ilham Ma'mum

Khamis, 21 Januari 2010

MUSLIM STARZ =)


NajmeeQamar

Salam sahabat2...apa khabar kekasih antum yang bernama "sayangku IMAN"?
ana mengharapkan IMAN antum cantik, jelita, hensem dan menawan sentiasa...mantooop!!! bak kata Ustaz Zamri dalam rancangan kegemaran disukai ramai Mari Mengaji di TV9.

perkongsian ini bertitik tolak dari hati ke hati...melihat setiap kerenah dan merasai rencam hidup manusia, yang mana ana juga turut menyelaminya dengan lebih mendalam.

"POTENSI"

Antum tahu apa sebenarnya "POTENSI" ini...cuba antum renung2kan =) haaaaaaa dapat tak??? jawab sendiri he2 ana mengenali perkataan POTENSI ini bila ana berumur 20tahun..lambatkan...alhamdulillah..syukran khaira jaza' buat Bro. Sham (Tuan Tanah Asaexplore Consultancy) yang byk memotivasikan diri ana, dari seorang yang pasif, pendiam dan pemalu sangat..hasilnya..jeng3! =)

Kita adalah makhluk Allah yang paling mulia, berpotensi untuk memperoleh apa sahaja kemahuan asalkan antum ikut formula ini :

Usaha Mujahadah + Doa dan Airmata + Yakin Berserah = Syukur, Sabar, Redha =)

Firman Allah Taala dalam surah at-Tin (4) maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian"


manusia banyak kelebihan yang Allah beri terutama kita umat Islam, setiap jiwa Muslim mempunyai "TALENT" berbeza-beza, alangkah bagusnya andai umat Islam bergabung, bersatu tenaga...mungkin gabungan berlandaskan IMAN ini menghasilkan satu "AURA" atau IMPAK yang boleh menundukkan keangkuhan kerajaan BARACK OBAMA dan sekutunya, malahan merobohkan kekebalan kekuatan infantry mereka...tak mustahilkan perjuangan medan Badar 313 masih merah di dada pencinta syahid...Allahuakbar!!!

semalam selepas menunaikan kewajipan sbg penghuni sementara di muka bumi ini, ana bersama2 abah ana pergi bermain badminton (Fav sports...ana lama tak bersukan jadi malam semalam semangat lebih he2 sampaikan servis pun sangkut je kat jaring)
ana perhatikan seorang kanak-kanak yang tomei sgt2...berbaju sut sukan umurnya dalam 2 atau 3 tahun ikut ayahnya...begitu mesra sampaikan ana terharu tengok huhu anak kecil itu memegang raketnya yang comel dan lagak seperti pemain profesional, kecik2 da ada potensi =) di sebalik dinding ana terlihat pula makhluk Allah yang kecil berjuta kali ganda dari kita iaitu semut yang tersemat namanya dalam al-Quran (Surah an-Naml)...kelebihannya semut boleh panjat dinding dengan pantas tanpa sebarang masalah...wah subhanallah, sahabat2 sume cuba la try panjat dinding??? Toin!he2 boleh tak...aiseymen =B


mereka makhluk yang unik kerana semuanya bertasbih dan mentaati perintah Allah taala seperti firmanNya yang bermaksud :

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al Hadid : Ayat 1)

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Israa’ : Ayat 44)

jadi kita kena banyak bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan, ana rasa bersyukur sangat...walaupun ana tak seperti sahabat2 perjuangan yang lain, sambung belajar secara fulltime dan ke luar negara tapi ana menerima ketentuan ini dengan hati terbuka, tenang, tenteram dan senyuman seluas-luasnya =)) ana merasa cukup dengan apa yang ada...apa yang pentinggg??? jawab2!!! BERSYUKURLAH he2 dapat simpan duit untuk manfaat pada umat, pakej dalami ilmu untuk manfaat diri dan orang lain...MALESHHHH!!!byk2 la berzikir...

Firman Allah Taala maksudnya :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar Ra’d : Ayat 28)


walaupun kita susah pun, walau kita hadapi kesukaran pun, kita hadapi dengan tabah dan sabar ...jangan putus asa...kuatkan semangat...Chaiyok2!!! apa yang kita lakukan kita sandarkan pada Allah Taala ye =)

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang
yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa
innaa ilaihi rajiuun” (Al-Baqarah: 155 - 156)

Baru semalam sahabat perjuangan ana mesej, dia ada permintaan...minta ana buatkan satu lagu bersama lirik tentang "perkahwinan" atau "isteri solehah". Ana tersenyum melihat mesej tersebut...he2 beliau sudahpun berumahtangga..jadi ana kenalah tunaikan permintaan murninya...untuk dimuatkan di dalam video perkahwinan mereka sebagai hadiah utk Zaujahnya. Ana cuba yang terbaik ye sahabat...moga kekal hingga ke syurga dan dikurnia Pria2 dan Perawan2 yang soleh Solehah =)


Gugusan Sabda Baginda SAW yang bermaksud :
“Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul yaitu :
berkasih sayang, memakai wewangian, bersiwak dan
menikah” (HR. Tirmidzi)

Firman Allah yang bermaksud :
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Ruum : ayat 21)



Oke..sahabat2 itu saja perkongsian ana yang ciput pada kali ini, jangan putus asa ye ingat Allah ada selalu disamping antum semua kerana KETIKA itu CINTA mu BERTASBIH mengharapkan AYAT-AYAT CINTA dariNya...salam mujahadah =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...