ilham Ma'mum

Ahad, 21 Oktober 2012

Cinta Pelik bin Ajaib

By : Selimutsura

Saya mengulang-ulang putaran lagu Law kana bainana, saya memperoleh hiba.


dan..saya menangis..entah mengapa jiwa saya mahu nyatakan.. 

Andai saya dapat hidup saat zaman Rasulullah S.a.w, 
andai saya diberi peluang untuk bertemu dan bersua,

mesti saya dapat lihat..
senyumannya, raut wajahnya, riak tubuhnya, gaya lakunya..

mesti saya dapat rasa..
kegembiraannya, keperintannya, kesusahannya, keresahannya..

mesti saya dapat bersama..
berjuang, syahid dan setidak-tidaknya menjadi sahabat Baginda S.a.w..

Tetapi Allah Subhanahu wa Taala lebih Mengetahui. Nabi Muhammad S.a.w telah pergi meninggalkan umatnya 1400 tahun yang lalu. 

Saya hidup dan dilahirkan selepas 1400 tahun.
Tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

dan tidak dapat menjadi sahabat Baginda S.a.w.

Rasulullah S.a.w sebenar-benar tidak pernah meninggalkan umatnya. 
Hadirkan sunnah dalam kehidupan, itulah yang Rasulullah S.a.w mahukan.Itu saya tahu.

Tapi saya selalu rindu pada Rasulullah S.a.w..
Walaupun tidak dapat lihat, rasa dan bersama..

Pelik bin ajaib cinta ini. Andai sekiranya ada permintaan, satu permintaan yang saya mahukan. Bertemu dengan al-Habib Rasulullah S.a.w.

Boleh ke..sebab..

Saya malu. Siapalah saya? Untuk bertemu dengan kekasih Allah yang mulia.

Saya masih lalai, leka dan lupa.

Layakkah saya bergelar umat Nabi Muhammad S.a.w yang mulia?

Saya mulai resah. Kerana mencintainya bukan sekadar berselawat, berposting di FB, menaip di Blog, ingat-ingat lepas tu lupa.

Saya memujuk diri. Saya perlu berubah.

"Ya Allah, sampaikan salam hambaMu ini dan pertemukan kami di Akhirat nanti"

Pertemuan dari kekasih kerdil kepada kekasih Agung.

Saya suka Cinta yang pelik ini.

Sollollohu Alaihi Solatu Wassalam..


Maksud Firman Allah S.w.t :
"Katakanlah: Jika kamu (benar-benar)mencintai ALLAH, ikutilah aku (Nabi Muhammad) nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Ali-Imran 31)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
20hb Okt di Felda Lepar, Gambang.

Khamis, 18 Oktober 2012

Dikalung Kasihan

By : Selimutsura


Tiada suara penantian tak bersudah
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia

Tiada cara membiaskanMu cahaya
Puisi tak berlagu
Beza biar ketara tanpaMu


Menitis air mata
Dikalung kasihan padaMu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku

Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan


Lama
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu


Menitis air mata
Dikalung kasihan padaMu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku


Memilih kata-kata
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan


Lama
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban


Lama
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama



by : Imran Ajmain http://www.youtube.com/watch?v=FRSWdr9sEEU&feature=related

Ya Allah,
ku mahu memiliki cintaMu
yang terbukti lama
dikalung kasihanMu
Agar lelahku
Terlerai lama

Asyiknya bercinta padaMu..


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Surau An-Naim.Wangsa Maju



Doa Selesai Majlis Ilmu

By : Selimutsura

..Sering saja tamat majlis ilmu atau pengajian. Para Ustaz dan Ustazah akan membacakan doa ini. Keberkahan mengunjungi kuliah dan majlis ilmu diakhiri dengan permohonan keampuanan dan taubat. Oleh itu, bila kita berbuat sesuatu akhiri dengan doa ini (^^,)..



"Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illaa anta astaghfiruka wa
atuubu ilaika"
Ertinya:
"Maha Suci Engkau ya Allah, aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, aku 
memohon ampunan dan bertaubat pada-Mu" (H.R. Abu Daud dan Tirmidzi).

