ilham Ma'mum

Rabu, 25 Februari 2009

Cinta Rasul | Cemburu Aisyah R.a




Salam sahabat2..maulid nabi nak dekat!! =) alhamdulillah..subhanallah..Allahuakbar..
gembiranya tak terkata subhanallah..=) yeye2!!
12 Rabiul awal 1430/ 9 mac 2009

Kewajipan untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).
Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (Ali ‘Imran:31)

Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)
Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman:

Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' 
(Al-Anbiya':107)

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Menghadirkan baginda di haTi setiap umat Islam. Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut.

sahabat2..ana nak kongsi, kisah mengenai junjungan tcinta kita. ana baca dalam buku “Senyuman dan kenangan manis bersama Rasulullah s.a.w” subhanallah..syahdu ana tringat baginda.. marila sme2 kita berselawat dhulu pda baginda yang sntiasa drindui..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Melihat Aisyah cemburu…

Diantara isteri Rasulullah ang paling kuat cemburu adalah Aisyah. Perkara ini wajar kerana beiau memperolehi tempat yang istimewa di sisi baginda setelah Khadijah binti Khuwailid yang menjadi isteri pertama baginda. 

Disamping itu, Aisyah adalah satu-satunya isteri Rasululah s.a.w yang dikahwini semasa gadis. Beliau juga termasuk isteri yang cerdas dan banyak membantu baginda apabila menghadapi keadaan sukar, sehingga wajar apabila kelebihan ini menjadikan Aisyah istimewa disisi baginda di samping Aisyah yang paling bertaqwa.

Disebabkan sifat Aisyah yang terbuka, keanak-anakan dan kurang menguasai perasaannya itulah membuatkan Rasulullah s.a.w suka berguaru dengan isterinya yang cantik itu.
Emosi Aisyah terliat apabila beliau sedang cemburu. Cemburu seorang wanita terhadap suami menunjukkan kadar cinta kepada suamina yang sangat tinggi. Beberapa saat menjelang kewafatan Rasulullah s.a.w, baginda berziarah ke perkuburan al-Baqi’ untuk memanjatkan keamounan bagi semua penghuni perkuburan itu.
 
Esoknya, Aisyah mengeluh kepada baginda kerana kepalana terasa pening. Demikian juga Rasulullah merasakansakit kepala.Maka baginda berkata kepada Aisyah, “ Wah, kepalaku juga pening Aisyah”

Namun, berulang-ulang Aisyah mengeluh pening kepalanya, sehingga dengan nada bergurau Rasulullah s.a.w berkatakepada Aisyah, “Apa salahnya wahai Aisyah jika engkau mati sebelum aku? Aku sendiri akan menguruskan jenazah, mengafankan, enyembahyangkan dan menguburmu.”

Mendengan perkataan Rasulullah s.a.w, muncullah rasa cemburu Aisyah, beliau terus berkata kepada baginda, “Biarlah tu terjadi pada yang lain sahaja. Demi Allah, sekiranya itu terjadi danbaginda melakukan semua itu, baginda akan aku pertemukan dengan beberapa isteri di rumahku.’

Mendengar kata-kata isterinya, Rasulullah s.a.w hanya tersenyum lembut. Baginda memahami apa yang tersirat di fikiran Aisyah setelah mendengar senda gurau Raslullah s.a.w.

Beberapa hari kemudian, rasa pening Rasulullah s.a.w hilang, sehingga dapat baginda  bergilir-gilir amanah kepada isteri-isteri baginda. Namun sakit tu datang lagi apabila tiba di kediaman Maimunah. Rupanya itulah sakit terakhir dan senda gurau baginda yang terakhir bersama Aisyah, kerana tidak lama setelah itu, baginda wafat di kediaman Aisyah R.A..

Ya Rasulullah..
kami amat merinduimu…

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.


Selasa, 24 Februari 2009

Nur Qolbi II



Nur Qolbi I

NUR QOLBY
yang kadang-kadang terbang pergi
menghilang di celahan kabus pagi
meninggalkan sisa-sisa ini
adakah ia mimpi atau hilang dengan realiti
terkapai-kapai nafas sanubari
menusuk bagai duri
sesak hela sukar kembali
marilah kesini
dakapi lara hati
tak tertahan merasai
kembalilah NUR kemari
NUR KASIHMU ILAHIkembali...kembali...terbang kemari..
HATI ini menanti...cinta ABADI nan SEJATI..


