ilham Ma'mum

Khamis, 17 November 2011

Kembara Cahaya Beijing 1



By : Selimutsura


مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ


Bingkisan kata oleh al-Imam as-Syafie Rahimahullah yang bermaksud :

Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu Dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, maka hendaknya dia berilmu, Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat (kedua-duanya) maka hendaknya dia berilmu..]

Lapangan Terbang Tianjin Bianhai International Airport
Ana menerima sms.
"Tut..tut..tut.mel, assalamualaikum..jom kita ke China."- Z
"Apo..betul ke ni, habis tu tiket sume macam mana? harga pakej?" - M
"Z nak confirm kan tempat ni, nak order tiket sekali" - Z
"Bagi mel masa sikit, petang ni mel bagi jawapan" kalau ikutkan duit bulan ni cukup-cukup, untuk family, untuk kereta, simpanan sikit.
Bas bercamtum di Bandar Beijing
Lama juga ana memikirkan, malam pulang dari kerja ana pun memberi jawapan, mahu pergi tetapi ALLAH bukakan jalan untuk ana sms "Confirm Z, Mel nak gi sana jgk".

Tak merancangpun, takpelah mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu tunjukkan.

9|11|2011
Tiba di Beijing, China 
Mungkin kita keliru dengan kata-kata ini, [ tuntutlah ilmu walau ke negeri China ] sebenarnya ia bukanlah hadis atau perkataan yang disandarkan pada Rasulullah SAW, ianya adalah kata-kata peribahasa arab yang lazim dan sangat popular diperkatakan oleh orang ramai. Bahkan [ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad ] juga merupakan bukan hadis yang disandarkan pada Rasulullah SAW, sahihnya ia adalah kata-kata Imam Ahmad Hanbal Rahimahullah, kita perlu jelas disini.

Almond terbaik dari China
Segala bermula disini, sebelum bertolak ana berkumpul di Setapak di rumah sahabat baik namanya (Z), jam 5 pagi bersantapkan air coco honey (Ana Edar). Terus langsung ke LCCT, KLIA dan tiba pada jam 6.15 pagi menaiki teksi diiringi hujan yang agak lebat. Berkumpul bersama 8 orang lagi yang mengikuti.

Selesai check in barang dan tiket, kami bersubuh. Memohon pd ALLAH agar dipermudahkan perjalanan dan keselamatan sepanjang penerbangan pergi. Lebih 6 jam kami berada di dalam kapal terbang Air Asia (D7 312) di sit 27H sekali lagi sebelah sayap kanan, jam 8.30 pagi bertolak dan tiba pada jam 2.35 ptg di Tianjin Bianhai International Airport, Tianjin.

Solat adalah tuntutan, walau berada di mana, situasi atau keadaan, solat wajib dilakukan. Biasalah dalam flight tiada ruang, apatah lagi Air Asia memang sempit. Wuduk masih ada, laksana solat jama' di kerusi. Inilah tarbiah secara praktis.
Perjalanan ke Beijing

Suhu di Tianjin ketika ini, 9 Nov adalah 10*c siangnya. Menyua muka ke luar Airport memang cukup terasa kesejukannya. Kami dipertemu dengan Jacky dan Jasmin (Tourism Guide). 2 watak yang cukup hemah dan peramah. Jasmin pandai berbahasa Melayu (slang Indonesia), ana cukup teruja dan menganggap ianya sesuatu yang luar biasa, sedangkan kita pun tak reti langsung berbahasa Cina.

Beijing di huni 26 Juta manusia (jumlah penduduk Malaysia), 500,000 nya adalah sandara Muslim. Dinasti China mencapai tamadunnya yang tersendiri selama 5000 tahun, bahkan terkemuka di dunia. Pernah diperintah oleh Dinasti Mongol (Raja Genghiz) watak pejuang Muslim pada ketika. Laksaman Cheng Ho diberi mandat pd zmn Dinasti Ming, bersama 27,000 anak kapal dan 307 armada.

