By : Selimutsura
Genap 31 ogos 2015, sudah 31 tahun Abah dan Emak diranjau susah senang dlm bahtera suami & isteri.
Banyak ilmu dan pengalaman yg boleh dipetik, bermula dari benih hingga menghasilkan buah yang siap utk dimakan.
Alhamdulillah, 8 orang adik beradik, abah dan emak besarkan di bandar KL penuh cabaran, ketika Abah bekerja sbg kerani bergaji kurang RM 200..emak pula menguli kuih seawal 4 - 5 pagi.
Berboncengkan motorsikal selama 25 tahun, membawa 3 anak sekaligus termasuk raga motor. Pagi petang dan malam. Bila hari raya, berderet 10 orang berjalan kaki berkunjung rumah sanak taulan. Ini yg abah dan mak ajarkan berziarah walau apa keadaan.
Abah dan emak adalah kemilau ku, rumah sewa KL, dua bilik. Aku berbaring lengan di depan pintu, dan pula dapur. Adik2 berhimpit belajar, solat dan tidur. Ingat, abah pandai urut. Kami jg membesar dgn hasil urut tradisi. Kami berlapan di antara 2 bilik. Juga dapur sbg tempat menyiapkn kerja sekolah.
Rumah papan 2 bilik, separuh batu. Kini masih ada, adik mewarisi menyewa. RM 300 sebulan mana nak cari kat KL. Bila singgah, senyum, ketawa dan menangis. Abah selalu pesan, sabar...manis nya nanti kita akan rasa.
Kini 8 adik beradik berdiri. Kakak Ainie Chan Aril Edy seorang graduasi Engineering Poli Shah Alam sekarg semangat menyambung Pjj UTM, aku graduasi Kuis & UKM, Fasihah Musbah pla graduasi Uitm SA, Muhd Izzat Al-Amin graduasi Kolej Mara, Fara Hani pla kini di Uitm Melaka, Muhammad Zaidi Arif yg ke 6 di Poli Muadzam, Qilah Miki dan @amira Nur Amy Nadiabijak pandai di sek men serendah.
Tiada lafaz dan kata, syukur seluas2 nya pd Allah, memahami jiwa org yg sabar. Hidup ini, rajin kita memberi. Banyak yang kan datang melimpah.
Aku bangga dengan Mak dan Abah. Doaku...bisikku, rinduku dan cintaku.
Salam ulangtahun dari anakmu, ampuni aku. Memel dan isteri Ummu Najmi Hamizah, menyayangimu berdua selalu.
Al-Faqir Abu Najmi Al-Muzzammil@Selimutsura
Saujana Melawati, Kuala Lumpur