ilham Ma'mum

Memaparkan catatan dengan label Halwa Nasyid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Halwa Nasyid. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2013

Munsyideen. Tiada Noktah.

By : Selimutsura


Nasyid Karier Hiburan Dakwah Sepanjang Hayat

FB : Nasyid Munsyideen
Prinsip:
“Selagi nyawa berdenyut, terus berjuang hingga akhirNya, kerana keistimewaan itu semuanya di bawah ProgamisasiNya”

Pena Penulisan: Selimutsura
Lagu dan lirik hangat:
Kembara Hijrah (Dari Padang Pasir Gersang)

Kere-Aktifan Nasyid:
1999 – Nasyid Sekolah Kebangsaan Dato’ Keramat 2, Kuala Lumpur
2000 – Mula aktif nasyid di SMK Padang Tembak Kuala Lumpur bersama Faisal b.
Abdullah (X-FAR EAST) dengan nama kumpulan AN-NAJAH
2001 – Naib Johan Nasyid Maal Hijrah Zon Keramat
2002 – Johan Nasyid Karnival Anti-Dadah Peringkat Wilayah Persekutuan KL
            (ke peringkat Kebangsaan di Shah Alam, Selangor)
            Naib Johan Nasyid Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan KL
2003 – Berpindah ke SMAKL, aktif bersama SUARA SMAKL
            Mula aktif penulisan lirik dan penciptaan lagu nasyid seperti lagu;
-          Dari Padang Pasir Gersang (Kembara Hijrah)
-          Hujan
-          Ibu Ayah
-          Lihatlah Renunglah Fikirlah
            Johan Nasyid Karnival Anti Dadah Zon Sentul
2004 – Johan Nasyid Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan KL
            (ke peringkat Kebangsaan di Dewan Semarak Felda, KL)
2005 – Menubuhkan kumpulan nasyid “Padang Tembak Reunited” bersama
Faisal X-FarEast, Shaharuddin, Azri, Azizul (bekas pelajar SMKPT)
2006 – Mula aktif secara serius atas bimbingan Sdr. Fadzli Bakar (FarEast) dan Ito
Lara (Penulis lirik terkenal) mencadangkan nama Munsyideen.
Merakamkan lagu duet bersama FAR EAST lagu Habil dan Qabil (album
Halawatul Iman).
Naib Johan Pertandingan Nasyid Ulangtahun ke 5 IKIM.fm.
Ke-3 Pertandingan Nasyid MMU Convofest
Johan Marhaban di Astro (Zon Tengah)
Ke-3 Marhaban di Astro peringkat Kebangsaan
Artis Nasyid Baru Harapan (Nasyid Minggu Ini RTM tahun 2006)
2007 – Naib Johan Festival Nasyid Negeri Selangor (Kontemporari dan Tradisi)
2008 – Johan Nasyid Belia peringkat Wilayah Persekutuan (Kem. Belia & Sukan)
            Naib Johan Nasyid Belia peringkat Kebangsaan (Kem. Belia & Sukan)
2009 – Johan Nasyid Interkolej KUIS sempena Maal Hijrah
            Naib Johan ipta/ipts Nasyid Maal Hijrah 1430H Negeri Selangor
            Naib Johan Nasyid Belia Wilayah Persekutuan KL (Kem.Belia & Sukan)
2010 – Persembahan nasyid peringkat nasional Maal Hijrah (RTM 1) di Masjid
Putra, Putrajaya.
2011 – Persembahan nasyid di Riau Indonesia sempena Jalinan Ukhwah YADIM
dan Riau.
Persembahan sempena Musabaqah Tilawah al-Quran Antarabangsa di PWTC.
Persembahan sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan, Masjid Negara.
2012 – Penampilan khas nasyid di rancangan Assalamualaikum TV AL-HIJRAH
(MUNSYIDEEN)
Persembahan di Ekspo Buku Islam , Perbadanan Putrajaya dan Kuantan.
Zikir Istighosah al-Kubro, Peringkat Wilayah Kuala Lumpur di Masjid Wilayah.
Merakamkan zikir - zikir Istighasah, pra pelancaran Jelajah Zikir Istighasah peringkat Kebangsaan.
2013 – MUNSYIDEEN terus aktif dalam bidang dakwah hiburan dan masyarakat.
Jelajah Zikir Istighasah al-Kubro SeMalaysia selama 11 hari peringkat Kebangsaan anjuran YADIM.

