ilham Ma'mum

Rabu, 28 Julai 2010

Ya Allah aku menangis lagi....=(

NajmeeQamar

Harapan ku pada MU Ya Allah tidak pernah pudar...takut ku, sujud ku, airmata ku...moga ujian ini menguatkan ku...=(

Harapan Pada Mu Subur Kembali



Lirik Lagu

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Tags: Album Nazrey, Bekas Penyanyi Solo Raihan, Lagu Nazrey Johari, Lirk Lagu Harapan Pada Mu Subur Kembali, Nazrey Raihan

Selasa, 20 Julai 2010

Kanvas Ukhwah kita =) - Khas buat Fc Asaexplore



NajmeeQamar

Satu hari nanti, ku akan kembali
bersama berjuang dengan kalian
pada jalan2 pelangi yang kita lalui
pada warna2 cinta yang kita bajai

masa kita tidak seperti dulu
bumi pun sering berputar
musim2 pun bertukar2
apatah lagi kita yang berdiri mendewasa kan diri


gunung itu dulu kita sama daki
lurah itu dulu kita serasi telusuri
air sungai dan denai itu dulunya sama kita kocakkan kaki
membasahi senyuman yang mesra tak sunyi

lumpur-lumpur, duri-duri, pacat-pacat
pun kita kenali..
malam-malam, menangis-menangis, halau-halau
pun kita ekspresi..
Siput-siput, senaman kiri2 kanan2 pun kita hafali
adik-adik, kakak-kakak, bro-bro...diingati..


lagukan gemuruh
bermula dari hati
ulat gonggok pun ada
demi matahari
itu kenangan kita

terkadang rindu menatap wajah2 kalian
mengungkap tangisan dan senyuman
walau hadirku tanpa khabar
sendirian sendiri mengenangkan kanvas ku
dengan gelak tawa dan deruan airmata..


Salam buat semua fasi2 asaexplore yang mengenali ana
andai ana ada melakukan kesilapan
ana mohon kemaafan...
sepanjang perkenalan, sapaan, perkenalan, pertemuan, perpisahan, senyum tawa riang, sedih pilu sendu...kalian tetap dihati ana..


satu hari kita akan kongsi lagi kisah ini...

Ahad, 18 Julai 2010

Musafir yang panjang..=)


NajmeeQamar

Assalamualaikum khususon ila asdiqoei..jalan2, musafir di mauqi' ana yang serba kekurangan ini. Ana mohon seribu kemaafan di atas kesulitan lama tidak meng"update" blog ini. Di sini ada perjalanan musafir yang ana ingin kongsikan..kutipan ilmu dan kutipan kenangan yang pasti ana semat di hati sebaiknya..alhamdulillah. Siraman minda dan sulaman hati yang memberi seribu kisah dan rahsia. Ceritera ini bukanlah rekaan tetapi sebagai ungkapan perkongsian pengalaman dan laluan bermanfaat.



Masjid al-Gufran TTDI..pernah singgah sekali dulu ngan shbt ASAEXPLORE kem motivasi di Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya. =)


Pemusafiran ana di GUffran sempena Kolokium Imam dan Daei selama 4hari 3malam, menuntut ilmu dan menuntut pengalaman sebagai hamba Allah. Masjid al-Gufran tersergam di puncak pinggir TTDI membongkar rahsianya sebagai sebuah masjid yang serba lengkap. Bangunan masjid yang mempunyai 6 tingkat. jika lihat dari luarnya hanya 4 tingkat, tetapi ada 2 tingkat lagi di bawah tanah yang menghubungkan masjid ke Cafe Gufran di tingkat paling bawah. Ana katakan ia sangat menakjubkan apabila di tingkat atasnya serba lengkap dengan dewan, ruang kamar musafir yang boleh memuatkan seramai 76 orang dalam satu masa. Pengunjung yg bermusafir boleh membuat pilihan samada kamar untuk keluarga, suami isteri dan yang menariknya ada satu kamar khas buat pengantin baru.


