ilham Ma'mum

Rabu, 10 April 2013

Nak "Kawen" Ikut Adat ke Syariat?

By : Selimutsura

Segala pujian saya kembalikan kepada ALLAH Taala atas segala kebaikan dan ujian. Setinggi-tinggi kemuliaan ditujukan kepada junjungan terindah Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga dan para sahabat yang diredhai perjuangan mereka. Para alim ulama', mujtahid, dan pengikut-pengikut pewaris Nabi, dan saudara-saudari satu iman.

"Ya Hanana"

Bukan mudah bagi lelaki bujang zaman sekarang, bila memikirkan tentang "KAWEN". Panjang melangit fikirannya, berjela kain-kain nak disukat, perlahan je kayuh basikal..hehe

Kenapa? Mari sama-sama kita fikir dan zikir.

Kos-kos "termasuk kosmetik" sara hidup yang melambung tinggi, kalau difikirkan sehari belanja makan sahaja "secara purata" RM 20 sekurang-kurangnya, itu hidup seorang. Kos  lain seperti sewa rumah, pinjaman kereta, bil elektrik dan air, apatah yang menanggung ahli keluarga. Lebih-lebih lagi yang menetap di ibu kota Kuala Lumpur, segalanya duit. Masuk toilet kalau ada duit kertas RM50 pun susah ape, sebab takda duit pecah. Garu kepala, baru tahu pentingnya duit syiling.

Momok! "kan" kerja kawen yang menelan kos sehingga Rm 20K - 50K membuatkan orang -orang bujang macam saya ni, menelan air liur berkali-kali. "Biar betui...". Dengan alasan sesetengah pihak, "ala..kau ni, sekali seumur hidup tu..jadi raja sehari". Kalau anak raja ok la. Jangan sampai mencari alasan jadi raja sehari, merana berhari-hari.

Raja sehari pun bertitah : Sebagai raja, saya mahu ada LIVE BAND, pastikan RESEPSI PERSANDINGAN sebelah siang, malam dan "hebat", sesi ACARA RENJIS-MERENJIS "lebih sesuai ku siram selaseh", acara membaling bunga, MENEPUNG TAWAR, dan bla..bla..

Masih ada juga yang mengekalkan JOGET LAMBAK. Nauzubillah. Sebenarnya banyak perkara adat yang melampau, yang tidak menepati syariat. Islam tidak menghalang sesuatu adat setempat, asalkan asasnya tidak menyalahi batasan agama, bahkan Islam meletakkan garis panduan yang lebih baik.

1. Niat dan cara kerja tidak terpesong dari susur sunnah Nabi s.a.w.
2. Tiada hiburan yang melalaikan. Buatlah selawat, nasyid dan lagu-lagu cinta yang halal toyyiba.
3. Pakaian yang menutup aurat, sopan dan berakhlak.
4. Islam bukan anti-sosial, tetapi halal-sosial dengan menjaga batas antara "Romeo dan Juliet".
5. Tidak dijamu makanan dan minuman yang haram (arak dll) banyak lagi yang halal. "Sirap bandung ka, cendoi ka..".

Sesi bergambar bukan tak boleh, nak posing mauuuut pun boleh. Boleh la.."dengan suami" Berdua denganmu mesti lebih baik.., macam lirik Acha Septr..apo ntah. hehe Itu lebih halal dan toyyiba. Nak macam-macam posing pun takpe, ikut ekau la ha..(oghang nogoie). Sesi bergambar bersama yang lain pun tidak menjadi masalah, asasnya patuh syariah.

Perbelanjaan kerja kawen yang melampau-lampau sebenarnya tidak dituntut di dalam agama kita, apa lagi yang mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pihak keluarga. Islam itu kan adil (rasional), tidak membebankan dan ALLAH lebih suka kepada kemudahan. "tapi jangan mudah-mudah kan". Ini juga satu senario masalah bila nak kawen.

Semuanya nak murah, hingga murah itu mendatangkan masalah kepada diri dan orang lain.."Baru pakai baju baru dah koyak, terdedah..sebab kain terlalu murah, tiada kualiti. Oleh itu pertimbangan dari sudut kemampuan, kesederhanaan perlu juga ADIL, sama-sama fikir dan zikir.