2jam perjalanan dari Tianjin ke Kota Beijing. Sambil Jasmin menerangkan secara ringkas sejarah China, mata sudah tertawan dengan sekitarnya. Lebuh 2 lane jalan, berpemandangan tanah rata yang kering dan berdebu.  Namun masih subur dengan tanaman padi, jagung. Rumah, kilang, lopak tasik dan jalaran sungai. Pepohon di  warna putih pada batang bawahnya seperti memakai kain menutup aurat, kaedah mengelak kulat.

Pertunjukan Akrobatik
Di Beijing, tidak sah sekiranya kita tidak dijamu dengan persembahan akrobatik dan kungfu. Sudah pastinya pertunjukan ini sangat mengagumkan. Kebudayaan rakyat Cina moden dan tradisi yang memikat penonton-penontonnya. Dewan kebudayaan di tengah kota Beijing. Sembah tari loncatan, gasing cina, topi ajaib, dan yang menakjubkan ialah Akribatik Motorsikalnya. Bertambah kagum lagi apabila salah seorang penunggangnya adalah wanita, berani menggalas cabaran. Tak mustahil, wanita boleh melakukannya. Jasmin menyatakan bhw zaman pemerintahan Dinasti China, wanita dianggap golongan yang lemah (sama pandangnya seperti org arab Jahiliah).



al-MaT'am al-Islami
Di Beijing, cukup mudah untuk mengetahui tempat-tempat makanan halal. Namun begitu ia lebih mudah apabila mencarinya di kawasan bandar. Tertera tulisan arab [al-MaT'am al-Islami] di hadapan kedainya, setidak-tidaknya tulisan Bismillah dan Lailahaillallah. Kini musim sejuk jadi lupakan saja Air batu campur, teo ais, fresh2 ais yang ada hanya air suam panas dan teh cina. "No - ais ok"

Kebanyakan cina non-Muslim juga suka untuk menjamu selera di restoran orang Islam krn kebersihannya dan selesa. Menjadi kelaziman masyarakat cina, sup sebagai hidangan pemanas badan. Kebanyakan jenis makanannya berminyak, dan tidak sah jika daging, ayam dan ikan tersebut di campur bersama sayur. Makanan sihat dan seimbang. Tidak hairanlah, jika sudah berumur 100 tahun pun masih kuat bertenaga.



Baitul-Muslim di Beijing
Baitul Muslim
Mesti dalam fikiran kita, menganggap BaitulMuslim sebagai tempat untuk mencari jodoh. Tapi ini sangat berbeza, baitulMuslim adalah sebuah pasaraya besar yang terdapat di Kota Beijing, ala-ala mart GIANT & MYDIN di Malaysia. Terjelas sekali di tempat ini semuanya produk-produk halal tayyiba. Malam sebelum check in kami membeli barangan keperluan dan kudap-kudapan.

Memejam mata di Taishun Bussiness Hotel
Mata ini sudah tidak tertahan lagi, penat perjalanan 6 jam di dlm flight dan 2 jam menaiki van komuter, dibawa pula pusing-pusing ke Kota Beijing, merasai aroma negara China. Maghrib di Beijing pada jam 5.04 ptg dan Isyak pada jam 6.30 ptg. Beijing mula gelap pada jam 4.30 ptg, suhu nya mula meningkat lebih kurang 6*celcius. Seusai solat..ana sms family di Malaysia, selamat malam Beijing.

10|11|2011
Juyongguan Badaling (Great Wall of China pintu Juyongguan)


Selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke wilayah utara Beijing melalui Dengzhuang Bridge menghala ke Jingxang Expressway. Oleh kerana menghala ke utara, suhunya mencecah 7*celcius. Pagi tersebut ana memakai 4 lapis pakaian, apatah lagi mendaki Great Wall.


Jasmin (Tourism Guide) memberitahu kami, Great Wall ini dibina ketika Dinasti Ming pada abad ke 14. Mempunyai kejauhan 7000KM, melalui 9 wilayah di China. Binaan teragung bangsa Cina ini dikatakan boleh dilihat di angkasa. Tembok Besar China ini dibina untuk mempertahankan kota di bawah kekuasaan Dinasti Ming dari serangan orang-orang monggol dan serangan musuh.