Karier Sepanjang Hayat

Syukur pada Allah, sirah keazaman Nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait dan sahabiah r.a, para alim ulama’ yang telah pergi dan masih menanti.

Jutaan penghargaan kedua Mak Abah, adik – beradik memberi sokongan padu selama ini. Darah seni terus menerus diwarisi oleh adik – adik.

Cikgu nasyid SMK Padang Tembak KL yang banyak membantu, Ustazah Maimunah dan Cikgu Robiah Ghani. Dari sinilah bermula lakaran seni. Ustaz Nik Azizan Nik Jaafar dan Ustaz Azhari (Nowseeheart) dengan perhatian semasa di SMAKL.

Geng – geng nasyid Munsyideen, abg Azizul, abg Azri dan Ustaz Wan Hakimin. Alumni Munsyideen Faisal Abdullah, Shaharuddin, Fadhil Abd Rahman, Usaid Access, Anuar UPM, Ajwadi Ahmad, Wan Sallehuddin@Pak Ngah tak putus – putus berkorban. Abg2 senior FAR EAST sdr. Ahmad Fadzli, Ustaz Nabil Ahmad, sdr. Azwan dan sdr. Shariman, X-FarEast sdr. Naim dan sdr. Anas Tahir berkat tunjuk ajar sekalian dan ukhwah. Yang disegani, sdr. Mohd Radzi Sulaiman@Ito Lara, kata – kata semangat dan percikan idea. Munsyid Malaysia istiqamah dalam perjuangan.

Tidak lupa, semua sahabat yang masih mengingati kami, Dr.Wan Izzuddin sokongan tetap nasyid Munsyideen. Pasca awal banyak dipelajari dan jadi teladan. Mahalnya erti kejayaan kerana indahnya pahit manis perjuangan, lelah dan letih mengiringinya.

Hingga akhir, innalillah wa inna ilaihi rajiun.

Buatlah amal manfaat, dengan manfaat yang Allah telah lebihkan, supaya kita tunduk dan patuh pada Tuhan, semakin rendah hati, sepenuh masa sebagai hamba Allah.

Doa yang tidak putus – putus, lagu Hayya bil Jihad oleh Brothers wadah terbaik.

Allahuakbar!!!


Munsyideen. Tiada noktah.

Isnin, 13 Jun 2011

Semoga Cepat Sembuh Sahabatku

By : Selimutsura

Assalamualaikum sahabat2 ku semua, baru-baru ini ana di gemparkan berita derita yang terpaksa ditanggung oleh sahabat ana,  beliau mengalami penyakit tumor di otaknya berkemungkinan akan dibedah dalam waktu yang terdekat. Beliau bukan asing bagi ana, teman seperjuangan sejak dibangku sekolah, bersama membina pasukan nasyid pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak, KL.

Tido sebantal, makan sepinggan, ketawa dan sedih bersama, surau SMKPT sbg asrama sebelum ke pertandingan2 nasyid, tiada kenangan yang bisa menghilangkan memori ini, jalan yang sukar ditempuh jalan yang senang diredah dengan hati yang cekal dan kuat. Kami bernasyid bersama sejak tingkatan 1, kejayaan demi kejayaan hingga melayakkan kumpulan kami mewakili KL ke peringkat kebangsaan pada tahun 2002. Sejak itu nama nasyid SMKPT menjadi perhatian akan persaingannya di sekitar KL.

Seterusnya selesai zaman persekolahan, kami menubuhkan kumpulan nasyid sendiri, bangun jatuh bersama, ditipu dan segalanya. Tertubuhnya Munsyideen pada tahun 2006, dengan tunjuk ajar dari kumpulan FAR EAST & Ito Lara (Penulis Lirik Terkenal) ~ yg mencadangkan nama tersebut. Alhamdulillah kejayaan demi kejayaan hingga mendapat anugerah Artis Nasyid Baru Terbaik tahun 2006, melalui lagu HABIL dan QABIL yang dimuatkan dalam album FAR EAST Halawatul Iman menampilkan Munsyideen.


