ilham Ma'mum

Khamis, 6 Disember 2012

Warkah Cinta ;)

By : Selimutsura

Lagu Tema Warkah Cinta

IM Nazrul feat UNIC





Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara

Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar
Sekalipun diriku terbuang di mata insan
Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan]

[Ulang Chorus]

Cintaku ini...

Lagu: Bazli Unic
Lirik: Ustaz A.Ubaidillah Alias
Studio Rakaman : Unic
Terbitan: Al-Kahfi Pictures Sdn.Bhd.
---------------------------------------------------------------------------------------------


"Selama-lamanya kelembutan 
takkan pernah tewas dengan kekerasan"

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 5 Disember 2012

Cinta TEMPE

Pena Selimutsura

Assalamualaikum..sebenarnya artikel ini saya tulis pada 19 Disember 2010. Ini antara penulisan yang saya suka.

Terimalah Cinta TEMPE =)


Cinta Tempe Goreng

Hebat sungguh penulis buku ini..tersentuh hatiku. Membaca hingga ke muka akhirnya. Mungkin ini kali pertama ku habiskan buku novel ini, kebanyakan nya hanya separuh jalan tidakpun hanya terselit rapi di ruang almari sebagai hiasan dinding yang berlubang. Penulisnya berlabel nama sastera Wangi Iman. Hebat2..menginjakkan inspirasi ku untuk semangat menjalani hidup.


Aku hanya si penjual tempe di bahu jalan. Cuaca hari ini agak mendamaikan, kelihatan mentari segan - segan ditutup awan. Kadangkala angin bayu membadai khemah kedaiku, membayangkan hujan ataupun sebaliknya. Tempe - tempe mula berenang di lautan minyak, tempe bersalut tepung yang enak.


"Mari3..tempe enak, rasa madu, sekali pasti nak lagi.."


Sudah bertahun - tahun ku berniaga tempe disitu, boleh dikatakan sekitar kota sudah mengenali ku. Apa lagi tempahan2 pakcik makcik sekitar kota, disiapkan bungkus lagi. Macam McDonald nak wat style Take Away lebih kurang..hihi Tempe goreng cicah sambal kicap..ummmp..panas2.

"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 5 ringgit". Seorang gadis berbusana muslimah senyum melihat tempe - tempe ku. "OK..beres" mudah jawapan ku, kelihatan perasaan gembira terlakar pada riak wajahnya..mungkin pertama kali beli kot..hihi whatever lah..asalkan bahagia. Detik hatiku.

Hari - hari , gadis yang sama datang membeli tempe - tempe goreng ku. suatu hari tiba - tiba terdetik untuk bertanya "Adik ni kerja kat sini ke? Pertanyaan ku mencari konklusi. "Oh..saya kerja kat Toko Kedai depan tu..baru je 2 minggu lepas, saya terdengar ada orang jual tempe goreng sedap kat sini..saya saja singgah..tapi memang enak saya suke..alhamdulillah".

"Oh..kita mesti kreatif, salutannya mesti kemas, had masa gorengnya pun mesti dijaga, kerapuhan dan kelembutannya, kebersihan dan kesucian juga mesti dipelihara..baru la ramai pelanggan datang. Kalau goreng, hati mesti bersih, barulah tempenya wangi dan enak, yang paling penting mulakan dengan bismillah..baru ada class.." kata ku menamatkan cerita.

Manifestasi daripada Buku karangan Wangi Iman, "Goreng2 Kreatif" menyedarkan aku tentang selok belok menggoreng yang betul..

Muslimah itu pun tersenyum.."betul3" katanya.

Aku adalah anak yatim piatu, aku duduk bersama Pakcik Ajwad dan isterinya Makcik Rasyidah. Ku anggap mereka sudah seperti ibu dan ayahku. Kematian kedua buah hatiku yang meragut mereka ketika menunggang motosikal membeli tempe - tempe di pasar borong. Semenjak itu ku meneruskan kerja sebagai penjual tempe, kerana dengan cara inilah membolehkan ku membina jaringan silaturrahmi dengan kenalan2 ibu dan ayah.

Dari Ibu Mas'ud ra bahawa seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah saw, "Manakah amal yang lebih utama?". Beliau menjawab : "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kpd ibu bapa dan berjuang di jalan Allah".


Ku belek semula wajah novel Wangi Iman muka 102 :


"gOrengan yang Rangup, mestilah gaulan antara tepung dan mentega dengan mesra,sudah pasti tuan yang menggaul itu jua mestilah seorang yang mesra, rangup digigi mesra di mulut dengan zikir" - manifestasi novel "Goreng2 Kreatif"

hmmm..secret recipe.. =)
seharian kaedah2 ini menjadi intrepetasi kepada tempe - tempe ku, alhamdulillah kini tersergam indah kedai "Tempe Enak Rasa Madu", impian sudah menjadi kenyataan..syukur rasanya. Kini pelanggan tak perlu berpanas2 mencari tempe, bahkan mereka boleh mendapatkannya melalui frozen sahaja, yang perlu ada ketulenannya.

