Kunjung ke Blog Saya
Selasa, 18 Mei 2010
Cinta - MU yang ingin ku selimutkan...=(
NajmeeQamar
Aku menangis menangisi dan ditangisi
mengisi kekosongan jiwa
begitu syahdu aku rasa Cinta Mu
Membuai malam suram ku yang lesu
Aku menagih Kasih Mu membara rindu
Suara melambai-lambai mimpi menerpa
Menari-nari sang kumbang di taman Hati
Mengelilingi haruman si bunga kuntum
Pertiwi sanubari bertahta
Sendu dan tawa melara gembira
Madu dan susu manis halawah
menawan iman di Qal'ah Cinta
Aku sangat MencintaiMU Ya Allah...apalah aku ini disisiMu jika aku sering melupakanMu
Aku takuuut azabMu..aku takut KAU berpaling dariku...ampunkan aku Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Ahad, 16 Mei 2010
FAR EAST BAKERY =)
NajmeeQamar
Salam sahabat2 baru2 ini telah diadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kedai FAR EAST BAKERY yang dibuka di TERAS JERNANG, Bangi lama. Ana ucapkan tahniah buat Fareast dengan kerja keras yang ampuh akhirnya memiliki satu bisnes yang sangat berbeza dengan bidang tugas sebagai penasyid hihi namun begitu ana mencuba antara resepi2 yang ditawarkan memang sodaaaaaaaaaaaaaaap!!! dijamin halal lagi tayyiba =)
Disamping itu telah dilakukan USRAH MUNSYID kata Ust Nabil Far East sebagai "Liqa' Mahabbah". Antara yang hadir memeriahkan pada majlis tersebut Kump nasyid FAREAST,INTEAM,UNIQUE,DGWA,ZULFAN,NURIRSYAD,DEVOOTEES DAN MUNSYIDEEN...tetamu istimewa Ust Rodhi yang mengetuai tazkirah. Alhamdulillah moga tautan Ukhwah ini krn Allah.
ni antara gambar yang berjaya ana amik dari aKhi Rijal =)
"Bernasyid itu iramanya seiring sejalan dengan dunia, tidak tenggelam dek ombak"
Salam sahabat2 baru2 ini telah diadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kedai FAR EAST BAKERY yang dibuka di TERAS JERNANG, Bangi lama. Ana ucapkan tahniah buat Fareast dengan kerja keras yang ampuh akhirnya memiliki satu bisnes yang sangat berbeza dengan bidang tugas sebagai penasyid hihi namun begitu ana mencuba antara resepi2 yang ditawarkan memang sodaaaaaaaaaaaaaaap!!! dijamin halal lagi tayyiba =)
Disamping itu telah dilakukan USRAH MUNSYID kata Ust Nabil Far East sebagai "Liqa' Mahabbah". Antara yang hadir memeriahkan pada majlis tersebut Kump nasyid FAREAST,INTEAM,UNIQUE,DGWA,ZULFAN,NURIRSYAD,DEVOOTEES DAN MUNSYIDEEN...tetamu istimewa Ust Rodhi yang mengetuai tazkirah. Alhamdulillah moga tautan Ukhwah ini krn Allah.
ni antara gambar yang berjaya ana amik dari aKhi Rijal =)
"Bernasyid itu iramanya seiring sejalan dengan dunia, tidak tenggelam dek ombak"
Isnin, 10 Mei 2010
Khaleefah Cinta - Konyang eden ni =)
NajmeeQamar
Aku kini sudah meningkat remaja, wajah comel ku dulu berisi dipipi kini semakin menyusut..Tok Wan acapkali mencubit pipi ku ini hingga merah dibuatnya katanya "geram". Aku ingat lagi ketika darjah 1...murid yang paling kuat menangis akulah...Khaleef =) waktu itu rasa malu belum lagi jinak dalam diriku, Tok Wan jugalah yang melayani cuba sedaya upaya memujuk hatiku...agar airmata yang mengalir tidak terus kehabisan disejat matahari yang riang. Tahun ini merupakan imtihan@peperiksaan yang penting buat ku. Aku berazam untuk melakukan sedaya upaya untuk memujuk diri menggapai kejayaan..melihat tingginya bintang di langit...apatah lagi melihat Tok Wan senyum gembira beralas gigi ompong@ gigi dah banyak gugur hihi Tok Wan memang kelakar...bila membayangkan giginya yang tersusun di atas meja..memang kelakar =)
Rasulullah SAW bersabda :
"Khairunnas anfa’uhum linnas",
"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak mamfaatnya bagi orang lain."