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Sedetik Bermakna - Gallagi

By : Selimutsura
Gallagi berbaju kelabu di tengah-tengah
Terdetik hati..tiba-tiba saya membelek gambar-gambar lama sewaktu bermukhayyam lughah di Maghribi atau Morocco. Masih segar dalm ingatan walaupun sudah lebih 5 tahun berlalu, keramahan seorang warga kampus Kuliyyah al-Adaab wa al-ulum al-Insaniyyah, Jami'ah Muhammad V Agdal, Rabat.

Beliau bernama Gallagi. Orang Maghribi sangat baik melayan orang luar seperti kami, berbeza dengan orang arab agak kasar sedikit. Tidak dinafikan sepanjang sebulan berada di bumi Ibnu Battutah..mereka pemurah dengan senyuman dan teguran. Apatah lagi apabila mereka tahu kita ini pelajar. Barang-barang keperluan-pun boleh ditawar dengan harga yang murah. 

Saya membeli jubah..sampai satu tahap..

"Ana Tholib ya ammu, wa ana miskin..ji'tu min Malayzia..wa darastu fi jami'ah agdal. Ya ammu..Allahu Yubarik fik.." Sambil tangan ini menapak seperti berdoa.

Lama juga dia memikirkan. Ammu itu membalas, "Bass...Khudz ya ibni!"

Habis jer tawar-menawar. "Hayyakumullah Ya Ammu, Syukran!" Saya tersenyum riang.
Bersama adik-adik kecil di Suuk
Bajet belanja di bumi Maghribi lebih kurang macam Malaysia ketika saya merantau ke sana. Cuma harga makanan asasi lebih murah seperti roti, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Orang Malaysia macam kami kalau tidak jumpa nasi tidak sah, merana badan jawabnya. Kebiasaan sebagai pelajar mesti berjimat-cermat mengunakan duit simpanan yang ada.

Sardin adalah antara sajian rutin ketika belajar di sana, kadar penjimatan terbaik.

Orang Morocco tidak makan kupang (adik beradik kerang), kerana mereka menganggapnya sebagai serangga dalam bahasa arab hasyaraat.
Buku-buku dan kitab-kitab ilmiah mudah didapati. Sekiranya pergi solat berjemaah di masjid-masjid disekitarnya ada menjual buku dan kitab arab.

Gallagi mempunyai sebuah motorsikal Peageot. Motorsikal ini berfungsi apabila dikayuh sekuatnya beberapa meter barulah ia bergerak seperti biasa. Yang menariknya motor kapcai ini ada stiker PALESTIN "Antum minna wa nahnu minkum" dari situ saya belajar satu ayat yang bagus.

Saat hari terakhir kami hendak meninggalkan bumi Maghribi, di dewan Muktamar Jami'ah Gallagi mengalirkan airmata sebak. Banyak gurauan, perkongsian dan ilmu yang kami dapat. Saya amat berterima kasih kepada Gallagi kerana membawa kami bersiar-siar sekitar Suuk Qodim (Pasar lama), untuk membiasakan diri ke sana. Sempat bersama menjamah sandwich dan cay naknak.

Subhanallah, betapa mahalnya detik tersebut.

;) Maghribi menyuburkan sejuta kenangan terindah yang tak terucap.


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Rabu, 17 Oktober 2012

Memiliki jiwa yang menang

By : Selimutsura

"Hissh..menyusahkan betullah! Dah la kerja menimbun-nimbun. Ini dia tambah lagi, pagi-pagi dah memekik..sakit hati aku!"

Eimam menghempaskan fail-fail dan dokumen di atas mejanya.

Selang beberapa minit.

"Astagfirullah al-Azim..Innalillah wa inna ilaihi Raji'un.." Eimam memujuk hatinya semula, mengemas semula fail-fail yang berserakan. Sambil tangan memicit-micit kepalanya.

"Ya Allah, bukan mudah untukku memiliki jiwa yang tenang.." Dia menghembuskan nafas kesal.

