ilham Ma'mum

Ahad, 9 Mei 2010

Munsyideen - "Cas Kuasa"



NajmeeQamar

.......benih-benih yang Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda semai bermula di Kota Suci ke Kota Cahaya menilai sejauh mana kami boleh bertahan, setidaknya menjadi satu aura "Kuasa" yang menjana Hati, akal dan jasad kami utuk terus berdakwah........

Salam sahabat2 jemput ke blog kumpulan nasyid ana "MUNSYIDEEN"

www.raudhatulmunsyideen.blogspot.com

Terpulanglah pada kamu..=)


NajmeeQamar

Gugur dedaunan di lata laman
Menderu angin-angin sepi
Membuai pepohonan si perindu
Membalut ranting yang patah

Tangisan
Teresak sendirian
di bawah pohon

Wajah malu
tanpa sebarang bahasa
dari bibir kecil

Jasad
Berpelukan kesejukan
sendiri mencari cahaya

Langkahan
terhuyung tak berlandasan
jatuh terbaring

Hati lara jiwa
subuh tadi bilakan ketemu
mungkin yang terakhir...

Deru mana yang mahu kamu pilih...Seru mana yang kamu ikuti...terpulanglah..=)


Isnin, 3 Mei 2010

Suami Romantik =)


NajmeeQamar

Assalamualaikum sahabat2 semua..lama sudah ana tidak menulis di blog kesayangan ni..ana rindu sgt nak mencoretkan cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama hihi Ketersibukan ana di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang dari 27 Mei hingga 5 Mei menangguhkan buah fikiran dan rentetan ceritera di wadah ilmiah ini. Pesta Buku Pulau Pinang yang selesai dengan meriahnya, ana membantu Inteam Publishing dalam mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka di sana. Kepenatan pulang daripada PP masih lagi terasa hingga demam melanda namun begitu alhamdulillah inilah pengalaman yang orang kata tidak boleh dibeli. =)

Menarikkan tajuk di atas sudah pastinya menyentuh hati-hati kalian dalam menilai suami yang romantik. Zauj yang hatinya ada Hubb, ada taman-taman yang indah dalam gerak laku dan peribadi, sentiasa cuba memikat si Zaujah jatuh cinta padanya setiap hari. Permulaan yang baik hihi ana enggak bisa menerangkan secara mendalam kerana masih mencari mutiara-mutiara ilmu. Siraman Ustaz dan Ustazah yang mengajar Fiqh Munakahat di KUIS dahulu dan UKM serba sedikit membantu ana...malu pula nak bicara tentang perkara ini.

Sudah pasti dan persis susuk tubuh yang patut kita contohi adalah Rasulullah SAW..bagi ana Suami atau Zauj yang paling Romantik adalah Rasulullah =)

ana ada tengok Video Malam Sinar Maulidurrasul, ketika itu Ustazah NorBahyah menyampaikan tazkirahnya " Ketika Isteri Rasulullah Saw yang bernama Sofea ingin menaiki unta, lalu Rasulullah pun duduk antara dua sujud dan menyuruh Sofea memijakkan kakinya di paha Baginda untuk menunggangi unta, kalau suami sekarang si isteri baru saja buka pintu kereta...isteri tak sempat duduk kereta dah pun bergerak meluncur laju " hihi betapa cantiknya layanan seorang suami kepada isterinya. Santunan yang dipersembahkan ini sangat memikat hati ana kerana Dialah Perdana Menteri di Madinah, Ketua Angkatan Tentera dan pada masa yang sama Baginda SAW sebagai Ketua Keluarga.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab:2)

Berikut adalah ciri-ciri suami romantik yang diterjemahkan oleh Rasulullah SAW sebagai suri tauladan yang kita perlu terjemahkan dalam kehidupan...=)

1. Nabi Muhammad SAW seorang pendengar dan penyelesai masalah yang baik

Rasulullah SAW sentiasa prihatin terhadap segala masalah yang dihadapi oleh isteri-isterinya. Baginda Rasulullah saw mengajak isteri-isterinya bermusyawarah dalam banyak urusan. Beliau sangat menghargai pendapat-pendapat mereka. Malahan Baginda sering mengangkat martabat wanita di mata masyarakat pada zamannya.