Manifestasi Novel Goreng2 Kreatif muka 141 :

"Tulen itu Keaslian, Istiqamah salutan dan bakaran, yang tetap itu disukai Allah"

Sedang aku membelek2 plastik di bawah meja kaunter tempahan..
"Assalamualaikum, umm..sedapnya bau..bagi saya tempe goreng 50 bungkus".
Macam pernah dengar suara ini, ku berdiri..
"eh..waalaikumussalam, awak yg selalu beli tempe saya masa dulu2 tu kan?"

"tak sangka, awak sudah berjaya sekarang ini..Mabruk!" kata gadis muslimah berjubah hijau. "hihi..rezeki Allah alhamdulillah..ni sume berkat doa semua..dan tak lupa juga my secret inspiration "Goreng2 Kreatif".. (^^.)

"Goreng2 Kreatif???" tanya gadis itu.
"yup..tulisan Wangi Iman..saya dapat semangat melalui novel ini selama ini..menjadi pembakar semangat saya selama ini". Jawab ku dengan penuh semangat.

Tiba-tiba gadis itu terus pergi setelah mendapatkan bungkusannya, 
"Saudari sekejap...siapa nama awak? - Tanyaku
"NurEiman Utrah!"- jawabnya mudah...dalam benak hatiku...NurEiman..Utrah...
Eiman = Iman ,Utrah = Wangian.........ape.......

Selepas 5 tahun kemudian...

Lafaz nikah sudahpun terucap, riang sungguh hari itu subuhnya begitu syahdu..suam - suam tanpa kemaraan cahaya mentari. Masih terbayang lagi ungkapan itu..menerjah fikiran ku hingga membawa ku tersenyum leka..


Tuzawwijha NurEiman Utrah binti Elyas dengan mas kahwinnya 1 Dinar tunai wa Qobiltu..


siapa sangka si penjual tempe bertemu jodohnya dengan anak Toko Kedai Buku terkenal rupanya yang merupakan pemulis novel "Goreng2 Kreatif" karangan Wangi Iman.Sebagai anak Toko Kedai, dia tidak pernah ambil kesempatan untuk memiliki kemewahan bapanya, katanya dia mahu berdikari sendiri kerana dia mahu rasa kepuasan dalam mengejar impian menjadi penulis novel. Aku merestui kehendaknya..sokongan dan dorongan agar dirinya kuat dan tabah.. 

Muqaddimah kisah ini bermula kerana minatnya pada tempe gorengan ku. Selesai tugas di Toko bapanya, dia selalu singgah di gerai kecilku untuk membawa bekal makanan pulang ke rumah. Katanya tempe goreng ku memang asli dan enak.


hingga hari ini, dia sentiasa menemaniku berjualan sambil memberi ku kata2 semangat pengganti "Goreng2 Kreatif" novelnya. Rupa - rupanya dia menjadi isteriku..hihi

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

19 Disember 2010

Isnin, 3 Disember 2012

Wahai Orang Yang Berselimut (1)

Pena : Selimutsura
Hai..comelnyer!hihi
Menatap pada seruan buat insan berselimut dan berkemul. Saat bila penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira' menjadi saksi..melihat kewujudan Jibril Alaihissalam.

Iqra! Iqra! Iqra!

La ana bi Qori'..(aku tidak boleh membaca) di ulang sebanyak yang disuruh.

Al-alaq ayat 1-3 dibacakan.

Malaikat Jibril memelukmu insan mulia dan melepaskanmu kali ketiga. Dirimu keresahan dalam ketakutan. Gementar sungguh jiwa, memandang langit malam Jabal Nur.

Isteri tercinta menanti pulang suami tercinta. Siti Khodijah r.a, melahir rasa bimbang dan keresahan yang sama.

Selimutkan daku, selimutkan daku, selimutkan daku!

Diceritakan sedikit demi sedikit.

Siti Khodijah memadamkan keresahan suami tercinta, menyelimuti tubuh Baginda yang mulia dengan selimut. Saat ini, peri penting seorang teman hidup cuba sedaya menenangkan jiwa yang kegelisahan. Si isteri menambah yakin pada suaminya.

"Demi Allah, DIA tidak akan mempersia-siakan mu."

Bila saya membaca. Lantaran menangis.

Itu nama saya. Dilakar sejak 1400 tahun yang lalu khas buat insan agung Sollollohu Alaihi Wasallam.

Tiba-tiba saya menggigil keseraman, roma-roma badan terasa sejuk. Degupnya pantas.

Saya menatapi ayat demi ayat. Posisi manakah diri ini? Saya hanya hamba Mu Ya Allah. Jawatan yang mana pilihan diri? Saya hanyalah Hamba Allah. Semakin ditanya semakin sayu hati saya..

Rasulullah S.a.w dibersihkan hatinya oleh Allah, dadamu dibelah dan disucikan. Disirami NUR. Agar resahnya itu hilang, pegangannya mantap.

Bagaimana pula saya? Mahu dibelahkah? Tidak perlu-lah! Al-Quran itu NUR..cahaya buat orang-orang yang ambil peduli.

Dan selimut itulah, yang mengubat keresahan dan kebimbanganmu wahai orang yang berselimut..

Terima kasih Abah Mak. Beri saya nama ini.

Supaya saya bisa, melakukan seperti insan yang Mulia disisiMU.

Muhasabah diri..tut..tut..tut..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tentang Hati ^^)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Khamis, 29 November 2012

Ajari Ku Ya Allah

By : Selimutsura



Betapa luasnya langitMu

Betapa luasnya lautanMu

Sungguh Maha HebatMu Ya Allah

Ajari ku untuk bersabar

Ajari ku untuk kuat

Besar sungguh ujian ini

Apa yang telah dilemparkan

Tidak sehebat ujian Para RasulMu

Ku bimbang ku tak semampu itu

Ku mohon hanya bantuanMu

..atas kekuranganku Ya Allah..

Supaya dapat menjadi tinggi disisiMu

Menjadi hambaMu yang rendah hati..

hanya padaMu yang mampu dan tahu..
~Ajari ku Ya Allah~


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 28 November 2012

Cinta Itu Bertasbih

By : Selimutsura



Bibir Eimam terkumat-kamit bertasbih. Memuji kebesaran tuhan yang Esa. Sudah lama dia memendamkan rasa dan rindu untuk pulang ke kampung halaman, teringat pada insan-insan yang disayangi. Selama 4 tahun di bumi Mesir banyak rintangan dan ujian yang dihadapi memaksa dirinya masih bisa melukis waktu di bumi Kinanah. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjihad menuntut secebis ilmu hingga tamat pengajian.

Acapkali Eimam memandang ke luar tingkap beit al-ujrah ketika malam menjelma. Seperti ada sesuatu yang bermain difikiran, membuatkan dia melayang-layang memikirkannya. Malam di Cairo semakin sunyi, unggas-unggas sudah tidak bising, semua turut saja pulang ke kamar sangkar, sungai Nil mengalur-alurkan tasbih memuja Rabb-nya, manakala angin meniup sayu dipangkal telinga sang pencinta di ruangan jendela.

"Bagaimanakah rasa cinta itu wahai Tuhan, sebenarnya? Bumi Cairo, bumi bertuah. Yang Engkau curahkan berkah padanya, berbahagialah penduduk Misr. Bagaimana bumi Cairo yang subur tidak boleh berpisah dengan sungai Nil. Begitupun sungai Nil tidak menghampakan bumi Cairo. Kuasa cinta apakah yang dibenihkan antara keduanya? Aku masih bertanya-tanya."

Malam itu Eimam tidak dapat melelapkan mata. Nyata persoalan tentang cinta mulai membayang-bayang dalam kamarnya. Bingkas dia bangun dan memeluk tubuhnya, dia berlalu mengambil wuduk, sebagai titisan yang mampu mengubat serba sedikit persoalan itu. Sedetik masa menjadi hamba yang kehausan cinta, sekecil cuma titipan doa.
"Ya Khaliqul a'la..ku hanya hambaMu, yang tiada kemampuan melainkan ia-nya datang dariMu. Kerjaku, amalku, solatku, ilmuku, makan minumku, sujudku, apa saja yang ku bisa kerjakan semata-mata, sebagai hambaMu. Rupa-rupanya semua ini didikanMu, bukan sekadar menjadi hamba, tetapi menjadi pencinta."
"Menjadi pencintaMu yang setia, Ya Maalikul Qulub..aku mahu menjadi itu
....Sang Pencinta... 
Tunjuki daku cintaMu yang lurus
Jalan yang bisa ku memandu orang yang ku cinta

Betapa besar nikmatMu
Yang belum pudar walau ku tlah berlaku zalim
Ampun kan daku
...Wahai Pemilik Cinta...

Moga ku bisa belajar dari bumi Cairo dan Sungai Nil.

