ilham Ma'mum

Memaparkan catatan dengan label Save Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Save Palestin. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2009

Tentera Allah



Kami rela diperbatasan perjuangan

merela jasad biar berdarah

biar luka di hati masih merah

butir-butir peluru biar ku mamah

semangat berkobar tidak kenal lemah

Perisai kotak kebal pun punah

bersama puluhan batu hikmah

bertubi2 doa kami berserah

Ya Allah kami tidak kalah

penantian ini buat kami rela

menerima redha MU penuh rahmah


Kami rela bukan tanah itu

kami rela kerana agama itu

mainan rejim penipu dan palsu

mainan sekutu pembohong selalu

jangan rela dengan mereka

jangan rela dengan budayanya

mara teruslah pejuang2

pertahan iman menjulang

bersama kemenangan gemilang


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Jumaat, 13 Februari 2009

YA QUDSU



JANGAN UNDUR
PANTANG DICABAR
KU SEBUT KHAIBAR-KHAIBAR
SEGENAP RUANG TAKBIR

BATU-BATU GURUH
BUAT MEREKA GEMURUH
HANCUR-HANCUR SAMPAI TERJATUH
JIHAD BERNILAI WALAU SITITIK PELUH

KU TAK PERNAH KALAH
BIARPUN SYAHID BERDARAH
RINDU YANG MAKIN GHAIRAH
TERBANG KE JANNAH

DISISI DOA & QUNUT NAZILAH
BIAR HATI MEREKA GOYAH
SATU HARI KITA MENANG MEREKA KALAH
LAUNGAN ALLAHUAKBAR PASTI TERSERLAH

LABBAIKA YA AQSA..
LABBAIKA YA AQSA..
NAHNU NANTAZIR YAUMUSSAADAH
HURRIAH HURRIAH LI FALASTIN...

SELIMUTSURA..


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 17 Januari 2009

Adakah Kau Lupa



adakah kau lupa kita pernah berjaya
adakah kau lupa kita pernah berkuasa

memayungi dua pertiga dunia
merentas benua melayar samudera

keimanan juga ketaqwaan
rahsia mereka capai kejayaan

bangunlah wahai anak bangsa
kita bina kekuatan
jiwa tempuh rintangan perjuangan

gemilang generasi yang silam
membawa arus perubahan

keikhlasan hati dan nurani
ketulusan jiwa mereka berjuang

sejarah telah mengajar kita
budaya Islam diserata dunia

membina tamadun berjaya
merubah mengangkat maruah

adakah kau lupa
adakah kau lupa
adakah kau lupa...

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 14 Januari 2009

Tangisan Gaza

TANGISAN GAZA



Bumi berkah bersulam kedukaan
Berkorban demi menegakkan kebenaran
Biarpun nyawa kau pertaruhkan
Merintih merayu sinar keamanan

Jasad terkujur layu
Di hujani peluru
Memusnahkan hidupmu
Berakhir dengan sayu

Linangan airmata
Menjadi saksi derita
Diiring sekalung doa
Bersama harapan dan cinta

Ayuhlah wahai kita semua
Mara bersama perjuangkannya

LIRIK & LAGU : SELIMTSURA & RAUDHAH


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 13 Januari 2009

Palestin | Muslimah | Islam






Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 10 Januari 2009

BOYCOTT!!! ZIONIS!!!






Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 3 Januari 2009

Bumi Barakah - Palestin




bumi apakah yang dihinjak-hinjak mereka

darah siapakah yg membanjiri barkah buminya

manusia apakah gelaran laknatullah selama

memusnah merosak menghancur segala di depan mata

nafsu syaitan apakah yang menghasut jiwa

sejarah bukti anbia' pun dimusuhinya

membunuh hati-hati yang tenang berdoa

wahai mujahid-mujahid palestina

mereka gentar dengan peluru batu kita

semangat Umar Al-Farouk hadir tiba

gagah Salahuddin Al-Ayyubi terus mara

bangkitlah umat semarakkan intifadha

biarkan sayap-sayap malaikat mengiringi kita

kembalikan semula kegemilangan Al-Aqsa

"antum minna wa nahnu minkum"


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...