Udara yang nyaman di kelilingi pepohon rendang, di puncak bukit, dan suasana masjid yang aman dan damai. Kalimah2 suci sering kedengaran, laungan azan memanggil para musafir berjemaah bersama di ruang utama Masjid. Tertundukku malu dengan keagunganNYA yang menjodohkan ku disini. Hati tersipu apabila merasai kelemahan dan kekurangan diri, namun Allah Taala itu Maha Pengasih dan Penyayang tidak menzalimi hambaNNYA. Sedaya upaya memperbaiki diri yang sering lupa, alpa dan leka. Alhamdulillah, tidak sangka pemusafiran ini Allah mentakdirkan ana dengan seorang rakan belajar di UKM. Tika maghrib tersapa dengan senyuman, rupanya dia memang ahli qaryah di situ. Sambil2 menunggu Isyak dia menceritakan bahawa masjid ini dahulunya adalah sebuah surau kecil, masjid persendirian yang dibangunkan oleh penduduk setempat. Bahagia rasa bila rumah sendiri berdekatan dengan Masjid. Ada satu tazkirah itu menyentuh qalbu, ustaz berulang-ulang menyebut agama Islam tidak sama dengan agama-agama lain. Tetapi orang non-muslim menyamakan semua agama tidak kira kristian, yahudi, buddha, taoi, Hindu termasuk Islam alasan mereka agama kita sama sebab Tuhan kita menyuruh kita berbuat kebaikan. Bagi menyangkal sangkaan ini, kita berbeda sama sekali "Lakum Dinukum Waliya Deen"...kerana apa? kerana bagi orang non muslim menganggap Tuhan itu tak semestinya Tuhan tetapi manusia juga boleh jadi Tuhan. Cth : Orang Kristian diampun dosa-dosa mereka oleh paderi-paderi2 mereka, bagi kita muslim hanya Allah Taala shj yang berkuasa mengampunkan dosa-dosa. Org hindu pula berkepercayaan sampai satu tahap mereka akan bersatu dengan Tuhan mrk. Ini mustahil bagi kita Allah adalah Rabb dan Wajib disembah tidak bertempat. Rujuk semula surah al-Ikhlas bagi menguatkan hujah. Musafir di Gufran mengungkap banyak lagi rahsia dan buat tatapan sahabat2 jua.



Bersama sahabat di Cafe al-Gufran


Kamar Musafir 307


Ruang Utama Masjid Gufran


Satu malam, sahabat semusafir berhajat untuk belanja kami makan manjanan(Free) katanya di Hadramaut Ampang. Kerana Shahraini lagi dia mungkin akan menyambungkan pelajarannya di Riau, Indonesia. Ana mengungkapkan rindu pada masakan arab, jadi dia mencadangkan ke Wadi Hadramaut. Malam selepas Insyak kami mengenderai unta moden ke sana. Perjalanan lebih kurang 45 minit ke sana. Lahm thanian wa Dajjaj wahid..jamaa' kulluh..kata ana pada pak Arab..yang hanya membalas kata-kata dengan bahasa Inggeris. Mungkin Pak Arab ni dah di Inggeriskan kot hihi Nasi Mandy daging kambing dan ayam menjadi santapan majlis kesyukuran..doa ana yang terbaik buat sahabat ana. Kalau bukan sahabat yang jemput tak merasa juga makan di Mat'ham ni alhamdulillah. Allah Yubarik Fik ya Sodiq..=)



Akhi Malek dan Fazli yang khusyuk meratah..Nasi mandY.

Araisee yang mantop di minta oleh Akhi Muzafar..


Bergambar di hadapan Wadi Hadramaut..dari Gufran ke Hadramaut.

Insan biasa yang tidak sempurna, namun syukur padaNYA, hidayahMU jangan palingkan, moga aku tabah menghadapinya Ya Allah..Kullu am wa ana wa antum bi Khoir..(^^.)

