ilham Ma'mum

Isnin, 18 Januari 2010

45 minit yang berlalu =)



NajmeeQamar

Salam shbt2 semua, apa khabar ye? sehat? ana alhamdulillah mcm ni je syukur =)
ana ingin berkonsi bersama teman2 semua pengalaman ana yang sudah bekerja, kawan2 ramai jgk yg bertanya "kenapa tak sambung luar mcm kwn2 enta?" ana melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Mujahideen@ UKM he2...berbekalkan duit yang ana pinjam dan ana sudah langsaikan ana berjaya sambung walaupun usia makin meningkat tetapi semangat dan aura utk belajar masih membara.

Allah berfirman : maksudnya...

“Allah Menganugerahkan peningkatan darjat kepada orang-orang yang beriman dari kalangan kamu dan juga orang-orang yang Dikurniakan ilmu pengetahuan”.
(Al-Mujadalah: 11)

bukan mudah bagi ana, krn ana adalah seorang abang kepada 6orang adik2 yg masih menuntut. Setakat ini alhamdulillah ana percaya rezeki itu datangnya dari Allah Taala...mg Allah jadikan kita hamba yg bersyukur. Ana teringat lagi time dulu2...abah ana terpaksa berkorban utk menjualkan motornya...semata-mata utk melihat anaknya bersekolah seperti anak2 orang lain...ana mengalirkan airmata...
bila imbas kembali kesusahan kita...rupa2nya ada yang lagi susah hidupnya...tanpa Ayah dan Ibu...huhu...teringat kat Mak ana..Mama yg berkorban mencari rezeki...
Mak bangun pukul 4.30 pagi utk buat kuih hari2...dihantar dan dijual...
Kuatkan semangat Mak!!! ini semua ujian...bersyukurlah..



FirmanNya yang bermaksud :

Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut
ibu-ibu kamu tidak mengetahui apa-apa dan dia mengurniakan bagimu pendengaran, penglihatan dan perasaan, semoga kamu bersyukur.
(al-Nahl: 78)

Ana disini ada tanggungjawab yg besar...ana belajar dan bekerja merupakan satu pakej yang terbaik buat masa ini, walaupun penat seharian namun malam2ku...ana jarang sekali tidur awal...ana merasa kosong nanti..malam2 ana isi dengan buku2 yg ana beli..ana suke kumpul...menarik!!! selain itu ana akan siapkan lagu atau lirik2 atas permintaan para Daie' yang meminati nasyeed. Chaiyok2!!! ana juga akan reka design yg menarik bagi dimuatkan dalam blog ana yang comel ni he2 Oh...Allah aku bersyukur dengan kesederhanaanku ini....=)


Berinspirasikan Surah al-Asr apa yg dapat ana cedok :

1. Beriman dan Beramal Soleh
2. Berpesan dengan Kebenaran
3. Berpesan dengan Kesabaran

ana ni takleh duduk bersahaja atau diam je..mesti nak buat sesuatu...jadi ana cari duit lebih dari mana-mana pun..asalkan ia halal dan baik kan2. Betul3 kan upin ipin he2 ana tgh kumpul duit...simpanan utk sesuatu tuntutan sunnah yang "amat penting" he2 kawan2 mesti faham kn2...doakan ana insyaAllah. Ana tidak sukakan kekayaan dan ana bencikan kemiskinan...tetapi ana cintakan kesederhanaan =) Rasulullah menjadi model utama ana,nta,nti,antum,antunna kn2..kullluna aminnnnn selalu selawat tau walau sibuk =)



Firman Allah yang bermaksud :

Tidak kami utuskan engkau (Muhammad), melainkan utk menjadikan rahmat sekelian alam.
(al-Anbiya' 107)


itu saja titipan hati ana buat hari ini moga antum semua dilindungi dan dirahmati Allah selalu...secebis atau kurang ilmu yg ana kongsi ini, moga2 dapat memotivasikan diri ana dan shbt2 semua. Jangan hilangkan impian antum...carilah dan usahalah hingga antum dapat =) Allah Yubarikfikum...salam sehangat panas nya CintaNya..huhu


Khamis, 14 Januari 2010

Ana bersalah Ya Allah......