Eimam Ukail bingkas bangun ke tandas mengambil wuduk. "Bismillahirrahmanirrahim.." Air jernih membasuhi kepanasan dalam diri, mengembalikan kesejukan yang hilang.

Selesai Eimam menunaikan solat sunat..lantas dia menadahkan tangan.

"..Lailahailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazholimin..
..Tiada Tuhan melainkanMU  Maha Suci Engkau sesungguhnya daku telah berbuat kezaliman atas diriku..
..Allahumma La Sahla Illa Ma Ja'altahu Sahla..
Ya Allah..tiada kesusahan melainkan ada kemudahan selepas itu, tiada kesukaran melainkan telah ada kesenangan selepas itu.

Kurniakanlah Ya Allah, jalan terbaik..jalan yang Engkau redhai. Agar aku memperoleh jiwa yang menang..aminnn.."

Eimam Ukail menangis..mengusap airmata. Dia berdiri semula, memperoleh semangatnya semula untuk kuatkan diri."InsyaAllah..Allah lebih tahu mana yang terbaik!Ehm!"

;) Secara ringkas..dari saya. Watak Eimam Ukail akan menjadi nota pendek saya..sebagai pendekatan dakwah penulisan saya@SELIMUTSURA.
Memang sukar untuk memiliki aman, tanda-tanda jiwa yang menang adalah mereka yang tenang. Buahnya SABAR, IKHLAS, REDHA.

Tips paling mudah, menjadi PERWIRA yang MENANG, saya kongsikan ya! InsyaALLAH mujarab kerana seharian saya berhadapan dengan macam-macam kerenah manusia, macam-macam style..kadang-kadang rasa DOWN dan tertekan. Saya kongsi apa yang saya peroleh baiknya, anda juga boleh berkongsi sama. (^^,) takda apapun saya ni. Ilmu spt debu-debu halus yg berterbangan..Inilah jiwa yang tenang nan menang..

1.Ucapan Istirja' apabila ditimpa masalah.




Surah al-Baqarah | 156 
maksudnya : 
orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ; Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raji'un.
2.Taqarrub dengan Allah tika susah mahupun senang.
-Membaca, mendengar, melihat dan menghayati bait-bait al-Quran
-Zahirkan zikir, ingat selalu pada Allah
-Duduk dalam majlis ilmu.
-Bersunyi-sunyi untuk muhasabah diri kepada Allah hingga mengalir airmata.






Surah al-Fath | 4 
maksudnya :
Dialah yang menurunkan ketenangan dalam jiwa orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka, dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


3.Menyayangi dan suka apa yang Rasulullah S.A.W LIKE!
-Sayang orang miskin dan duduk bersama mereka
-Kasih anak-anak yatim dan makan bersama mereka
-Suka ziarah orang sakit, ingat pada kematian
-Lazim mengucap SALAM.

4.Melihat orang dibawah dengan pandangan yang mulia
-Berbaik sangka.
-Bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah (rezeki, kesihatan, keluarga, masa dll)
-Merasa untung mempunyai sahabat-sahabat sekeliling, yang membantu dan menyokong.

Kata Ibnu Athoillah yang masyur :
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

5.Membaca La Haw La wa La Quwwata Illa Billah
-Belajar menerima apa jua dugaan menimpa ia datang dari Allah.
-Disebalik ujian ada hikmah tersimpan

We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

6.Ubah gaya pemikiran Positif..positif..positif =)
-Bila susah pasti bayangan kita yang negatif..padahal Allah sedang merancang yang terbaik untuk kita.
-Prof Dr. Muhaya sebut..buangkan ayat : Tapi..Nanti..Sekejap lagi..bila diberi cabaran.

..dan saya belajar dari kesilapan lepas, pernah gagal dalam peperiksaan..huhu..saya koreksi semula, saya tidak sangka ia mengubah saya untuk berani gagal, bukan bermaksud untuk gagal lagi, tetapi saya tidak takut menghadapinya..

Allah Taala telah membuka banyak pintu kebaikan..Alhamdulillah.

