ilham Ma'mum

Ahad, 18 Julai 2010

Musafir yang panjang..=)


NajmeeQamar

Assalamualaikum khususon ila asdiqoei..jalan2, musafir di mauqi' ana yang serba kekurangan ini. Ana mohon seribu kemaafan di atas kesulitan lama tidak meng"update" blog ini. Di sini ada perjalanan musafir yang ana ingin kongsikan..kutipan ilmu dan kutipan kenangan yang pasti ana semat di hati sebaiknya..alhamdulillah. Siraman minda dan sulaman hati yang memberi seribu kisah dan rahsia. Ceritera ini bukanlah rekaan tetapi sebagai ungkapan perkongsian pengalaman dan laluan bermanfaat.



Masjid al-Gufran TTDI..pernah singgah sekali dulu ngan shbt ASAEXPLORE kem motivasi di Sekolah Rendah Agama TTDI Jaya. =)


Pemusafiran ana di GUffran sempena Kolokium Imam dan Daei selama 4hari 3malam, menuntut ilmu dan menuntut pengalaman sebagai hamba Allah. Masjid al-Gufran tersergam di puncak pinggir TTDI membongkar rahsianya sebagai sebuah masjid yang serba lengkap. Bangunan masjid yang mempunyai 6 tingkat. jika lihat dari luarnya hanya 4 tingkat, tetapi ada 2 tingkat lagi di bawah tanah yang menghubungkan masjid ke Cafe Gufran di tingkat paling bawah. Ana katakan ia sangat menakjubkan apabila di tingkat atasnya serba lengkap dengan dewan, ruang kamar musafir yang boleh memuatkan seramai 76 orang dalam satu masa. Pengunjung yg bermusafir boleh membuat pilihan samada kamar untuk keluarga, suami isteri dan yang menariknya ada satu kamar khas buat pengantin baru.


Udara yang nyaman di kelilingi pepohon rendang, di puncak bukit, dan suasana masjid yang aman dan damai. Kalimah2 suci sering kedengaran, laungan azan memanggil para musafir berjemaah bersama di ruang utama Masjid. Tertundukku malu dengan keagunganNYA yang menjodohkan ku disini. Hati tersipu apabila merasai kelemahan dan kekurangan diri, namun Allah Taala itu Maha Pengasih dan Penyayang tidak menzalimi hambaNNYA. Sedaya upaya memperbaiki diri yang sering lupa, alpa dan leka. Alhamdulillah, tidak sangka pemusafiran ini Allah mentakdirkan ana dengan seorang rakan belajar di UKM. Tika maghrib tersapa dengan senyuman, rupanya dia memang ahli qaryah di situ. Sambil2 menunggu Isyak dia menceritakan bahawa masjid ini dahulunya adalah sebuah surau kecil, masjid persendirian yang dibangunkan oleh penduduk setempat. Bahagia rasa bila rumah sendiri berdekatan dengan Masjid. Ada satu tazkirah itu menyentuh qalbu, ustaz berulang-ulang menyebut agama Islam tidak sama dengan agama-agama lain. Tetapi orang non-muslim menyamakan semua agama tidak kira kristian, yahudi, buddha, taoi, Hindu termasuk Islam alasan mereka agama kita sama sebab Tuhan kita menyuruh kita berbuat kebaikan. Bagi menyangkal sangkaan ini, kita berbeda sama sekali "Lakum Dinukum Waliya Deen"...kerana apa? kerana bagi orang non muslim menganggap Tuhan itu tak semestinya Tuhan tetapi manusia juga boleh jadi Tuhan. Cth : Orang Kristian diampun dosa-dosa mereka oleh paderi-paderi2 mereka, bagi kita muslim hanya Allah Taala shj yang berkuasa mengampunkan dosa-dosa. Org hindu pula berkepercayaan sampai satu tahap mereka akan bersatu dengan Tuhan mrk. Ini mustahil bagi kita Allah adalah Rabb dan Wajib disembah tidak bertempat. Rujuk semula surah al-Ikhlas bagi menguatkan hujah. Musafir di Gufran mengungkap banyak lagi rahsia dan buat tatapan sahabat2 jua.



Bersama sahabat di Cafe al-Gufran


Kamar Musafir 307


Ruang Utama Masjid Gufran


Satu malam, sahabat semusafir berhajat untuk belanja kami makan manjanan(Free) katanya di Hadramaut Ampang. Kerana Shahraini lagi dia mungkin akan menyambungkan pelajarannya di Riau, Indonesia. Ana mengungkapkan rindu pada masakan arab, jadi dia mencadangkan ke Wadi Hadramaut. Malam selepas Insyak kami mengenderai unta moden ke sana. Perjalanan lebih kurang 45 minit ke sana. Lahm thanian wa Dajjaj wahid..jamaa' kulluh..kata ana pada pak Arab..yang hanya membalas kata-kata dengan bahasa Inggeris. Mungkin Pak Arab ni dah di Inggeriskan kot hihi Nasi Mandy daging kambing dan ayam menjadi santapan majlis kesyukuran..doa ana yang terbaik buat sahabat ana. Kalau bukan sahabat yang jemput tak merasa juga makan di Mat'ham ni alhamdulillah. Allah Yubarik Fik ya Sodiq..=)



Akhi Malek dan Fazli yang khusyuk meratah..Nasi mandY.

Araisee yang mantop di minta oleh Akhi Muzafar..


Bergambar di hadapan Wadi Hadramaut..dari Gufran ke Hadramaut.

Insan biasa yang tidak sempurna, namun syukur padaNYA, hidayahMU jangan palingkan, moga aku tabah menghadapinya Ya Allah..Kullu am wa ana wa antum bi Khoir..(^^.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...