Subhanallah, begitu hebat
Alhamdulillah, ana berjaya menjejakkan kaki di sini
Allahuakbar, sungguh hebat ciptaan manusia ini tetapi perlu dilihat pula siapakah yang menciptakan si pencipta Tembok Besar ini. Itulah yang terlintas dihati, ana bersama 2 orang sahabat berjaya menawan hingga ke checkpoint yang kedua sahaja, itupun dah tercungap keletihan.


Berada di ketinggian itu, terasa satu perasaan yang menakjubkan..hebatnya Ya Allah, kerdilnya diri ini. Bila berada di atas Tembok Besar, kebergantungan kita pasti pada ALLAH, melihat sekitar pemandangan yang begitu cantik dan indah. Kelihatan tangga-tangga yang kami naiki tampak mudah, tetapi curam dan besar-besar.






Ujian belum berakhir, masa mendaki memang pantas, masa untuk menuruni tangga itulah ujian sebenar keberanian diri ini, pada paras ketinggian itu, jantung berdegup laju, kalau terjatuh wallahua'lam, yang membuat ana hairan, masa turun adalah lebih sukar dari mendakinya. Lutut terasa goyang dan ketar.


Tidak hairan lah kata-kata sarjana Cina, 


"Tidak digelar pahlawan jika tidak sampai ditembok besar china"



Kilang Jade, Cristal dan Sutera
Sudah pastinya, negara China merupakan syurga membeli belah bagi mereka yang meminati barangan perhiasan terutama golongan wanita, termasuklah yang lelaki. Kami dibawa ke sebuah bangunan besar yang menempatkan barangan Jade di JADE BONA  Museum. Kami diberi penerangan cara-cara Jade di ukir, kenal palsu dan jade sebenar serta petua memilih jade yang baik.


Begitu juga kristal, pemilihannya sangat memukau mata-mata yang memandang. Ada beberapa jenis kristal, yang paling terbaik adalah di China yang ditemui di makam di raja. Pertama kali ana memegang sutera, begitu halus dan lembut sekali. Satu fakta yang sangat menarik ttg sutera adalah ia tidak menyerap habuk atau debu seperti kapas dan kapuk. 












Sutera sangat baik untuk kesihatan dan keselesaan. Tetapi Islam mengharamkan kaum lelaki krn ia adalah pakaian khusus untuk wanita, disebalik hikmah tersebut sutera melambangkan kehalusan sesuai dengan watak seorang muslimah.


Satu petua yang hebat ttg jade ini, Harga yang mahal pada batu jade bukan pada jade tersebut, tetapi kepada siapakah yang mengukir jade tersebut, jika keturunannya merupakan pengukir jade terbaik dan turun temurun,itulah yang termahal.
Sempat membeli potato rebus














itu adalah KPI JADE, kalau KPI orang Muslim adalah TAQWA.












Firman ALLAH dalam khazanah teragung al-Karim 
[ Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.]
(Al-Hujurat:13)
Taman YIHE (Taman Musim Panas)

Taman Yihe terletak di Daerah Haidian, Kota Beijing, luas 290 hektar, 20 km lebih dari Tian An Men. Ia dikenali dengan nama Taman Musim Panas kerana ditempat inilah terdapat sebuah singgahsana Maharani Suzi, pemerintah dinasti yang terakhir.

Taman Yihe terdiri dari Gunung Wanshou dan Danau Kunming, pemandangan sangat indah berlatar belakangkan "SUNSET Subhanallah sungguh indah sekali. Dikatakan pada musim salji, tasik Kunming ini akan membeku dan menjadi tempat untuk bermain ski. 