7.Mengutamakan pandangan Allah S.w.t
-Tidak membalas celaan dengan hinaan
-Menjaga lidah dan pertuturan, menjauhi umpat.
-Mendoakan pihak lain dengan doa yang baik dan diberikan hidayah.

Memang kadang sukar untuk memujuk hati supaya sabar, kembali tenang. Siapa yang berjaya memperolehnya, akan menikmati satu kemanisan iman yang tinggi. Hanya Allah yang Tahu segala isi hati, sengsara jiwa. Janganlah kita berputus asa untuk memiliki jiwa yang tenang.

Kerana jiwa tenang buat mereka yang menang!Wallahua'lam!

Saya & Eimam Ukail kongsi, hadis Rasulullah S.a.w ada mengatakan :

Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman:
 Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan 
Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. 
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. 
Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. 
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta.
 Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. 
Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 

(Hadis dari Abu Hurairah ra, Shahih Muslim No.4832)

Hadis ini mengajar kita supaya bersikap positif dan meletakkan harapan kepada Allah s.w.t. dengan penuh kepercayaan. Tidak seorangpun patut berputus asa kerana walaupun dia menyembah kepada Allah dengan dosa sebesar gunung yang boleh memenuhkan lembah yang dalam, Allah yang Maha Pengampun boleh menerima taubatnya dan memasukkan dia di kalangan hamba yang diredhai. Alaikumussalam.. =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Isnin, 15 Oktober 2012

Malu Mahkota Wanita Muslimah

By : Selimutsura

Saya mahu bicara sedikit tentang malu =)

Kecantikannya itu adalah sifat malunya


Ratunya adalah dengan kelembutannya


Kewanitaannya (kematangannya) adalah dengan akhlaknya 

♥♥♥ sepatutnya sikap seorang muslimah ♥♥♥



"Ya Allah, perhiasilah serikandi-serikandi Islam ini dengan keindahan 

sifat malu."



Apa itu malu?
1. Raghib al-Asfahani rahimahullah mengatakan,
“Malu adalah menahan jiwa agar tidak mengerjakan sesuatu yang tercela. Dan ini termasuk sifat istimewa yang dimiliki seorang manusia. Malu adalah menahan diri dari mengerjakan segala sesuatu yang diinginkan oleh hawa nafsunya, sehingga ia tidak menjadi seperti binatang.” (Fathul Bari)
2.Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan,
“Al-Hayaa’ (malu) merupakan pecahan dari kata al-Hayaat (hidup). Hal ini karena sesuai dengan hidupnya hati seseorang yang mendorong untuk berperangai dengan sifat malu. Sedikitnya rasa malu merupakan tanda matinya hati dan ruh. Maka apabila hati itu hidup, rasa malunya akan lebih sempurna.” (Madarijus Salikin)
Sabda Baginda S.a.w :
اَلْـحَيَاءُ لاَ يَأْتِيْ إلاَّ بِخَيْرٍ.
“Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.”
(Sahih Bukhari & Muslim)

Malu menurut perspektif Islam :
Imam al-Qurtubi Rahimahullah, ada menyebut bahawa malu yang dibenarkan iaitu atas dasar keimanan dan perintah Allah, bukan daripada tabiat. Tetapi tabiat membantu mengusahakan sifat malu hingga menjadi tabiat.
Nabi Muhammad S.a.w malunya mengalahkan gadis pingitan, sedang yang diusahakan adalah semata-mata kepada Kekasih Abadi dipuncak tertinggi.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
َاْلإِيْمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُوْنَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ اْلأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ َاْلإِيْمَانُ.
“Iman memiliki lebih dari tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang paling tinggi adalah perkataan ‘Lâ ilâha illallâh,’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri (gangguan) dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang Iman.”
(Sahih Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, Ibn Majah)

Malu orang Jahil :
Rasa malu bila miskin, rasa malu bila tidak terkenal dipandangan makhluk, rasa malu bila tidak mendapat pujian, rasa malu bila tidak ada kereta mewah, rumah besar, gelang banyak.
Paling teruk, malu hendak melakukan kebaikan, amal soleh, menutup aurat, menutur dengan sopan, malu hendak sebut nama Allah, Rasulullah..huhu nauzubillah!