(HR. Bukhari dan Muslim)
Setiap bulan ku tulis surat cinta buat Tok Wan di kampung, moga dengan penghantaran pengkhabaran ini menjadi penyejuk hati di sana. Cita-cita yang ku tanam dan ku semai akan ku tunaikan demi Islam yang tercinta. Aku tidak kisah bila besar nanti apa yang aku akan jadi tetapi pilihan hatiku adalah untuk menjadi khalifah Allah yang berguna. Bumi kian kali bersuara, mengeluarkan laharnya, menggegarkan kegeramannya, memuntahkan apa yang tidak disukainya dan...menggoncangkan jiwa-jiwa yang tak berdosa. Orang-orang yang memikirkan akan nilai kejadian alam dan manusia sudahpasti tidak menzalimi kerana segala ruang lingkup kehidupan ada kaitan dengan hubungan Ukhrawi...Subhanallah degup-degup jantung takut melihat kerakusan manusia terhadap alam sekitar..tapi lebih mengerikan sifat insani itu semakin dimamah, dihilangkan dalam kamus tamadun manusia sesama manusia. Anak-anak kecil...dihurung lalat, dibuang nilai cinta, dibuai arus sungai..huhu ZALIM sungguh korang ni!!! Astagfirullah...=(
Firman Allah Taala yang bermaksud (Al-Baqarah 2 : 30)
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau"
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".
Terik sungguh matahari hari ini, seperti tidak mahu berundur memberi belas kasihannya padaku. Khaleef terus berjalan ke kantin asrama, jam dinding menunjukkan pukul 1 petang. Ramai pelajar-pelajar bersesak ke kantin kerana waktu makan sudah tiba. Perut ku sudah berkeroncong mendendangkan lagu inang...bahkan mungkin lagu ala-ala padang pasir. Bunyi-bunyi itupun tenggelam dek Asswaat@suara2 sahabat2 ku yang lebih lapar rasanya hihi..makan..makan..makan alhamdulillah merasa jugak makanan yang baik-baik kalau dulu ngan Tok Wan huhu hanya Allah yang Tahu. Panjatkan syukur di atas segala nikmat yang diberikan...Ya Allah iringi keberkatan dalam apa jua ku lakukan agar tidak sia-sia perjalanan di bahtera dunia yang bergelombang ini...aminnn.
"Khaleef...=) makan sodap kita hari ni" lafaz tersimpan Fareez Husaini. "Bismillah wa syukru lillah...ini la habuan kita, habuan di akhirat jgn lupa hihi". Kami tergelak-gelak sambil menikmati juadah makan di kantin asrama.. =)
Sorry la sahabat2 buat kalian lapoooooooor hihi =)
Kenyang itu pada hakikat bukan makanan itu memberi kekenyangan...
Tetapi Allah jualah yang memberi kenyang untukmu...wallahua'lam
Salam Secantik Senyuman Anak kecil@baby comel hihi =B
Ahad, 9 Mei 2010
Munsyideen - "Cas Kuasa"
NajmeeQamar
.......benih-benih yang Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda semai bermula di Kota Suci ke Kota Cahaya menilai sejauh mana kami boleh bertahan, setidaknya menjadi satu aura "Kuasa" yang menjana Hati, akal dan jasad kami utuk terus berdakwah........
Salam sahabat2 jemput ke blog kumpulan nasyid ana "MUNSYIDEEN"
www.raudhatulmunsyideen.blogspot.com
Terpulanglah pada kamu..=)
NajmeeQamar
Gugur dedaunan di lata laman
Menderu angin-angin sepi
Membuai pepohonan si perindu
Membalut ranting yang patah
Tangisan
Teresak sendirian
di bawah pohon
Wajah malu
tanpa sebarang bahasa
dari bibir kecil
Jasad
Berpelukan kesejukan
sendiri mencari cahaya
Langkahan
terhuyung tak berlandasan
jatuh terbaring
Hati lara jiwa
subuh tadi bilakan ketemu
mungkin yang terakhir...
