ilham Ma'mum

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Ahad, 1 Disember 2013

Berjuta Kemaafan

By : Selimutsura


Dan sekelian pasti, cintaMu Ya Allah tidak kan tanggal dikalung pengharapan. Sembuhnya luka dan berhenti-nya denai nadi itu di bawah kawal seliaan Dia, Yang Maha dan Maha. Subhana-rabbi-al adzim. Terserak cahaya Muhammad s.a.w, menyinari bumi dan semesta, itulah al-Mustofa Rasulillah dan sejahtera seluruh kerabat baginda yang mulia.

Maaf seluasnya saya hulurkan, laman blog lama tidak di-update-Asifff jidddan =)

InshaAllah laman ini sedang dalam penambah-baikan.

Saya akan terus menaip, dan memetik bakat yang ada. Saya bukanlah ustaz, selebriti atau orang sastera.

Bekal pun tidak cukup, amal-nya kurang, ilmu dan iman masih tipis. Moga dengan secubit asam garam perkongsian ibrah kehidupan, memberi sedikit cubitan rasa.

Kita hanya, hamba Allah. Mengembara mencari redha, mendakap pengampunan dan menuju satu destinasi yang dijanji.

Dimanakah kedudukan kita? Kita boleh mengetahuinya dengan keadaan hati kita terhadap Allah S.W.T bagaimana perhatiannya.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. 

( Ayat 15 – 16 : Surah as-Sajdah )

Dia Maha dan Yang Maha SegalaNya.

Itulah soalan buat diri saya. Dimana saya disisi Allah S.W.T ??? Sama - sama kita menilai.



Menjadi tinggi disisi Allah Taala
Selimutsura
SetapakPermai Kuala Lumpur|02 12 13

Jumaat, 19 Julai 2013

Ijazah dengan Kepujian Ramadhan

By : Selimutsura

Ramadhan diumpamakan sebagai satu "kem motivasi". Sebuah perkampungan perkhemahan yang mengumpulkan pelbagai latar belakang, karakter dan asal usul dikalangan  peserta. Kebiasaan perkhemahan menjalankan kem selama 3 hari 2 malam dan melibatkan banyak aktiviti bagi meningkatkan daya fikiran, semangat jiwa dan ketrampilan diri. Matlamat akhir perkhemahan tersebut adalah untuk melahirkan watak - watak yang berguna selepas "bergraduasi" dari kem motivasi itu. Tempoh tamat apa yang diperoleh melalui kem tersebut bukanlah berakhir di kem sahaja tetapi kesan dan implikasi yang berterusan hasil motivasi selama 3 hari 2 malam.


Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”.
 (Al Baqarah: 183).

Allah s.w.t melebihkan keistimewaan bulan Ramadhan berbanding bulan yang lainnya seperti yang kita ketahui saban tahun. Bulan dimana al-Quran diturunkan, bulan dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, amal ibadah sunat menyamai pahala ibadah wajib, bulan pengampunan segala dosa kecuali dosa syirik dan dosa besar wajib disusuli dengan taubat nasuha, solat tarawikh. Banyak tawaran - tawaran "MEGA SALE", "PROMOSI" dan "24 JAM" diberi oleh Allah Taala kepada sekalian muslimin, serta malam LailatuQadar yang menyamai 84 tahun amal ibadah seseorang.


Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada Rasulullah Saw, atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.” (HR. Malik).

Sedar atau tidak, pasaraya - pasaraya besar mahupun kedai runcit juga mengambil peluang dengan tawaran - tawaran hebat. Harga diskaun, harga melambung naik, makanan beraneka jenis, lauk - pauk yang tidak terkira, minuman panas dan berais, perabot jati, kain - kain tekstil, dan hiasan itu ini situ dan sini. Orang yang tidak mampu mula berhutang, dan orang kaya melupakan orang - orang yang lebih memerlukan. 



