau sudah tersia dan berusia.

Mr. Hati Dup Dap : Gi mana ya ku bisa mengatur perjalanan hati ini, sedangkan hitam benggala sudah diriku. Bagai tiada titik putih yang masih kosong untuk di titiskan?
BEDUK: Bedukan ini bakal membasuh segala bisa-bisa tersirat, duri-duri yang tersurat, agar ole-ole ma'rifat kembali menyubur, suci memutih semula.

Mr. Hati Dup Dap hairan : Apakah ada yang boleh memutihkan kehodohan pada wajahku ini?
BEDUK: Ada!

Mr. Hati Dup Dap : Kalau itu bisa, tolong aturkan segera untukku, aku sudah tidak sanggup lagi.
BEDUK: InsyaAllah, ingatlah kata-kataku ini jangan kau lupa. Ku telah memetik siraman ilmu ini, dan ku sirami padamu, beduk segera jangan tangguh-tangguh, Al-Hujjatul Islam Imam al-Ghazali R.A dalam Bidayatul Hidayah, memberi beberapa bedukan yang perlu, dengarkan hai  Mr. Hati Dup Dap.

Jauhi 3 perkara hati yang sangat rakus, memusnahkan terus rasa cinta, kasih, sayang dan rindu. Yang mana sikap ini bukan saja memerangkap si hamba-hamba kecil dan sahaya bahkan termasuk ulama, ilmuwan dan sarjana. Maka bersungguh-sungguhlah hai Mr. Hati Dup Dap, membersihkan hatimu daripada 3 perkara hati ini yang disusun oleh al-Marhum al-Allamah al-Imam al-Ghazali R.A :

1. Sifat Hasad, cabang daripada sifat Bakhil krn orang bakhil adalah orang yang bersangatan  tidak mahu memberikan sesuatu yang ada ditangannya kepada orang lain. Segalanya miliknya, dan memikirkan bahawa apa yang dikurniakan atas dirinya berupa ilmu,harta, cita-cita kalau boleh nikmat Allah itu hilang dari orang lain.

Indah Sabda Baginda SAW yang mengingatkan kita :
"Sifat HASAD itu memakan pahala kebaikan seperti api yang membakar kayu api"

2. Sifat Riak, adapun telah tertulis dalam kitab Bidayatul Bidayah bahawa riak itu "SYIRIK KHAFI" = syirik yang samar/dalam tidak sedar, kerana mencari sebarang penghargaan di hati manusia, hingga mencapai pangkat dan kebesaran semata-mata ini boleh di kategori dalam hawa nafsu yang dituruti. Ia berjaya memerangkap segenap golongan yang besar dan kecil.

3. Sifat Ujub, sifat ini paling sukar diubati, kerana dia memandang dirinya lebih mulia dan memandang orang lain dengan pandangan yang hina. Inilah persis sifat IBLIS tatkala derhaka kepada titah perintah ALLAH Taala untuk bersujud kepada Adam Alahissalam, Abul Insan.

Firman Allah yang bermaksud, melihatkan ketakburan Iblis :
"Aku lebih baik daripadanya (Adam A.S) krn Engkau jadikanku daripada api, dan Engkau menjadikannya dari tanah" (al-A'raf :12)

Golongan ini, suka berjinak-jinak untuk mengangkat diri dan tidak senang dengan kelebihan orang lain. Ditakuti, orang yang ada ilmu, menjadi khianat pada ilmu. wal iya zubillah min zalik. Dan sifat ini tidakkan keluar dari hatimu, melainkan setelah kau sadar bahawa yang mulia disisi ALLAH itu siapa.

Siraman Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Ada 3 sifat yang dapat membinasakan seseorang , 
1. sifat BAKHIL yang dipatuhi
2. Hawa Nafsu yang dituruti
3. merasa BANGGA dengan diri sendiri.

Simpulan mudah oleh al-Hujjatul Islam :
...dan ketahuilah bahawa 3 perkara ini (Hasad, Riak, Ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati, dan baginya tempat subur yang sama iaitu HUBBU Ad-DUNYA (Cinta pada Kehidupan Dunia). Namun demikian dunia adalah MAZARIUL AKHIRAH (Ladang Akhirat) maka ambillah sekadarnya bukan untuk mencari hanya kesedapan dan kemewahan dunia krn dunia itu pasti akan membinasakan kita.

BEDUK: Ingat pesanku Mr. Hati Dup Dap, ku cuba membeduk mu dengan rawatan ini. Kau sendiri yang rasa luka, tercalar dengan pedih dahulu boleh diubati sekarang. Kau mesti baluti semula luka dan parah itu, pasti mulai saat ini istiqamah-lah, sembuh dan terubat dengan ANTIBIOTIK tersedia. Jangan lupa Supplementnya juga. =) Wallahua'lam

Kongsi ilmu dari ana : Selimutsura 2012, kusingkapkan dlm dwi bahasa Malaysia & Indonesia

Ana singkap lagi dengan gambar2 kembara kitab arab ke Kedah (Terjemahan) =)
Sirah Nabawiyah (Ar-Rakhik al-Makhtum) 4 generasi.
Kitab Turath yang sudah diperbaharui kulit & bahasa moden
Betapa luasnya bumiMU ALLAH,umpama ilmuMU yg melimpah
Masjid di Sg.Petani, rekabentuk masjid Morocco =)
Kuntum ini untuk kalian yang menjengah Blog ini hihi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...