Kunjung ke Blog Saya
Rabu, 30 Jun 2010
Kita lah "DAEI" =)
NajmeeQamar
Assalamualaikum shbt2 semua..kabare? ana alhamdulillah ( w . a . r . a . s ) tetapi kurang rehat sikit seharian agak kepenatan kerana kesibukan di meja dengan kerja-kerja yang semakin menimbun setinggi gunung Kinabalu..dengan staff yang bertukar jabatan dan unit kini ana menanggung tugas yang diberikan..adik2 balik umah je tengok ana agak kusut sikit apatah lagi ana sedang menduduki peperiksaan sepanjang 2 minggu ini..ujian pertengahan pula tidak hadir atas urusan kerja jadi pensyarah pun beri tempoh minggu ini untuk menyelesaikan semuanya "kullu" ...kadang jiwa menangis kerana luahan airmata padaNYA mampu menjadi penawar fuhhhh...realiti dunia pekerjaan ana jam 8 pg mula kerja jam 5.30 ptg baru ana pulang melalui denai-denai yang agak sibuk dan mengkusutkan. Minggu ni pula hujan lebat mencurah2..anugerah Allah semakin rancak ditakdirkan untuk menyuburkan tanah yang tandus, membersihkan bandaraya yang kotor umpama hati yang memerlukan pembersihan, bertambah seri dan menawan apabila siraman taqwa melimpahi jiwa, ana pun turut basah tempias-tempias berteduh hingga magrib menjelma =)
Masjid adalah tempat yg paling2 sesuai untuk menyucikan jiwa, mencari ketenangan dan tangisan. Ana suke round2 cari masjid2 kerana amalan ziarah2 masjid ni mmg best dan merupakan satu sunnah yang digalakkan. Sedang ana asyik mentadabbur dan menghafaz...selepas solat magrib ana terdengar suara anak-anak kecil...ana pun menjenguk sedikit ke luar pintu..terpandang seorang Bapa dan 2 orang anak perempuan lengkap bertelekung. "Bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillahhirabbil alamin...." suara kanak-kanak yang comel berkumandang mengaji di beranda masjid. Kakaknya berbaju ijo dan adiknya berbaju pink..=) Ya Allah bahagianya...seorang bapa mengajar anak2 perempuannya..senyum ana melihat gelagat mereka kerana bapanya terpaksa mengawal celoteh anak2nya yang sekejap berlari-lari...hihi anak soleh solehah aminnn
“Dan orang-orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”.
(Al-Furqan: 75)
Proses menyiapkan assigment Fiqh Sirah dan Bahasa Arab perlu ana cernakan kerana tempoh yang agak singkat, minggu ni pula exam dijalankan. Ya Allah permudahkan urusanku...aminnn Ya Alllah...andai ana lambat hantar ana berserah pada Allah yang mengetahui kesedihan ana dan kegembiraan ana..ana buat yang terbaik, tapi terdetik jua bebanan ini amat memeritkan, kadang mata pun sukar nak dibuka, kadang fikiran pun melayang entah kemana...apa yang ditaip pun ana sendiri tak faham...inilah ujianMU ana redha..kerana ana yakin Allah itu sentiasa memahami hambaNYA..ashkuru Ya Allah...(-.-)
Hai Mujahid Mujahidah kalian semua adalah DAEI walaupun penat sekalipun usaha dakwah perlu diteruskan. walau sakit kalian telan tetapi manis nanti yang kamu akan hasilkan. Di dalam Kitab Fiqh Sirah yang ana perlu ringkaskan memang itulah yang tercatit..tentang penyebaran Rasulullah s.a.w akan dakwah Islamiah. Semenjak dari awal permulaan Islam di perkenalkan oleh Baginda s.a.w kepada penduduk Mekah, penentangan dan penindasan yang dahsyat, mereka dihina diejek disekat dan dipulaukan. Bahkan Rasulullah s.a.w yang kita cintai turut jua menerima bahana tersebut. Sebak terasa bila ana membaca perjalanan sirah ini..kerana Rasulullah s.a.w dan para Sahabat serta Muhajirin begitu terseksa diperlakukan oleh Musyrikin Mekah. Tetapi demi dakwah Islamiah ini tersebar luas dan memenuhi tuntutan syariat yang benar mereka berjaya meredahi lautan dan ombak yang membadai dan menghempas.
Allah SWT mengungkapkan rencana makar mereka (Musyrikin) di dalam ayat Al-Quran:
“ Dan ingatlah ketika orang-orang kafir telah bersepakat untuk melakukan makar kepadamu, untuk menangkap atau membunuhmu atau mengusirmu, mereka berbuat makar dan Allah pun membuat makar untuk mereka dan makar Allah adalah lebih baik dari makar mereka”
(Al-Anfal, 30)
Selepas Badar al-Qubra, Uhud, dan beberapa siri peperangan (Ghazwah yang diketuai Nabi s.a.w sendiri dan Sariyyah yang tidak disertai Baginda s.a.w), dan terbinanya persaudaraan Muhajirin dan Ansar, serta terbina nya kota Islam Madinah, Fathu Makkah akhirnya menjadi pelangkap era dakwah Islamiah yang berjaya...yang telah mereka korbankan dengan nyawa dan darah, harta dan keringat, tangisan dan senyuman..dalam menegakkan sebuah kerajaan Islam..agar bendera Lailahaillallah Muhammadurrasulullah berkibar setinggi-tingginya...Allahuakbar!!! laungan itu sunnah buat semua para Du'at (jama' Daei)menyahut panggilan menegakkan Islam di serata desa, kampung, daerah, negeri dan negara kerana Islam untuk Semua..yang PASti (.^^)/
Airmata mengalir dipipi..biar tersingkap sedih sendiri..abadi dalam cintaMU..
