By : Selimutsura
Assalamualaikum maaf sahabat2 semua, lebih kurang sebulan ana menyepikan blog ini, kekangan program yang makin hangat kini. Musafir kesana - kemari mencari erti sebuah kehidupan, cinta dan ibrah (iktibar) disetiap masafah ( waktu perjalanan ) melihat kisah2 dan cerita2 untuk dijadikan bekalan dan amalan..semoga Allah menerima segala amalan kita amin3..(^^.)
Ana sudah berjanji untuk menyambung penceritaan kuliah oleh Ustaz Khazim pada tajuk 3 KISAH..ini lah sambungan yang ana catatkan, maaf atas kelewatan dan kesulitan..
Alkisah pertama (Syafaat)
Nabi Muhammad SAW diberi pilihan oleh Allah Taala samada Allah mengampunkan umatnya di dunia atau umat Nabi Muhammad diberi syafaat di akhirat. Nabi Muhammad memilih syafaat untuk umatnya. Syafaat ini bermaksud pertolongan yang diberikan Allah ketika umat manusia yang menghadapi kesukaran yang dahsyat pada yaumul hisab, yaumul qiyamah.
Syafaat ini juga diberikan Allah kepada para Nabi, Siddiqin, ulama2 dan orang yang baik muamalahnya ketika hidupnya.Tetapi syafaat Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat besar di hari perhitungan khas buat umatnya.
Dikatakan hanya 70,000 orang yang terpilih masuk ke syurga tanpa hitungan hisab..sedangkan kalau difikirkan umat Muhammad jika dikira dari zaman 1400 tahun yang dahulu hingga kini berapakah jumlahnya keseluruhannya..Ya Allah..fikir dan zikir..
Alkisah kedua (Musibah Insani dari Kitab Minhaj Al-Abidin - Imam Al-Ghazali)
Di dalam bab Musibah dalam kitab Minhaj Al-Abidin Ila Jannati Rabb al-Alamin karangan Abi Hamid Al-Ghazali menerangkan 5 musibah insani iaitu :
1. Musibah berlaku kemalangan sewaktu musafir. Kemalangan disini berlaku apabila ia melibatkan melibat sekeliling contohnya kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian.
2. Musibah mati ketika usia muda dalam aktiviti yang tidak baik contoh masakini rempit, mati muda dlm keadaan hidup (penagih dadah), mati muda pada jiwa (Gay & Lesbian) dan mati muda pada pemikiran.
3. Musibah matanya celik selepas itu buta. Ada dua makna pertama secara fizikal dan kedua secara rohani iaitu hatinya tak dapat melihat kebenaran.
4. Miskin dihari tua - tiada harta, tiada kasih sayang, miskin agama, miskin akhlak.
5. Dahulunya mulia tetapi sekarang hina.
alhamdulillah perkongsian kecil ini oga mendapat manfaat, jika ada kesilapan mohonn teguran kerana ana pun masih dalam pengajian..amin =)
Disini ana sisipkan bersama kembara ana ke Tenang, Johor..melihat suasana pilihanraya, tapi gambar ini seminggu sebelum pilihanraya.
Tak sangka dapat tangkap signBoard ni (Merlimau) pilihanraya akan datang..Allahuakbar!!!
Markaz Pas di Pekan Bandar Tenang
Berjaya Lensa ana menangkap seekor kucin yg comel
hmm..Patric pun sokong Tok Guru hihi
Slogan Cikgu Mala "UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA"
""Salahuddin Al-Ayyubi bersama Perajurit - Perajurit Islam berjaya menawan Kota BaitulMaqdis pada hari Jumaat, 2 Okt 1187M (583H) dari Tentera Salib selepas 88 tahun dikuasai mrk, Salahuddin atau dikenali di Barat sbg Saladin diakui seorang Pahlawan Islam hebat yang disegani lawan kerana keperibadiannya,
dlm sejarah : Beliau pernah menghantar Doktor khasnya untuk merawat King Baldwin IV (Ketua Tentera Salib) yang berpenyakit Sopak, Saladin dan Baldwin bersepakat akan kedamaian BaitulMaqdis. Selepas kematian Raja Baldwin IV diganti oleh Guy De Lusignan (Raja yang mencetuskan peperangan) kalah di medan Hittin..bermulalah pembebasan Kota BaitulMaqdis..Sejarah kemenangan bersejarah dunia Islam."
Alluhuakbar!!
pROjek TerBaru Ana MemBuAT dESIgN TEntang Hadiths 40 Imam Nawawi, alhamdulillah baru ana siapkan 9 design 9 hadiths..insyaAllah mohon doa kalian, nanti senang la sahabat2 semua boleh lihat di blog. Assalamualaikum