ilham Ma'mum

Ahad, 28 Februari 2010

Fareast, Munsyideen dan D G W A di Sambutan Maulidurrasul 1431H =)

NajmeeQamar



Salam ya asdiqoei...pada 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431H yang lalu, FarEast, Munsyideen dan DGWA telah membuat persembahan Marhaban dan Nasyid sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya. Bersiaran langsung di TV1 pada jam 10 pagi. Sinar mentari pada hari tersebut seakan-akan malu untuk meluahkan teriknya. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun agak rasa terkilan dengan perjalanan program yang agak tidak memuaskan hati kami. Hanya Allah yang Tahu, ketika kami mengalunkan Marhaban hanya sebahagian kecil sahaja yang setia menanti dan menunggu mendengar persembahan dari kami semua. Segala-galanya untuk Allah dan RasulNya..

Namun begitu tidak mengapa, biarlah sedikit yang bersama kerana golongan yang sedikit inilah sebaik2 golongan. Kami Munsyideen dan FarEast mendendangkan marhaban dan selawat bagi menyemarakkan cinta dan airmata. Kumpulan DGWA pula mengalunkan lagu "Alangkah IndahNya" lagu yang sungguh menyentuh hati. Jika antum dapat hayati sudah tentu airmata mengalir kerana mengingatkan pengorbanan Baginda SAW. Munsyideen hanya diwakili Akhi Muzzammil dan Akhi Azizul, manakala Akhi Azri terpaksa pulang ke Johor kerana Tok (nenek) baru sahaja menghelakan nafas yang terakhir..al-Fatihah. Salam Takziah ya Akh..moga tabah selalu dan meredhainya pergi...

Foto2 yang berjaya kami kumpulkan dan sudah ana edit kan utk tatapan sahabat2 semua =)














Mencintai Rasulullah SAW bukanlah sekadar hangat2 tahi ayam, setiap detik dan waktu berselawatlah buat junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Kalau antum benar2 cintakan Nabi Muhammad SAW marilah sama2 kita berselawat ke atasnya, tak rugi manapun..wallahua'lam =)


Link : www.raudhatulmunsyideen.blogspot.com

Khamis, 18 Februari 2010

Ibu inilah lagu ku =)


NajmeeQamar

Salam..sahabat jika antum membicarakan tentang ibu..jangan antum terkejut jika ana orang pertama yang akan mengalirkan airmata. Bila menyentuh tentang pengorbanan ibu..pasti jua antum turut merasa. Tetapi sejauhmanakah kita selalu mengingati ibu, sedangkan ibu lah yang selama ini menjadi teman yang akrab membersih kotoran, memandikan, menyuapkan, memberi senyuman dan segalanya. Anugerah Allah yang tiada galang ganti, sanggup berkorban binasa demi anak2...anak2 derhakakah kita??? sering lupa akan wajah ibu, sering bergembira dengan orang lain, pernah kah antum selalu mendoakan kesejahteraan ibu...andainya pergi ibu buat selama-lamanya...sempatkah antum merasai suapan ibu, senyuman ibu, leteran ibu yang sayang kepada anak2nya...
yang paling penting adalah keredhaan ibu...huhu setiap hari adalah Hari Ibu..=)

ana mahukan tangisan andai itu yang mengubatkan hati ini...ingatlah sahabat2..Ibu...

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Hadith Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971
Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).

Firman Allah Maha Agung :

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah".

[al-Ahqaf 46:15]


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

[Luqman 31:14]



Ciuman waktu kecil ku
terhangat di pipi
Tercurah kasih dan belaian
termimpi-mimpi kini

ku melangkah dewasa
meniti titian masa
mengembara ruang dunia
mengejar cita-cita


Ingat lagi pesanan ibu
Ingat solat doa selalu
perjanjian sebelum pergi
terbang mengejar mimpi

Ibu...ku cintai ku rindui
belaianmu
Ibu...ku inginkan ku mahukan
saat bersamamu selalu...

Puitis hadiah buatmu Ibu..=)

Rabu, 10 Februari 2010

Rugi kalau tak tengok..Tomei2 he2 =)

NajmeeQamar



he2 nak papa3! tido sama2...=)

Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isnin, 8 Februari 2010

Jangan Lupa pada Filastin..Hurriah3!!!