Deru mana yang mahu kamu pilih...Seru mana yang kamu ikuti...terpulanglah..=)
Isnin, 3 Mei 2010
Suami Romantik =)
NajmeeQamar
Assalamualaikum sahabat2 semua..lama sudah ana tidak menulis di blog kesayangan ni..ana rindu sgt nak mencoretkan cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama hihi Ketersibukan ana di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang dari 27 Mei hingga 5 Mei menangguhkan buah fikiran dan rentetan ceritera di wadah ilmiah ini. Pesta Buku Pulau Pinang yang selesai dengan meriahnya, ana membantu Inteam Publishing dalam mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka di sana. Kepenatan pulang daripada PP masih lagi terasa hingga demam melanda namun begitu alhamdulillah inilah pengalaman yang orang kata tidak boleh dibeli. =)
Menarikkan tajuk di atas sudah pastinya menyentuh hati-hati kalian dalam menilai suami yang romantik. Zauj yang hatinya ada Hubb, ada taman-taman yang indah dalam gerak laku dan peribadi, sentiasa cuba memikat si Zaujah jatuh cinta padanya setiap hari. Permulaan yang baik hihi ana enggak bisa menerangkan secara mendalam kerana masih mencari mutiara-mutiara ilmu. Siraman Ustaz dan Ustazah yang mengajar Fiqh Munakahat di KUIS dahulu dan UKM serba sedikit membantu ana...malu pula nak bicara tentang perkara ini.
Sudah pasti dan persis susuk tubuh yang patut kita contohi adalah Rasulullah SAW..bagi ana Suami atau Zauj yang paling Romantik adalah Rasulullah =)
ana ada tengok Video Malam Sinar Maulidurrasul, ketika itu Ustazah NorBahyah menyampaikan tazkirahnya " Ketika Isteri Rasulullah Saw yang bernama Sofea ingin menaiki unta, lalu Rasulullah pun duduk antara dua sujud dan menyuruh Sofea memijakkan kakinya di paha Baginda untuk menunggangi unta, kalau suami sekarang si isteri baru saja buka pintu kereta...isteri tak sempat duduk kereta dah pun bergerak meluncur laju " hihi betapa cantiknya layanan seorang suami kepada isterinya. Santunan yang dipersembahkan ini sangat memikat hati ana kerana Dialah Perdana Menteri di Madinah, Ketua Angkatan Tentera dan pada masa yang sama Baginda SAW sebagai Ketua Keluarga.
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab:2)
Berikut adalah ciri-ciri suami romantik yang diterjemahkan oleh Rasulullah SAW sebagai suri tauladan yang kita perlu terjemahkan dalam kehidupan...=)
1. Nabi Muhammad SAW seorang pendengar dan penyelesai masalah yang baik
Rasulullah SAW sentiasa prihatin terhadap segala masalah yang dihadapi oleh isteri-isterinya. Baginda Rasulullah saw mengajak isteri-isterinya bermusyawarah dalam banyak urusan. Beliau sangat menghargai pendapat-pendapat mereka. Malahan Baginda sering mengangkat martabat wanita di mata masyarakat pada zamannya.
2. Nabi Muhammad SAW sebagai pelindung keluarga
Nabi Muhammad memahami hati seorang wanita, memerlukan perlindungan dan tunjuk ajar. Kelebihan yang Allah berikan kepada kaum rijal adalah kekuatan dari segi emosi dan perasaan selain itu kekuatan fizikal bagi membantu isteri tercinta. Kelebihan dan kekurangan ini ditampung bersama agar keharmonian berumahtangga dirasai. Si Isteri Allah menjadikan mereka kaum yang lemah lembut, yang memerlukan bimbingan..berkat saling memahami ini melahirkan sakinah wa mahabbah.
