ilham Ma'mum

Selasa, 20 September 2011

Jom ke Jannah Sucikan Hati

By : Selimutsura

Kali ini ana nak tulis panjang jugak!!!, teruskan membaca, jangan ngantuk...

Rehlah Pahang
Tidak sangka, perjalanan ana sampai juga ke Pahang, rekod memandu sendiri bersama-sama teman-teman nasyid Munsyideen. Perjalanan yang mengambil masa mungkin 3 atau 4 jam ke Bandar Muadzam Shah. Lokasi yang asing bagi ana kerana belum pernah sampai ke sana. Ana membelek di “google maps” melalui Karak Highway ke Lebuhraya Pantai Timur, kata seorang rakan perjalanan mudah apabila exit ke Gambang. Lebih kurang 300KM dan 100KM lebih selepas tol Gambang. Bicara hari ini mungkin panjang sedikit. Agar pengisiaannya mahu kan yg lebih mantop.

Toilet lagi besar

Sehari sebelum bersiap ke Pahang, ana mengambil rakan di BANGI, bersama-sama mencari baju nasyid yang sesuai untuk majlis walimah yang akan dilangsungkan esoknya. Singgah di TESCO, Carefour & WangsaWalk survey harga dan design yang sesuai. Alhamdulillah bertemu jodoh dengan beberapa helai baju yang sesuai.

Tangan menunjukkan jam 7.30 malam, maghrib sedang berlangsung secara “LIVE” di medan deria kepekaan umat Islam (hanya yg PEKA). Susur di pasaraya besar “Dot..dot..dot” yang gah, di sebelah kiri berdekatan Mesin ATM terpanpang logo Kubah berbintang di atasnya.  Mari kita tunaikan solat. Alangkah sempitnya ~Surau~ ruang tempat duduk pun lebih luas, bahkan TOILET PASARAYA mungkin lebih selesa dan besar. Surau ini hanya boleh memuatkan 9 orang jika berjemaah, rasa tak selesa, solat pun rasa tak tenteram. Sedihnya hati.

Perjalanan yang panjang

“Jauh perjalanan luas pemandangan besar pengalaman tingkatkan kecintaan”

Lenguh juga kaki memijak pedal minyak, mana tak nyer sebelum ini kaki ini pernah cedera, masa zaman di kolej dulu. Senangnya kalau memandu set je mana kita nak pergi, pandai-pandai la kereta tu berhenti, membelok, mengundur, terbang ke..hihi inshaAllah semua itu tak mustahil dengan izin Allah satu hari nanti. Jauh juga fikiran ini melayang ketika memandu, lebuhraya jalan ke Pahang sangat memboringkan jalannya lurus, ada kala mengantuk jangan dilayan, kami singgah beberapa stesen minyak. Untuk menghilangkan keboringan itu, kami menyanyi & bernasyid.

Alhamdulillah, sampai juga kami di Bandar Muadzam, azan Zuhur sudahpun berkumandang. Memandangkan jam 2 ptg nanti kami akan membuat persembahan sementara masa masih berbaki kami singgah di Surau An-Nur, Desa Keranji, berdekatan Petronas betul-betul belok ke kiri. Dewan Seri Ilmu berada 200 meter sahaja.

Ini kisahnya, surau tersebut hanya di hadiri 2 orang jemaah sahaja, Imam & Bilal, selebihnya kami bertiga, berteman kan kipas, lampu, dinding dan makhluk Allah yang lain, wallahua’lam. Mudahnya umat Islam kita dikalahkan, hingga tiada jemaah pun yang mengimarahkan masjid. Pilu sungguh hati. Sedangkan berjemaah itukan tuntutan kita, bahkan ganjarannya, “INDAHNYA BERJEMAAH” (^^.)

Kalimah Sabda Baginda SAW :
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
 (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berjemaah itu kita bersosial = Islam bukan anti Sosial, dengan cara syariat, kan Indah!!! Bertemu rakan-rakan,berbincang, berusrah, bermuhasabah, berjiran-jiran, bermaaf-maafan, bersalam-salam, berpelukan ukhwah, mencari redha & syurga Allah, di tamanNya yang indah.~nasihat buat diri yang sering melakukan dosa, dan pesanan buat sahabat semua~

Jannah Terindah Buat Mereka

Selamat diijabkabulkan buat teman di Pahang, 2 pasangan beradik semoga diberkati Allah, ucapkanlah ucapan cinta selalu buat pasangan-pasangan kalian selalu, “aku mencintaimu kerana Allah”. Itulah syurga terindah mereka selepas akad dilafazkan, maka tempahan tempat di syurga sudahpun di “booking”.