Kami merupakan rombongan terakhir untuk menaiki feri kecil untuk melihat kapal yang diperbuat daripada batu, sungguh menakjubkan, sungguh terpana dan jatuh cinta. Bersambung =)





Isnin, 7 November 2011

Asyik Adha al-Akbar

By : Selimutsura


Oh hari Aidil Adha
Subuhnya indah begitu
Takbir bergema alam ceria
Suasana sentosa jiwa hilanglah lara


Allahuakbar wa lillahilhamd
















Bermandi sunat tanda pemula ibadah
Bibir basah nya zikir memerdukan suara
Sikat rambut rapi disapu minyaknya
Berwangi bersih kopiah dirapi
Menghirup secangkir teh o suam
dan rendang kerisik


Allahuakbar wa lillahilhamd


Berlabuh jubah terlukis senyuman
Menuju ke masjid wuduk disempurnakan sebelumnya
Solat dua rakaat ditunaikan
Laungan takbir berkumandang dan didendang
Berjemaah meluahkan seiring


Allahuakbar wa lillahilhamd


Oh Aidil Adha
Aku rindu dan cinta
Saat ini
Damainya suasana 
Damai lagi hati ini


Percikan darah melimpah bumi
Korban bukan sekadar korban
Korban sejujur mana ikhlasmu
Pertaruh sesuci mana imanmu


Ya Allah
ku dakapi ketenangan ini
biar ia berlama-lama dalam hatiku
Allahuakbar wa lillahilhamd


[ Salam Eidul Adha buat semua muslimin & muslimat, raikan ia dengan penuh keimanan dan ketaqwaan ]


Selepas Morocco & Riau, Indonesia, ana akan bertolak ke Beijing, China pagi esoknya untuk meneruskan MUSAFIR SELIMUTSURA ke negara yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dunia lebih-lebih lagi sejarah Islam, di mana terdapat makam sahabat-sahabat Rasulullah SAW, kalau berkesempatan insyaAllah ana akan kongsikan bersama manfaatnya, ana mohon maaf buat semua yang mengenali, doakan perjalanan ana ke sana selama 4 hari ini diredhai Allah Taala, dipermudahkan, dipelihara sentiasa...(^^,)


Ahad, 30 Oktober 2011

Ramualdo & Fantaghiro

By : Selimutsura
Part malam tadi begitu menarik hati ini, apabila seorang putera raja yg bernama Ramualdo. Ramualdo kehilangan daya ingatan apabila disihir oleh Dark Witch yang mahu memisahkan mereka kerana sifat benci dan sakit hati. Hasad dengki  Dark Witch terhadap Fantaghiro masih berterusan walaupun sudah dihapuskan, cebisan kecil kuasa jahat yang diam dalam fikiran Ramualdo membentuk anggotanya semula lalu menyihir Fantaghiro.

Ramualdo diberi pilihan untuk meneka cinta sejatinya samada ikan, kura-kura, angsa dan katak.

Ikan, kura-kura dan angsa, masing-masing mengaku diri mereka sebagai Fantaghiro, mereka memperdaya dengan pujuk rayu dan desakan. Namun hanya Ramualdo mengerti melihat melalui mata hati. Seekor katak hanya berbunyi "Kuang!Kuang!Kuang!" dan menguji Ramualdo dengan pelbagai aksi. Ramualdo mengamatinya dalam-dalam, dari hati ke hati, lalu tahulah bahawa Ramualdo akan katak itu adalah Fantaghiro. Akhirnya Fantaghiro bertukar menjadi dirinya yang asal. The End (^^.) cerita yg menarik saje-saje hihi

Assalamualaikum, ana kongsikan serba sedikit titipan nota kuliah ana dari syarahan oleh Ust M.Nor tentang Fikh Munakahat, kuliah semalam paling bersemangat rasanya bagi orang-orang bujang haha 

PS : Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas (@.@) bulat mata.
[MS pertama] - Mukaddimah Azzawaj (Khitbah) : Bertunang
[MS Kedua] - Kufu', Hukum Melihat Bakal Isteri & Kadarnya
[MS Ketiga] - Putus Khitbah (Tunang) dan implikasinya ttg Mahar & Hantaran 
[MS Keempat] - Putus Khitbah (Tunang) dan implikasinya ttg Mahar & Hantaran 
 [MS Kelima] - Hukum Bernikah & Pilihan Jodoh
 [MS Keenam] - Rukun Nikah- Zauj, Zaujah, Wali, 2 Orang Saksi
 [MS Ketujuh] - Rukun Nikah - Ijab & Qabul,Perbahasan ttg Saksi, Sighah