Firman Allah yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan yang solehah itu ialah taat (kepada Allah dan suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa-apa yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya"
(Surah An-Nisa' 4 : 34)
3. Nabi Muhammad SAW sangat penyayang dan bertolak ansur
Segala masalah yang berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW tidak pernah dengan perasaan marah, bahkan Baginda SAW berusaha memberikan si isteri berasa aman dan melayani mereka dengan lemah lembut sesuai dengan fitrah Allah Taala menciptakan Hawa. Baginda SAW tidak pernah memukul apatah lagi memarahi isterinya, Baginda lebih menggunakan hikmah bagi mengajar isteri-isterinya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
"dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan utk kamu (wahai kaum lelaki isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"
(Surah Ar-Rum 30 : 21)
4. Sentiasa membantu Isterinya di rumah
Rasulullah SAW seorang yang ringan tulang, baginda SAW menjalankan tugasnya sebagai seorang suami seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan lain-lain.
Rasulullah saw bersabda:
وكان يقول: (خدمتك زوجتك صدقة)
“Pelayanan Anda untuk istri Anda adalah sedekah.”
5. Nabi Muhammad SAW berhias untuk isterinya
inilah suami idaman si isteri, sentiasa kelihatan sejuk di mata dan hati isteri. Berhias bukan sahaja bagi kaum Hawa malahan kaum Adam juga digalakkan terutama menjaga kebersihan diri, kelihatan memikat dihadapan isteri. Rasulullah SAW menganjurkan sahabat2nya supaya berhias kepada isteri mereka.
Rasulullah saw bersabda:
“Cucilah baju kalian. Sisirlah rambut kalian. Rapilah, berhiaslah, bersihkanlah diri kalian. Karena Bani Isra’il tidak melaksanakan hal demikian, sehingga wanita-wanita mereka berzina.”
"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman".
6. Rasulullah SAW pandai bersenda gurau dengan isteri2nya
Gurau senda Baginda SAW tidaklah termasuk perkara2 yang sia-sia. Ini jelas bagaimana Rasulullah SAW memanjakan Aisyah RA, minum secawan, makan sepinggan dan sebagainya.
Gurauan itu mestilah bukan gurauan yang boleh menyakitkan hati isteri tetapi memberikan senyuman padanya.
Gagasan Hadith Riwayat at-Tirmizi:
"Sesungguhnya di antara orang-orang Mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang lebih baik akhlaknya, dan lebih mesra dan kasih kepada isterinya"
7. Rasulullah SAW tidur sekatil dengan isterinya, dan dibentangkan tangannya sebagai alas tidur kepada isterinya sebagai tanda kecintaan kepada isteri tercinta.
8. Rasulullah SAW membenarkan isterinya menziarahi keluarganya dan rakan-rakannya dan menerima lawatan keluarganya dan rakan-rakannya.
Gagasan Hadith dari Aisyah RA Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim :
"rakan-rakanku pernah melawatku sedang mereka bersembunyi-sembunyi supaya tidak terlihat oleh Rasulullah SAW padahal Baginda SAW mempersilakan mereka untuk menjumpaiku"
9. Rasulullah SAW memahami kepenatan isteri2nya lalu memberi isterinya bersenang-senang (rehat) agar dia dapat melakukan tugasnya dengan sempurna dan ikhlas.
10. Perasaan cemburu yang sederhana, tidak berlebih-lebihan..sebagai tanda cinta dan setia pada si isteri.
ana rasa cukup la ni ja yang terlintas di benak hati ana hihi malu2 nak siarkan topik ini, tetapi kerana jatuh hati pada Akhlak Rasulullah SAW ana jadikan ia sebagai ilmu yang patut kalian tahu. "Ballighu Anni walau Aayah" menjadi pedoman kita semua untuk menyebarkan sisi dakwah sunnah para Anbiya' =)
Salam Manis daripada ana buat pengunjung2 semua, jika ada salah silap mohon tegur ya...Cinta itu bukan seperti buih-buih di lautan, tetapi ia adalah karya Maha Pencipta yang Agong Allahu Rabbi =)
Langgan:
Catatan (Atom)