NajmeeQamar
Salam shbt2 yang tidur memakai selimut atau enggak he2 ana ingin berkongsi ilmu bersama antum...tentang namanya hati, qulub, heart, dup dap dup dap...berbunyi =)
Hati adalah anggota istimewa, mengerlip lip lap lip lap...yang tersembunyi di dalam jasad manusia dan makhluk2NYA...akan tetapi hati manusia itu sungguh berbeda, istimewa, anggun, halus, seni dan lebih berharga daripada selautan permata.
Hati pastilah berdebu andai tidak digilap, hati pastilah hitam andai tidak dicuci...disini ada fatwa2 orang tua = petua-petua he2 eh...bukan tetapi inilah anjuran agama Islam tercinta. Bagi sesiapa yang mahukan resepi2 mencuci hati boleh la kita amalkan bersama2. Sumber ini daripada Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
Mari putera puteri kita amalkan =)
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan......... Kalau nak belanja pun kena tengok poket dulu – kalau penuh bolehlah....
13. Jaga pemakanan - jangan makan makanan yang syubhah.
14. Berkawan dengan alim ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat
ana tambah extra lagi he2 insyaAllah cantik dan anggun Hati antum nanti =)
18. Solat dhuha - Murah rezeki, Mudah keje, Manis wajah, Bercambah benih syukur...
19. Amal ma'thurat - hajat antum insyaAllah di makbulkan amin..istiqamah tau!
20. Sayangi ibu bapa - "I Luv U mama, papa, ummi, abie" =)
Oke sahabat2 selamat mencuba..selamat merasai kemanisan iman..Bawalah Hatimu kepada Allah =) salam perjuangan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan