ilham Ma'mum

Rabu, 18 April 2012

SOLAT! Anda sedang Online dengan Allah?

By : Selimutsura



SOLAT! Anda sedang Online dengan Allah?
Hari-hari sudah pasti kita tidak terlepas berdepan dengan pelbagai masalah. Jiwa kacau, tidak aman dan tenteram. Rasa gundah yang membusung di hati membisik-bisik, boleh ke aku buat macam ni? Betul ke apa yang aku buat? Bos bagi kerja banyak sangat la, Ok ke KO? Masa penuh dengan kerja-kerja kat ofis, kantor dan di lapangan. Dengan cahaya matahari yang terik di atas kepala, suhu bumi yang panas, berpeluh-peluh melaksanakan tugas dan melunaskan kehendak orang lain.

Letih, penat dan lesu turut mengiringi sakit-sakit sendi. Kerja mengangkut dan mengangkat barang, memukat dan menjala di lautan, mengajar dan menerangkan di sekolah, ke hulu ke hilir menjaga keselamatan, berniaga dan berjual-jual, menulis dan memerah idea, menggoreng dan memasak di dapur, menyapu dan mencuci, menggalas beg menjinjing fail. Etc

Selesai tugas awal pagi hingga tengahari, waktu rehat pula dihabiskan dengan makan dan minum, berbual-bual dengan rakan sekerja, setidaknya solat tidak diabaikan sebagai kewajipan hamba pada BOS yang Maha Agung. 5 waktu yang wajib sebagai MODAL dan solat-solat sunat umpama BONUS Keuntungan, bicara al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah.

Perlu ambil tahu, perbuatan WUDUK adalah terapi pertama yang mampu mengurangkan tekanan yang memenuhi ruang fikiran. Wajah yang kering dan kontang akan kembali pulih, kian berseri dan bersih.  Automatisnya otak kian segar dan sihat, proses recharge berlaku. Tangan yang kotor selepas kerja-kerja memunggah kembali tampak lembut, jika tidak tadi kasar. Kaki yang dibaluti stoking melembap, pasti tidak enak aromanya~~)eeei.. dengan wuduk dapat membersihkan tapak kaki dari anasir bakteria kelembapan yang menarik-narik untuk malas ke tempat solat.

Wuduk mampu membuang kotor fizikal, bahkan mampu menerjah kotoran dalaman umpama malas, hasad, riak dan sebagainya. Oleh yang demikian, seusai wuduk kita disunatkan untuk berdoa, agar kita jadi insan standard (VVVVVip di hadapan ALLAH Taala).

Mari doa:
Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin waj’alnii min ‘ibadikassolihin.

Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci dan hambamu yang soleh.

Sudah cun dan anggun, wajah dan anggota kita. Pakaian menutup aurat dan suci sudah cukup untuk ONLINE di hadapan ALLAH, jadi inilah masanya.

Mengapa saya katakan ONLINE dengan ALLAH itu adalah SOLAT secara anda sedar mahupun tidak. Saya jawab ye persoalan ini :

1.    Rukun Salat ada 13 seperti lazimnya yang kita ketahui. Sudah pasti niat anda? Jadi niatlah. Perkara pertama yang diajar adalah NIAT. Praktikalnya dalam setiap ibadah, wajib dimulai dengan NIAT. Kita luaskan skop, maka apa jua pekerjaan yang anda lakukan mesti dimulai dengan NIAT. Mahu nikah? Mesti pasang niat, mahu berjualan? Mesti fokus niat. Mahu belajar? NIATlah! Tapi niatnya LILLAHITAALA. Memutuskan perbuatan itu peroleh pahala atau sia-sia.

Sudah akses kata laluan? Akses Pasword?

Secara automatiknya anda telah CONTACT dengan Tuhan tentang tujuan perbuatan itu. Ok anda sedang dalam talian. Besar betul kuasa akses niat ini, Sabda Baginda SAW :

“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat” [Al-Bukhari dan Muslim]

2.  Takbiratul Ihram adalah takbir yang mula-mula. Hebatnya setiap gerakan kita iringi dengan takbir (takbir Intiqal). Membesarkan kebesaran ALLAH Taala yang Maha Agung. Sebagai pengucapan menTAKBIRkanNYA(membesarkan), menTAKZIMkanNYA(memuliakan), kekaguman kita hamba lemah dan kerdil datang penuh harap, penuh sopan, penuh tawaduk. (Rendah diri) Nak mohon kerja pun kena la, buat penemu duga suka kan2? ALLAH Taala sangat suka hambaNya yang bersyukur, memujiNYA kerana DIA layak dipuja puji.

Bacaan Doa Iftitah, pembuka seri ONLINE kita. Mari lihat teliti maknanya sangat besar hikmah dan pengharapan. Kita beradab dan berhadap, tampil dengan penuh kekerdilan dan juga mengakui bahawa segala-galanya lillahitaala. Anda sedang ONLINE! Secara LIVE!

Perhatikan, ayat Innassolatiy, wa nusuki, wa mahyaya wa mamati lillahi Rabbil Alamin. Dan dengan itu aku DIPERINTAH dan aku adalah golongan orang-orang Muslim, confirmation that you’re Muslim bro! Must obey. Pendaftaran secara ONLINE!

3. Perlu ambil tahu, semasa dan tika kita membaca surah al-Fatihah..secara langsungnya kita sedang berkomunikasi dengan ALLAH secara ONLINE, LIVE dalam Solat. Pada awal bacaan, kita memuji ALLAH sebagai RABB sekalian alam, layak hanya DIA dipuja-dipuji (Penguasa alam Kiamat, alam malakut, alam barzakh, alam dunia, alam Rahim). Kita pun bermohon, apa permohonan kita? Lihat ayat 5 – 7.
Perkataan yang begitu humble memujuk rayu pada ALLAH Taala. Kita meminta dan memohon di dalam solat. Petunjuk dan hidayah jangan disesatkan berulang-ulang dalam setiap rakaat. Permohonan kita itu, didengari ALLAH secara LIVE. Para Malaikat juga mohon pada ALLAH agar permintaan hambaNya itu diterima. Inilah permintaan yang DIRECT ONLINE. Tetapi kita mudah lalai, leka masa waktu solat pun, melilau fikir pasal kerjalah, fikir pasal duitlah. ADUHHH!Nauzubillah.
4.   Menghadirkan diri dalam solat, memerlukan aura yang kuat. Hebatlah mukmin tersebut jika dapat merasai, menghayati, kusyuk yang sedar akan dihadapannya ALLAH Taala. (Seolah-olah kalian merasai kehadiranNYA). Keyakinan yang ajaib sebagai bukti kita beriman(believe without boundaries and doubt). ONLINE secara langsung ini, menunjukkan betapa dekatnya kita dengan Maha Pencipta. Sedangkan, kita menghadapnya dalam solat dalam keadaan yang tidak cun, tidak bersungguh-sungguh. Ruginya! Solat bukan sekadar taat melakukannya tetapi memberi sepenuh penumpuan dan fokus (fikiran dan jiwa).
5.  Ok ana bukakan satu lagi permintaan kita, tikanya waktu kita duduk antara dua sujud :
{ Rabbighfirlii, warhamnii, wajburnii, warfa'nii, warzuqnii, wahdinii, wa'afinii, wa'fu'annii }
(Wahai Tuhanku, AMPUNIlah aku, RAHMATIlah aku, CUKUPKAN aku, TINGGIKAN DARJATku, KURNIAKAN REZEKI aku, TUNJUKIlah aku, SIHATKANlah aku, dan MAAFkanlah segala kesalahanku.)
Waktu tersimpuh duduk, selepas bersujud (tanda serendah kehambaan) kita membacanya. Permohonan secara DIRECT ini, komunikasi yang mudah dan bermakna. Praktis ONLINE secara langsung yang didengari oleh ALLAH dalam solat. Sedar atau tidak? Semuanya dijawab oleh ALLAH, mudah-mudahan ALLAH Subhanahu wa Taala memakbulkan. Amin
TAHNIAH ORANG SABAR!
Sebenarnya banyak lagi, amalan-amalan secara ONLINE dengan ALLAH Taala bukan sekadar baca al-Quran, berdoa, berzikir, iktiqaf di masjid sahaja, anda perlu EXPLORE! Melihat kebesaran ALLAH disekeliling kita, gunung-ganang, dasar lautan terbentang, kutub utara selatan, bintang dan bulan, alam yang luas terbentang, SEGALANYA ITU ONLINE.  Anda sendiri perlu membongkarnya. Oleh yang demikian, mereka yang sedar akan hal ini jiwanya kental..keyakinannya melebihi tahap keraguan (MUSLIM SUPER). Kerana mereka RASA ALLAH itu sentiasa mendengar, yang kurang, yang lemah, yang tidak cukup. ALLAH membayar CASH pada yang sabar, di dunia lagi apalagi Akhirat. InshaAllah.
Salah silap mohon tegur =)
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” (Surah Hud| ayat 11)
Ana tinggalkan link yang baik (Mengerjakan Solat Lengkap)
Masjid al-Azhar, KUIS Bangi
20 MAC 2012


Rabu, 4 April 2012

Superb!Women


Superb!Women

Semalam, kala petang semakin senja. Sebelum ke masjid ku bersama insan tersayang berdua di dalam kereta. Tatkala matahari mula menganti SHIFT kerja, taatnya kepada perintah Allah.

“Mak, lagu Maher Zain baru dah keluar”. Kataku
Dengan riak gembira, manis senyumnya dibibir. “Pasang la, Mak nak dengar!”
Kuperdengarkan, lalu Mak membelek2 album Maher Zain judul “Forgive Me”. Mengandungi 14 track, hardcover biru latarbelakang pergunungan kutub ais. 2 buah lagu dalam bahasa Melayu.

Mak amati sungguh, wajah Maher Zain. “Mana topinya, pakai serkup dah macam Mak kat rumah”. GENG! Mak minat sangat macam anaknya juga. Bila tengok wajah Mak, senyumnya menyembuhkan hati, kurang galau yang timbul. Mak besar jasa, curah kasihnya tiada ganti.

Jadual Mak sentiasa penuh. Paling mula bangkit kira jam 4.30 pagi, dengan mengerah kudrat untuk membuat donut dan pau sambal. Menguli, mengoreng, memasak hingga proses penghantaran oleh Abah seawal 6.30 pagi.

Selepas itu, persiapan anak-anak. Lagi-lagi si bongsu yang mahu ke sekolah, masih mahukan Mak yang uruskan. Si manja yang kesejukan mandi, mahu dilapkan. Rambut yang basah mahu dikeringkan. Abang dan kakak tak perlu jeles ok!
hihi sehari launching sudah dapatkan!

Selesai itu, Mak akan duduk seketika. Rancangan TANYALAH USTAZ pada jam 7.00 pagi tidak dilepaskan sebagai peneman, penenang jiwa. Tazkirah membangkit emosi, untuk recharge kuasa. Terus lagi ke mesin basuhnya. Baju-baju dibasuh dan disidai, bersama adik-adik yang sekolah pada belah petang.

Kerja Mak belum selesai, kucing-kucing diberikan makan, ikan-ikan kecil juga, dan tupai terbang@Sugar Glider yang menghiburkan. Di rumah ada seekor Ibu kucing dan 3 anaknya yang aktif. Si Siam si ibu, Mona-Moni-Monel (nama anak-anak kucing tersebut). Yang selalu mencuit hati kami, tetapi kadang-kadang Mak geram dengan kerenah yang banyak. Namun Mak tetap happy!

Sebelum tengahari tiba, Mak mula memotong, menumis, mengacau dan memasak. Masa ini keadaan di rumah agak panas. Kesian Mak, waktu memasak berhadapan dengan panas masakan, rumah papan yang panas tak kira cuaca sejuk atau panas. Tetapi Mak tak pernah merungut, kami pun!
Call n sms byk2 buat Mak Abah tau!

Mak seorang yang sabar. Tetapi Mak kelakar, lagi-lagi kalau Mak cuba nak berbahasa Inggeris. Lain la jadinya orang jawa cakap injelish..^^)

Petang pun muncul, masa ini Mak akan mengambil baju-baju yang kering tadi, rapi dilipatkan dan disimpan di rak-rak baju. Rumah dah jadi macam pasar, pasaraya HARI-HARI. Minum petang pun disediakan. Apa yang menariknya, kami takkan lepaskan peluang makan dan minum berjemaah. Waktu itu, gurau senda, dan tawa paling sesuai mengeratkan kami.

Hingga ke malam, Seusai solat Mak akan mengajar si bongsu mengaji berganti-ganti dengan abang dan kakaknya mengambil tugas mengajar adik yang lain. Si bongsu akan mengalihkan pandangannya kepada Mak, apabila kerja-kerja sekolah tersusun tinggi. Mak pernah bercita-cita mahu masuk maktab menjadi guru tetapi faham-faham je la dulu susah.

Namun Mak tetap guru terbaik buat kami 8 orang. TERBAIK!!!Superb!!!

Kala tanggungjawabnya belum habis. Hingga kala jam 12 malam pun Mak memastikan anak-anak tidur. Apatah lagi si bongsu. Bukan ku mahu-tunjuk menunjuk tetapi inilah sifat IBU, sifat semua IBU. Tidak hairanlah, Rasulullah SAW sangat menekankan kepentingan menjaga hati IBU, sekali terluka adakah kita mampu mengubatinya. Selama 9 bulan lebih, menanggung beban ke sana-ke mari, namun pastinya sifat IBU tak menganggap ia adalah beban, tetapi RAHMAT. dah la ku ini nakal aduhai!..=)


~SELAMAT HARI LAHIR EMAK, 2|4|2012 dari memel buatmu~
Love u all the way, May Allah gether us in Jannah amin =) 

Muawiyah bin Haidah Al-Qusairi telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Siapakah  orang yang paling patut untuk aku berbuat baik?
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya  lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Ibu mu.
Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?.
Baginda menjawab: Bapa mu, seterusnya orang yang paling hampir denganmu” .
(Riwayat at-Tirmidzi)

Isnin, 2 April 2012

Khamis, 29 Mac 2012

DUMU' UYUNI

By : Selimutsura


DUMU' UYUNI

Pagi ini rintiknya sayu
Titis-titis halus membasahi ardu
Mata ku memandang ilassama' Ilahi
Lalu ku memejamkan kembali
Tugu jiwa mula bergetar
Denai uyuni turut alir
Astagfirullah Rabbal Baraya

Berpecah-pecah qolbun
Umpama cermin yang retak
Ku lihat diriku pada pecahan
Rapuhnya ia menjadi marak
Apa telah ku perbuat
Hingga ia hancur berderai
Astagfirullah minal khotoya

Saf-saf jemari dirapatkan
Tunduk malu beralas sendu
Layakkah aku
Mengisi ruang syurgaMu
Atau
Sanggupkah aku
Menjadi bahan bakaran azabMu
Dumu’ei..Dua’ei
Hu-Allah a’lam
Sembuhi aku ampunMu Ya Lateef Ya Wadud
                                                                   
Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : 
"Demi Tuhan yang jiwaku digenggamanNya, jika kamu semua tahu apa
yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa".

[Rw Bukhari]

Kampung Baru, Kuala Lumpur
Mac 2012

ardu- bumi
ila- ke
as-sama'- langit
uyuni- mataku
qolbun- jiwa, hati
dumu'ei- airmataku

Selasa, 27 Mac 2012

Pondok kecil, Citanya menyinar!

By : Selimutsura


Pondok kecil, Citanya menyinar!

Dikalangan 8 orang beradik ini, dialah yang paling “hyperactive”. Abang-abang dan kakak-kakak pun aktif juga ya. Lenggok gaya, kata bicara, berlari riang, gelak tawa dan semuanya boleh bagi kat dia. Dialah adikku. Kalau makan berjemaah dialah yang awal, menunggu lauk-pauk pilihan hati. Ayam goreng yang empuk, bahagian dada adalah pilihannya. Saja mengacah, “yang ni abang mel punya”. Wajahnya mula mengerut-ngerut, mulut dimuncung itu tanda tidak setuju. “Ala..ni Atin punya..hishh, sibuk je”. Gelak kami sekeluarga.haha

Mak ada cakap, Atin paling lambat untuk bercakap. Mencecah usianya 3 tahun pun masih gagap lagi. Masa kecilnya, dia selalu merajuk dengan kelemahan dirinya. Kami adik-beradik, 8 orang ada 8 ragam manusia. Kalau ada orang cakap, susah itu susah ini, pening dengan sikap anak, banyak belanja dan sebagainya. Bila ditanya, “Berapa orang anak pak cik?”. “Seorang je.” “Itu baru seorang Pak Cik, Abah dan Mak saya 8 orang. Nak besarkan 8 orang manusia. 8 ragam yang bermacam-macam.” Rintangan sangat besar, ku memikirkan tak logik diakal, tetapi tak mustahilkan SUBHANALLAH! Diam di Kuala Lumpur, sara tinggi, yuran sekolahnya lagi, makan minum, bil-bil air dan elektrik, banyak belanja. Dipondok kecil inilah kami berteduh, hujan dan panas. Takpalah!Sabar!

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[At-Talak 2-3]

“Atin kalau tak belajar sungguh-sungguh, abang kawin kan je terus nak ke?”. Kata-kataku sengaja yang membuat dirinya rungsing. Muncungnya masih sama sejak kecil. ^^) “Tak nak!”. Bukan maksudku sebenarnya riak gaya begitu. Tetapi ingin melonjakkan prestasinya dalam akademik. Abang-abang dan kakak-kakak setia membantu. Bidang masing-masing, seolah ada 8 PAKAR dalam keluarga. Aku ngak biasa dengan matematis dan sains, tetapi kakak yang nombor satu, tiga dan lima bisa “perfect”.

“Bagi kat abang mel, sejarah dan sastera bahasa, agama dan arab, bisnis insyaAllah!”

Kelmarin beritanya, adikku bisa mengambil hadiah. Kemahuan yang melonjak diri dia tergolong dibarisan penerima hadiah anugerah cemerlang sekolah menengah. “Atin dapat nombor 1..wah!!!” Terkejut. Sejak sekolah rendah belum pernah diraih, kali ini targetku tidak tersasar. Dia boleh, dia bisa. Muncungnya sudah tiada diganti dengan lekukan senyuman. “Atin nak makan chicken chop! Belanja tau!”. Ku jawab,“Kalau berjaya segalanya mungkin insyaAllah, bukan setakat chicken chop..alamatnya segala CHOP lah! Jangan order chicken pop sudah.” haha

Maksudku CHOP, menjadi Mukmin Sukses!

Rasulullah SAW sudah mengajar kita, andai diri lemah dan risau bacalah doa ini : Ketika pagi dan petang bacalah doa ini,

Allahumma inni a’udzubika  minal hammi wal hazan. Wa a’udzubika minal a’jzi wal kasal. Wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min gholabatid daini wa qahrii rijaal…”

[Hadith Riwayat Abu Daud]

Pesananku mudah, bukan dikau serba kurang wahai adikku, tetapi dikau melengkapi kami. Yang banyak rintiknya tangis, susah berjela. Abah dan Ibu mengerah keringat, abang-abang dan kakak-kakakmu menyimpul kasih seerat. Jangan ditakut jangan dikenang akan kurangmu, telah Allah memberi seluruh kudrat, jari lengkap, kaki lengkap, anggota yang cekap. Syukur sekali. Bagiku kurang itu juga HEBAT!

Keramat, Kuala Lumpur
Mac 2012

Rabu, 21 Mac 2012

Cinta Kudus

By : Selimutsura

Bila cinta Kudus

Si ibu membelai halus rambut anak

Senyum si kecil bagai tahu dimanja

Lelaki dermawan limpah harta
Prihatin gelandangan saku dikosongkan
Tangis hiba isteri didengari, dikongsi
sang hero mengusap rapi airmata


Bila cinta Kudus

Tak terdaya kudrat usia si tua

Jinjing si anak, tanpa rungutan

Lidah melet di bibir, tangan pupuk keliling perut
Niagawati jalanan mencubit roti lalu dihulur
Terbaring lesu letih sara usrah
dipejet bahu hilang lelah ukir senda

Merahnya cinta Kudus

derasnya menimbul mahmudah

memikat sang jiwa


Mekarnya cinta Kudus

Onarnya membangkit semangat

mistik insan mulia (Rasulullah SAW)


Bila cinta Kudus
Suka duka kongsi ibrah
Dia suka memberi
Itu sunnah

Sinarnya terang
Airnya jernih
Cinta Kudus terus bertahta
Mewangi semerbak

*melet = dalam situasi lapar (bayang lazat makanan)
*dipejet = dipicit (bahasa jawa)
*usrah = keluarga
*ibrah= pengajaran, iktibar
Sungai Petani, Kedah Mac 2012

Selasa, 20 Mac 2012

Mengetuk Emosi Mimpi

By : Selimutsura


“Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).” (Hud: 6)

Ku disuntik semangat untuk menulis, bunga-bunga rindu kian menebal, membumi qalbu dengan pena-pena dakwah sahabat handai, jari jemari menari-nari mengikut irama kembara singkat, rona kehidupan yang dilalui saatnya ku kongsikan sebagai lukisan indah untuk tatapan ibrah (pengajaran) dan nasihat yang membina diri dan teman sekitar.