Airmata Eimam mengalir lebih laju dari Sungai Nil. Dia memohon agar dirinya berlaku adil terhadap cinta. Allah Subhanahu wa Taala adalah Maalikul Hubb, dia bimbang dirinya lalai dengan cinta yang palsu, cinta duniawi semata-mata. Mulai itu, Eimam berkerja keras untuk menamatkan pengajiannya di Mesir, rindu pada keluarga tidak dapat diluahkan. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cinta sebenar adalah bila melebihkan masa, berbicara dengan Tuhan. Ayat-ayat cintaNya, menjadi warkah cinta. Solat bukan sekadar simbolik ibadah kepada Allah Taala, tetapi acara kita sedang berkomunikasi secara langsung dengan Tuhan. Al-fatihah dibaca tanda lemahnya kita, memohon kepada Sang Penguasa keselamatan yang abadi.

Bila cinta sebenar, mencapai maksud. Bercambahlah benih-benih cinta yang mulia di sisi Tuhan seperti kepada Ibu dan Ayah, sanak-saudara, suami dan isteri, rakan-taulan, alam sekitar, haiwan dan tumbuhan. Sifat al-Wadud itu sifat Allah, kita suka sifat Allah yang al-Wadud (Kasih Sayang).

---Love.Love.Love---

Prof Muhaya ada sebut dalam sesi di ikim.fm jam 10 pagi. "Jika kita mahu kebahagiaan dan kasih sayang, bermula dari diri, sebarkanlah kebahagian dulu barulah kita memperolah kebahagiaan semula."

Pohon yang rendang, bermula dari akar yang baik, banyak berusaha mengambil galian dan memberi manfaat kepada batang, daun seterusnya bunga. Begitu juga kita, mahukan kehidupan yang penuh kebahagiaan, perlu memberi apa yang berharga kepada orang lain untuk berkongsi manfaat yang sama. 
Orang senyum balas dengan senyuman, jika kita senyum orang balas dengan muka yang masam, automatisnya kita diracuni muka masam.

Pandangan kasih sayang kepada Ibu dan Ayah dapat pahala.

Pandangan kasih sayang antara suami isteri dapat pahala.

Pandangan kasih sayang kepada anak-anak dapat pahala.

Pandangan kasih sayang sesama adik-beradik dapat pahala.

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat romantis dan kasih sayang. Baik kepada semua orang walaupun dicerca dan diejek. Dakwah dengan kasih sayang. Subhanallah.

Allah Subhanahu wa Taala adalah Maha Cinta.

Selalu-selalulah bercinta dengan Allah Taala.

Tiada kekecewaan, tiada pendustaan, ada pengampunan.

Cinta itu, kerana Allah Taala.

menjadi kita malu pada Allah  (^^)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat cinta Tuhan :

1. Al-Hujurat (13) - Manusia yang dicintai Allah
2. Rasulullah saw. bersabda :

"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).

3. Ali-Imran (31) - Cinta Rasul Cinta Allah
4. Al-Furqan (74) - Penenang hati
5. 7 Kalimat cinta :
  • Bismillah
  • Subhanallah
  • Alhamdulillah
  • Allahuakbar
  • Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
  • Inna Lillahi wa inna ilaihi Rajiun
  • La Haw la wala Quwwata illa Billah
Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Khamis, 22 November 2012

Istanbul | Aqsa | Venice : Aku Datang

By : Selimutsura

Sengaja saya ber-mimpi

Minum secangkir cay di Istanbul

Sujud dan ziarah di Baitul Maqdis

Kunjung bebas tapak silam di Venice

Hanya sengaja. Sejarah bukti memandu hati.

Menemui bukan sekadar artifak dan tinggalan.

Tapi..

Nilai, estetika, seni.

Menjadi graduan Beriman. Cop Mohor sah!

{Lailahaillah Muhammadurrasulullah}
------------------------------------------------------------------------
Istanbul = Kota Islam Empayar Turki Uthmaniyyah selama 700 tahun
Baitul Maqdis = Tempat Nabi Muhammad di Isra' dan para nabi, gambar di atas itu Dome Of Rock, berdekatan Masjid Aqsa (berkubah hitam)
Venice = Lihat gambar ini, menara merah di St. Mark Square asalnya adalah menara masjid Senibina Islam Morocco.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hidup biar terang
Jangan dibutakan

Mata, Akal, dan Hati!!!

Dimanakah Kota MELAKA yang hilang???

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 21 November 2012

Beginilah Suami & Isteri

By : Selimutsura

Rasulullah S.a.w adalah sebaik-baik suami dalam rumahtangga ^^)

Ikut macam Nabi (S.a.w)!!!




Daripada Aisyah, riwayat al-Bukhari yang bermaksud: 


Bahawa Aisyah pernah ditanya, "Apa yang Rasulullah s.a.w. buat ketika berada di rumah?" dan Aisyah menjawab, "Baginda membantu isteri-isterinya dalam kerja rumah. Apabila datang waktu solat, baginda keluar (ke masjid) untuk menunaikan solat."

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...