By : Selimutsura
مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَ الأَخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ, وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ
Bingkisan kata oleh al-Imam as-Syafie Rahimahullah yang bermaksud :
[ Barangsiapa yang menghendaki dunia, maka hendaknya dia berilmu, Dan barangsiapa yang menghendaki akhirat, maka hendaknya dia berilmu, Dan barangsiapa yang menghendaki dunia & akhirat (kedua-duanya) maka hendaknya dia berilmu..]
Lapangan Terbang Tianjin Bianhai International Airport |
Ana menerima sms.
"Tut..tut..tut.mel, assalamualaikum..jom kita ke China."- Z
"Apo..betul ke ni, habis tu tiket sume macam mana? harga pakej?" - M
"Z nak confirm kan tempat ni, nak order tiket sekali" - Z
"Bagi mel masa sikit, petang ni mel bagi jawapan" kalau ikutkan duit bulan ni cukup-cukup, untuk family, untuk kereta, simpanan sikit.
Bas bercamtum di Bandar Beijing |
Lama juga ana memikirkan, malam pulang dari kerja ana pun memberi jawapan, mahu pergi tetapi ALLAH bukakan jalan untuk ana sms "Confirm Z, Mel nak gi sana jgk".
Tak merancangpun, takpelah mungkin ada sesuatu yang ALLAH mahu tunjukkan.
9|11|2011
Tiba di Beijing, China
Mungkin kita keliru dengan kata-kata ini, [ tuntutlah ilmu walau ke negeri China ] sebenarnya ia bukanlah hadis atau perkataan yang disandarkan pada Rasulullah SAW, ianya adalah kata-kata peribahasa arab yang lazim dan sangat popular diperkatakan oleh orang ramai. Bahkan [ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad ] juga merupakan bukan hadis yang disandarkan pada Rasulullah SAW, sahihnya ia adalah kata-kata Imam Ahmad Hanbal Rahimahullah, kita perlu jelas disini.
Almond terbaik dari China |
Segala bermula disini, sebelum bertolak ana berkumpul di Setapak di rumah sahabat baik namanya (Z), jam 5 pagi bersantapkan air coco honey (Ana Edar). Terus langsung ke LCCT, KLIA dan tiba pada jam 6.15 pagi menaiki teksi diiringi hujan yang agak lebat. Berkumpul bersama 8 orang lagi yang mengikuti.
Selesai check in barang dan tiket, kami bersubuh. Memohon pd ALLAH agar dipermudahkan perjalanan dan keselamatan sepanjang penerbangan pergi. Lebih 6 jam kami berada di dalam kapal terbang Air Asia (D7 312) di sit 27H sekali lagi sebelah sayap kanan, jam 8.30 pagi bertolak dan tiba pada jam 2.35 ptg di Tianjin Bianhai International Airport, Tianjin.
Solat adalah tuntutan, walau berada di mana, situasi atau keadaan, solat wajib dilakukan. Biasalah dalam flight tiada ruang, apatah lagi Air Asia memang sempit. Wuduk masih ada, laksana solat jama' di kerusi. Inilah tarbiah secara praktis.
Perjalanan ke Beijing |
Suhu di Tianjin ketika ini, 9 Nov adalah 10*c siangnya. Menyua muka ke luar Airport memang cukup terasa kesejukannya. Kami dipertemu dengan Jacky dan Jasmin (Tourism Guide). 2 watak yang cukup hemah dan peramah. Jasmin pandai berbahasa Melayu (slang Indonesia), ana cukup teruja dan menganggap ianya sesuatu yang luar biasa, sedangkan kita pun tak reti langsung berbahasa Cina.
Beijing di huni 26 Juta manusia (jumlah penduduk Malaysia), 500,000 nya adalah sandara Muslim. Dinasti China mencapai tamadunnya yang tersendiri selama 5000 tahun, bahkan terkemuka di dunia. Pernah diperintah oleh Dinasti Mongol (Raja Genghiz) watak pejuang Muslim pada ketika. Laksaman Cheng Ho diberi mandat pd zmn Dinasti Ming, bersama 27,000 anak kapal dan 307 armada.
