ilham Ma'mum

Ahad, 26 Ogos 2012

Eid Mubarak..kembali ia berbeza

By : Selimutsura
Allahuakbar! Gema takbir!
"Alhamdulillah Ya Allah, 
aku disampaikan usia untuk melewati Ramadhan bertemu Syawal."
1 Syawal
Saya baru saja kebah dari demam. Seminggu terakhir Ramadhan begitu hebat sekali. Cabaran kuat untuk terus mengecapi saat-saat berada di bulan penuh barakah, ketika urat mula mencarik-carik, angin sejuk mula mencucuk-cucuk hingga ke tulang..saya bagai mahu kalah, tetapi saya disua jawapan.

Syawwal! Betapa saya mensyukuri nikmat. Allah Taala memberi saya kesempatan untuk bangun  mengecapi solat sunat Hari Raya. Sungguh terkejut, pagi itu saya bisa bangun. Bangkit tanpa demam, cuma batuk yang belum sihat. Takbir tanpa suara-pun sudah memadai bagi saya.

Kembali kepada Fitrah
Langit kembali kepada fitrah, cuaca yang sungguh damai, begitu tenang sekali.

Baju raya pun tidak saya beli, sunnahnya pagi itu saya mandi sunat Aidilfitri. Berwangi-wangi. Saya menyarungkan jubah putih, sambil senyum melihat cermin, menyisir rambut seperti pulang dari umrah. Ceria saya pagi itu, mengungkap segala-galanya. Taqabballallahu minna wa minkum!
Abah, Mak dan adik-beradik turut ceria, saya kini sudah kembali pulih. Sunnahnya lagi makan dulu, rendang, ketupat, lemang tersedia sudi dijamah. Pagi itu, saya dan keluarga menunaikan solat sunat di Masjid Khalid al-Walid (sejak sekolah lagi jadi tempat yang paling saya suka) yang kini tersergam indah. Masih kekal ruang solat yang lama. Tinggal kenangan.

Semua orang berpusu-pusu. Pelangi-pelangi kegembiraan terlukis di setiap wajah. Berpakaian serba indah, ini perhimpunan menuju ke syurga. Taman syurga, yang dijanji buat hambaNya. Hati yang sudah diputihkan, dibasuh pada Ramadhan yang lalu. Subhanallah..kanak-kanak riang ria, bersongkok dan berjilbab. Saya menggeleng-gelengkan kepala menguntum senyuman, betapa seronoknya mereka.

"Tahniah, buat yang berjaya!"

Pulang ke desa
Inilah pertama dalam sejarah, kami beraya di Kuala Lumpur. Sejak kecil, kami akan pulang ke kampung 2 atau 3 hari sebelum Hari Raya. Pecah rekod! Beraya bersama anak saudara@ cucu pertama keluarga, Muhammad Izz Amsyar. Kepulangan ke sisi desa, perasaannya begitu mengasyikkan. Lagu-lagu raya berkumandang ketika dalam perjalanan. Rumah nenek, tidaklah begitu jauh, memandu dari Kuala Lumpur ke Perak mengambil masa 2 jam lebih sahaja.

Betapa besarnya Kasih Cinta-MU,
 melapangkan masa-masa untuk beribadah, merawat hamba ketika lara. 
Membakar dosa-dosa hamba disaat-saat itu, hingga saya bisa bangkit pada meraikan hari-hari kemenangan. Saya tidak dapat untuk gambarkan betapa tenangnya jiwa saya, betapa selesanya nafas saya, saya cuba memejamkan mata. Allah..Allah..Allah..Saya memahat syahdu! Saya tidak bisa gambarkan..benar-benar suka akan perasaan ini.. 
Saya tangkap gambar ini ketika berehat & solat di Surau al-Wathaniah
Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal eid wal faizin. Maaf atas kelewatan ucapan ini, lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan saya ketika itu. Mohon jutaan kemaafan, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Minta halal segala makan-minum, diampunkan segala kekasaran, kesilapan dan kesulitan. Saya memaafkan semua, saya halalkan kepada siapa yang berhutang, kalau saya ada hutang mari tuntut ye ;)

Jemput datang rumah! Jom puasa 6 hari syawal!
Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith Riwayat Muslim]