NajmeeQamar

Firman Allah Taala maksudnya :

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al Israa':ayat1)

Salam..sahabat2 adakah antum semua sudah melupakan atau sengaja tidak mengambil peduli, masjid suci ketiga umat Islam yang pernah menjadi medan dan saksi kepada panji-panji syuhada' yang gugur dan panji-panji tauhid yang ditegakkan di atas kalimah Lailahaillah, Muhammadurrasulullah... Bermulanya bibit-bibit noktah kekufuran, tersungkur dirempuh cahaya kebenaran. Khalifah Umar al-Khattab (13-23 H/634-644 M) mengambil alih pemerintahan Jerusalam dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar al-Khattab sendiri datang ke Jerusalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.

Ingat tarikh ini 15 Julai 1099, bala tentera kafirin@salib menawan Kota Suci akibat kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku pada waktu itu. Kerakusan, tiada perasaan kemanusiaan..seluruh penduduk Kota Suci dibunuh..direnggut nyawa dengan hina. Alangkah sedih..pilu suasana pada waktu itu. Tidak kira lah samada muslim, kristian, yahudi dan sebagainya...mereka bagaikan dirasuk dahaga kan darah.

500 tahun mereka bertahan akhirkan tersungkur semula ditangan Panglima agung Shalahuddin al-Ayyubi, melalui penyatuan bertunjangkan akidah Lailahaillah Muhammadurrasulullah..pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah..tentera muslimin dengan aman melangkah masuk ke Kota Suci dengan laungan “Allahu Akbar” dan bersyukur kehadrat Allah s.w.t. Air mata kegembiraan menitis di setiap pipi kaum Muslimin sebaik saja memasuki kota itu. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Shalahuddin di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra’ Nabi S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Subhanallah...

Gagasan Hadith daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.'Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahai sahabat2, insyaAllah kita perlu percaya bila sampai suatu waktu nanti Umat Islam akan menguasai semula, jangan putus asa memberikan bantuan kepada saudara2 kita,jangan hanya sekadar hangat2 tahi ayam sahaja,hulurkan semampu mungkin..boikot tetap boikot oke...doa selalu untuk saudara-saudara muslim jangan lupa wallahua'lam =)gambar2 ini buat tatapan antum, suasana selepas hujan..Saudara Muslim kita hendak menunaikan solat Jumaat di Haram al-Sharif, Palestin.




















Ana adalah Pencinta Palestin (^^.)v

Ahad, 7 Februari 2010

Rimbun kan Cinta mu =)

NajmeeQamar



Salam shbt2 yang tidur memakai selimut atau enggak he2 ana ingin berkongsi ilmu bersama antum...tentang namanya hati, qulub, heart, dup dap dup dap...berbunyi =)
Hati adalah anggota istimewa, mengerlip lip lap lip lap...yang tersembunyi di dalam jasad manusia dan makhluk2NYA...akan tetapi hati manusia itu sungguh berbeda, istimewa, anggun, halus, seni dan lebih berharga daripada selautan permata.

Hati pastilah berdebu andai tidak digilap, hati pastilah hitam andai tidak dicuci...disini ada fatwa2 orang tua = petua-petua he2 eh...bukan tetapi inilah anjuran agama Islam tercinta. Bagi sesiapa yang mahukan resepi2 mencuci hati boleh la kita amalkan bersama2. Sumber ini daripada Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.

Mari putera puteri kita amalkan =)


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan......... Kalau nak belanja pun kena tengok poket dulu – kalau penuh bolehlah....

13. Jaga pemakanan - jangan makan makanan yang syubhah.

14. Berkawan dengan alim ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat

ana tambah extra lagi he2 insyaAllah cantik dan anggun Hati antum nanti =)

18. Solat dhuha - Murah rezeki, Mudah keje, Manis wajah, Bercambah benih syukur...

19. Amal ma'thurat - hajat antum insyaAllah di makbulkan amin..istiqamah tau!

20. Sayangi ibu bapa - "I Luv U mama, papa, ummi, abie" =)

Oke sahabat2 selamat mencuba..selamat merasai kemanisan iman..Bawalah Hatimu kepada Allah =) salam perjuangan..