Pabila masa menulis tiba, emosi turut sama datang. Emosi yang baik hasilnya juga positif adakala membuka pintu-pintu kreatif. Emosi berlandas iman itu yang MUKMIN perlukan. Gaya dan style membedakan antara pengukir-pengukir dakwah. Ustaz Hasrizal fiksi dakwahnya terserlah dengan style tersendiri. Rencah-rencah kehidupan realiti menunjukkan Islam adalah realiti. Mauidzah Hasanah yang diterapkan dalam penulisan buku atau sebagai kolumnis blog. Banyak kitaran ceritanya menginspiratif diri.

Ku amat teruja dengan Mbak Oki Setiana Dewi, titipan daya dan gaya penulisan amat mendalam ke qalbu. Siapa tidak kenal artis sinetron Indonesia yang mahsyur dengan nama Anna Althafunnisa dalam siri Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Dia bukan saja cermat di lakon layar, bahkan pada sisi kehidupan seharian, persis santun wanita muslimah. Amati cermat novel Pernik Cinta Sejuta Pelangi yang baru-baru ini dilancarkan di negeri serambi Mekah, Kelantan Darul Naim. Begitu puitis dengan bait-bait pujian pada Allah, serta meletakkan kembang kasih mencintai Rasulullah SAW sebagai antara koleksi kisah di novelnya.

Datang seorang sahabat, dan bertanyakan padaku
“Mel, apa kata kau terbitkan buku ke, novel ke?”

Jawapan mudah
“Nakkkk!” Ku menjegilkan mata, kerna soalan itu melonjakkan daya suka.
“Sape yang tak nak Kak, cuma malu saya tulis takut tak da orang baca. Lagipun ada peluang ke untuk saya ni?” Jawapan mula-mula yang buat Kak Zala mengangkat keningnya.

“Eh..Mel, peluang banyak dik, sekarang ni banyak penerbit-penerbit buku yang mahukan penulis-penulis muda, lagi-lagi pada pandang sisi dakwah. Adik ada ilmu dan idea itu yang membezakan penulis, gaya masing-masing semestinya disukai pembaca-pembaca yang berbeza. So..grap the opportunities. Ini bagus untuk Islam”.

Aku termenung sebentar, memikirkan yang tersirat.

Kak Zala menambah perencah, “Sekarang ni, peluang latihan dan bengkel penulisan banyak jangan sia-sia kan. Tinggalkan sesuatu untuk ditinggalkan, dimanfaatkan”.

Tuntutan membaca telah menyerlahkan cinta yang tinggi di kalangan Para Sahabat Baginda SAW kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kita koreksi sirah sahabat, Saidina Umar al-Khattab al-Faruk bagaimana dicairkan dengan alunan bacaan surah Toha oleh adiknya. Minda sedar menyemai benih-benih iman didada-dada anak kecil menempa keperluan yang wajib, melalui bacaan. Tidak bersalahanlah  dengan penurunan surah al-A’laq, Iqra! Membuka gerbang ilmu duniawi merentas ukhrawi.

Subhanallah..kepah, cengkerang, kerang yang di dasar lautan itupun menyimpan berjuta rahsia ilmu. Yang masih belum di kaji mendalam melalui pandangan tersurat dan tersirat. Bagaimana ia sentiasa taat akan perintah Allah, menjalankan tugas-tugasnya. Mereka akur dan redha sebagai hamba, tidak membantah menjadi bahan makanan. Apakah kita insan, tidak mampu menandingi iman si kerang, merungut dengan pemberiannya, laku tidak sabar dan angkuh. Nauzubillah min zalik.

Ya Allah, jadikan aku taat
Jadikan aku tidak zalim pd diri
Jadikan aku hamba yang kuat redha
Kuat daya usaha ibadah
Samada dalam tulis, cakap, semua laku

InsyaAllah, amin ^^)
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Mac2012

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...