2. Nabi Muhammad SAW sebagai pelindung keluarga


Nabi Muhammad memahami hati seorang wanita, memerlukan perlindungan dan tunjuk ajar. Kelebihan yang Allah berikan kepada kaum rijal adalah kekuatan dari segi emosi dan perasaan selain itu kekuatan fizikal bagi membantu isteri tercinta. Kelebihan dan kekurangan ini ditampung bersama agar keharmonian berumahtangga dirasai. Si Isteri Allah menjadikan mereka kaum yang lemah lembut, yang memerlukan bimbingan..berkat saling memahami ini melahirkan sakinah wa mahabbah.

Firman Allah yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan yang solehah itu ialah taat (kepada Allah dan suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa-apa yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya"

(Surah An-Nisa' 4 : 34)

3. Nabi Muhammad SAW sangat penyayang dan bertolak ansur

Segala masalah yang berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW tidak pernah dengan perasaan marah, bahkan Baginda SAW berusaha memberikan si isteri berasa aman dan melayani mereka dengan lemah lembut sesuai dengan fitrah Allah Taala menciptakan Hawa. Baginda SAW tidak pernah memukul apatah lagi memarahi isterinya, Baginda lebih menggunakan hikmah bagi mengajar isteri-isterinya.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
"dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan utk kamu (wahai kaum lelaki isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"

(Surah Ar-Rum 30 : 21)

4. Sentiasa membantu Isterinya di rumah

Rasulullah SAW seorang yang ringan tulang, baginda SAW menjalankan tugasnya sebagai seorang suami seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:

وكان يقول: (خدمتك زوجتك صدقة)

“Pelayanan Anda untuk istri Anda adalah sedekah.”

5. Nabi Muhammad SAW berhias untuk isterinya

inilah suami idaman si isteri, sentiasa kelihatan sejuk di mata dan hati isteri. Berhias bukan sahaja bagi kaum Hawa malahan kaum Adam juga digalakkan terutama menjaga kebersihan diri, kelihatan memikat dihadapan isteri. Rasulullah SAW menganjurkan sahabat2nya supaya berhias kepada isteri mereka.

Rasulullah saw bersabda:

“Cucilah baju kalian. Sisirlah rambut kalian. Rapilah, berhiaslah, bersihkanlah diri kalian. Karena Bani Isra’il tidak melaksanakan hal demikian, sehingga wanita-wanita mereka berzina.”

"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman".

6. Rasulullah SAW pandai bersenda gurau dengan isteri2nya


Gurau senda Baginda SAW tidaklah termasuk perkara2 yang sia-sia. Ini jelas bagaimana Rasulullah SAW memanjakan Aisyah RA, minum secawan, makan sepinggan dan sebagainya.
Gurauan itu mestilah bukan gurauan yang boleh menyakitkan hati isteri tetapi memberikan senyuman padanya.

Gagasan Hadith Riwayat at-Tirmizi:

"Sesungguhnya di antara orang-orang Mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang lebih baik akhlaknya, dan lebih mesra dan kasih kepada isterinya"

7. Rasulullah SAW tidur sekatil dengan isterinya, dan dibentangkan tangannya sebagai alas tidur kepada isterinya sebagai tanda kecintaan kepada isteri tercinta.

8. Rasulullah SAW membenarkan isterinya menziarahi keluarganya dan rakan-rakannya dan menerima lawatan keluarganya dan rakan-rakannya.

Gagasan Hadith dari Aisyah RA Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim :

"rakan-rakanku pernah melawatku sedang mereka bersembunyi-sembunyi supaya tidak terlihat oleh Rasulullah SAW padahal Baginda SAW mempersilakan mereka untuk menjumpaiku"


9. Rasulullah SAW memahami kepenatan isteri2nya lalu memberi isterinya bersenang-senang (rehat) agar dia dapat melakukan tugasnya dengan sempurna dan ikhlas.