Rabu, 3 Februari 2010

Jalan-Jalan Cari Makan =)


NajmeeQamar

Perut terkadang lapar, lalu kita berkejaran mencari makanan,
Akal dan hati juga lapar, wajib kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu,
bagaimana Allah menciptakan hidung tetapi tiada udara,
begitu juga iman memerlukan makanan iaitu ibadah,
agar segar bugar, sihat wal afiat..insyaAllah =)


Kata-kata hikmah al-Imam al-Ghazali :

“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikkanya ,sebenarnya cantik lagi buruk merak……Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”

Selasa, 2 Februari 2010

Sanah Helwah..sayangku =)


NajmeeQamar

Buat periang pengarang hati,
yang berlari-lari,
senyum dan menangis di kala pagi,
memanggil ibu sudi melayani,
segala kerenah tidak peduli.

hai sayangku...
si bongsu yang nakal,
kuat merajuk berhati cekal,
bijak berkata tidak disangkal,
ada saja mahu di akal.

he2 =) adikku sayang,
abang mu kan datang,
melihat mu meraih cemerlang,
sedia berkorban walaupun tiada apa yg ku tinggal,
biar semuanya ku tanggung..

Selamat Hari Lahir buat adik ana tersayang, Nur Amira Nadia Musbah yang ke 9 tahun...solat jgn tinggal,belajar sungguh2 tau!!! =)

Kasih dan Janji buatmu Isteri..=)

NajmeeQamar

Salam shbt2 Selimutsura, alhamdulillah lirik ini akhirnya siap juga..atas permintaan shbt ana yang ingin menghadiahkan lagu cinta buat isteri nya yg tercinta. Ana buat yang terbaik, segalanya terserah ana tiada masalah...kerana gabungan ilham yang didorong iman itu, lebih mantap jika digabungkan =) wallahua'lam

Gagasan hadith Rasulullah SAW :

"al-mu'minu kal bunyan, yasyuddu ba'dhuhu ba'dhon"


segala yang baik itu dari Allah Taala, semoga Akhi Fadhil sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. aminnn


Kasih dan Janji buat Isteri

Pertama kali ku memandang wajahmu
saat itu hati ku merungkai janji
pertemuan yang mendamai sanubariku
bebunga cinta berputik mematri

aku terima nikah mu
bersemi cinta rindu di qalbu
ikatan lafaz dan janji ku
manis kalimah bersulam syahdu

kita bersama melayari kasih
mengadu rindu mengungkap tasbih
kita bersama melayari badai
mesra senyuman tidak terungkai

wahai isteri ku sayang
janji kasih tidak kan hilang
seluas langit indah terbentang
titian iman sunnah terbilang

cinta kita umpama Adam dan Hawa
Rupawan bak Yusuf dan Zulaikha
Setia rindu Ibrahim buat Hajar dan Sarah
Setulus kasih Muhammad dan Khadijah

Aku terima nikah mu
seadanya bertahta di jiwa ku
Pujian restu dan tadahan doa
sebagai isteri bidadari syurga

Lyric by : Selimutsura 2010

Isnin, 1 Februari 2010

Gudluck Inteam!!!Mabruk2!!! =)

Salam shbt2 alhamdulillah..pada hari sabtu yang lepas telah diadakan Majlis Doa Selamat "Tour Inteam de London", lebih kurang 30 orang ahli Komuniti Teman Inteam (KTI) bertungkus-lumus menjayakan program yang simple tapi penuh makna. Majlis bermula pada pukul 12p.m dan tamat lebih kurang pukul 3p.m. Macam2 aktiviti telah dijalankan, banyak mutiara ilmu yang kami dapat, dan mekarnya ukhwah kami jalinkan =)

apepun ana doakan all the best buat Inteam, dan ahli2 Kti semua ye..Barakallahufik!!! ni antara pic yang ana copy n paste dari inteam.com.my..he2 camera belum ada lagi insyaAllah ada rejeki ana beli la ye..he2



Tuan Tanah Kti@ Akhi Husaini@ Abuafham yang sentiasa ceria dgn baju merahnya..huargh!!!he2 dan Timb. Tuan Tanah Akhi Yeopmi.


Muslimin Kti yang gagah2 dan perkasa..Ukhwahfillah =)


Muslimat Kti yang sentiasa menbantu gerak kerja cewah!!! anak akhi Rahim comel la! =)

Alfun Mabruk!!!! Sekali inteam terus intim..he2

firman Allah Taala maksudnya :
“Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)

firman Allah dalam hadis qudsi yang bermaksud :

“Kecintaanku hanya untuk orang-orang yang saling menyintai, saling menghubungkan silaturrahim dan saling berkorban kerana Ku. Orang-orang yang menyintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar cahaya. Para nabi, sahabat dan syuhada merasa cemburu terhadap mereka”.(HR Ibnu Hibban dan lain-lain).


wallahua'lam =)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...