 “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.” (.^^)

Kami, sampaikan kegembiraan melalui nyanyian nasyid, mulai dengan selawat meratib kecintaan Rasulullah SAW kepada isteri-isterinya sebagai pemandu utama menuju destinasi tertinggi, perkahwinan perlu ada matlamat, inshaAllah selamat. Abang-abang ku sayang, jaga ahli keluargamu, kakak-kakaku sayang, taati suamimu, itulah jalan paling mudah ke syurga.

Kami akhiri dengan “Barakallahu lakuma wa Baraka alaikuma wa jamaa bainakuma bikhoir” Alfun Mabruuk!!!

Berserah & Beserah

Seusai selesai walimah di Bandar Muadzam, kami bertiga merancang untuk ke BESERAH. Tempat yang belum kami sampai sebelum ini. Menziarahi seorang sahabat wan, katanya sahabat sekuliah di Mu’tah Jordon. ‘Pada Pak Cik ke Beserah lebih kurang 100KM lebih, melalui Bandar Kuantan, Pahang”. Jawab seorang tetamu bekwoh (kenduri) selepas ana bertanya selok-belok ke sana. Mudah-mudahan tak tersesat, selepas berusaha kita berserah pada Allah.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih, wan & zizul sudah pun terlena keletihan. Tersengguk-sengguk di ulit mimpi. Cuaca agak panas, menambahkan derita mata menahan dari mengantuk, ana pun mencucuh cd lagu arab, berputar beberapa kali. Siaran radio agak kurang jelas. Kelihatan lori-lori bermuatan besar, beratur memanjang kereta-kereta di belakangnya. Alhamdulillah, akhirnya tiba di tepi pantai berserah, kami sempat keluar sekejap menunggu sahabat menjemput, terpanpang SMK Beserah.

Tapi yang kelakarnya, ada signboard2 jalan yang menarik perhatian ketika ke Beserah antaranya :

[Tak Rasa Bersalah ke Buang Sampah Dari Kenderaan?]
[Kalau perlahan, pandulah ke kiri]


Inisiatif yang baik, menarik dan kreatif.

Kalau... [Tak Rasa Berdosa ke Buat Maksiat di Tempat Awam???] bagus tak cadangan ini dibuat?? Tepuk dada tanyalah Iman. Jawablah.

Syaukani, pelajar Mu’tah, menghidangkan kami juadah, berselera sambil bersembang. Cekodok bulat habis, air Ribena “Kellllllas ko Jah!!!”, nasi himpit & rendang. Bertemu ayahnya sambil berbicara dan beramah mesra. Kami berehat sebentar menghilangkan lelah keletihan, sehingga azan maghrib berkumandang. Terima kasih Syaukani & family, atas layanan meminjamkan bilik untuk kami melelapkan mata sebentar.

Jalan basah & hujan sepanjang jalan

Kami bertolak bersama kereta mini ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya, dari Beserah. Tertulis Kuala LuMPUR 257KM kalau tak silap la, biasala pandangan malam agak kurang jelas. Hujan turun mencurah-curah, angin sejuk terasa, aircond kereta pun kalah. Aras kelajuan kereta ana menetapkan 110-120 sahaja. InshaAllah mungkin sampai dalam pukul 11 lebih malam kalau dari Beserah jam 8.11 malam.

Allah jalla wa ‘alaa juga berfirman :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأرْضِ
“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi” [Al-A’raf : 96].

Baru sahaja 20 minit perjalanan, wan & zizul menunjukkan aksi memejamkan matanya, ^^.) xpelah rehat esok ada show lagi. Bismillah Ya Allah, mudah & mudahkanlah, senang & senangkanlah, selamat & selamatkanlah, hingga kami sampai. Amin & doa menaiki kenderaan. Malam-malam memandu ni auranya berbeza sedikit. Perlukan perhatian & fokus yang lebih.

Ana mengunyah-ngunyah kacang yang dibeli, sambil stering dipegang erat. Jalan agak basah, hujan turun sekejap malu-malu, sekejap tak segan dah. Gelapnya lebuhraya malam itu, inilah kegelapan, janganlah gelapkan hati, sucikanlah hati, menjadi insan yang terbaik disisi Allah. Esok ada satu lagi tugasan di Taman Tasik Titiwangsa, persembahan di walimah Azri & Nur Diyana. Letih tapi seronok, segalanya Allah~

Misi Mustahak

Tiba di Kuala Lumpur, jam 11.20 malam. Esok ada misi yang penting buat sahabat yang paling rapat dengan kami. Inilah rehlah kami. Kesukaan kami, jalan kami, kelebihan kami, untuk disyukuri & disumbangkan. Wallahua’lam ^^.) jumpa lagi utk post seterusnya.

Nikmat pengembaraan, nikmat hikmah, Alhamdulillah.

Layan lagu Hikmah Kembara oleh Mirwana =)






Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...