NajmeeQamar

hari ini aku akui
disebalik sinaran cahayaMU
disebalik mekarnya pelukanMU
disebalik kencangnya CintaMU
aku telah mengkhianatiMU
aku malu..berteman pilu
aku sayu Ya ALLAH...............
aku tutup wajahku ini
kerana kehinaan yg terasa
pedih nya ingin ku lalui..



aku sendiri yang bersalah Ya Allah...
aku lah aku yang bersalah
biarkan aku menerima balasanMU
ampuni Ya Allah dosa2 ku..huhu
yang menggunung tinggi melangit Ya ALLAH......
mana kah tempat ku utk berpaut...
sedangkan aku malu utk bertaut
adakah KAU terima Ya Allah...
walaupun selautan airmata kasih...



yang hiba dan dina
aku ingin bersihkan segalanya
kekusutan yang aku terima
tanpa sokongan dan kekuatan...
kecuali mengharapkan MU Ya Allah...
aku menangis....Ya Allah
Ya Allah........


Rabu, 13 Januari 2010

Salam Sanah Helwah..to me...huhu


NajmeeQamar

Salam Sanah Helwah minni ila nafsi...
Salam Eid Miladi Said...

Ya Allah...kalau pun tiada siapa yg mengucapkan
atau mengingatkan...

Biarlah diri ku yg mengucapkan...
Biarkan lah hati ku berbisik mengingatkan...
semakin menghampiri kematian...

apalah diriku ini
apa amalan yg ku bawa
apa kenalan yg ku kenali
apa bekalan yang ku jinjing

Ya Allah sentuhlah hati hambaMU ini...
saat ketika jauh dariMU...
Peluklah hatiku Ya Allah...
Pujuklah hatiku Ya Allah...
bila aku lemah dan tak terdaya...

Biarkan aku menangis...
Biarkan aku sedih...
asalkan aku dapat gembirakanMU..
sebagai mahar cintaku..huhu

aminnnnnnnnnn Sanah Helwah minni...utk diri ku =(

mg ana lebih kuat dan bersemangat sbg Mujahid di sisiNya...




Chaiyok2 Selimut!!!!hait! Allahuakbar!=)

Selasa, 12 Januari 2010

Al-Fatihah buat Syuhada' di UPSI =(


NajmeeQamar

ana ingin utuskan salam takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham atas pemergian anakanda yang mereka kasihi. Sebagai tanda sahabat dan saudara ikhwah yang kekal abadi marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Faizol Bin Abd. Sukor dan Allahyarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin yg terlibat kemalangan ketika mahu pulang ke UPSI. semoga mereka ditempatkan di tempat orang yang soleh dan beriman. InsyaAllah..aminnnn

walaupun ana tidak mengenali mrk namun begitu mrk adalah insan soleh yg byk membantu dlm usaha dakwah di UPSI. Sahabat2 sama2lah kita doakan kesejahteraan mrk yg pergi takkan kembali lagi...kita yg masih bernyawa marilah tunaikan dan laksanakan perjuangan yang belum selesai utk menyambung perjuangan mrk...menuju cinta yang kekal abadi..bertemu Pemilik alam semesta, Maha Agung dan Tinggi, menagih kasih yg tertaut atas landasan Ukhwah..bertemu dan berpisah kita kerana Allah...

Ku redhai pemergianmu sebagai syuhada' di medan Jihad, semoga syurga menjemput kalian...huhu innalillahi wa inna ilaihi Raji'un...Al-Fatihah

Selamat tinggal dunia...


Andai ku pergi dulu
Tinggal kan mu sendiri
Usah kau sedih usah tangisi
ketentuan yg Maha Agung
Doakan ku sejahtera
di sisi Nya....

Rabu, 6 Januari 2010

Ya Asdiqoie..la tansauni abada =(

NajmeeQamar

Kimi dan Shidi di Jordon =)

sahabat ingatkah lagi?
ketika kita terbang bersama
ke lembah medan perjuangan
berkabut dan berkabus

sahabat cuba ingat kembali
di pelabuhan subuh yang beku
ketika berjemaah di Raudhah Jannah
pulang bersama tunggangan moden


Sahabat di Mu'tah Jordon

Sahabat ingat mengingat
bertemu kita berpisah kita
kerana Allah yang Maha Pencinta
duduk sebumbung seiringan irama

Sahabat kini kau jauh
meniti mimpi yang sudah realiti
medan mu sukar medan ku jua
berbisikkan doa tidak putus-putus


Sahabat di Morocco =)

Sahabat bilakan damai
kerinduan berbaiah sebagai sahabat
kenangan di Morocco dan Bukit Mahkota
penuh warna dan seri gembira

Sahabat kini aku mengerti
jauh bukanlah halangan utk aku merasai
kekuatan Ukhwah ikhlas dan pasti
aku menunggu pulang dan kembali
jika usia masih disini
Ku harap kita kan bertemu lagi
tapi ingat sahabat...