Ramadhan bukan lagi "syiar" tetapi "trendy" dan musim berfesyen. Di bulan ini sahaja mahu memakai tudung dan bulan lain terdedah. Yang lelaki pula, bulan ini saja ke masjid dan bulan lain tidak ambil kesah. Inilah "TREND" yang saya maksudkan. Tidak terlepas juga, "bazaar Ramadhan" bolehkah saya menilai? Ia adalah BAZAAR RAMADHAN? Diistilahkan sebagai pesta makanan, pesta membeli - belah, pesta meraih keuntungan yang banyak, dan pesta menjamu mata dengan barang - barangan yang sebenarnya tidak "dalam list" untuk membelinya. Mungkin BAZAAR itu jadi BAZIIIIR.


Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah di bulan Ramadhan.” 
(HR.Tirmidzi)

Tidak salah kita meraikan Ramadhan dengan kemeriahan, kemuliaan dan kelebihannya. Kita sebenarnya salah mengagungkan Ramadhan dengan pelbagai pesta dan jualan. Kerana Ramadhan akan pergi dan datang kembali jika diizinkan Allah Taala. Cuba anda bayangkan andai ini adalah Ramadhan yang terakhir, sudah pasti banyak kerugian pada saham - saham akhirat. Apatah lagi amal ibadah kita pun tidak cukup dan sempurna. Solat pun masih lalai dan leka, puasa kerana terpaksa dan tidak ikhlas, Isteri dan anak - anak pula diabaikan. Inilah saat dan ketika, Allah memberi waktu untuk kita mengembara kembali ke dalam "UNIVERSITI RAMADHAN" yang sebenar.

Selama tempoh 3 semester yang dinilai sebagai ujian sama ada lulus dan gagal berdasarkan pointer pahala yang kita kumpulkan. Pada semester pertama memperoleh rahmat Allah, semester kedua diberikan pengampunan, dan semester yang terakhir mendapat pembebasan dari api neraka. InshaAllah.

Ramadhan perlu kita lihat dari kacamata Islam bukan kacamata penjual dan pemborong. Tarbiyyah yang didirikan didalam diri, membentuk umat Islam yang bersyukur dan pemurah bukan tamak dan haloba, bersederhana dengan keperluan bukan berlebih - lebihan dengan keinginan hawa nafsu, kita dihidangkan dengan pahala berganda dan dosa diampunkan bukan makanan yang enak dan lazat, berlumba - lumba menginfakkan harta bukan berlumba - lumba mengumpul harta, pucuk pangkalnya kembali kepada niat asal dan matlamat kita dijadikan oleh Allah Taala.

Mudah - mudahan kita semua, umat Islam bergraduasi dengan Ijazah mumtaz, dan cemerlang. Bersederhana dan berterusan menunaikan ibadah semata - mata bukan kerana Ramadhan tetapi kerana Allah Subhanahu wa Taala. Jadikan al-Quran sebagai teman di dunia, di akhirat al-Quran menjadi teman kepadanya.


Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah: 185)


Wallahua'lam, mohon teguran.

menjadi tinggi disisi Allah Taala
Selimutsura
KDK Kuala Lumpur|9 Ramadan 1434H|18 Julai 13

Rabu, 2 Januari 2013

Siapakah kita 2013

By : Selimutsura


ALLAH lah yang menjadikan mati dan hidup
untuk menguji kamu,
siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.
Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

{67|2}


Siapakah kita di tahun 2013 ini? 

"Saya nak jadi Oltomen!"
"Batman lagi terrrer!"
"..Aku boleh terbang, Superman!"

"Tapi kalau tak sembahyang apa gunanya.." lagu Saujana | Sepohon kayu.

Membayangkan hidup yang akan dijalani seterusnya. Kita tidak ketahui apakah yang bakal menanti di tahun 2013. Masih dipanjangkan usia-kah? Atau titik pengakhiran sebuah kehidupan.

Selalu saja manusia lupa, sebenar bila bertambahnya tahun, hari, jam, minit dan saat menandakan umur dunia menghampiri mati. Begitu juga, umur manusia. 

Semuanya menjadi longgar. Berlari pun tidak sepantas dulu. Menghafal pun tidak secekap dulu. Kudrat untuk beramal pun sudah berat untuk dilakukan.

Lirik bait-bait nasyid dari Hijjaz | Pelita Hidup

Wahai insan ingatlah kamu
Hidup di dunia tiada abadi
Sebelum terlambat sedarlah diri
Buatlah amal sebelum mati

Ingatlah siksa api neraka
Hawanya panas tiada terkira
Jika hidup leka derhaka
Tentulah nanti akan tersiksa

Ingatlah wahai insan hidup di dunia hanya sementara
Buatlah amalan untuk bekalan kita di hari kemudian

Ingat dan waspada wahai manusia
Menempuh hidup banyak dugaan
Iman dan taqwa letaknya di jiwa
Bahagia hidup sepanjang masa

{Album Pelita Hidup II}

Sepertinya orang-orang yang kafir, mereka tidak mahu menerima mati sebagai peringatan. Mereka beranggapan hidup selamanya atas dunia, sebagai syurga palsu yang kekal. Mereka  selalu mencari alasan, menyanggah kebenaran al-Quran. Walaupun, mereka meramal hari kiamat sekalipun, pesta hiburan melampau-lampau tetap diacarakan seolah-olah hari kiamat hanya mainan semata-mata.

Orang kafir menganggap bahawa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan.
Katakanlah (N.Muhammad) :
"Demi Tuhanku, kamu pasti akan dibangkitkan,
kemudian akan diberitahukan tentang sesuatu perkara
yang telah kamu kerjakan."
Dan demikian mudah bagi ALLAH.

{64|7}

Sesungguhnya di sisi ALLAH ilmu tentang hari kiamat dan 
DIA yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang terkandung di dalam rahim.
Dan tiada siapapun mengetahui (dengan pasti)
apa yang akan dikerjakan esok.
Dan tidak seorangpun yang tahu bumi mana dia akan mati.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Meliputi IlmuNya.

{31|34}

Dunia digambarkan sebagai wanita tua bongkok tiga, muka berkedut-kedut terlalu hodoh di dalam perjalanan mi'raj Rasulullah S.a.w bersama Jibril Alaihissalam. Dihias dengan perhiasan emas, perak, tahta-tahta, baju-baju mahal, menyelimuti ruang tubuhnya.

Renungkanlah, bagaimana manusia menghias dunianya dengan tarikan-tarikan dunia, kegilaan pada hiburan negatif, bangunan-bangunan yang tinggi, dipakaikan tanah dan bukit dengan pusat-pusat hiburan yang terlalu banyak. 

Radio, televisyen, internet, alat gadget dan sebagainya dimiliki tanpa sekatan. Tanpa sempadan katanya.

Mereka berjaya menternak kita menjadi "orang Islam palsu" memeluk dunia, dari kecil hingga ke-tua.

Mahu nama sajakah ISLAM? Bagaimana kehidupan?

-Dalam LRT PUTRA-
Sifat sendiri-sendiri mula terpancar, bila masing-masing sibuk dengan smart-tab. Tak pandang kiri kanan dah, orang tua yang memerlukan tempat duduk pun tak hirau, mungkin tak perasan. Ini yang terjadi.

-Balik kampung-
Anak-anak sibuk main "game" kurang bersosial dengan ahli keluarga. Mulalah bibit tidak mesra dan ambil tahu tentang keluarga besar. Ukhwah pun pudar.

Berebut-rebut. Gaduh!

Ini belum menyentuh bab saudara-saudara kita di Palestin. Pedulikah? Mc Donald masih penuh dengan pelanggan yang namanya "ISLAM".

Sesungguhnya orang yang berdosa 
berada dalam kesesatan (di dunia) dan akan berada dalam neraka (akhirat)

{54|47}

Kemanakah hala tuju kita tahun 2013 ini?

Seharusnya kita lebih berkembang. Kita bukan "ayam daging" yang diternak di ladang.

Ikut saja.

Makan banyak-banyak sampai gemuk, di sogok dengan dedak-dedak lumayan. Terlalu seronok hingga lupa, selesa tertidur dengan kemewahan, sampai satu masa hasilnya menjadi ayam daging. Tunggu masa...

Sembelih, goreng..tamatlah riwayat hidup.

Pengakhiran hidup orang Islam, ada permulaannya semula di akhirat. Buatlah amal sebelum pengakhiran, untuk bekal pada permulaan nanti.

Bagaimana mahu menjadi orang beriman yang bertaqwa?

Menjadi orang yang INGAT. saling mengingati yang lain.

Tak salah nak buat apa-pun, berlaku adil dengan diri sendiri.

2013, mantapkan diri. 2012, muhasabah diri.

ISLAM sebagai solusi kehidupan, perkara kecil adab di dalam tandas pun ada tatacaranya apatah lagi mengemudi keluarga, masyarakat dan negara.

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam)
sesuai fitrah ALLAH disebabkan DIA telah menciptakan manusia
menurut fitrah.
Tiada perubahan pada ciptaan ALLAH. Itulah agama yang lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

{30|30}


Berusaha menjadi sebaik-baik manusia seperti pesanan Baginda S.a.w , inshaAllah. =)


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
{Sahih al-Jami'}

Tegurlah saya!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Khamis, 27 Disember 2012

Kisah Kedai Gunting Rambut

By : Selimutsura



Saya di meja Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM Bangi. Boring nyer asyik menghadap tesis yang perlu disiapkan. Nak membuang boring itu, saya pun teringat kisah ini yang selang beberapa hari yang lalu.

"Krioook..." Bunyi pintu di tolak dari luar. Seorang lelaki, rambut bergaya jambul di depan masuk. Kemudian, saya ternampak di celah-celah pintu ada seorang budak kecil sedang meneropong. Matanya besar bulat, rambut lurus menutupi dahi dan gigi susunya terserlah menutupi bibir bawah.

Saya dikerusi gunting rambut, tersenyum dan mengenyit mata pada budak lelaki yang comel itu. Dia pun menjelirkan lidahnya, lantas membuka pintu.

Sekali lagi "Krioook..."

Saya suka, comel sungguh. Subhanallah!

Disusuli pula 2 orang lagi budak lelaki, bertambah meriah lah kedai gunting rambut Aceh ini. Betul-betul seberang jalan dengan Mee Ketam, dan Masjid al-Arkam. Mereka membuat bising sambil menunggu giliran.

Saya belajar melihat apa yang realiti di depan mata.

Gelagat anak-anak ini, mencuit hati. Apa yang anak-anak kecil suka buat?

1. Memandang dirinya ke cermin, sambil berposing didepan cermin tanpa menghiraukan hal orang dewasa. Dia buat macam-macam aksi wajah, dengan gigi susunya.
2. Merasa berani, menunggu giliran untuk dipotong rambutnya, tanpa mengetahui akibat terlalu berani itu. (Sampaikan ibu dan ayahnya tergelak melihat gelagat anaknya yang geli apabila rambutnya dipotong).hihi
3. Mengacau dan mengganggu mata-mata orang lain, kerana melihat telatah mereka bertiga. Sambil mimik muka meniru ala-ala model rambut pada gambar di dinding.
4. Bermain-main dengan baby kecil "gurl", adiknya yang didukung oleh ibunya di luar kedai terbias pada cermin kedai.

Yang saya suka. Nak pergi gunting rambut pun bawa ramai-ramai. Seronoknya!hihi

Saya memandang untuk belajar. Dari mereka yang lebih tua.

Menjadi sebaik-baik lelaki buat keluarga.

Bermula dari diri. Beri bahagia pulangannya juga bahagia.

Saya ingat pesan Prof Dr. Muhaya itu selalu.

wallahua'lam.

Dahhhhh! Sambung tulis tesis! @@) hehe


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
TSL UKM, 43600 Bangi Darul ilmi.

Ahad, 17 Julai 2011

Perginya Serikandi Islam - al-Fatihah

By : Selimutsura

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia sebentar tadi
sumber : Harakahdaily.net   
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.
"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily.

Isnin, 11 Julai 2011

Gugurnya Hatiku~

By : Selimutsura

~An- Nazhofah~

Assalamualaikum, berguntur jiwa ku sewaktu detik sejarah 9 Julai yang lalu, masih panas dan hangat dalam jiwa kekecohan mereka mengkaburkan mata-mata penghuni tanahair di media-media selepas kejadian, koreksi cerita dongeng diperdendangkan, kata-kata pengulas hendak saja ku pulas, mencanang mereka berjaya, mereka hebat, mereka yang undang keamanan, mereka juangkan keadilan "PALSU".

Bila terkepung dan beberapa orang tertangkap,
Kibarnya semangat membara, 
Membenteng ketakutan membentuk kota.

Hiruk pikuk tragedi,
Membingit kesakitan diri,
Bangkit laungan suci "Allahuakbar!"
Ini je tuntutan kami, tapi depa pun tak mau..

Antara mereka yg tergari, antaranya sahabat baik ana tertangkap, ana call berulang-ulang tak terjawab
Sudah naik ke trak agaknya, akhirnya jam 9.00 mlm baru terbalas :

Z: Assalamualaikum! aku kat Pulapol ni..
M: Waalaikumussalam, yaka hang kna kat mana?
Z: kat KL S**T**L
M: Aku amik hang la camni..hang nak balik umah? Dekat ja ngan umah aku.
Z: Aku tido' umah hang la boleh?
M: Boleh2..hang nak aku amik pkui bapa?
Z: Nanti aku call hang balik na.

10 minit selepas itu...
Z: Aku tak jadi la nk tido' umah hang, lain kali la ada rezeki kita jumpa lagi..aku ngan 13 orang yang lain balik sama.
M: Oh..pulak tak jumpa la kita na..ok baik2 na balik tu..nanti sampai hang bgtau aku na..elok2 Assalamualaikum.
Z: Waalaikumussalam..

Allahumma yusahhiluna wa yusa-i'duna..aminnnnn..lega hati ana mendengar khabarnya..alhamdulillah
Bukalah mata, dan minda buat sahabat2 yang masih buta, tuli dan keliru..sudah terhidang di depan mata, takkan masih menutup muka..

~Al-Quran dan Pemeliharaannya~ 

Seusai membasuh kereta di Car Wash Mat Bangla, melihat kaki langit hujan malu-malu, angin membalas terasa mewah nikmat Allah ini, bersahaja berguguran daun2 kecil KUNING , detik-detik ini menerjah ruang fikiran mereka yang gugur al-Fatihah buat Allayarham Baharuddin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembah Keramat. 

Terbalik juga pada kenangan sewaktu belajar dulu di KUIS, di meja bulat ala-ala bentuk kayu (buatan asal drpd batu) beratapkan pohon-pohon rendang berhadapan perpustakaan, acapkali angin datang membawa kesejukan, maka berterbangan dedaunan dari pepohonan itu, Sabtu dan Ahad agak lengang, namun kehadiran rakan-rakan menghangatkan suasana, suram jadi tawa. Itu dulu..beda keadaan yang kini..aku sangat rindu saat itu..bersama sahabat2 yg juga merindu..

Jauh benor agenda cerita ini hihi seperjalanan ke Kota Kemuning, selepas menghadiri resepsi pertunangan saudara ana di Klang..(Selamat buat Tunang & Tuning) singgah sebentar di stesen Petronas Kota Kemuning untuk menunaikan tuntutan sebagai Mukallaf..ku melihat jam di tangan kanan ku.."Allah..da 7.30 mlm"..

Selesai ku berwuduk, tertawan hatiku pada 3 Kitab Al-Quran tersusun di balik kamar wuduk..berwarna hijau 2 kecil dan satunya bersaiz lebih besar sedikit. Alangkah takjub nya aku.terpana terpesona pada keajaiban ini, Subhanallah..bergugur lagi jantung ku melihat Al-Quran (saiz besar) meninggalkan kesan tinggalan dimakan anai-anai, bahagian sisi tepi bawahnya sahaja yang dimakan tetapi ayat-ayat nya masih ada, ini kebesaran Allah, dan ketaatan makhluk pada penciptanya. 

 Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9 :
Maksudnya : "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang Memelihara dan Menjaganya."

Bahagian bawahnya sudah dimakan anai-anai
Kebesaran Allah Taala..Al-Quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! 


Renungkan firman Allah dalam surah Al-Fussilat ayat 40-42 yang bermaksud :


"Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari (pengetahuan) Kami. (Kalau sudah demikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam neraka lebih baik, atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): “Buatlah apa yang kamu suka, (sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan (dan akan membalasnya)". (40)

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi," (41)

"Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji". (42)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 7 Jun 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu di Bulan Rejab ^^.)

By : Selimutsura

ADA APA DENGAN BULAN REJAB 
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya: 

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu  dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

 

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al-Ashur Hurum (Bulan Haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. 

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya :

"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama.
Nabi bersabda, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?
Kata lelaki itu, "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam .
"Maka tanya Rasulullah SAW, "Kenapa kamu seksa diri kamu?. Lalu sabdaNya, "Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan".
Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! , Ujar lelaki itu
"Berpuasalah dua hari! , Sabda Nabi Muhammad SAW.
"Tambahlah lagi", Mohon lelaki itu pula. 

Maka Nabi SAW bersabda :
"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB 
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

 2. Israk dan Mikraj 

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 

4. Pembebasan Baitul Maqdis 

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm. 




Sumber : Laman Web Rasmi JAIS ~http://www.jais.gov.my
Gambar : melalui pencarian

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
 (Mari berkunjung ke Showcase Amal Shuhada Attaqwa)

Selamat menggandakan amalan dan pengetahuan bagi meledakkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah  Taala serta Mengoreksi diri menuju gerbang Ramadhan Al-Mubarak ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 15 Disember 2009

Yuk! simpan janggut =)

NajmeeQamar


Ana mohon izin Iqbal post gambar ni...comelkan =)

Assalamualaikum shbt2 muslimin sekalian...berbicara tentang tajuk diatas sangat menarik minat ana utk mendedahkan galakan para Ulama' utk menyimpan janggut bersandarkan gagasan hadith Nabi Muhammad SAW. Bagi yang muslimat, antunna boleh beri galakkan kepada Abie,abah,papa,zauj,adik beradik laki2 antunna, utk menyimpan janggut kerana ia adalah sunnah yang sunat hukumnya. Pahala free2 je Allah Taala beri, menyimpan janggut juga merupakan pelaburan atau bonus amalan selain ibadah wajib kepada seorang muslim.


Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Menarikkan, Junjungan besar Nabi Muhammad menganjurkan kaum muslimin menyimpan janggut kerana hikmah2 tertentu. Bukan susahpun...tapi bila simpan janggut tu rapikan ia, jaga sebaiknya agar nampak lebih kemas dan bersih =)

Sabda Baginda SAW tentang anjuran menyimpan lihyah(janggut) & menipiskan misai
daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Bukhari & Muslim.


inilah gagasan hadith yg dianjurkan Baginda SAW kpd kaum Adam sume...jangan lupa juga menipiskan misai..bukan aper agar mudah nak makan tak la tersangkut kat misai hehe anjuran2 ini menunjukkan betapa pentingnya kekemasan dalam Islam. Jangan salah anggap..menyimpan misai ini boleh, alangkah comelnya jika nipis nampak kemas. Menyimpan janggut dan menipiskan misai adalah sunat, ia juga sunnah yg Nabi Muhammad SAW tinggalkan sebagai khazanah kebaikan yg patut diikuti. Nahnu ittiba'uka Ya Rasulullah..Ya Habiballah =)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan ALLAH membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai.”
Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih.

antum dapat fikir2kan, ini anjuran oleh Nabi Muhammad SAW. perkara ini menjadi perbahasan antara Ulama' tetapi antum dapat membezakan yang baik dan buruk. jangan kita tiru gaya org2 Yahudi dan Nasrani krn mereka memang jelas untuk menyesatkan kita dengan trend2 janggut dan misai yg pelbagai bentuk.


Sabda Rasulullah s.a.w:
“Bukanlah daripada umatku seseorang yang lain daripada kami. Oleh itu, janganlah kamu mengikut Yahudi dan Nasrani.”- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Rasulullah s.a.w amat mengalakkan seseorang Muslim menyimpan janggut. Rasulullah s.a.w tidak perintahkan umatnya melakukan sesuatu kecuali ada hikmahnya dan kena pada tempatnya. Hanya ALLAH dan Rasulullah s.a.w sahaja yang tahu segala-galanya.

Sahabat2 sume...mudah je nak praktikkan =) namun begitu niat kta perlu selari iaitu matlamatnya utk mendapat Keredhaan Allah. Moga2 Allah terima amalan kita walau sehalus kuman, sekecil debu, sekelumit rasa wallahua'lam =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...