10. Perasaan cemburu yang sederhana, tidak berlebih-lebihan..sebagai tanda cinta dan setia pada si isteri.

ana rasa cukup la ni ja yang terlintas di benak hati ana hihi malu2 nak siarkan topik ini, tetapi kerana jatuh hati pada Akhlak Rasulullah SAW ana jadikan ia sebagai ilmu yang patut kalian tahu. "Ballighu Anni walau Aayah" menjadi pedoman kita semua untuk menyebarkan sisi dakwah sunnah para Anbiya' =)

Salam Manis daripada ana buat pengunjung2 semua, jika ada salah silap mohon tegur ya...Cinta itu bukan seperti buih-buih di lautan, tetapi ia adalah karya Maha Pencipta yang Agong Allahu Rabbi =)

Ahad, 18 April 2010

SKETSA HATI...=)


NajmeeQamar

Salam sahabat2 yang tidur menggunakan selimut atau tidak he2 apa khabar antum semua? hati antum? sudah bangun atau masih dibuai mimpi indah. Kejut-kejut biar terjaga ya...apabila mata kalian dibukakan ucaplah zikir...alhamdulillahilladzi ahyana ba'dama amatana wa ilaihinnusyur...maka terlerai lah rantai yang mengikat antum dari hanyut bersama arus ketiduran he2 Bingkas kan kalian ke sejadah cinta, solat subuh diiring zikir lagi selepas salam...SUBHANALLAH 33X ALHAMDULILLAH 33X ALLAHUAKBAR 33X...resepi kemanisan iman ini jika ditambah perasa dengan LAHAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH 11X membuat kita rasa khudu' dan kecil di hadapanNYA...=)

Bacaan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :

"Membaca SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHUAKBAR..lebih Aku sukai daripada seisi dunia"

apa yang kalian tercengang je, terdedah mulut tu...terkejut ye membaca hadis ini? itulah sahabat2 lepas solat kalian terus je cabut...tak nak gunakan peluang keemasan itu untuk memuji Allah Taala. Kalian lupa siapa yang memberi kalian hidup...hati kalian berdegup...darah kalian mengalir...ada ruh yang hidup dalam jasad..

Zikir menghidupkan hati yang mati...hati yang tak pernah aman...hati yang gelisah...hati yang sering ragu-ragu...ikatan (hablu) kepada Allah kalian yang memutuskan sendiri, ikatan janji yang kalian bersumpah sewaktu di dalam rahim ibu lagi. Tetapi kalian lebih rajin menyebut nama artis-artis, mengagongkan orang yang tak layak, membesarkan orang yang tak punya beri rezeki satu sen pun pada antum...

Kalau antum jauh, dekatkan...
kalau antum rabun, pakai spek mata...
kalau antum sakit, carilah ubatnya...
kalau Hati antum yang sakit??? jawapannya ana sudah berikan =)


Gagasan Hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Syurga itu adalah lembah, tanamannya ZIKIR"

(Riwayat Ibn Mas'ud)

Apa yang ana boleh sebut kan, ana amik petikan ini melalui sebuah majalah tapi ana lupa apa namanya, menarik sungguh kata-kata hikmah ini

Zikrullah,
memiliki daya hidup,
boleh menghidupkan & menaikkan semangat jiwa yang rapuh,
melapangkan jiwa yang sempit,
membangkitkan keyakinan bagi mereka yang letih,
dan lelah menjalani hidup....=)

YUk2!!! BerZikir apa tunggu lagi, mulakan kempen antum...jangan hanya berkempen sahaja di HULU SELANGOR he2 Allahuakbar!!! =)

Rabu, 14 April 2010

Saat Lafaz Sakinah - Far East 2010


NajmeeQamar

Khaleefah Cinta - Sembah Sujud


NajmeeQamar

Denai-denai air begitu kusyuk menyusuri alirannya, gemalai rentaknya menampar batu yang keras, jernih yang memantul wajah ku...sesekali ku ambil kejernihan itu menghiasi wajah indah kepunyaan yang Maha Agung, rupawan Nabi Yusuf a.s tidak dapat tidak boleh disangkal lagi akan kebesaran Allah Taala...Allahul Jamil wa Yuhibbul Jamal. Hirisan jari berdarah pun tak sedar..rasa sakit seperti ada bius yang mengejutkan hati-hati mereka.