"Kembali kepada fitrah, bukan semakin surutnya ibadah"

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat


Rabu, 15 Ogos 2012

Sekilas Nuskhah Pengembaraan

By : Selimutsura




Ya Allah, aku adalah hambaMU
yang kerdil disisiMU
Ya Allah, yang telah membuka ruang untukku
mengambil pelajaran melalui sebuah pengembaraan
Menceduk ibrah disekeliling ciptaanMU
Sungguh Maha Karya Allah

Supaya aku berasa semakin kerdil dan kecil
IlmuMU melebihi langit dan lautan
Ilmuku seumpama debu berterbangan
Sungguh aku terasa
Aku tak punya apa-apa
sekadar pinjam
dan
Kaulah segala-segalaNya

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat

Isnin, 13 Ogos 2012

Ramadhan, Saya Masih Setia!

By : Selimutsura
Bukan sekadar Muslim saja, tapi Mukmin Muttaqin!


Saya duduk sebentar, fikiran mulai terbang merenung semula Ramadhan yang sudah berbaki. Tak sampai 4 atau 5 hari lagi Syawal akan datang mengambil tugasnya. Hati rasa tidak senang, kerana pintu neraka akan dibuka semula. Pintu ar-Rayyan akan dikunci.

Malam-malam macam ini memang syahdu, selepas menunaikan solat jemaah Isyak, terawikh, dan tazkirah di An-Naim..saya sengaja bersendirian sebentar di Bukit Wangsa. Sudah berhasilkah usaha saya untuk memperolehinya? Memeluknya?

Saya menimbang tara diri sendiri.

Hanya sekadar hamba. Banyak dosa.

Saya menangis melihat diri. Masih belum setia menjadi hamba Dia.

Saya mohon dengan rapat, moga-moga Allah menerima usaha kecil ini.

Ampuni saya Ya Rabbun Ghafur.

Nafsu terbakar, dosa digugurkan.

Malam ini bintang tidak berapa kelihatan..saya masuk dan menghidupkan mobil semula. Saya pun pulang dengan beberapa koreksi, ibrah sepanjang kembara Ramadhan kali ini yang mampu saya kongsikan. Semua orang berbeza, ceritanya. Kalau sama hanyalah concidences yang tak disengajakan. 

Saya mahu memetik beberapa kisah yang berlaku di Ramadhan ini, ada masam, manis, masin, pahit dan tawar. Manafaatkan ya!

Jemaah dan kuliah!
Berjaya juga! saya memaksa diri untuk lebih selalu dekat dengan masjid. Biasalah orang bekerja letih, lepas tu malas nak ke masjid atau musolla. Jemaah! Kuliah! Bukanlah tugas mudah untuk dilaksanakan. Buat orang mukmin, renung-renungkanlah kembali..pahala jemaah dan menuntut ilmu besar sekali. Bila dekat dengan masjid kita juga akan merasai Allah juga dekat dengan kita.

Tempat paling best untuk dapat jawapan "on da spot" oleh Allah bila ada masalah. Selalulah berkunjung, jangan jemu.

Demam ketika Battle-Field
Alhamdulillah, selesai juga semestar 6. Bismillahi tawakkat tu..
Dalam sejarah peperiksaan yang saya hadapi...UPSR, SPM, UJIAN KULIAH (KUIS), kat UKM kini Mak akan cakap, "Bila periksa je demam."

Berselubung dengan selimut sambil menelaah buku-buku di malam-malam Ramadhan menimbulkan nikmat. Inilah tekanan paling kuat, di bulan Ramadhan apatah lagi begitu singkat masa, dengan urusan pejabat dan pembelajaran. Ikhlas saya katakan berat.