Selepas itu, beliau dilamar kumpulan FAR EAST untuk meneruskan agenda dakwahnya. Kami Munsyideen juga mula belajar untuk memantapkan ahli kumpulan. Faisal Abdullah kini merupakan bekas vokalis kumpulan Far East terlantar di hospital. Baru-baru ini rakan2 sekelasnya SMKPT dan SRKPT datang melawatnya di Hospital Sg. Buloh. Turut hadir rakan2 Munsyideen dan Abg Ito Lara. Masing2 meluahkan rasa hiba dan memberi kata-kata semangat untuk beliau sembuh dan ceria kembali.

Sama2 lah kita berdoa dan memohon keselamatannya, 
Sahabatku kuatkan semangatmu!!! huhu ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 23 Disember 2009

Takziah buat kumpulan AEMAN..al-Fatihah


Industri nasyid tanah air semalam kehilangan seorang lagi permata yang mewarnai irama nasyid Malaysia. Muhammad Hazmirul Hasrul, 15, iaitu anggota kumpulan nasyid Aeman telah pulang ke rahmatullah malam tadi selepas mengalami sesak nafas. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras menjelang waktu zohor hari ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al-Fatihah...

Shbt2 ana dapat berita ini dari web nasyeed.com...kita kehilangan seorang lagi pejuang cilik...sama2 kita berdoa...amin...ana pernah berjumpa adik2 Aeman sewaktu show di Banting setahun lepas...ramah dan mesra...segalanya ketentuanNya..ana anggap mrk mcm adik sendiri..kita sekeluarga dlm dunia dakwah...

Daei pergi meninggalkan warisan...bukan sanjungan
adikku...tangis sayu kami
pemergian yg bererti
tidak sia2 andai kami tangis


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 1 November 2009

Alfun Mabruk INTEAM =)


NajmeeQamar

Salam shbt2...pada hari Jumaat yg lepas telah diadakan Festival Nasyid Kebangsaan dan Anugerah Nasyid Minggu ini (NMI 09) yg dianjurkan oleh JAKIM di PICC. ana pegi bersama2 rakan nasyid. Memang sesat jugak la nak gi sana tapi alhamdulillah dengan semangat sukakan hiburan islam akhirnya kami sampai di PICC dalam pukul 9 mlm. Acara telah pun bermula. Ana menunggu2 Kumpulan inteam perform sebenarnya...lagu Allahurabbi. alhamdulillah setibanya kami di sana...kami pergi solat isyak dahulu mmg rezeki kami dpt bertemu dengan akhi Amin, Akhi Shah, Akhi Rahim, Akhi Frizdan, Akhi Hisyam...selesai menunaikan solat isyak. Berbaju ala2 hindustan heeee..=)

Tq akhi Shah bagi sandwich hehe =)

Dlm dewan PICC yg gah tu, tak sangka...terkejut...mmg mic sgt bes...tapiiiiiiiiii masa time INTEAM perform seolah2 mrk di sabotaj. ana sedih coz mule2 mic Akhi amin tak dengar...n mic akhi2 lain pun cam blur2 je bunyinya huhu ana tgk kat blakang tu soundman yg jaga...sedihnya yg jaga non muslim terhangguk2 tak fokus menjaga PA system...org Jakim pun ada. Setiap kump nasyid ingin mempersembahkan dengan baik agar mesej dapat disampaikan dgn lbh baik...tapi..tak tau nak ckp la huhu sedih2...

Ana rasa lagu INTEAM la je yg ada sebut nama Allah byk2...dpt pahala berganda...mg akhi2 sume byk bersabar huhu ujian Allah yg dapat ada hikmahnya..ana ahli KTI sentiasa menyokong perjuangan kalian. Buat ahli2 KTI yg hadir Hafizi, Silantra, Mazri ,Shrxm dll selamat berkenalan n terus menyokong inteam. *Tema baju ijau tapi ana baju merah pula haha*. Allahurabbbi =)

walaubagaimanapun, sedih di hati terubat krn INTEAM menggondol 3 + 1 anugerah bak kata Akhi Husaini. Ana ucapkan alfun mabruk kpd INTEAM. mg2 kalian sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniaaaaaaaaaaaaaaaaaah! buat kumpulan nasyid INTEAM =)

1. Juara Anugerah NMI - Allahurabbi
2. Lagu Nasyid Paling Popular - Allahurabbi
3. Kumpulan nasyid paling popular


Sekali Inteam : Terus intim =)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...