2jam perjalanan dari Tianjin ke Kota Beijing. Sambil Jasmin menerangkan secara ringkas sejarah China, mata sudah tertawan dengan sekitarnya. Lebuh 2 lane jalan, berpemandangan tanah rata yang kering dan berdebu. Namun masih subur dengan tanaman padi, jagung. Rumah, kilang, lopak tasik dan jalaran sungai. Pepohon di warna putih pada batang bawahnya seperti memakai kain menutup aurat, kaedah mengelak kulat.
Pertunjukan Akrobatik
Di Beijing, tidak sah sekiranya kita tidak dijamu dengan persembahan akrobatik dan kungfu. Sudah pastinya pertunjukan ini sangat mengagumkan. Kebudayaan rakyat Cina moden dan tradisi yang memikat penonton-penontonnya. Dewan kebudayaan di tengah kota Beijing. Sembah tari loncatan, gasing cina, topi ajaib, dan yang menakjubkan ialah Akribatik Motorsikalnya. Bertambah kagum lagi apabila salah seorang penunggangnya adalah wanita, berani menggalas cabaran. Tak mustahil, wanita boleh melakukannya. Jasmin menyatakan bhw zaman pemerintahan Dinasti China, wanita dianggap golongan yang lemah (sama pandangnya seperti org arab Jahiliah).
al-MaT'am al-Islami
Di Beijing, cukup mudah untuk mengetahui tempat-tempat makanan halal. Namun begitu ia lebih mudah apabila mencarinya di kawasan bandar. Tertera tulisan arab [al-MaT'am al-Islami] di hadapan kedainya, setidak-tidaknya tulisan Bismillah dan Lailahaillallah. Kini musim sejuk jadi lupakan saja Air batu campur, teo ais, fresh2 ais yang ada hanya air suam panas dan teh cina. "No - ais ok"
Kebanyakan cina non-Muslim juga suka untuk menjamu selera di restoran orang Islam krn kebersihannya dan selesa. Menjadi kelaziman masyarakat cina, sup sebagai hidangan pemanas badan. Kebanyakan jenis makanannya berminyak, dan tidak sah jika daging, ayam dan ikan tersebut di campur bersama sayur. Makanan sihat dan seimbang. Tidak hairanlah, jika sudah berumur 100 tahun pun masih kuat bertenaga.
Baitul-Muslim di Beijing
Baitul Muslim |
Mesti dalam fikiran kita, menganggap BaitulMuslim sebagai tempat untuk mencari jodoh. Tapi ini sangat berbeza, baitulMuslim adalah sebuah pasaraya besar yang terdapat di Kota Beijing, ala-ala mart GIANT & MYDIN di Malaysia. Terjelas sekali di tempat ini semuanya produk-produk halal tayyiba. Malam sebelum check in kami membeli barangan keperluan dan kudap-kudapan.
Memejam mata di Taishun Bussiness Hotel
Mata ini sudah tidak tertahan lagi, penat perjalanan 6 jam di dlm flight dan 2 jam menaiki van komuter, dibawa pula pusing-pusing ke Kota Beijing, merasai aroma negara China. Maghrib di Beijing pada jam 5.04 ptg dan Isyak pada jam 6.30 ptg. Beijing mula gelap pada jam 4.30 ptg, suhu nya mula meningkat lebih kurang 6*celcius. Seusai solat..ana sms family di Malaysia, selamat malam Beijing.
Juyongguan Badaling (Great Wall of China pintu Juyongguan)
Selepas bersarapan pagi, kami bertolak ke wilayah utara Beijing melalui Dengzhuang Bridge menghala ke Jingxang Expressway. Oleh kerana menghala ke utara, suhunya mencecah 7*celcius. Pagi tersebut ana memakai 4 lapis pakaian, apatah lagi mendaki Great Wall.
