ilham Ma'mum

Selasa, 18 Oktober 2011

Fahami-lah

By : Selimutsura


Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Orang lain takkan faham apa yang ada dalam hati kita, seringkali benteng yang terbina menahan segala serangan tersebut, kadang-kadang benteng itu sendiri tidak dapat menahan, lalu runtuh merobohkan sedikit demi sedikit, benteng hati mula terungkai memberitahu mesej-mesej yang tersimpan, namun tidak semuanya mereka akan fahami, kerana mereka tidak pernah cuba untuk memahami.

Junjungan Nabi Muhammad s.a.w ada menyebut :

[ Barangsiapa yang tidak menyayangi maka ia tidak akan disayangi ] (HR.Turmudzi/Tirmidzi)


Setiap diri yang diciptakan Allah itu ada hati & perasaan, hargai kehadiran insan-insan yang selalu mengingati kita, seringkali mengelilingi dengan ingatan yang tidakkan luput. Walaupun kesibukan dan kesempitan masa yang terpaksa dilalui. Sebagai hamba Allah, jaringan-jaringan persaudaraan sentiasa berhubung, dalam ingatan dan doa. Kerana hidup atas dunia ini, takkan berjaya tanpa doa dan kesenangan hati mereka terhadap kita.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: 

[ Sesungguhnya Allah Subhaanahu Wata’ala Menyayangi hamba-hamba-Nya yang penyayang] (HR. Bukhari)

Perbuatan kita yang menyenangkan orang lain, Allah juga akan memperlakukan sedemikian kepada kita. Hati seorang ibu sangat senang apabila melihat anaknya membantu, terdetik dalam jiwa ibu untuk mendoakan kebaikan untuk anaknya. Sama juga, sedekah yang kita berikan kepada orang yang susah terutama fakir miskin, seringgit yang kita hulurkan berganda di akhirat pulangannya. Namun bukan itu matlamat akhir yg sebenar, tetapi redha Allah Taala.

Sabda Rasulullah s.a.w : 

[ Barangsiapa yang memberikan kemudahan atas kesusahan seorang muslim, maka Allah Subhaanahu Wata’ala Akan memberikan kemudahan buat dia atas kesusahan dari kesusahan-kesusahan pada hari kiamat ] (HR. Bukhari)

Hargailah orang-orang dan makhluk disekeliling kita, mereka semua berkait rapat dengan apa yang kita akan lalui, hargailah mereka semasa mereka ada, kerana tujuan penciptaan sudah Allah "program"kan  di Luh Mahfuz. Perbezaan itulah keistimewaan dari Allah Subhanahu Wata'ala, supaya kita berfikir dan zikir mencari satu taman yang akan kita temui iaitu taman "at-Taqwa". Berkasih sayanglah kerana Allah.

tercatat di dalam al-Quran al-Karim



“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu itu terdiri daripada lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan kamu itu berbangsa-bangsa serta berqabilah, agar dengan itu kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah itu maka berilmu lagi mendalam pengetahuan-Nya” [Al-Hujuraat 49: 13]

Mohon kemaafan, segala atas kesilapan dan kekurangan ana, ucapan rindu buat antum semua dari ana yang lemah ini, antum semua dalam hati ana tak pernah melupakan =)

2 ulasan:

  1. Ana faham sekarang, dan ana maafkan kesilapan dan kekurangan anta.. mohon doa moga Allah sentiasa menjaga hati masing2 dgn taqwanya insyaAllah.. (:

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...