Jumaat, 9 Julai 2010

Tribut Bidadari Syurga..=)


NajmeeQamar
Salam sahabat2 dapatkan Buku ini segera...Kisah2 Srikandi Islam yang unggul untuk kita jadikan mereka sebagai ikon muslim muslimah soleh solehah =)

Nabi Muhammad pernah berpesan, sesiapa yang mahu melihat wanita bidadari syurga, maka lihatlah Ummu Rauman.
Siapakah Ummu Raumah? Mengapa beliau dianggap seperti bidadari syurga oleh Nabi Muhammad? Ikutilah cerita ini dalam buku ini.

Buku ini menghimpunkan 31 kisah Srikandi untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini:

Srikandi Perisai Nabi
Puteri Penawar Hati
Doa Gadia Baitulmuqaddis

Cerita 1 : Arwa Mendapat Cahaya Islam
Cerita 2 : Umaimah Mendapat Suami yang Syahid
Cerita 3 : Afra Mempunyai Anak yang Berani
Cerita 4 : Durrah Anak yang Baik
Cerita 5 : Fatimah Ibu Mithali
Cerita 6 : Ummu Hani Menyelamatkan Dua Orang Iparnya
Cerita 7 : Zainab Menjauhi Azimat
Cerita 8 : Khaulah Sayang Kepada Suaminya
Cerita 9 : Ummu Qais Melawat Nabi
Cerita 10 : Hindun Memujuk Suaminya Memeluk Islam
Cerita 11 : Fatimah Kuat Menghafal
Cerita 12 : Ummu Khalid Meninggalkan Kota Habsyah
Cerita 13 : Ar-Rubai Mendoakan Kebaikan Anaknya
Cerita 14 : Ummu Ayyub Menerima Tetamu Istimewa
Cerita 15 : Sahlah dan Anak Angkatnya
Cerita 16 : Dubaah Beri Hadiah Kepada Nabi
Cerita 17 : Ummu Kulsum Berhijrah Ke Madinah
Cerita 18 : Busrah Ibu yang Cekal Dan Tabah
Cerita 19 : Ummu Kalsum Puteri Nabi
Cerita 20 : Ja’dah Mendidik Anak Menjadi Pemurah
Cerita 21 : Asma Sabar Menghadapi Cabaran
Cerita 22 : Kabsyah Ibu Pahlawan Terkenal
Cerita 23 : Hawwa Isteri yang Sabar
Cerita 24 : Habibah Mengembalikan Mas Kahwinnya
Cerita 25 : Ummu Ma’bad Pintar Berfikir
Cerita 26 : Salma Isteri Hamzah
Cerita 27 : Asy-Syaima Teman Sepermainan Nabi Muhammad
Cerita 28 : Ummu Rauman Bidadari Syurga
Cerita 29 : Ramlah Mendapat Harta Pusaka Suaminya
Cerita 30 : Ummu Abdullah Mendapat Anak yang Pandai
Cerita 31 : Fatimah al-Khattab Adik yang Berani


Isnin, 5 Julai 2010

Stok Baru Sudah Sampai (^^.)v


NajmeeQamar

Assalamualaikum...Ahlan bikum bi ihtimamikum fi hazal mauqi' =)

Rintisan hujan menyirami bumi dengan kemurahan Allah Taala menurunkan rezeki kepada setiap hambaNYA, memastikan seluruh makhlukNya memperoleh pemberian dan nikmat masing-masing. Pasang surut, terkadang senang, terkadang jua susah, kesempitan hidup yang memaksa, membuat kita rela...tetapi orang mu'min itu fikirannya positif sentiasa berusaha, bersungguh2, terima dan berserah dengan penuh keredhaan alhamdulillah (^^,)/

"Dan di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur."
(al-Qasas: 73)

