ilham Ma'mum

Jumaat, 18 Februari 2011

Ceritanya Belum Habis lagi..

By : Selimutsura

Belum ku habiskan kata-kata ku
Tentang kemuliaan diri mu
Wahai insan agung pilihan Allah
Kisah - kisah sirah yang panjang
Bermula lahir mu
hingga saat genting di hujung
hembusan nafas mu yang agung

"Ummat ku Ummat ku Ummat ku"
sempat jua tatkala maut menjemputmu
Memisahkan jasad dan ruh mu yang suci
Perbarisan Malaikat dan bidadari
membarisi mengiringi mu diangkat ke syurga
Namun janjimu tetap pada umat mu
Umat mu Muhammad akan terdahulu hitungannya ke syurga
sebelum yang lainnya

Istimewa sungguh kalian umat Muhammad
Umat terakhir Umat terawal melangkah ke Jannah
Besarnya CINTA Rasulullah SAW pada kalian
tetapi besarkah CINTA kalian padanya?
Sombongnya kalian, lokeknya kalian
hanya selawat pun sukar
berapa kali kalian memujinya
berapa kali kalian solat jemaah dan tunaikannya
Kalian mengaku umat Muhammad..

Jangan hari itu sahaja diingati
Ingatlah setulus hati
Setiap hari sayang Rasulullah
Setiap waktu Selawatlah
CINTA apa yang kalian mahukan
mengkhianati CINTA Rasulullah untuk org lain lebih darinya
Buktikan amalkan
Akhlak terpuji, santunan sepanjang zaman..

MUHAMMAD RASULULLAH HABIBULLAH
MUHAMMADKU RINDUKU CINTAKU
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA BARIK ALAIH WA ALA ALIHI WA ASHABIHI


Assalamualaikum sahabat2,
Ukhwah ini semuanya kerana Allah kerana dengan nikmat bersaudara segala urusan kerja dan ibadah dapat disempurnakan dengan lebih baik. Bahkan pahalanya berganda lebih dari yang biasa. Jadilah insan luarbiasa yang berfikir untuk memajukan diri sendiri. Bukan sekadar menjadi pak turut sahaja tetapi Kereta Kebal yang sarat untyuk meletupkan idea-idea baru.
Sesi Penceritaan tentang Kaitan Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Uthmaniah

Untuk dijadikan ceghitanya, dunia Allah ini tidaklah sebesar mana, setelah berpisah sekelian lama dari sekolah menengah kami diketemukan dalam suasana yang berbeza. Bukan bentuk saiz badan sahabat ana yang berbeza bahkan Zaujahnya juga berbeza bangsa dengannya hihi alhamdulillah beliau sudah diijabkabulkan dengan gadis TURKI setelah berkenalan dalam ekspedisi perniagaan di sana. Ekspedisi perniagaan rupanya menjadi ekspedisi cintanya.
Ana diperkenalkan dengan sahabat2 drpd TURKI dan mereka membahaskan sesama mereka sebagai ABI (Brother). Sejarah Islam yang gemilang pernah dilakarkan oleh bangsa mereka. Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW tentang Raja sebaik Raja, Tentera sebaik Tentera yang akan menawan KOta Konstantinople ketika itu di bawah kerajaan Byzantium.
Hidangan CAI (Teh) dan pudina tradisi mereka

Mereka lebih gemar berbincang tantang iSLAM, Sejarah, Kehidupan, kebudayaan dan Isu Setempat. Sifat keterbukaan mereka dalam persaudaraan sangat hebat hingga kita rasa malu untuk berjumpa kerana layanan yang baik. Mereka banyak menyebut tentang akhlak2 Rasulullah SAW sbg contoh ikutan. Akhlak Rasulullah itu Al-Quran..(~~.)


Inilah Maqlubey (Maqlubah) yang menjadi favourite ana uhu best..

Pada Isnin lepas ana bersama sahabat nasyid sengaja singgah2 di kedai DO RE MI, melihat alat2 perkusi. Harga2 yang ditawarkan agak berpatutan. Pusing2 pada waktu rehat berdekatan Ofis..=)
(DJEMBE)
(CONGA)
(BONGO)
(CAJON)
nTAH La..hihi
Kene beli jugak satu..=)

Ikat tali persaudaraan
Tali itu taqwa dan Iman

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...