ilham Ma'mum

Ahad, 2 Oktober 2011

C.I.K.G.U Alfiyah (^^,)

By : Selimutsura
Bab 1 - Tariq El Tuerto

Raudhah Alfiyah membuka jendela tingkapnya, tiba-tiba sang bayu pagi menghembus lembut, memadamkan kerungsingan hatinya..subhanallah..
Terasa suam-suam mentari menghangatkan wajahnya, dipejamkan matanya menikmati kebeningan pagi yang mengagumkan, 

~Kau satu cinta, yang ku cari, takkan pernah pudar, memahat kuat di dalam hatiku~

"Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari ini, dan hari-hari yang mendatang, semoga keutamaanku memuliakan ajaranmu, memudahkan susur-susur yang berliku ini..amin."

Alfi memakai kasut silang berbunga di tengahnya, langkah kanan sebagai pembuka laku menuju ke medan juangnya. Sebingkis senyuman terukir lembut, khas buat diri sendiri menjadi peneman & menanam semangatnya, sehangat mentari pagi.

"Kak fifi! tata..." Lambaian ringkas dari Layyin, anak kecil comel kepada Puan Aisyati jiran tetangga berhadapan dengan rumahnya. "Tata..sayang..(^^.)") Alfi menyambut, bertambah-tambah semangatnya untuk ke tempat kerjanya.
ehe saje buh gambar ni, sgt suka Lambogini Ijo ^^.)
Kereta dipandu, kelihatan tasbih & al-Quran rapi di dashboard keretanya, peneman setiap hari, dikala sendu & gembira. Tawa dan Tangisan dua perkara berbeza tetapi kadang-kadang perasaan keduanya menjadi sama, tawa & tangisan bergandingan. Lumrah kehidupan, bagaikan embun sejuk di subuh hari, dan hujan panas di tengahari.

~Datangmu dengan doa, pulangmu dengan ilmu, kelakmu menjadi insan berguna~
Gambaran lukisan mural di bangunan Sek. Men. Keb. Padang Jarak, sudahpun berumur 50 tahun memberi khidmatnya kepada anak bangsa. Dahulunya hanya ada bangunan setingkat kini tersergam tinggi bangunan 5 tingkat mengelilinginya. Tambahan pula, jumlah pelajar yang semakin ramai. Sekolah ini nyata sudah ada 6 blok utama (A-F), sebuah surau di tengah-tengahnya merupakan nadi denyutan taqwa mereka, "The Heart of Padang Jarak".

"Cikgu! Ahtarullah pengsan". Jeritan seorang anak murid di tangga blok F. "Mana-mana? apa terjadi ni." Alfi pun meniti tangga dengan pantas ke tingkat 3. Baru sahaja menjejakkan kakinya keluar dari keretanya Alfi terpaksa bergegas ke tempat kejadian. Hati cikgu mana yang tak tersentak apabila mendengar kesusahan anak didiknya.

"Apa terjadi dengan Ahtar? Beritahu pada cikgu". Tanya Alfi pada Suhaimi (Ketua Kelas 2 Cekal). "Tak tahu cikgu, saya baru sampai je dia dah terlentang kat sini". Alfi pun bersegera bersama 2 orang murid yang lain untuk membawa Ahtar ke klinik berdekatan.

~Membelah badai meredah lautan menjengah rimba menongkah arus~

Hati berdegup kencang, keselamatan anak murid sudah pasti menjadi taruhan, apatah lagi tanggungjawab di sekolah terpikul dibahu para guru & kakitangan sekolah. Itulah kepercayaan yang paling tinggi untuk dilaksanakan selain mendidik & mengajar. Ikrar para pendidik memartabatkan kecemerlangan akademik & ketinggian budi pekerti pelajar-pelajarnya. 2 rencah yang perlu menjadi "secret recipe" mencapai kejayaan.

Sabda jaya oleh Rasulullah SAW :

“Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam maka diamalkan orang, dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya, dengan tidak dikurangkan sedikit pun pahalanya. Dan sesiapa yang mengasaskan jalan tidak baik dalam Islam, maka diamalkan orang, dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya”. 