Dalam kamus atau kitab arab mengungkapkan rezeki, pada perkataan asalnya RAZAQA. Islam menuntut supaya kita mencari rezeki yang halal lagi baik kerana penjagaan pemakanan, keberkatan dan kebersihan sumber kewangan dari unsur syubhah antara faktor menjaga hati agar suci dan bersih. Kerapkan makan buah-buahan, minum susu dan madu, kekacang bijirin boleh membina tumbesaran yang baik. Terutama anak-anak kecil, agar sentiasa comel, cerdas dan cergas. Bila yang halal kita cari yang haram jua wajib dijauhi.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNYA kamu menyembah".
(al-Baqarah 172)


Alhamdulillah semalam baru sampai stok baru, bagi sahabat2 yang belum mendapatkan album terbaru dan lama keluaran INTEAM RECORDS boleh dapatkan segera. Mencari rezeki site income kecil-kecilan kerja sambilan ana..selain bermanfaat kepada diri sendiri kita juga boleh beri manfaat pada orang lain. Konsep jual beli adalah warisan para Nabi dan Rasul. Dengan hasil itu, kita boleh jana macam2 walaupun kecil, boleh simpan dalam tabung, boleh sedekah, boleh belanja adik2 family n kawan2, bila waktu susah boleh kita meringankan bebanan sedikit...macam2 manfaatkan. Ana mmg minat berniaga..kalau kita tak untung pun dapat amal jariah kerana bermanfaat pada orang lain. =) ana bersyukur dengan apa yang ada, prinsip kesederhanaan dan mardhatillah perlu kita pegang.

Sahabat2 yang nak order boleh tapi banyak2 la hihi baru ana hantar ye...ajak kawan2 sekali order. Diskaun buat sahabat2 ana berikan, istimewa di Selimutsura Souq =)
Album2 yang ada pada stok ana : Baru2, Fresh2, Hangat2


Sami Yusuf - New Release 2010 Without You

Maher Zain - New Release 2010 Thank You Allah

Album Fareast Halawatul Iman 2 - Ada peraduan menarik

Album Nur Muhammad - Inteam & Unique

Album Tarannum - Cara belajar VCD dan CD

Mencari Hiburan itu mestilah jua yang halal, Hiburan Islam Mendidik Jiwa..=)

Mari kita singgah ke Mahabbah Gaza


NajmeeQamar

Salam Sahabat2 hujung minggu ini marilah kita ramai-ramai ke Stadium Malawati Shah Alam sebagai tanda sokongan kita kepada Gaza, moga komitmen dan keprihatinan kita mendapat keredhaan Allah Taala...Hayya Ya Rijal Hayya bil Jihad...bantu bersama-sama saudara-saudara kita di Palestin aminnn =)

Hari : Sabtu, 10 JULAI 2010
Masa : 8:30 Malam
Lokasi: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM
Artis : RABBANI , RAIHAN, SAUJANA, INTEAM, NOWSEEHEART, UMMUL QURA

Jumaat, 2 Julai 2010

iSTANA Cinta Rasul..


NajmeeQamar

Ketuk lah pintu istana hati
yang berdetak riuh rindu

Jaring lah sinar istana hati
yang mekar kembang syahdu

Ya Habibullah
Ya Rasulullah
Ya Nabiyullah

Ya Rasulullah...rindumu dan cintamu
Apa kah apa yang ingin ku kata
Hati ku jiwa ku jantung ku adalah istana diri

Mengungkap Huub yang indah
bilakah masa ku kan ketemu mu Ya Rasulullah...

menangis ku mengingatkan mu...=(
dek rindu mu dan cinta mu


FOOTPRINT OF PROPHET MUHAMMAD SAW


SWORDS OF PROPHET MUHAMMAD SAW


LETTER TO MUQAWQIS FROM PROPHET MUHAMMAD SAW


GUA HIRA' PLACE THAT PROPHET MUHAMMAD SAW PRAYS
"Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sohbihi Wasallim"

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...