 [MS Kelapan] - Syarat Ijab Qabul
 [MS Kesembilan] - Implikasi Nikah & Hukum Menggunakan Teknologi Moden
Sekian, semoga bermanfaat walaupun sikit dan ringkas wallahua'lam =)

Alhamdulillah nak rehat jap hihi (^^,) Allah memberikan kerehatan minda dengan al-Quran, berzikir, melihat kebesaran Allah dan sebagainya. Rehat Yuk!!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Sanah Helwah Abah =)

By : Selimutsura

My beloved =)
Pesan Abah 

"Belajar sungguh-sungguh, abah takda harta ape-ape pun, esok yang senang bukan abah". Itulah pesanan abah selalu, apabila menghantar kami adik-beradik ke sekolah dengan menaiki kapcai Honda "70" mata bulat, pesanan 17 tahun yang lalu, ketika itu kami bertiga bersekolah. Kehidupan di bandar sangat mencabar, apatah lagi dengan kos hidup yang tinggi. Sehinggakan Abah terpaksa menjual motor kapcai kesayangannya untuk membesarkan kami, nak menangis dibuatnya bila ingat balik.

Kami diajar erti kesusahan, menempah kesabaran, menerima seadanya kurniaan Allah Taala. Rumah kayu Abah sewa, di Lorong kiri 13, kalau hujan lebat petir bagai berdentum rapat di kepala. Ruang rumah sebilik, ada susur panjang ke dapur, disitulah kami menonton televisyen merah kecil, dan ditempat itulah ku menangis dipukul Abah hingga tertidur duduk kerana kedegilan sendiri mahu menonton TV. Ada kolah (jahatnya ana ni mandi masuk dalam kolah ala-ala perenang..sampai keruh air, bila mak dapat tahu, padan muka!), istimewanya rumah sewa ni berkongsi tandas dengan 3 pintu rumah sewa yang lain.

Abah memang pakar matematik, tak sah kalau tak menitiskan airmata kalau Abah yang mengajar. Abah sangat garang dan tegas, kepala ni tak berani tak mengangkat masa tu. Salah jawab, satu rotan kat tapak tangan. Abah pesan, "kalau pandai matematik, apa pelajaran pun pandai". Sambil rotan siap ditangan. Hari-hari hafal sifir kat kulit buku. Hinggakan UPSR, math "A" Alhamdulillah. Ana tak minat matematik sebenarnya haha.
Soalan yang paling kerap Abah tanya adalah SOLAT. Ini memang tak dapat lari, "Dah solat ke belum? Kalau nak pergi main, nak pergi mana-mana sembahyang dulu". Abah bagi buku doa untuk kami hafal. Abah akan cek bacaan. Tak hafal siap la.huhu

Dulu-dulu jangan harap la Abah nak belikan mainan, tak pasal-pasal cari pasal.hihi Ana sanggup tak makan & berpuasa, kumpul duit untuk beli mainan. Nak dapatkan sesuatu yang kita mahu, mestilah berusaha, bila kita dapat, kita akan hargainya selalu. Barang mainan pertama yang ana beli adalah Kereta Tamiya Tiruan yang berharga RM10.50. (^^.)
Allah always love u =)
Dipendekkan citer, Abah kini berbeza, mungkin faktor usia dan masa. Abah lebih memahami dan jarang garang, ana fahami. Tanpa didikan Abah yang garang dan tegas itu, tak mungkin ana akan menjadi begini, alhamdulillah. Dulu dan kini memang berbeza tetapi ana mencintai kenangan itu dan perjalanan kini. Kami sekeluarga bersyukur dengan kesederhanaan yang Allah Taala berikan. Kelmarin genap umur Abah yang ke 57 Tahun, baru menantu seorang dan menanti cucu insyaAllah.
(^.____.^)
dan pesan Abah yang mendalam...
"Alhamdulillah, syukur sangat pada Allah..dulu kita jalan kaki macam keretapi, sekarang dah ada Avanja, dulu macam-macam tak da, sekarang minta apa pun dapat, ALLAH ITU MAHA KAYA MAHA ADIL..sabar..sabar..sabar..".