Malu Lambang Cinta :
Malu membimbing kita mencintai Allah Taala, maknanya kita menjunjung perintahnya. Sifat malu begitu indah dengan bimbingan iman yang kuat. Kita malu untuk melakukan perkara-perkara yang Allah benci, anggaplah anda sayang pada ibu, sudah pastinya ayat tutur bicara yang indah-indah belaka, inikan pula kepada Tuhan kita. Semestinya malu mendahului setiap aturcara kehidupan seharian.
Sabda Rasulullah S.a.w,
إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ حَيِيٌّ سِتِّيْرٌ يُـحِبُّ الْـحَيَاءَ وَالسِّتْرَ
“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla Maha Pemalu, Maha Menutupi, Dia mencintai rasa malu dan ketertutupan. Apabila salah seorang dari kamu mandi, maka hendaklah dia menutup diri.”
(Rw Abu Daud, An-Nasai & Imam Ahmad)
Mengapa perlu malu dihadapan Allah :
-Allah SUKA!
-Malu itu adalah sifat Para Rasul dan Anbiya'.
-Malu itu salah satu sunnah yang mudah dan praktikal.
-Malu juga adalah akhlak Islam, gambaran seorang soleh dan solehah.
-Malu sinaran para salafussoleh, wali-wali Allah dan para ulama'.
-Malu adalah pakaian sebagai pelindung dari melakukan maksiat.
Menutup aurat merupakan salah satu ciri sifat malu. Melindungi peribadi secara dalaman dan luaran, menjadi pakaian dan mahkota wanita solehah.
Pakaian wanita Muslimah:
Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab 59,
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Wahai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menutup jilbab(pakaian)nya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, karena itu mereka tidak akan diganggu..dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Prinsip seorang wanita muslimah, dia memelihara pergaulan, dan batas-batas perhubungan(muamalat). Islam bukan bersifat jumud menghalang wanita untuk melakukan apa jua aktiviti kehidupan. Bahkan Rasulullah S.a.w menggalakkan Saidatina Khadijah R.a untuk berniaga hingga menjadi Pedagang yang sukses, begitu juga Saidatina Aisyah R.a. Tips yang Rasulullah S.a.w titipkan adalah sifat malu yang menjadi pakaian setiap isteri-isterinya.
Abu Malik berkata:
“Ketahuilah wahai saudariku muslimah, bahawa para ulama telah sepakat wajibnya kaum perempuan menutup seluruh bagian tubuhnya, dan sesungguhnya terjadinya perbezaan pendapat hanyalah dalam hal menutup wajah dan dua telapak tangan.”
(Fiqh Sunnah li Nisaa’)
Allah tak suruh kaum wanita pakai tudung tapiiiiii Allah perintahkan wanita untuk menutup aurat! Pakailah macam mana pun boleh, fesyen apa pun ok, mestilah mengikut syariat Islam. Tudung YUNA, WARDINA, NAJWA LATIF..asalkan tutup aurat. =)
Sebab dengan adanya sifat MALU. Kerana orang yang bertambah kuat sifat malunya, semakin kuat dia akan melindungi kehormatannya, menghilangkan keburukan dan menambah kebaikan untuk dalaman dan luaran sebagai seorang wanita muslimah.


dan malu itu adalah 
pakaian perisai lelaki muslimin 
dan mahkota wanita muslimah.


Muslimah SUPER! Macam Emak saya hihi
Wallahualam! Nak sangat orang tegur saya ;)
Nota ini buat saya, keluarga, shbt2 dan muslimin, muslimat semua..
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Surau Al-Mizan, Putrajaya

Khamis, 4 Oktober 2012

Kuantan, saya tersenyum!

By : Selimutsura

“Duduklah dengan para Tawwabun (orang yang bertaubat kepada Allah) kerana sesungguhnya mereka (itu) pemilik hati (jiwa) yang lembut”.


