ilham Ma'mum

Isnin, 5 Julai 2010

Stok Baru Sudah Sampai (^^.)v


NajmeeQamar

Assalamualaikum...Ahlan bikum bi ihtimamikum fi hazal mauqi' =)

Rintisan hujan menyirami bumi dengan kemurahan Allah Taala menurunkan rezeki kepada setiap hambaNYA, memastikan seluruh makhlukNya memperoleh pemberian dan nikmat masing-masing. Pasang surut, terkadang senang, terkadang jua susah, kesempitan hidup yang memaksa, membuat kita rela...tetapi orang mu'min itu fikirannya positif sentiasa berusaha, bersungguh2, terima dan berserah dengan penuh keredhaan alhamdulillah (^^,)/

"Dan di antara rahmat pemberian-Nya. Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga supaya kamu bersyukur."
(al-Qasas: 73)

Dalam kamus atau kitab arab mengungkapkan rezeki, pada perkataan asalnya RAZAQA. Islam menuntut supaya kita mencari rezeki yang halal lagi baik kerana penjagaan pemakanan, keberkatan dan kebersihan sumber kewangan dari unsur syubhah antara faktor menjaga hati agar suci dan bersih. Kerapkan makan buah-buahan, minum susu dan madu, kekacang bijirin boleh membina tumbesaran yang baik. Terutama anak-anak kecil, agar sentiasa comel, cerdas dan cergas. Bila yang halal kita cari yang haram jua wajib dijauhi.

"Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepadaNYA kamu menyembah".
(al-Baqarah 172)


Alhamdulillah semalam baru sampai stok baru, bagi sahabat2 yang belum mendapatkan album terbaru dan lama keluaran INTEAM RECORDS boleh dapatkan segera. Mencari rezeki site income kecil-kecilan kerja sambilan ana..selain bermanfaat kepada diri sendiri kita juga boleh beri manfaat pada orang lain. Konsep jual beli adalah warisan para Nabi dan Rasul. Dengan hasil itu, kita boleh jana macam2 walaupun kecil, boleh simpan dalam tabung, boleh sedekah, boleh belanja adik2 family n kawan2, bila waktu susah boleh kita meringankan bebanan sedikit...macam2 manfaatkan. Ana mmg minat berniaga..kalau kita tak untung pun dapat amal jariah kerana bermanfaat pada orang lain. =) ana bersyukur dengan apa yang ada, prinsip kesederhanaan dan mardhatillah perlu kita pegang.

Sahabat2 yang nak order boleh tapi banyak2 la hihi baru ana hantar ye...ajak kawan2 sekali order. Diskaun buat sahabat2 ana berikan, istimewa di Selimutsura Souq =)
Album2 yang ada pada stok ana : Baru2, Fresh2, Hangat2


Sami Yusuf - New Release 2010 Without You

Maher Zain - New Release 2010 Thank You Allah

Album Fareast Halawatul Iman 2 - Ada peraduan menarik

Album Nur Muhammad - Inteam & Unique

Album Tarannum - Cara belajar VCD dan CD

Mencari Hiburan itu mestilah jua yang halal, Hiburan Islam Mendidik Jiwa..=)

2 ulasan:

  1. Salam..

    Berniaga album nasyid ya? Alhamdulillah.. Moga urusanmu dipermudahkan..

    BalasPadam
  2. Syukran Akhi Jamal...doa buat Akhi dan Unique jua moga sukses...=)

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...