Semoga Allah, memberkati usaha Abah dari dulu sampai bila-bila..luahan sayang dan cinta..tak perlu ana ungkapkan disini, doa ana, hanya Allah yang Tahu =)


Secubit susah, untuk dirasa..kalau kita susah anggaplah ada orang yang lebih susah dari kita..dan ALLAH Taala memahaminya...wallahua'lam

Ahad, 23 Oktober 2011

Antara Kemanisan Iman & Kemanisan Aiskrim

By : Selimutsura


 Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan."
(An-Naml: 93)

[ Kesentosaan fikiran bermula dari hati yang bersih dan tenang, kegelisahan dan kesusahan tiba-tiba datang meracuni kesentosaan. Serba tidak kena, serba salah menanggung beban dan tekanan, lumrah biasa sebagai fitrah manusiawi. Kesentosaan fikiran dan berlapang dada adalah pilihan yang baik, membiarkan kekusutan diganti dengan kejernihan hikmah dari ALLAH Subhanahu wa Taala ]

Barakallahu lakuma
Tahniah, alfun mabruk buat sahabatku Allif dan pasangannya Hasimah yang seusai melangsungkan walimah di Port Dickson 2 minggu lepas, tak sangka ada jugak KAMPUNG JAWA kat negeri sombilan ni hihi nama tempat pun Kampung Jawa, PD.
Memang sah kawasan tu majoriti orang jawa, bila ana tengok menu juadah, sambal goreng, sohon, daging masak semur, cuma pecel je yang takda, aku kok kesuwen arek mangan pecel (kalau org melayu kita panggil mengidam la). ^^.) 

namun memang meriah, sekampung rewang bareng-bareng. (tolong-menolong bersama).
Moga diberkati ALLAH & kekal, cintan cintun sampai ke syurga.

HIMPUN kerana ALLAH
Media arus, banyak menimbulkan polemik pemikiran umat, berita yang disiarkan banyak mempengaruhi pandangan masyarakat tentang HIMPUN. Tidak semuanya perlu kita ambil 100%, kalau NABIL Raja Lawak cakap “Lu Fikir La Sendiri”, tetapi Ustaz Nabil Ahmad cakap “Marilah BerFikir Bersama Saya” lebih menarik dan afdal di ambil yang mana?

HIMPUN mendapat sokongan dari segenap pihak, tidak mengira latar belakang, ia dihadiri bukan sahaja yang Islam bahkan yang bukan Islam juga. Bagi ana, apa-apa yang berkaitan dengan kebajikan & kepentingan umat Islam perlu kita sokong dan dokong. Ana tersentuh dgn kata-kata oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Ustaz Kamaruzzaman Mohamad sewaktu mesyuarat bersama Munsyid Malaysia beliau ada menyatakan sekiranya ada pihak yang tidak mahu jaga ISLAM betul-betul kita tolak, tiada kompromi samada dari pihak mana sekalipun.

HIMPUN bukanlah satu provokasi, untuk bertegang urat, menunjukkan silat masing-masing  atau apa-apapun, secara jelasnya isu “AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA” adalah isu tunjang umat Islam, pihak pemerintah perlu sedar, menunjukkan umat Islam di Malaysia mahukan pembaharuan yang membela umat Islam. Orang diluar sana lebih banyak bercakap di FB, Blog, Twitter, dari melakukannya, sebab itu orang yang berkata lebih banyak dari yang pergi ke sana. Sebenarnya tidak timbul pun kebencian kepada agama lain, kerana Rasulullah SAW tidak menganjurkan kebencian tetapi kasih sayang sebagai satu metode dakwah yang lebih terbuka dan komprehensif. Peranan ini bermula dari diri sendiri, mengukuhkan akidah umat sejak dari dalam buaian.