La Tansauni abadan-abada...daiman =)


Wan Hakimin Wan Mohd Nor, my best fren ever...bittaufiq wa najah =)

Mari Miliki "BUKU BARU TERBITAN INHAD 2010"


NajmeeQamar

BUKU BARU TERBITAN INHAD 2010, DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA RM 80.00 SAHAJA.


PENULIS :

PENGARAH INHAD : USTAZ HJ. MOHD FARID RAVI ABDULLAH
PENYELIDIK INHAD : USTAZAH AFIFAH


SINOPSIS BUKU : IMAM AL-BUKHARI


Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari (194H–256H) adalah seorang tokoh Hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis. Anak kelahiran Wilayah Bukhara ini terkenal dengan karya agungnya ‘Sahih al-Bukhari’ yang dinobatkan sebagai kitab kedua paling sahih selepas Kitab al-Qur’an. Sehingga ke hari ini karya beliau masih berbisa dan relevan di kalangan cendiakawan Islam dan masih berdaya menginspirasikan penghasilan lebih banyak karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi.

Justeru, Biografi Imam al-Bukhari diterbitkan bagi menyampaikan tentang asal-usul, keperibadian, akhlak, pendidikan, pengajaran, konflik, sejarah kehidupan dan pemergian beliau ke rahmatullah bagi menyuntik aura semangat jitu beliau ke dalam jiwa para pembaca berbahasa Malaysia agar dapat menjadikan beliau seorang idola untuk berjaya. Lihatlah, walaupun beliau telah yatim sedari kecil, ia bukanlah satu alasan untuk terbiar ketinggalan dalam aspek pendidikan. Bahkan membuatkannya mara dengan lebih gigih. Malah telah berjaya membangkitkan revolusi canggih pembukuan ilmu melalui metode kajian akademik yang sangat sistematik dan komprehensif bermula dari peringkat awal pengajiannya lagi.

Anugerah memori fotografik dihargai sepenuhnya dan disalurkan oleh Imam al-Bukhari semanfaat mungkin pada jalan Allah. Dalam tempoh hidupnya, beliau dilaporkan telah menuntut dengan lebih daripada seribu (1018) orang guru – walhal insan zaman siber sekarang ini pun belum tentu mampu menuntut dengan 100 orang guru, sekalipun berpeluang mendapatkan pendidikan secara ‘online’. Betapa beliau tegar menjelajah negara-negara sekitar wilayahnya walau beratus ribu kilometer radius dengan hanya bergantung kepada pengangkutan tradisional.

Prodigi ini juga telah mula diberi kepercayaan mengajar ilmu Hadis sejak berusia 17 tahun lagi. Kehebatannya menjadi buah mulut orang ramai segenap ceruk rantau pada ketika itu. Hal ini membuatkan beliau diuji oleh khalayak ilmuwan berulang kali bagi mengesahkan khabar yang tersebar. Akhirnya, mereka semua terpaksa akur pada hakikat anugerah kehebatan beliau. Seolah-olah beliau diciptakan untuk memelihara dan memulihara ilmu Hadis semata-mata.

Hal ini telah memartabatkan status ‘mahaguru’ beliau dalam bidang Hadis. Beliau juga mewariskan saripati khazanah ilmu yang telah dikumpulkan melalui Wasiat Ruba’iyyatnya yang mengkagumkan buat bekalan para penuntutnya yang tidak terkira banyaknya. Ramai juga yang tidak senang dengan prestasi dan kemasyhuran beliau ini. Mereka menimbulkan begitu banyak mehnah dan tribulasi sepanjang perjalanan hidup beliau sehingga diusir hatta dari kampung halaman sendiri. Sekalipun terjejas kehidupan beliau dengan fitnah yang dilemparkan bahawa beliau pendokong ideologi al-Muktazilah: “al-Qur’an itu Makhluk”, namun, beliau tetap teguh mempertahankan akidah ahli Sunnah wa al-Jamaah. Pahit maung yang ditelan selama ini akhirnya membawa kepada ajal beliau di Khartank, Samarkand pada 1 Syawal 256H bersamaan 31 Ogos 870M.