Saya mengucapkan alhamdulillah, syukrulillah (-~,)
Kerjamasa selama 8 hari di Kuantan menggamit perasaan. Suasana nyaman di bibir sungai Pahang..saya tinggalkan jejak-jejak sujud dan tafakkur sebelum meninggalkan jejak kaki.

Ada cerita, kisah dan bayu yang baru. Kuasa Tuhan membantu, memenuhkan ekspo buku Islam 3 kali ini dengan berkat dan rahmat. Tidak kira apapun majlis ilmu, asalkan pengisiannya buat muzakkir-muzakirah dekat mengingati Allah s.w.t, para malaikat akan mengembangkan sayapnya dan mendoakan umat al-Habib Muhammad s.a.w. MashaAllah!

Suka saya selitkan. Cerita-ceritu saya sepanjang di Kuantan, Pahang. Terima kasih buat semua. 8 hari di sana, akhirnya rindu kampung halaman jua tidak boleh dipisahkan..hihi usaha keluar untuk dakwah tidak lari untuk masa, jiwa dan ongkos dikorbankan.

Berilah pinjaman sebaiknya pada jalan Tuhan, nanti DIA akan membalasnya dengan keuntungan kekal. InsyaAllah =) | As-Saff

Ciri Perniagaan 
10. “Hai orang orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan (perniagaan) yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.

11. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu. Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui.
Balasan :
12. Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan 
memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan ketempat tempat tinggal yang baik di dalam syurga Adn. Itulah kemenangan yang agung. 

13. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai (iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin.

Saya, Pak cik dan sikit Tasawuf
Datang seorang pak cik, lingkungan umurnya 50-an menegur saya yang leka di meja kaunter mesin cashier. Berbaju biru, membiasakan senyuman dan merupakan seorang mekanik...

Pc : Assalamualaikum, pak cik nak cari buku-buku kitab kuning. Ada tak?
MM: Alaikumussalam..oh kat sini kami tak jual kitab-kitab jawi-lama.
Pc : Sekarang ni, tak banyak la jual kitab-kitab zaman pak cik belajar dulu-dulu. Padahal ilmunya lebih hebat dari buku-buku sekarang.
MM: Betul tu, memang kami tiada koleksi kitab-kitab turath..mungkin di kedai-kedai buku besar ada. Sorry ye pak cik.

Pak cik itu masih belum beredar.. melihat saya semacam, saya pun jadi lain macam. (^^.)

Pc : Tiba-tiba pak cik bertanya, sebenarnya pak cik nak tahu la..apa yang kita miliki sekarang? Boleh jawab?
MM: Saya yang ralit mengira duit, terkedu seketika. Ilmu tak la tinggi mana, saya pun jawab sekadar yang mampu. Kita manusia tidak punya apa-apa, tidak memiliki apa-apa..hanyalah pinjaman yang akan dipulangkan pak cik.
Pc : Pak cik jurus tersenyum sinis. Kamu tu, baju kamu bukan kamu punya..badan kamu bukan kamu punya, semuanya yang kamu rasa pun bukan kamu punya. Kamu seperti habuk yang berterbangan.
MM: Senyum yang saya buat-buat..tidak menjadi. Betul pak cik, kita datang dari tempat yang hina, tapi menjadi pembantah yang besar bila dapat sikit kelebihan dan kemewahan.

Pak cik tadi selamba membulatkan matanya, aksi seperti menyokong. Saya hanya balas dengan senyum. Pak cik itupun beredar pergi. Nafas saya laju dengan zikir.
Syurga Merinduimu
Allahu Taala memperkenalkan saya dengan seorang teman. Mula membiasakan diri dalam perbukuan..berusia 22 tahun, namun penceritaan tentang dirinya menarik minat saya untuk sama-sama mengambil ilmu darinya.

Bob berasal dari Perlis. Kesungguhan diri untuk menceburi bidang perniagaan, beliau menempuh perjalanan hingga ke Kuantan, Pahang. Kenapa?

