ilham Ma'mum

Ahad, 23 Ogos 2009

Ramadhan Kareem

Lokasi gambar : Rabat, Morocco

Sewaktu ana belajar di sana ketika dulu.















Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Selasa, 18 Ogos 2009

"Untung Besar...ma..."

NajmeeQamar

salam...shbt2ku, ana ada satu cite yg ana lalui kelmarin, sgt2 menakjubkan. ana ingin berkongsi dgn sume...peristiwa ini berlaku pada hari isnin, 17 Ogos di persimpangan jalan menuju ke LRT STAR pwtc,sebelah tempat pejalan kaki itu, ada sebatang sungai yg besar dan deras airnyer. Sungai Klang yg kita ketahui berwarna ala-ala teh tarik, kalau pagi2 tu airnya berbuih2 hu2. ketika tu jam menunjukkan pukul 5.30 petang. ana mcm biasa berjalan kaki ingin pulang ke rumah. Ana pergi dan pulang ke ofis menaiki LRT STAR dan PUTRA.


ni la sungai tu...ana lalui di sebelah laluan kanan...pergi dan pulang..

Ditakdirkan Allah Taala ptg tu, cuaca mendung sgt2, ana mulakan langkah seribu menuju ke stesen. Lalu hujan turun dengan luar biasa lebatnya, angin yang kencang menerbangkan apa saja di situ, guntur dan guruh menggugurkan rasa berani dlm diri utk meneruskan perjalanan, ana pun berteduh di bawah laluan pejalan kaki, ana menjarakkan diri dari tiang besi pejalan kaki krn waktu itu petir sabung-menyabung khuatir keselamatan diri...hanya pergantungan pada Allah sahaja pada waktu itu...

tika angin bertiup kencang, ana terpaksa jgak bergantung pada tiang, tempias hinggakan basah baju dan suar...ana sempat mengalunkan azan sekadar sederhana mohon agar dihindari dari malapetaka. pada waktu itu, ana ternampak seorang lelaki berbangsa cina atau vietnam la...berbaju hitam disisip bersamanya beg merah. Dia seakan-akan tiadan perasaan, tidak mengendahkan bahaya yang berlaku. Dia melebarkan langkah menuju ke sungai klang yang deras, disambut dengan deruman petir yang membakar syaitan laknatullah waktu itu, hujan masih berda pada tahap maksima...

Anak mata ana mengekori gerak langkah orang cina itu. Ana terkejut, dalam keadaan cuaca yang bahaya, orang cina itu turun ke sungai dengan beraninya. Ana yang melihat seakan tak percaya. Selang beberapa minit orang cina itu, naik ke atas...apa yg menakjubkan ialah di tangannya ada jala yang dipenuhi dengan ikan yg banyak, Subhanallah beso2 ikannya, lebih kurang besar2 lengan. "Ya Allah, rezeki ada dimana2, time mcm ni pun org sgup gadai nyawa demi sesuap nasi" bisik hati ana. Lalu org itu, mengeluarkan ikan2 tadi dari jalanya...dan memasukkan ke dalam begnya. ana pun mendekati org itu, terlihat senyuman kegembiraan terpancar di wajahnya. ana ckp " U sanggup turun ma cari ini ikan, u berani buat ini macam" dia hanya gelak saja. " Ni u makan atau jual?" ana tanya diapun jawab sambil ikan2 itu masih di tangan kanan, "ini jual ma, sekilo sepuluh ringgit untung besar". lalu dia turun semula, menjala di tepi sungai dan hasilnya memang berpatutan utk dirinya.

lihat wajahnya ana tahu, ni org luar/asing mungkin warga vietnam or myanmar. Org nyer rajin cari rezeki. Moga2 Allah memberi hidayah utknya aminnnnn... Hujan masih pada tahap yang sama. lebih kurang 30 minit hujan mulai reda, ana memulakan redahan ke stesen PWTC. Dalam hati "Subhanallah, aku bersyukur...aku percaya jgn takut akan kekurangan harta krn rezeki itu ada di mana-mana..yg penting kita sabar dan bersyukur dengan apa yg ada..=)

sampai rumah pukul 7mlm. penaaaaaaaaaaaaat ana pun demam he2 Allahussyafiiii..amin
"Untung besar jika Beriman pada Allah Taala"

sekadar perkongsian bedstory sebenarnya 0k...wassalam =)

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 17 Ogos 2009

Perginya Takkan Kembali


NajmeeQamar

salam sahabat2, apa yg ana bleh katakan pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar buat mereka yang memahami erti perjuangan...jiwa-jiwa yang menyayangi Islam, hati-hati yang mahu Islam itu mewarnai segenap kehidupan, qulub yang sentiasa mu'allaqah billah, merencana perjuangan yang pelbagai mehnah dan ujian...



Beliau Ust.Asri Ibrahim tidak asing bagi ana krn merupakan shbt nasyid ana, kadang2 bertemu rasa gembira melihat senyuman seorang pejuang di arena dakwahnya. Beliau sangat meminati lagu "Dari padang pasir gersang" kerana rentak ala-ala arab dan tarannum waktu ana bersama Munsyideen Raudhah.

Kita sama-sama doakan kesejahteraan, dan dicucuri rahmat, semoga bekalan diterima Allah dan dakwah beliau diteruskan oleh anak-anak muda. Yang pergi tiada yang boleh ganti..jadikan beliau sebagai sumber inspirasi kepada firqah2 nasyid yang lain utk sentiasa ikhlas dlm bernasyid.



Hamdi Rabbani, anak arwah Ust. Asri Rabbani...

ana plg minat lagu kump Rabbani spt lgu pergi takkan kembali, hanzalah, nur melimpah dihati, nak dikatakna sume la best, mase first awal2 Rabbani mmg dah beli album nya.
Barakallahu fikum...

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

blog arwah ustaz asri..


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 12 Ogos 2009

Nur di hati..=)

NajmeeQamar

Halwa telinga kita..
santapan peringatan dri..

Bila Nur Melimpah Di Hati dari kumpulan Rabbani



Bila melimpah dihati…
Manusia itu bangun…
Dari alam kegelapan…
Ibarat mata yang berseri…

Menatapi mentai pagi…
Yang indah dan cerah menerangi…
Kerana iman dan juga islam…
Telah menjadi keyakinan…

Bila Quran dan Sunnah di daulatkan…
Ketika itu jiwa dikorbankan…
Harta kemewahan dilaburkan…
Demi untuk agama kebenaran…

Bila nur melimpah dihati..
Manusia itu bangun..
Dari alam kegelapan…
Ibarat mata yang berseri…
=)

link lagu bila nur melimpah di hati..=)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 3 Ogos 2009

MUSHTAQ =)



menangislah bintang

mendayulah hai rembulan

menatap rindu yang dalam

sendu sayu sungguh di belahan hatiku

tiada ruang yang kosong

telah memateri redha terima

lamaran cinta hantaran kasih

cincin mutiara yang suci

berlari2 ku riuhkan satu dunia

langit dan bumi

betapa nikmatnya bila bertemu

dalam sujud memendam rindu

oh Pemilik hati Yang Maha Kasih

biarkan aku rasa begitu

dalam dakapan itu

=) Wallahi Uhibbullah Jiddannnnnnnnnnnnnnnnnnn...


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendah dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...