ALAMAT PEJABAT :
Tel:+603-8925 4251 ext 1119/3394
Fax:+603-8926 6279
Emel:webmaster@inhad.org.m
y


Hadith Research Institute Selangor (INHAD)
SELANGOR INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY COLLEGE (KUIS),
Bandar Sri Putra, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA

Ahad, 3 Januari 2010

Wonderpets!!! =)


NajmeeQamar

Assalamualaikum buat sahabat2 semua, sekian lama ana tidak menjenguk blog ana yg comel ni he2 alhamdulillah ana baru shj merentasi samudera peperiksaan yang berombak menghempas ke sana ke sini ke mari ke mana-mana namun begitu ana memegang erat "stering kapal" ana utk mengharungi lautan ujian Allah ini dengan semangat yg kental. Aura utk buat yg terbaik demi mendapatkan keredhaan Allah Taala tanpa ilmu man ana? man antum? ma haza? ma hazi hi? kita pasti tdk mengetahui...bila kita belajar baru kita ketahui ilmu Allah ini teeeeersangatlah luas, dan tentunya merasakan diri ini masih kurang ilmunya. Mungkin hanya sebesar zarah yg dibelah tujuh..atau lebih wallahua'lam...apa yg penting? =) Kerjasamaaa mcm citer yg disukai ramai tu..


Linny (tikus belanda), Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik) Wonderpets dtg membantu..he2 dimana makhluk2 comel ni saling bersatu dlm membantu makhluk lain dlm kesusahan. Jadi kita sbg org yg ada ilmu yg sikit ni kita bantu kawan2 yg memerlukan pengetahuan samada ia berbentuk keagamaan, sains, teknologi, kemanusiaan dll. Kita kena ingat antara salah satu saham akhirat adalah "ilmu yang bermanfaat"...maknanya kita pun amal orang yg kita bagitau pun tergerak nak amal..jadi saham akhirat pun bertambah..ting2!wah sonok kan ni la ana rasa Multilevel Marketing (MLM) yg paling mengUNTUNGkan betul tak? Betul3 kan upin ipin, nak cepat kaya cepat2 la...
mulakan dari sekarang!!! buka akaun bermula tahun baru hijrah 1431H dan masihi 2010 ni =)


Ni baru mukaddimah jer he2 bagi entry kali ini ana nak berkongsi dgn antum tentang ucapan SALAM..yg mana impaknya "Kebabo!" sangat mendalam dan berhikmah. Keutamaan memberi salam seperti yg kita ketahui sangat besar ganjarannya. "Ucap salam disebarkan, Ukhwah fillah jaringan ikatan" Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Cuba shbt2 bygkan, antum mendapat salam pakej dengan senyuman yg mendamaikan dari shbt antum, apa yg antum rasa? JAWAB SENDIRI ye ni soalan subjektif 10 Markah he2 Gagasan sabda mutiara kata Rasulullah Habibullah =)

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا
ولا تؤمنوا حتى تحابوا. أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟
أفشوا السلام بينكم


Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya niscaya kalian akan saling mencintai? iaitu sebarkan salam di antara kalian.
[Sahih Muslim – no:54]


Haaa...shbt2 bila lagi nak sebarkan salam? he2 menarikkan dengan salam kita dapat melebarkan sayap ukhwah yang bersulam rindu dan kasih kepada Allah Taala, berbeza dengan orang2 kafir yg menjalinkan hubungan atas dasar nafsu semata-mata. Istimewanya kita sebagai hambaNYa yang beriman satu darjat yang patut kita syukuri.

Jadi shbt2 walaupun ringkas je ilmu kali ini moga2 dapat la serba sedikit membakar semangat antum dan ana utk menyebarkan salam oke =)

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...buat umat Islam semua yg ana sayangi =)
cepat2 la buka akaun MLM akhirat oke he2


Apa yg penting??? Beri Salammmmmm he2 =)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...