Demam, ini adalah kifarah buat saya. Demam panas biarlah di dunia, mudah-mudahan saya terdidik. Ilmu boleh membawa diri ke puncak kehidupan. Ilmu tak semestinya kita belajar ada ijazah, sarjana, PHD dan sijil-sijil tetapi ilmu itu pelengkap ibadah kita. Orang yang solat ada ilmu lebih dipandang oleh Allah, berbanding yang solat tidak ada ilmu.
Contoh orang ada ilmu, solatnya mantobbeh! :

-Pak Hamid, bersolat secara berjemaah kerana dia tahu pahala jemaah 27 kali ganda, doa pun imam bacakan.
-Pak Syukor, mahu tunai solat dilihat ada jemaah yang sedang solat. "Alah..leceh la solat ramai-ramai lambat! Solat sendirilah." Sapa untung? Pak Hamid kan..hehe

Saya dibisukan
Sudah 5 hari, batuk saya masih belum berkurang. Hingga peti suara tidak berbunyi. Sukar untuk saya mengaji, hanya membaca di dalam hati. Bila saya fikir baik-baik, Allah mahu mengajar saya sesuatu. Menjadi BISU!

Ya Allah, beginilah keadaannya orang yang bisu. Payahnya mahu menjelaskan maksud, menyatakan pertolongan, meluahkan perasaan, memohon keampuanan. Kasihan, bagaimana mereka menempuh hari-hari tanpa suara. Baru saya terasa, sayunya. Terima kasih Allah beri saya suara yang baik, sebaik-baik seperti Nabi Daud A.S.

Bertemu Sifu Blogger

Saya tidak meminta, atau menduga saya menjadi moderator/ pengacara dalam satu program Iftar Perdana : Transformasi Ramadhan anjuran ANAEDAR Sdn Bhd. Bila..saya dilamar, gementar rasa kerana belum pernah ada pengalaman itu. Kalau setakat bagi pengumuman atau bernasyid (bercakap-cakap) boleh lah. Panelnya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr. Rubiah K.Hamzah.

Saya set dalam minda, ada lagi benda yang Allah nak beritahu. MashaAllah, selama ini saya hanya membaca blog beliau www.saifulislam.com , dan mendengar tazkirah beliau. Kali ini, saya berhadapan sebagai pengaju soalan dan pemudah cara. Apalah sangat ilmu yang ada, ini begitu manis buat saya. Tak mampu diucap dengan tulisan, Subhanallah.

Mereka al-Hafiz saya al-Habis
Minggu lepas, saya bersama Imam Wan Hakimin, Imam Zakaria dan En. Bukhari (ahli kariah surau al-Mizan) membuat kunjung dan sumbang ke Maahad Tahfiz di Banting Selangor. Memenuhi hajat, sahabat KUIS dulu Ustaz Nasir yang mahu membina sekolah tahfiz menerima beberapa paket beras dan zakat. Setakat ini ada 7 orang pelajar tahfiz, menumpang di sebuah rumah waqaf. Paling muda berumur 9 tahun yang sudah menamatkan 3 juzu' dari al-Quran, Aiman Caiyok!MashaAllah.

Sejuk memandang, sejuk lagi ibu yang mengandungkan mereka. Saya masih ingat, selepas tamat UPSR abah berhajat menghantar ke Maahad Tahfiz di Kubang Bujuk, Terengganu dengan menumpang van (rusa) jiran yang mahu ke sana atas urusan perniagaan. Saya lulus ujian dan temuduga, dan surat tawaran diterima sebulan selepas itu.

Abah terpaksa menggagalkan hajatnya, kerana tiada duit ketika itu untuk menanggung keperluan ke sana. Saya tidak membantah, saya masih budak-budak tidak mengerti apa-apa. Segalanya Allah sudah aturkan.

Saya masih setia
Kini sudah 25 Ramadhan, itu lah sekadar coretan sedikit dari yang banyak. Dunia ini tak kekang dari masalah, bila selesai satu datang yang baru. Di syurga tiada lagi masalah, segalanya sudah selesai. Berbaki 26,27,28,29 Ramadhan, masih belum tahu apa akan berlaku. Maknanya tugas kita belum selesai.

Saya masih di An-Naim, mengimarahkan bulan Ramadhan dan bersama kereta kodok merenung langit yang tiada bintang. Besok saya mahu melihat lagi, supaya ada bintang yang tersenyum. Kita solat, berpuasa, zikir, tadarus al-Quran dan sebagainya, kata Sheikh Yusuf al-Qaradhawi bukan kita buat kerana Ramadhan, tetapi kerana kita menyembah Allah Taala.