Firman ALLAH Taala :
‎Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan."
[Al Mu'minun: 96]

Satu lagi ayat yang ana tersentuh Ustaz Kazim Elias malam tadi ada menyebut lebih kurang macam ini, “kita tidak boleh paksa orang untuk mengikut kita, tetapi asalkan dia Islam sudah cukup bermakna untuk kita.”
Untuk lanjutan boleh singgah  http://www.malaysiakini.com/news/179376

Oh Ibu-Ibu
Semalam ana luangkan masa bersama adik untuk melawat sahabatnya di Hospital Sg. Buloh. Tidak tahu mengapa semalam banyak benar pemandu-pemandu nak langgar kete Avanjo ni. Masuk lane tengah ala2 “potong sayur”, tak bagi signal masuk simpang, memotong dari kiri, sipi-sipi je..memandu ni memang kena banyak sabar Allahuakbar..alhamdulillah sampai juga ke sana.

Nak dijadikan citernye kami datang terlalu awal, lebih kurang jam 3 petang. Waktu lawatan yang ditetapkan jam 4.30 hingga 7.30 malam. Kami pun terpaksalah menunggu lama, sambil ana pergi cari buah-buah sikit untuk kudapan. Sepanjang duduk di bangku hospital, lebih kurang 20 orang lebih ibu-ibu..berjalan keluar dari hospital bersama suami dan cahaya mata baru mereka. Kesian tengok si Ibu berjalan perlahan-perlahan ke kenderaan sambil ditemani suami masing-masing.

Si ibu & ayah senyum melihat, sejuk hati tengok wajah anak kelahiran, pengorbanan tak ternilai. Setiap langkah Ibu menatang kesusahan, sebanyak pahala berjihad di medan perang. Semoga Allah memberkati mereka semua, baby comel soleh solehah aminnn.
Ada petua sedikit dari ana, antara amalan surah-surah pilihan yang terbaik untuk dibaca dan didengar semasa kehamilan bagi ibu-ibu :

·         Surah Al-Fatihah – Untuk terang hati & kuat ingatan
·         Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar dan taat
·         Surah Luqman – Untuk memperolehi anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
·         Surah Yusuf  Untuk memperolehi anak yang cantik rupa & cantik akhlak
·         Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
·         Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
·         Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
·         Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

InsyaAllah, segalanya dengan izin ALLAH..berusahalah ALLAH akan memberi =)

Manisnya mengatasi Aiskrim

Perkongsian untuk antum semua, semalam ana pergi ke ceramah perdana Ustaz Kazim Elias di Surau al-Mustaqim, surau tersebut menawarkan aiskrim kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut. Sesuatu yang menarik perhatian yang boleh diambil untuk menarik minat kanak-kanak. Pendekatan dakwah bil hal yang bagus dan jarang sekali dilakukan.

Slot ceramah diadakan selepas solat Magrib berjemaah. Ustaz Kazim Elias tidak boleh lari dari ceramah yang mengasyikkan dan menceriakan, bahkan ilmu-ilmu yang disampaikan berkaitan dengan permasalahan semasa yang kita lalui seharian.

Beliau menyebut, tempat yang paling tenang sekali atas dunia ini adalah Rumah Allah, segala-gala jawapan tentang kerungsingan di hati dan fikiran akan terubat di Rumah Allah, jika di Rumah Allah hati pun tak tenang, maknanya ada something wrong namanya. Jika kat rumah jiwa tak tenang datanglah ke masjid/surau, insyaAllah yakin bahawa Allah akan memberikan ketenangan ke dalam diri kita. Setiap masalah ada solusinya. Tempat yang paling selamat pada hari kiamat adalah Rumah Allah.


