ilham Ma'mum

Rabu, 12 September 2012

Masjid, Taman Rekreasi si kecil

By : Selimutsura
Saya siap solat sunat qobliah maghrib..sengaja bersandar dibalik tiang masjid sementara menunggu iqamah. Kelihatan 3 anak kecil sedang mengikut ayahnya melakukan solat sunat. Si abang berbaju Harimau Malaya, adik lelaki berbaju biru dan adik bongsu hanya baju tidur hello kitty dipakainya. 

Selesai solat..si abang menarik tangan adik bongsu dan membiarkannya duduk dipangku. Ciuman pipi si abang dan memeluk erat adiknya membuatkan saya tersentuh hati. Sejuk melihat gelagat ini di dalam masjid Khalid.

Sangat suka bila si-kecil begitu ramai mendampingi masjid. Terima kasih ayah ibu kerana bawa saya ke masjid!

Walaupun secara fisikanya, asal ada kanak-kanak di masjid atau surau. Ini lemparan dalam fikiran kita :

1. Bising
2. Ganggu
3. Serabut
4. ...nak marah sebab buat no. 1 dan 2

Ajarlah mereka untuk ke masjid. Awal-awal memang perkara 1 dan 2 tak dapat dielakkan. InshaAllah lama-kelamaan mereka akan turut ikut kita rukuk, sujud, duduk tasyahud. Didikan secara langsung secara tidak sengaja.

Awalluddin ma'rifatullah! Awal agama mengenal Allah!

Lepas solat pula, ada zikir secara jemaah. Sambil-sambil Subhanallah..merekapun Subhanallah. ;)

Pernah satu kejadian, saya kuliah di An-Naim. Hangat ustaz menyampaikan kuliah, tiba-tiba berlari-lari datang ke meja ustaz..si kecil bertudung merenung muka ustaz...alahai comel sangat, aksinya membuat kariah tertawa. Alangkah seronoknya.

Begitupun, si kecil tidak mengetahui apa-apa, tetapi dengan menghadiri ke musolla merupakan terapi hati dan minda buat si kecil. Mengapa?

1. Tempat mustajab doa. Doalah ayah ibu untuk anak anda. Direct!
2. Umpama taman syurga, jadikan sebagai taman permainan mereka.
3. Tempat asas si kecil ekplorasi dunia luar. Praktis!
4. Tempat dialunkan azan, zikir, bacaan al-Quran, kuliah ilmu dll.
4. "set minda mereka sejak mula" - seronok pegi masjid, lama-lama CINTA akan berputik pada masjid.

Jangan sempitkan ruang masjid hanya sekadar tempat solat.

Tetapi tempat kita REKREASI IBADAT bersama anak-anak.

Bukan maksud saya, macam taman rekreasi di taman-taman biasa. Inilah taman syurga yang disediakan di atas dunia, tempat berekreasi bersama keluarga untuk bersolat jemaah, membaca Quran bersama, berzikir bersama, berbincang isu-isu berkaitan dengan kekeluargaan dan lain-lain.

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim)

..Satu hari nanti, saya juga akan menjadi bapa. Mari, ayah nak dukung kamu ke masjid dan surau..kita pergi bersama ibu kamu...

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh!” 
[As-Shaffat :100]

Saya kongsikan, 10 Tips for Children to Commemorate Prophet’s Life klik link ini :

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Sebelum sujud jemaah solat Maghrib, Khalid al-Walid KL




1 ulasan:

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...