Nur Qolbi II

Ya Allah mana NUR yg ku nanti
jgn Kau lenyapkan simpati
lemah dan kerdil tangan dan kaki
milikMU pinjaman yang kan pulang kembali
seluruh raga dan hati
Pancar NUR MAGHFIRAH di QOLBY
agar sayu dan ku tangisi pergi
segala titik hitam ini
pergi...pergi...jangan kemari...
Permata cinta Abadi
bertahta lah kemari
ku sambut dengan hati di puncak tertinggi
madah zikir bukan halusinasi
jua bukan mainan mimpi
tapi buaian Kasih ilahi Rabbi
Jannah idaman ku Firdausi...

marilah temani
hai NUR QOLBY...pintaku lagi
bawalah daku...terbang pergi...terbang tinggi
Cinta yg luhur tidak bertepi...
Allahu Ya Rahmani...
bersemi...selama-lama kini


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 23 Februari 2009

Andai aku tiada lagi...



cerita hidup kian berlalu
membawaku
kepenghujung
kaku langkah kian lemah
kelu lidah untuk bicara

langit jingga warna senja
desir bayu membisik duka
kealpaan nan semalam
kini kulepaskan luka silam

bersama rayu doa
damba keampunannYA

Andai diriku pergi
tinggalkan mu sendiri
usah kau sedih usah tangisi
duga dari ilahi

Andai ku pergi dulu
tiba tika dan waktu
telah tertulis takdir untukku
perjanjian Maha Agung...

Doakanku sejahtera disisiNYA...

{Kredit : MIRWANA}


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 22 Februari 2009

untukmu-end =)

salam..sahsabt2.
yg trakhir bat kalian..
slmat mnghayaT..=)







mg memberi kebaikan kepda sahabat2..
syukran jazlan krn mnunggu..=)

Khamis, 19 Februari 2009

Jelmakan Cinta Rasulullah =)



Salam shbt2 sume..ana nk kongsi la, ana dah habis baca sebuah buku yg sgt2 menarik kalau dlm rating tu ana bg berjuta2 bintang he3 maudu' buku tu "MUHAMMAD SAW PUTERA LEMBAH BAKKAH" ana sure antum suma pasti kusyuk dan tawaduk kalau baca kerana pengarang menyusun kata2 yg seolah2 kta pun terbuai dalam ceritanya..

penulis oleh Zuraimi Ismail...Barakallah...atas usahanya..

bila baca kan , baru ana tahu bahawa Rasulullah SAW ni antara hobinya adalah melihat BINTANG (NAJMUN) pa waktu malam...melihat indahnya ciptaan Tuhan..AllahulJamil...

ada part sedih tu huhu mmg wt ana tersentuh mengalir airmata bila saat2 perpisahan Nabi Muhammad yg memeluk erat ibunya Aminah..dan juga pemergian ayahandanya Abdullah..huhu mgkin kita pun tak setabah Baginda..

cari tau shbt2 sume...tanamkan cinta pada Baginda SAW, politik2 jgk, aktif2 jgk tp jgn lupa pengorbanan yg Nabi kita curahkan..tak terbalas rasanya..

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD, HABIBINA ABADA...UHIBBBUKA JIDDAN YA RASULULLAH..
siapa yg cintai Rasulullah maknanya dia menyintai Allah Taala... wallahua'lam =)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Buat Muslimah



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 17 Februari 2009

Isnin, 16 Februari 2009

untukmu-ii =)

NajmeeQamar
salam..lame tunggu?
yuk!! =)




eh?bersambung la.. =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 15 Februari 2009

LA TaH zAn yA uMMAH =)




Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

JIHAD bersama Spongebob!



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Sabtu, 14 Februari 2009

Untukmu =)

NajmeeQamar
salam sahabat2..
kartun yang menarik untuk antum dan ana..
yuk!





bersambung =)

Jumaat, 13 Februari 2009

YA QUDSU



JANGAN UNDUR
PANTANG DICABAR
KU SEBUT KHAIBAR-KHAIBAR
SEGENAP RUANG TAKBIR

BATU-BATU GURUH
BUAT MEREKA GEMURUH
HANCUR-HANCUR SAMPAI TERJATUH
JIHAD BERNILAI WALAU SITITIK PELUH

KU TAK PERNAH KALAH
BIARPUN SYAHID BERDARAH
RINDU YANG MAKIN GHAIRAH
TERBANG KE JANNAH

DISISI DOA & QUNUT NAZILAH
BIAR HATI MEREKA GOYAH
SATU HARI KITA MENANG MEREKA KALAH
LAUNGAN ALLAHUAKBAR PASTI TERSERLAH

LABBAIKA YA AQSA..
LABBAIKA YA AQSA..
NAHNU NANTAZIR YAUMUSSAADAH
HURRIAH HURRIAH LI FALASTIN...

SELIMUTSURA..


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ingin Sihat seperti Rasulullah (^^.)



Tips-tips kesihatan yang ana kongsi ngan antum moga2 kita jadikan panduan..ok selamt mencuba!he3

> Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais)
setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena
sakit).

> Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak
dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di
kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

> Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya
makanan tidak hadam)

> Selain itu senyuman juga merupakan ubat kepada kesihatan diri..bila melihat
kebesaran Allah Taala sebutlah Subhanallah dan senyumlah pasti aman dan tenang..
try lah sahabat2ku...selain itu orang lain juga akan merasa senang kepada kita Wassalam...
> Sama2lah kita mengamalkannya. .....

wallahua'lam

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...