Penganjuran untuk berkahwin ini sangat dicintai oleh Nabi Muhammad s.a.w, hingga satu tahap mahar perkahwinan hanya dengan bacaan surah al-Quran. 

Dari Sahal bin Sa`ad bahwa nabi SAW didatangi seorang
wanita yang berkata,”Ya Rasulullah kuserahkan diriku untukmu”,
Wanita itu berdiri lama lalu berdirilah seorang laki-laki yang
berkata,” Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak
ingin menikahinya”. Rasulullah berkata,” Punyakah kamu sesuatu
untuk dijadikan mahar? dia berkata, “Tidak kecuali hanya sarungku
ini” Nabi menjawab,”bila kau berikan sarungmu itu maka kau
tidak akan punya sarung lagi, carilah sesuatu”. Dia berkata,”
aku tidak mendapatkan sesuatupun”. Rasulullah berkata, ”
Carilah walau cincin dari besi”. Dia mencarinya lagi dan tidak juga
mendapatkan apa-apa. Lalu Nabi berkata lagi,” Apakah kamu menghafal
qur`an?”. Dia menjawab,”Ya surat ini dan itu” sambil
menyebutkan surat yang dihafalnya. Berkatalah Nabi,”Aku telah
menikahkan kalian berdua dengan mahar hafalan quranmu” 


(HR Imam Bukhari dan Muslim).

Dari Aisyah Ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,”
Nikah yang paling besar barakahnya itu adalah yang murah maharnya” 

(HR Imam Ahmad)


Disebalik tersiratnya hadis ini, bukan hanya menyatakan kemurahan MAHAR itu, tetapi intipati sunnah dalam perkahwinan. Bagi golongan sederhana, buatlah dengan kemampuan yang ada "bukan yang ado je", maksudnya ia memberi wajah "keikhlasan lelaki, dan keredhaan perempuan", begitu juga golongan kaya elakkan pembaziran dan melampau-lampau dalam urusan walimah. Jemputlah juga anak-anak yatim dan orang miskin itu banyak barakahnya.

Pepatah melayu ada menyebut (pakai songkok jap) hehe, Ukur baju dibadan sendiri menepati syariat Islam. Majlis walimah yang indah tak semestinya dihiasi dengan lampu-lampu lip lap, bunga-bunga plastik, dewan yang besar, baju berlapis-lapis, kereta mewah, kasut bersalut emas, make-up yang tebal "ber-inci-inci", Pelamin berpuluh-puluh ribu dan Vvvvvvvip..je.

Tetapi majlis walimah yang mengundang rahmat ALLAH, dihadiri para malaikat dan doa kesejahteraan, menenangkan jiwa para hadirin, disuluh cahaya iman dan mengeratkan hubungan silaturahmi antara semua orang. Ini yang saya mahukan.

Lebih manis lagi, selepas akad..pengantin lelaki memberi alQuran kepada pasangannya sebagai tanda hadiah.

Bukan nak tunjuk-tunjuk "aloha..korang ni", tetapi menunjukkan al-Quran-lah pengikat cinta antara keduanya, segala-galanya. "Back to Quran"

Untuk akhirnya..hehe

Sama-sama kita fikir dan zikir, jangan takut kepapaan jika nak kawen kerana "rezeki" itu datang dari ALLAH bukan pada makhluk. Rajin-rajin lah berusaha mencipta peluang, tiada beban yang berat melainkan ALLAH Tahu kita mampu, dan positifkan zikir anda kepada ALLAH, dan fikir yang bakal pasangan hidup anda ialah "Dikaulah pelengkap separuh agamaku".

Fahami dan terima seadanya.

Anas bin Malik ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw :
“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” 

(HR Thabrani dan Hakim)

wallahua'lam, tegurlah saya ok je! =)

Selimutsura
11042013
DTK KERAMAT, PARLIMEN TITIWANGSA
Ini kalilah pilihanku~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...