Lailatulqadar masih setia. Saya mengambil kata-kata seorang ulama',
"Pada malam al-qadar, diberikan ganjaran 1000 bulan dan lebih pada amalan-amalan kebajikan. Kalaulah si isteri-isteri ini tahu, hatta si isteri membetulkan dan mencantikkan  rumah dengan langsir baru, dia pun dapat pahala 1000 bulan dengan perbuatannya itu. Apatah lagi basuh pinggannya, memasak lagi, bangun kejut suami."

Itulah kisah langsir seribu bulan!hehe

..dan Allah sentiasa setia kepada hambaNya, saya pun mahu setia bersamaNya.

Walaupun Ramadhan akan berlalu. Bittaufiq wannajah! Wallahua'lam. Tegur saya.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat

Ahad, 12 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

Tomato | Short Film ;)

By : Selimutsura

A very nice short film to watch..it call TOMATO! ;) 
Just click play you will found the ibrah inshaAllah. Thanks to the owner of TOMATO!



133. And march forth in the way (which leads to) forgiveness from your Lord, and for Paradise as wide as are the heavens and the earth, prepared for Al-Muttaqun (the pious - see V.2:2).

134. Those who spend [in Allah's Cause - deeds of charity, alms, etc.] in prosperity and in adversity, who repress anger, and who pardon men; verily, Allah loves Al-Muhsinun (the good-doers).

135. And those who, when they have committed Fahishah or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; - and none can forgive sins but Allah - And do not persist in what (wrong) they have done, while they know.

136. For such, the reward is Forgiveness from their Lord, and Gardens with rivers flowing underneath (Paradise), wherein they shall abide forever. How excellent is this reward for the doers (who do righteous deeds according to Allah's Orders).

Ali-Imran:3:133-136


;) Thank you, Assalamualaikum

Isnin, 6 Ogos 2012

Umur yang berkat, lagi berkualiti

By : Selimutsura


"Ya Allah, berkatilah umur kami, 
apa telah dirancang mudahkanlah, 
apa yang telah dilakukan redhailah,
apa yang telah kami perbuat ampunilah,
terangilah jalan kami, 
merasai syukur dan tercukupi bagi kami apa yang telah KAU diberikan."

"Ya Allah Tuhan kami, bimbing kami menjadi tinggi disisiMU
dan hamba serendah di bumiMU."

"Bukannya salah mohon umur yang panjang, tetapi untuk apa dipohon umur yang panjang? Apa tujuan kamu meminta pada Allah umur yang panjang?" Tegas Ustaz Ghazali Ibrahim dalam slot tazkirah Ramadhan malam ke 18.

Selalu kita berdoa mohon dimurahkan rezeki, dibanyakkan harta, dan dipanjangkan umur. Tetapi untuk apa doa-doa ini dipohon sekiranya umur yang panjang jika pada masa yang sama amalnya kurang. Minta harta yang banyak, sedangkan dosa-dosa masih mengelilingi. Tak salah nak meminta, tetapi perlu jelas permintaannya. Adakah cara kita meminta itu juga betul?

Sahabat Rasulullah S.A.W, Anas bin Malik R.A merupakan khadam Rasulullah S.A.W. Siapakah beliau? Beliau adalah pembawa tongkat, orang yang membawa sepatu Kekasih Allah, memasak untuknya Solatuwassalam, duduk bersama baginda S.A.W ketika usia 10 tahun. Beliau dihadiahkan oleh ibunya Ummu Sulaim R.A kepada Rasulullah S.A.W sebagai tanda kasih kedatangan ke Madinah tatkala penduduk Madinah yang lain memberi keperluan berbentuk barangan, kewangan dan sebagainya.

Berkat doa Nabi S.A.W kepada Anas bin Malik R.A dikurniakan anak yang ramai, antara sahabat yang terkaya di Madinah, diberi kesihatan dan usia yang panjang. Ada sesetengah riwayat mengatakan beliau hidup 120 tahun. Ekstra umur yang jarang diperoleh, Subhanallah! Padahal umur dikalangan umat Muhammad S.A.W antara 60-70 tahun sahaja.

Doa Nabi Muhammad S.A.W buat Anas R.A "Allahumma Baarik lahu". Maksudnya "Ya Allah, berkatilah dia." Ini doa yang Nabi S.A.W ajarkan.