Jasmin (Tourism Guide) memberitahu kami, Great Wall ini dibina ketika Dinasti Ming pada abad ke 14. Mempunyai kejauhan 7000KM, melalui 9 wilayah di China. Binaan teragung bangsa Cina ini dikatakan boleh dilihat di angkasa. Tembok Besar China ini dibina untuk mempertahankan kota di bawah kekuasaan Dinasti Ming dari serangan orang-orang monggol dan serangan musuh.
Subhanallah, begitu hebat
Alhamdulillah, ana berjaya menjejakkan kaki di sini
Allahuakbar, sungguh hebat ciptaan manusia ini tetapi perlu dilihat pula siapakah yang menciptakan si pencipta Tembok Besar ini. Itulah yang terlintas dihati, ana bersama 2 orang sahabat berjaya menawan hingga ke checkpoint yang kedua sahaja, itupun dah tercungap keletihan.
Berada di ketinggian itu, terasa satu perasaan yang menakjubkan..hebatnya Ya Allah, kerdilnya diri ini. Bila berada di atas Tembok Besar, kebergantungan kita pasti pada ALLAH, melihat sekitar pemandangan yang begitu cantik dan indah. Kelihatan tangga-tangga yang kami naiki tampak mudah, tetapi curam dan besar-besar.
Ujian belum berakhir, masa mendaki memang pantas, masa untuk menuruni tangga itulah ujian sebenar keberanian diri ini, pada paras ketinggian itu, jantung berdegup laju, kalau terjatuh wallahua'lam, yang membuat ana hairan, masa turun adalah lebih sukar dari mendakinya. Lutut terasa goyang dan ketar.
Tidak hairan lah kata-kata sarjana Cina,
"Tidak digelar pahlawan jika tidak sampai ditembok besar china"
Kilang Jade, Cristal dan Sutera
Sudah pastinya, negara China merupakan syurga membeli belah bagi mereka yang meminati barangan perhiasan terutama golongan wanita, termasuklah yang lelaki. Kami dibawa ke sebuah bangunan besar yang menempatkan barangan Jade di JADE BONA Museum. Kami diberi penerangan cara-cara Jade di ukir, kenal palsu dan jade sebenar serta petua memilih jade yang baik.
Begitu juga kristal, pemilihannya sangat memukau mata-mata yang memandang. Ada beberapa jenis kristal, yang paling terbaik adalah di China yang ditemui di makam di raja. Pertama kali ana memegang sutera, begitu halus dan lembut sekali. Satu fakta yang sangat menarik ttg sutera adalah ia tidak menyerap habuk atau debu seperti kapas dan kapuk.
Sutera sangat baik untuk kesihatan dan keselesaan. Tetapi Islam mengharamkan kaum lelaki krn ia adalah pakaian khusus untuk wanita, disebalik hikmah tersebut sutera melambangkan kehalusan sesuai dengan watak seorang muslimah.
Satu petua yang hebat ttg jade ini, Harga yang mahal pada batu jade bukan pada jade tersebut, tetapi kepada siapakah yang mengukir jade tersebut, jika keturunannya merupakan pengukir jade terbaik dan turun temurun,itulah yang termahal.
Sempat membeli potato rebus |
itu adalah KPI JADE, kalau KPI orang Muslim adalah TAQWA.
Firman ALLAH dalam khazanah teragung al-Karim
[ Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kalian disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar.]
(Al-Hujurat:13)
Taman YIHE (Taman Musim Panas)
Taman Yihe terletak di Daerah Haidian, Kota Beijing, luas 290 hektar, 20 km lebih dari Tian An Men. Ia dikenali dengan nama Taman Musim Panas kerana ditempat inilah terdapat sebuah singgahsana Maharani Suzi, pemerintah dinasti yang terakhir.
Taman Yihe terdiri dari Gunung Wanshou dan Danau Kunming, pemandangan sangat indah berlatar belakangkan "SUNSET Subhanallah sungguh indah sekali. Dikatakan pada musim salji, tasik Kunming ini akan membeku dan menjadi tempat untuk bermain ski.
Kami merupakan rombongan terakhir untuk menaiki feri kecil untuk melihat kapal yang diperbuat daripada batu, sungguh menakjubkan, sungguh terpana dan jatuh cinta. Bersambung =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan