ilham Ma'mum

Khamis, 19 November 2009

Mengapa perlu ada Motivasi?

NajmeeQamar

Hmmmm...apa kena mengena pula dengan belon kat atas ni he2 dah 2 program di Penang ana penah sertai sebagai Fasilitator...satu kat S.K Sg Ara n S.K Tmn Senangan. Kedua-duanya mempunyai kenangan yang berbeza he2 namun itulah semangat yang ditanam dalam ASAEXPLORE under Bro.Sham "Jangan Serik". Menjadi fasilitator ni bukan mudah, banyak menggunakan kekuatan fizikal dan mental. Mungkin kdg2 keseronokan melebihi kepenatan yg dilalui kerana kita tahu betapa sukarnya hidup ini " mmh susah nak senang dan tak susah nak susah" cewah...he2 gambateh!buat all fc..ukhwah kita takkan berakhir. Ana mohon maaf da lame tak join he2 namun tetap rindu dgn shbt2 sume...n adik2 program yang manje2 n nakal2 he2 =) namun itulah realitinya...kalian dlm doaku.


Pengalaman jadi fasilitator ni mmg menakjubkan, ana dari seorang pendiam yg tak tau ape2...alhamdulillah sifat berani mula berputik. ana dulu mmg tak pandai nak communicate...gugup gitu la he2 bila berhadapan adik2 program ni, kita akan jumpa mcm2 ragam...baik, nakal, bijak, lambat..kitalah penggerak utk mrk berubah. Sebagai wasilah utk mrk lakukan sesuatu utk diri sendiri dan keluarga. Chaiyok2! Bukan mudah nak berubah, tapi tak susah nak berubah. Perubahan secara berperingkat lebih baik...=) mg thabat lah ye aminnnn...he3


Berputik rindu, bersinar mentari kasih, menyimpul ikatan sayang, kerana Allah Taala itulah...ukhwah yang terbina..salah silap harap dimaafi aminnnnnn =) adik2 mohon izin posting gambar kalian.he2

MOTIVASIKAN DIRI ANDA, PRESTASI UNGGUL, LESTARI UKHWAH =)
Salam motivasi dari ana he2


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ceritera hati... bila gambar ada kisahnya =)

NajmeeQamar

Assalamualaikum...shbt2 sume sedia maklum ana ni suka bercerita ala-ala program TV "mari Bercerita" plak he2 ni adalah sekadar perkongsian pengalaman yg mana manafaah nya boleh diambil, ana ni tak la power mana tapi bersyukur dgn jalan ini alhamdulillah he2


Muqahha atau Math'am (Restoran atau Cafe)
setibanya ana di Maghribi bersama rakan2 pada malamnya, esok paginya perut terasa lapar mana tak nyer seharian dlm flight. Alhamdulillah kami singgah di Muqahha Math'am. Persinggahan di negara orang, biasanya kat Malaysia makan nasi lemak, teh tarik, roti canai...tapi berbeza disini roti...roti...roti so menu utamanya di sini adalah HUBBZ "ROTI KERAS" he2 kami seramai 15 orang muslimin menjamah ma'kulaat makanan Morocco buat pertama kalinya. Antara yang menarik adalah KUS KUS dan TOO jin...bismillah..sekali tgk pasti naik selera, mana tak nyer perut pun dah berkeroncong...belasah je la he2 Ia dibuat secara stim...dalam dapur masak tersendiri. Antara KUS KUS n Too Jin ana prefer Too Jin la he2 makan tambah tenaga dan kekuatan =)terlintas dalam fikiran, moga blog ana pun menjadi MUqahha dan Math'am memberi manfaat juga insyaAllah...
KUS KUS ni gandum, ayam atau daging...ngan sayur2ran bertaburan di atasnya setinggi bukit he2 Too Jin lak xda gandum sodaaap he2


Qal'ah fi Daarul Baido' (KUBU di Casablanca)

bila kuliah takda..ni la aktiviti paling best..berjalan, melihat, mentafsir he3 Subhanallah terlekat kat bibir kami melihat keindahan bumi Maghribi ni..tak sangkal lagi. Qal'ah mmg banyak sgt kat sini...jalan la mane2 pun pasti tersergam Qasr (Istana), Qal'ah (Kubu) dan benteng2 yg masih kukuh, Maqam (makam) yg pasti memukau. Jika ini cantik apatah lagi Pencipta wallahua'lam. Hanya tasbih yg terungkap...mg bertambah2 iman insyaAllah.