Di seberang sungai, kelihatan kanak-kanak riang ...berguling-guling berirama kan percikan kegembiraan. Kaki ku tenggelamkan, punggung ku hamparkan di bebatu, ku pejamkan mata, tangan ku sisipkan di jantung hati...mendengar degupan yang rindu, nafas ku kayuh perlahan-perlahan, mengecapi nikmat Ar-Rahman Ar-Rahim. Cemburu ku pada burung-burung bebas terbang bersama awan, boleh melihat seluruh kebesaran, kehebatan dan keagunganNya..."tidak kah rasa cemburu?". Kucupan tasbih hadiah hamba saghir (kecil) kerana limpahan ini. Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar.

Sebelum matahari, membuangkan malu nya pada malam, Khaleef ke Musolla@Surau bersama Tok Wan. Hanya beberapa meter sahaja dari rumah mereka. Allahuakbar...lafaz takbiratulihram bergemerincing...membuai penduduk bumi samada yang halus jua turut sembah dan sujud. Subuh itu Allah lukiskan kedamaian dan ketenangan, berbahagialah ganjaran yang amat besar janji bagi jemaah subuh. Khaleef teringat akan kata-kata Ustaz Ishak, seorang Muallim yang berprinsip. Ayatnya "Ini prinsip Ustaz..tegas, tepat dan telus...apa-apa yang Ustaz sampaikan tiada siaran ulangan, berikan perhatian pada apa yang aku ingin ajarkan". Noktah kalam seorang yang alim begitu menghentak hati Khaleef untuk memberi sepenuh daya cinta pada ilmu akhirat.

Ustaz Ishak merangkumkan satu soalan dalam kuliah subuhnya, Khaleef menumpu pada soalan tersebut. "Mengapa kita hanya bertuhankan Allah Taala sebagai Tuhan? Siapa-siapa boleh jawab?". Irama garang yang bermain diwajah Ustaz ini menunjukkan betapa pentingnya hal itu. Para jemaah ramai tertunduk - tunduk, agaknya takut atau tak tahu jawapannya. Ustaz Ishak pun berdiri sambil mengangkat tangannya.."Allah Taala lah yang menciptakan kita dan alam seluruhnya, yang memberi kita makan, nyawa, kesihatan, kesenangan dan seeeeemuanya!....inilah jawapan yang paling tepat dan telus". Lega benak hati Khaleef apabila jawapan tersebut terungkai.


"Ya Allah..aku hilang dipersada cintaMU, aku cuba mencari yang hilang itu". Khaleef membuka mata...deruan air sungai yang mengalir mula membasahi pendengaran semula. "Khaleef...apa kau duduk sorang2 kat situ, mari la sini join kitorang mandi". Laung Ammar Ariff, anak orang kaya yang berjiwa kampung. "Oke2 aku datang la ni" Khaleef pun menanggalkan pakaiannya hanya seluar panjang dibadannya..menutupi aurat sebagai seorang muslim. Kedebushhhhhhhhhhhhh!!! =)

Maaf banyak2 sahabat2 sume...atas kesibukan ana, dapat jugak menulis sikit je ni hihi salam semerbak harum =)

Isnin, 5 April 2010

Aku memilih Kaca...=)

NajmeeQamar

Ya Allah
aku hilang dipersada ketaatan
aku mengayuh hanya penat dan lelah ku dapat
aku cemburu dengan kelebihan yang lain
mata ku terpejam hati ku buta
meluluh kan kehitaman yang mendidih


Ya Allah
kabus putih menghalangi jalan ku
walau disuluh lampu rembulan
jalan ku kabur tanpa belas kasihan
Pintu yang mana mahu ku jejaki
jaring-jaring kotor yang melukai hati

Ya Allah
aku sangat merinduiMu
jangan hilang kan aku dari permata kasihMU
aku terbuang tiada jalan arah tuju
huhu....
Jauh jauh lah aku dari ketagihan dunia
meracuni fikir dan zikir hari-hari ku


Ya Allah
kaca dan permata di tangan ku
kedua-duanya kilauan nya memukau
kalau ku genggam erat kaca pasti terluka
kalau ku genggam kuat permata pasti suka

Tetapi aku memilih kaca....
Ya Allah, Kau lebih Tahu mengapa ku memilih kaca...huhu
Tak terucap cinta ku pada sejadah dan sujud
cuma permintaan ku satu...
aku tak mahu jauh disisiMU Ya Allah..
kerana dekat diKau disisi hamba-hambaMu...

Firman Allah Taala maksudnya :

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"

(Al Ankabut [29]:69)

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...