Ustaz Kazim, menyatakan nikmat kebahagiaan di dunia itu ada 3 :

1.       Isteri yang solehah
2.       Rumah yang bagus
3.       Kenderaan yang bagus

Tetapi kebahagiaan yang sebenar adalah IMAN, Iman adalah nikmat yang paling besar dan utama di sisi ALLAH Taala. Ustaz pesan “Kalau nak cari calon , carilah yang beragama, Ustaz tu title je..yang paling penting cari yang beragama, tukang masak yang beragama, kalau pegawai, pegawai yang beragama, kalau jurutera, jurutera yang beragama..selamat berbahagia insyaAllah ^^.)

“kalau tak dapat aiskrim pun takpe, IMAN ada lagi manis.”

Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wallahua’lam..tegurlah ana, insan biasa yang dahagakan ilmu, ana tinggalkan kalian dengan satu klip video ini..sila klik ye..ayuh berselawat sama2 http://www.youtube.com/user/awakeningrecords?feature=grec_index#p/a/u/0/eLFW---YSWE
Selamat merasai kemanisan IMAN & aiskrim hihi =)

Rabu, 19 Oktober 2011

Senyumlah walau di mana anda berada =)

By : Selimutsura

Hujan masih turun dengan lebatnya, awan merintik-rintikkan air hujan melalui perintah Allah Subhanahu Wa Taala, mereka taat sentiasa,ikut sehingga terhenti mengikut sunnatullah. Ku masih di ruang pejabat menanti hujan berhenti. Kalau sekarang ku keluar berlari ke stesen keretapi pastinya basah. Kawan-kawan mula meninggalkan pejabat, kad kerja mula diketikkan tepat jam 5 petang. Lampu sisi kanan pejabat pun sudah dipadam, cuma di sisi kirinya belum, suis berhampiran dengan ku. Sudah biasa harian pulang lewat, dengan kerja yang penuh, pulang berjalan kaki. Sampai di rumah penat itu sudah alah bisa. Demi mencari sesuap rezeki Allah.


Ku duduk, tersenyum bukan apa..tengok gambar ni ^^,)


Rasulullah saw mengajar kita supaya memberikan senyuman sepanjang hari, kerana faedah senyum sangat banyak. Kadang-kadang kita senyum hanya pada perkara-perkara tertentu sahaja.


Kita lupa senyuman itu luas jika kita kembali melihat ia dalam agama kita ia merupakan satu sunnah yang sangat disukai oleh Allah Taala dan RasulNya.


Pernah enggak kalian terfikir dan lakukan, bila waktu kita hendak menunaikan solat, kita memberikan senyuman merasai kegembiraan, untuk bertemu dengan Allah, apatah lagi di rumah Allah (Masjid, surau dll) kita masuk dengan dengan wajah yang ceria.


Cuba antum cuba, sebelum mendirikan solat antum tarik nafas kemudian senyum camni (^.____.^)
Energy berkali ganda, Nikmat Ibadah pun terjana, Penghayatan pun terbina insyaAllah.


Sampai satu masa, tangis pasti mengiringi kerana bersyukur atas segala pemberian Allah, Allah masih mengurniakan kesempatan, hati masih bertaut. Tangis & senyum.

Rasulullah SAW al-habib, adalah sebaik-baik insan yang memberi senyuman, dalam sabdanya :   تبسمك في وجه أخيك صدقة

[Senyumanmu kepada saudaramu adalah sedeqah]

sekali senyum Allah gandakan 10 ganjaran, apatah lagi setiap wajah sahabat-sahabat, kita memberi senyuman. Kalau seorang 10 ganjaran, kalau 10 orang berganda ganjaran pahalanya. Mudahnya Rasulullah SAW mengajarkan kita tentang perkara ini. Rugilah kita.

Berikanlah senyuman pada kucing, bunga dan alam disekeliling, kerana ada terapi yang Allah singkapkan, yang perlu kita fikir dan zikir. 

Ana tinggalkan antum dengan satu klip yang ana amat gemari, Fattabi'oni, senyuman sebagai satu sunnah sila klik http://www.youtube.com/watch?v=5fl8Gr-0sM0&feature=relmfu

ana dah nak pulang, juz a simple from my mind, ok hingga bertemu lagi insyaAllah =) 

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...