Tepian Lautan Atlantik "Bahr abyad al-mutawassit(Area Pantai Barat laut Rabat)

Sebenarnya time macam ni kami mencari rejeki la he2 kalau kawan2 nak tau cari KUPANG (adik beradik kerang mungkin abang sulong keluarga kerang) he2 org2 sini tak makan pun sbb dalam mazhab mrk tak digalakkan. Menurut mrk, kupang ni tergolong dalam kategori Hasyaraat (Serangga) hu2 tapi ana n shbt2 makan sodaaap je..kami kutip di celahan batu. Time ni laut tak bergelora...tenang je. Ni da nak maghrib...jimat sket duit makan malam ni =)
" Ya Allah andai rezeki ku di langit turunkanlah, andai di dasar lautan timbulkanlah moga aku menjadi hambaMU yg bersyukur...amin " =)



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 18 November 2009

Airmata ku... =)



NajmeeQamar

Mengungkap rasa yg hiba
Menghibur jiwa yang kusut
sesak laluan tak berganjak kurang
nafas lelahan manja hilang tiba-tiba
kesana kemari tidak kena
membuai mimpi sekadar ditepi

hendak sangat ku lihat lautan
hendak saja ku renangi walau tidak sepantas mana

hendak sangat ku lihat lelangit biru
hendak saja terbang bersama awan-awan


mana sayangku bernama riang
marilah kemari mengungkap tasbih
sambil2 menatap wajah ku ini
tersentuh dengan air...sejuk...dipipi
kemerah merahan (humyra')
membayangkan setulus airmata


jari2 ku...tadahan tanganku...
mengusap wajah bercampur air sejuk tadi...
memenuhi sebulat wajah sedih ku
mengubah dengan senyuman dan tawa
tapi tak pandai senyummmm pun cebik lagi...hehe =)
(krn senyum ku kelihatan sedih..umpama redup pepohon dedaun lebat)


Yg ketahui...melihat ku begitu
pasti turut mendendang lagu seirama
melambai2 kasih di penghujung rindu
menaiki buaian bersama menggoyangkannya


biarkan ia begitu
krn ku gembira begitu
bersama yg memahami ku
membantu mengusapkan airmataku


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 1 November 2009

Alfun Mabruk INTEAM =)


NajmeeQamar

Salam shbt2...pada hari Jumaat yg lepas telah diadakan Festival Nasyid Kebangsaan dan Anugerah Nasyid Minggu ini (NMI 09) yg dianjurkan oleh JAKIM di PICC. ana pegi bersama2 rakan nasyid. Memang sesat jugak la nak gi sana tapi alhamdulillah dengan semangat sukakan hiburan islam akhirnya kami sampai di PICC dalam pukul 9 mlm. Acara telah pun bermula. Ana menunggu2 Kumpulan inteam perform sebenarnya...lagu Allahurabbi. alhamdulillah setibanya kami di sana...kami pergi solat isyak dahulu mmg rezeki kami dpt bertemu dengan akhi Amin, Akhi Shah, Akhi Rahim, Akhi Frizdan, Akhi Hisyam...selesai menunaikan solat isyak. Berbaju ala2 hindustan heeee..=)

Tq akhi Shah bagi sandwich hehe =)

Dlm dewan PICC yg gah tu, tak sangka...terkejut...mmg mic sgt bes...tapiiiiiiiiii masa time INTEAM perform seolah2 mrk di sabotaj. ana sedih coz mule2 mic Akhi amin tak dengar...n mic akhi2 lain pun cam blur2 je bunyinya huhu ana tgk kat blakang tu soundman yg jaga...sedihnya yg jaga non muslim terhangguk2 tak fokus menjaga PA system...org Jakim pun ada. Setiap kump nasyid ingin mempersembahkan dengan baik agar mesej dapat disampaikan dgn lbh baik...tapi..tak tau nak ckp la huhu sedih2...