"Saya sudahpun bermula dengan membuka kedai komputer di Perlis, berkongsi modal dengan kawan-kawan. Alhamdulillah, kami sudah ada cawangan di Melaka. Cuma kekurangan modal tambahan untuk buat pusingan, sebab tu lah saya nak tengok-tengok industri buku pula..hehe." Lebar senyuman Bob.

Wah..hebatkan. Seusia inipun saya baru bertatih menjual dadih..hihi Allah S.w.t memberi  kita pilihan.
  • menang atau kalah
  • bisa boleh atau tidak mampu
  • positif atau negatif
Jawapannya pada diri sendiri. Jangan kita susahkan...kerana...
  • bermula dengan kekalahan, kita tak takut lagi kalah, akhirnya kita temui sukses! 
  • Start dengan kesusahan, kesukaran.. percaya Allah akan mudahkan.
  • Rasai kepuasan/ puas hati bila mula dengan susah, usaha kuat, doanya mantap..hasilnya gempak!
Sebab saya pun bukan orang senang, anggaplah ramai lagi yang susah ;) Allah...Alhamdulillah saya pun sudah ada sebuah syarikat sendiri. Baru berjalan..doakan.

Hari terakhir ekspo, Bob menghadiahkan saya buku Syurga..merinduimu. Saya sungguh tersentuh. Jazakallah khairan kathira. Ukhwahfillah. Kami sempat bergambar bersama Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda Pas yang sambil membeli di Kuantan.

Yang penting kami sama minat..nasyid hihi
Lihat diri kamu, cantik di dalam, cantik-lah luaran
"Positifkan mind-setting kita, segalanya bermula dari dalam. Hati yang bersih hati yang selalu bertaubat."

Prof Dr. Muhaya, saya lihat dan beri perhatian. Pakar lasik yang saya kagumi, Ibnu Sina Pakar Thibb Dokterat yang hebat, ilmu dunia terasnya akidah..matlamat mencari redha Allah.

Seorang ibu bertanya pada Prof, sambil kelesuan.
" Prof..saya punya anak-anak yang nakal..letih dibuatnya. Bagaimana nak didik anak supaya dengar kata kita?"

P.Dr.M menjawab : Puan bersyukur tak mempunyai anak-anak?
Puan : Syukur.
P.Dr.M :Puan bersyukur tak mempunyai suami?
Puan : Syukur, alhamdulillah.
P.Dr.M :Puan bersyukur tak mempunyai rumah, keperluan dan sebagainya?
Puan : Syukur..tapiiiiii Prof....
P.Dr.M : Tapi..la..tapi..tapi.., kalau..la..kalau..kalau, nanti..la..nanti...nanti. Inilah kita. Buangkan! Jangan salahkan anak kalau perangai dia begitu. Bertaubatlah, minta ampun pada Allah.

Muhasabah buat diri saya, nak jadi abah jugakkan bila masa nanti hihi =) InsyaAllah

Cinta Suci
Bila diulang bacaan tahiyyat, saya rasa sesuatu lantas menangis. Bacaan itu, tanda cinta Rasulullah S.a.w kepada umatnya. Saat Baginda S.a.w bertemu Allah di sidratul muntaha, ketika tidak ada satu makhluk-pun pernah menembusinya, insan agung itu bertemu kekasihnya dan senantiasa di bawa pada bibirnya perihal umatnnya yang soleh. Bual bicara Allah dan Nabi Muhammad Sollollahu alaihi wasallam. ;)

Rasulullah S.a.w memberi salam semasa bertemu Allah:
Attahiyatul mubarakatus solawatut thoiyyibatu lillah
Segala penghormatan dan segala kesejahteraan yang baik bagi Allah

Allah Rabbuna menjawab :
Assalamualaika Ayyuhan Nabiyyu wa rahmatullahi wa barakatuh
Sejahtera ke atas kamu (Nabi Muhammad) bersama rahmat dan barkah.
Assalamualaina wa ala ibadillahissolihin
Sejahtera ke atas Kami dan hamba-hambaNya yang soleh

dan Baginda S.a.w rakamkan, ia di dalam solat. Wallahua'lam. Mohon tegur!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Kuantan, Pahang Darul Makmur






Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...