Hari-hari kita baca, "Allahumma Baarik lana fi ma Razaqtana wa kina Azabannar".

Confirm ini mesti doa makan! 
Mindset orang Malaysia.

Tahukah kita, doa ini bukan sekadar doa makan. Kenapa? 
Mari teliti maknanya, "Ya Allah berkatilah kami (hidup), rezeki kami (nikmat-nikmat yang diberikan), jauhilah kami dari azab api neraka"

Ada ke ayat MAKAN? atau MAKANAN? ;) Memang la takda, memang la ini doa makan. Tetapi makanan sahajakah rezeki itu? Luaskan penggunaannya, larikan ia dalam hidup kita. Contohnya baca selepas solat, baca selepas dapat hadiah, baca ketika mahu belajar dan lain-lain lagi. Mulakan!
Kita sambung kisah sahabat semula..
Walaupun Anas bin Malik R.A dikurnikan umur yang panjang, tetapi masa-masa usianya di habiskan untuk Islam, harta-hartanya diinfak untuk jihad fi sabilillah, anak yang ramai ditarbiyyah secukupnya, hinggakan ada riwayat menyatakan beliau mengadu pada Allah, biarlah usianya tidak panjang pun  tak mengapa, asalkan dapat cepat bertemu dengan Allah, bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat di syurga.

Inilah kualiti. We need quality not quantity! Allahuakbar..beliau juga merupakan pakar rujuk dikalangan sahabat-sahabat R.A selepas kewafatan Baginda S.A.W al-Habib. Berapa ramai orang yang dipanjangkan umur oleh Allah, tetapi tetap sama tidak mahu berubah. Tiada peningkatan, ini yang kita tidak mahukan.

Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Mari kita meminta dan memohon dengan sekualiti mungkin, cek semula adab-adab berdoa.
"Ya Allah berkatilah usiaku, terimalah amalku, berkatilah rezekiku, berkatilah hartaku, dan sampaikan aku dan kerabatku untuk bertemu denganMu dan Rasulullah S.A.W di syurgaMU."

Bagi saya, tidak ada waktu yang paling menggembirakan selain berkampung di akhirat untuk bertemu dengan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W di syurga nanti. InshaAllah.

Kualitikan doa dan amalan anda, mohonlah banyak-banyak, nak mintak dengan suami beli langsir baru pun kena pujuk dan rayu banyak kali, apatah lagi pada Allah, yang Maha Pemberi.

al-Baqarah | 186,
"Dan apabila hamaba-hambaKU bertanya kepadamu tentang AKU,
maka jawablah bahawasanya AKU dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa
apabila dia memohon, maka hendaklah mereka memenuhi (segala suruhan AKU)
dan hendaklah mereka beriman kepadaKU agar mereka selalu
dalam kebenaran."

Dan Allah sangat suka, dipohon dipinta lagi-lagi dibulan sayyidus-syuhur (Ramadhan)
Wallahua'lam. Mohon tegur!

Mahalnya ukhwah, saat di pejabat Inteam Records. Iftar Jamaei Komuniti Teman Inteam Ahad yang lepas menggamit kegembiraan. Apatah lagi sudah setahun lebih tak bertepuk tampar. Dalam majlis ini masing-masing menerima tamparan rindu! Dimulai dengan tahlil sebelum berbuka, Berbuka puasa dalam talam tu, solat maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Imam khas yang diterbangkan dari Zamboanga, Tn. Sheikh Hazamin..abang Amin Inteam la ;) alhamdulillah. Turut sama Abang Shahril dan Abang Rahim (Inteam)

Usai tazkirah, acara seterusnya lari beramai-ramai dalam guni..eh!Bukan! Potong kek hari jadi anak Abang Amin yang sulong. Selawat berkumandang, sebelum pulang kami bersalam ukhwah. Jazakallah buat teman KTI, Husaini, Safa, Nazri, Helmi, Fizi, Mazri, Shahrael, Hafiedz Udu, Syahmi dan semua yang terlibat. "Janji dicapati" kalian akan saya ingat hehe. Sekian laporan ringkas.

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
54000 Datuk Keramat

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...