Ana rasa lagu INTEAM la je yg ada sebut nama Allah byk2...dpt pahala berganda...mg akhi2 sume byk bersabar huhu ujian Allah yg dapat ada hikmahnya..ana ahli KTI sentiasa menyokong perjuangan kalian. Buat ahli2 KTI yg hadir Hafizi, Silantra, Mazri ,Shrxm dll selamat berkenalan n terus menyokong inteam. *Tema baju ijau tapi ana baju merah pula haha*. Allahurabbbi =)

walaubagaimanapun, sedih di hati terubat krn INTEAM menggondol 3 + 1 anugerah bak kata Akhi Husaini. Ana ucapkan alfun mabruk kpd INTEAM. mg2 kalian sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniaaaaaaaaaaaaaaaaaah! buat kumpulan nasyid INTEAM =)

1. Juara Anugerah NMI - Allahurabbi
2. Lagu Nasyid Paling Popular - Allahurabbi
3. Kumpulan nasyid paling popular


Sekali Inteam : Terus intim =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 19 Oktober 2009

Mak...Mama...Ummi...Mummy...=)

UMMI



Kau sentuh cahaya dengan jemarimu
Di balik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Dihadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian - ilusi
Mimpi jadi ngeri
Mengusik dinihari

Ummi engkau kehampaan
Dambaan - igauan
Janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Korus:
Keperitan itu temanmu nan sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti



Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Lagu: Fadzli Far East (Gurindam Entertainment)
Lirik: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Artis: Nice

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rahsia Tidur

NajmeeQamar

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa =)


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."



Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."



Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi.



Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J.

Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Yuk! kita qailulah oke he2 =)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 6 Oktober 2009

Asyku Qolby Ya Habibi Daiman Ya Rasulullah huhu...=(



bila ana wat sajak ni ana rasa sayu dan hiba...
krn timbul persoalan dlm hati ana apa pengorbanan ana pada agama...
ana sedih krn kita tak cintakan Rasulullah dgn 100% malah lebih...
kita lupa...sibuk...malu...segan...kenapa????
huhu ana menangis bila time ni ana dgr lagu al-Muallim nyanyian Sami Yusuf..
krn dia Muhammad lah segala-galanya bermula...
kita nikmati kini...dan forever...ending..
man upon mankind...teacher upon mankind...he's everything..segalanya ada pada Baginda s.a.w..."Rahmatil alamin" ungkapan dan gagasan al-Quran yg bertaraf tinggi
bagi mereka yg menjiwai...huuhhuuu menangis pun tak pelah...huuuuuuuuhu



Asyku Qolby Ya Habibi Daiman Ya Rasulullah huhu...=(



ada lagi kah ungkapan yg dapat kututurkan
atau ada masa lagikah kalam ini dapat beri apa2 buatku
ungkapan kasih dan sayangku
mana kah hilang resah dan gelisahku
rasa getar dan seram sejuk tubuhku
bila mendengar cerita-cerita tentangmu
marilah sini kembali belai jiwaku
menusuk dalam jantungku

He was Muhammad Sollollah alaihi wasallam..huuuuuuuuuhu
bulan pun tak dapat tandingimu
cahayanya pun belum tentu sentiasa teranng
matahari pun sirnanya bukanlah selamanya
menangislah hati yang rindu
bila lagi kesombonganmu kan terurai
bersama-sama kaca-kaca dan duri
yg menghalangku...huhu



manakan lena lelapku
tidak berbasahlah tubuhku
tidak kenyang perutku mengingatkan
bagai khayal dalam cinta yg merah segar
kegembiraanmu bilakan damai
kesedihanku bilakan tenang
tak pernah lihat mahupun mencium bumimu
tapi hatiku tidak pernah patah silu
merayu merinduimu Ya Syafie..Ya Bashiri..Ya Nabie..
adakah salahku memuja memuji
Kekasih Allah yg Disayangi...seluruh alam menyintainya..

dialah pendamai dua jiwa
dialah penyatu manusia dan alam semesta
dialah penyeri timur barat
dialah pemberi khabar gembira
dialah...dialah...dialah....
dialah segalanya...Ya Mustafa Muhammad imamal mursalin

(" Hadith : Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Demi Zat yang jiwaku berada
dalam genggaman-Nya (kekuasaan-Nya), salah seorang di antara kamu tidak
beriman sehingga saya(rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tua
dan anaknya."
Anas Radhiyallahu 'anhu berkata, "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
bersabda, 'Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga
saya(rasullullah) lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya,
anaknya, dan semua manusia.'"[ Shahih Bukhari ] )

Cintailah Rasulullah saw, byk la selawat atas Nabi ye =)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...