(Hadith Riwayat Muslim).

Hari lain maka lainlah rencamnya yang terpaksa dilalui oleh Cikgu Alfi, guru matematik kegemaran ramai oleh kerana keprihatinan dan kerendahan hatinya untuk membantu sedaya-upaya anak didiknya walaupun bukan dari kelasnya sendiri. Sudah tahun ke-3 Cikgu Alfi mengajar di sekolah tersebut. Prestasi matapelajaran Matematik merupakan dibawah seliaanya selepas Cikgu Hamdan bersara daripada karier perguruannya tahun lepas.

"Haa cikgu, macam mana keadaannya budak tu?" Tanya Cikgu Shaharom.

"Alhamdulillah sudah sedarkan diri, doktor cakap dia ada alahan, persekitaran yang berhabuk dan berdebu mengganggu sistem pernafasannya. Selepas ini reaksi kita untuk ambil inisiatif memastikan kebersihan sekolah ini". Pesanan ringkas Alfi.

"Hmm..budak-budak ni yang malas, tu yang kelas pun kotor tak terjaga". Balas Cikgu Shaharom.

"Kita pun harus mengambil tegas hal ini, kalau kita tak gerakkan mereka, perkara sebegini akan berulang..jadi mulakan dari sekarang".

"Ok lah.." Jawapan paling sempoi Cikgu Shaharom yang sudahpun menjangkau usia 48 tahun. Mungkin sudah "alah bisa tegal biasa" tidak menganggap isu ini sebagai perkara yang serius. "Banyak lagi kerja kita ni, saya ada kelas".

Alfi hanya tersenyum sendiri, tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar. Cadangan tersebut dipanjangkan oleh Alfi dan beberapa orang guru kepada Pengetua sekolah. Maka ketetapan tarikh mulai minggu hadapan, sekolah akan mengadakan kempen kebersihan. Setiap 2 minggu, pihak sekolah membahagikan beberapa kumpulan dinamakan "Say No to Rubbish" dengan singkatan (SNR team).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222:


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri".
Alfi cuba memejamkan matanya, tetapi malam itu matanya mencemburui sesuatu. Fikiran Alfi melayang jauh mengingatkan Switzerland, sebuah negara yang terletak dikejiranan Jerman, Perancis, Itali & Austria bahkan menutur dalam 4 bahasa rasmi. Kebersihan & keunikan sekitar kota di Switzerland terutama di Kota Bern dan Geneva. Alangkah rugi jika tidak singgah di Kota Zurich menjadi kebanggaan rakyatnya, mendapat mengiktirafan dunia Kota paling berkualiti di dunia. Gambaran sebuah kota yang bukan dimiliki dikuasai oleh umat Islam yang mampu mengamalkan ciri-ciri keunikan ajaran Islam.
Taric el Tuerto


-Jabal Tariq di Sepanyol-
Islam di eropah jauh lebih agung tamadunnya, pembukaan Kota Islam di benua asing bermula oleh Panglima Tariq Ibnu Ziyad dengan menyeberangi selat Gibraltar (Jabal Tariq). Kekalahan Raja Gothic Raja Roderick kepada Taric el Tuerto ini Panglima Dinasti Umayyah membuka mata dunia, sebuah kerajaan Andalus yang paling berkualiti bukan sahaja luaran (seni bina & kebersihan) malahan dalaman (kesucian jiwa & akhlak budi).

~Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!~ Tariq Ibnu Ziyad

Sudahpun 4 tahun kenangan di Kota Swiss itu berlalu. Penghayatan tentang cebisan & peninggalan Islam masih ada dan terkesan kepada rakyat di Eropah. Semangat orang eropah patut kita contohi walaupun mereka bukan Islam tetapi apa yang mereka lakukan adalah antara cebisan warisan agama suci kita.

Alfi, lena sambil buku terlepas dari dakapannya.

simple story by : Selimutsura






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...