ilham Ma'mum

Rabu, 14 April 2010

Khaleefah Cinta - Sembah Sujud


NajmeeQamar

Denai-denai air begitu kusyuk menyusuri alirannya, gemalai rentaknya menampar batu yang keras, jernih yang memantul wajah ku...sesekali ku ambil kejernihan itu menghiasi wajah indah kepunyaan yang Maha Agung, rupawan Nabi Yusuf a.s tidak dapat tidak boleh disangkal lagi akan kebesaran Allah Taala...Allahul Jamil wa Yuhibbul Jamal. Hirisan jari berdarah pun tak sedar..rasa sakit seperti ada bius yang mengejutkan hati-hati mereka.

Di seberang sungai, kelihatan kanak-kanak riang ...berguling-guling berirama kan percikan kegembiraan. Kaki ku tenggelamkan, punggung ku hamparkan di bebatu, ku pejamkan mata, tangan ku sisipkan di jantung hati...mendengar degupan yang rindu, nafas ku kayuh perlahan-perlahan, mengecapi nikmat Ar-Rahman Ar-Rahim. Cemburu ku pada burung-burung bebas terbang bersama awan, boleh melihat seluruh kebesaran, kehebatan dan keagunganNya..."tidak kah rasa cemburu?". Kucupan tasbih hadiah hamba saghir (kecil) kerana limpahan ini. Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar.

Sebelum matahari, membuangkan malu nya pada malam, Khaleef ke Musolla@Surau bersama Tok Wan. Hanya beberapa meter sahaja dari rumah mereka. Allahuakbar...lafaz takbiratulihram bergemerincing...membuai penduduk bumi samada yang halus jua turut sembah dan sujud. Subuh itu Allah lukiskan kedamaian dan ketenangan, berbahagialah ganjaran yang amat besar janji bagi jemaah subuh. Khaleef teringat akan kata-kata Ustaz Ishak, seorang Muallim yang berprinsip. Ayatnya "Ini prinsip Ustaz..tegas, tepat dan telus...apa-apa yang Ustaz sampaikan tiada siaran ulangan, berikan perhatian pada apa yang aku ingin ajarkan". Noktah kalam seorang yang alim begitu menghentak hati Khaleef untuk memberi sepenuh daya cinta pada ilmu akhirat.

Ustaz Ishak merangkumkan satu soalan dalam kuliah subuhnya, Khaleef menumpu pada soalan tersebut. "Mengapa kita hanya bertuhankan Allah Taala sebagai Tuhan? Siapa-siapa boleh jawab?". Irama garang yang bermain diwajah Ustaz ini menunjukkan betapa pentingnya hal itu. Para jemaah ramai tertunduk - tunduk, agaknya takut atau tak tahu jawapannya. Ustaz Ishak pun berdiri sambil mengangkat tangannya.."Allah Taala lah yang menciptakan kita dan alam seluruhnya, yang memberi kita makan, nyawa, kesihatan, kesenangan dan seeeeemuanya!....inilah jawapan yang paling tepat dan telus". Lega benak hati Khaleef apabila jawapan tersebut terungkai.


"Ya Allah..aku hilang dipersada cintaMU, aku cuba mencari yang hilang itu". Khaleef membuka mata...deruan air sungai yang mengalir mula membasahi pendengaran semula. "Khaleef...apa kau duduk sorang2 kat situ, mari la sini join kitorang mandi". Laung Ammar Ariff, anak orang kaya yang berjiwa kampung. "Oke2 aku datang la ni" Khaleef pun menanggalkan pakaiannya hanya seluar panjang dibadannya..menutupi aurat sebagai seorang muslim. Kedebushhhhhhhhhhhhh!!! =)

Maaf banyak2 sahabat2 sume...atas kesibukan ana, dapat jugak menulis sikit je ni hihi salam semerbak harum =)

1 ulasan:

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...