Selasa, 22 Jun 2010
Musafir di Bumi Tok Guru (2) =)
NajmeeQamar
Salam wa alhamdulillah, dikesempatan ini ana ingin menyambung pengembaraan ana yang masih tertangguh di blog ini. Bismillah di awal kalam, Selawat dan Salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad SAW dan ahli bait serta para sahabat Baginda. Doa sejahtera buat Para Alim Ulama' yang telah meninggal musafir di bumi Allah ataupun yang masih dalam pelayaran.
Semalam pulang dari kerja, ana melihat Mak berpuasa dalam keadaan sedih, ana renung dari riak wajahnya yang sayu sambil bersandar di dinding dapur menyentuh hati ana. Ana tertanya-tanya kenapa mak sedih hari ni...lalu persoalan itu terjawab bila adik ana memberitahu cincin pemberian Abah pada Mak terjatuh dalam bilik air...Abah dan Mak dah cuba cari tetapi usaha itu tidak berjaya. Sayu dan sendu berbaur suram membuatkan rumah tiada serinya..Mak menangis seorang di bilik mengingatkan cincin istimewa pemberian Abah. Ana cuba memujuk tetapi ana tak menyentuh cincin hilang tersebut kerana nanti Mak lagi sedih...huhu Mak makan pun tak berape nak selera...ana berdoa agar Mak ceria kembali...aminnnn ehm!!!
PCB Kota Bharu, Kelantan :
Selepas musafir di jalan raya yang begitu panjang...di matikan seketika untuk bertemu hari esoknya. Kami bersiap siaga mengemas barang-barang program. Peserta lebih kurang 100 lebih yang terdiri daripada pelbagai badan sektor awam. Majoriti adalah para pendidik dan kakitangan awam. Program ini diisi dengan slot ceramah pertama yang menyentuh tajuk "Realiti Umat Islam di Malaysia". Penceramah begitu bersemangat menanam kekentalan umat Islam supaya sedar akan matlamat sebenar kejadian manusia sebagai Khalifahtullah. Mencari matlamat sebenar kehidupan dan apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan yang diimpikan? bagaimana memperolehinya? adakah kita sudah memperolehnya? atau kita sudah tersasar dari landasan yang telah ditetapkan syara'. Slot ini menarik kerana diselit lagu-lagu, mukaddimah barnamij di mulai dengan bacaan Asma'ul Husna 99 Nama Allah, ana menyoal diri ana dan antum semua berapa kali dalam sehari kita sebut Asma'ul Husna? Seminggu? Setahun? dah hidup berpuluh2 tahun tapi tak sedar lagi huhu rugi ana rasa..ana sedih dengan diri ana...mudah-mudahan kita sama-sama jadikan ia sebagai amalan pada permulaan nafas dan hembusan bangun daripada tidur...insyaAllah..
Antara klip Video yang menyentuh ana adalah apabila penceramah membuka lagu RINDU-HIJJAZ..dengarkan sahabat2...moga Allah memurnikan hati kita dengan cintaNYA...
Selepas itu, penceramah cuba menyelusuri realiti kehidupan umat Islam di Malaysia yang majoriti berbangsa Melayu yang tersasar jauh daripada matlamat asal dalam kehidupan. Mereka hilang jatidiri, maruah dan tanah pusaka kerana lalai dengan mainan dan tipudaya syaitan dan manusia. Terpengaruh dengan gangsterisme, hidonisme dan westernisme yang melampau. Klip Video Palestin menjadi jawapan kepada segala-galanya...kemusnahan, kebiadapan, kesedihan dan kebenaran...sebenarnya kita diserang oleh musuh daripada segenap sudut...tapi kita tak sedar akan perang saraf ini. Titisan airmata mula mengalir...membasahi wajah-wajah peserta, mudah-mudahan kesedaran ini membangkitkan semangat mereka untuk kembali meniti jambatan hak dan memperoleh jawapan daripada persoalan-persoalan yang timbul.
Lahir jawapan dari hati, "Mardatillah" itulah matlamat dan "Intifadah" itulah perlaksanaannya...
Ana berehat seketika, menikmati sendirian di kerusi kedamaian tepian pantai PCB yang mengibas-ngibaskan udara dari Laut Cina Selatan...menderu laju umpama tentera Salahuddin yang bergerak maju malah lebih laju mengungguli zaman semata-mata mencari Mardatillah...walaupun maut yang datang menderu....
Perkongsian sementara...bersambung (^^,)v wallahua'lam
Ahad, 20 Jun 2010
Musafir di Bumi Tok Guru (1) =)
NajmeeQamar
Salam sahabat2 maaf banyak2 lama sudah ana meninggalkan jejak di blog Selimutsura ini..panorama blog yang makin menghijau setelah tempoh setahun jagung ana mula menulis di laman ini..alhamdulillah moga manfaatnya ada walaupun sekecil manapun...meninggalkan jejak dakwah kerana kita tak tahu mungkin sampai bila kita akan menhirup udara dunia ini kerana yang pasti kita hanya tinggal sementara di bumi ini.
Musafir - Selimutsura di bumi Tok Guru barangkali merupakan kembara yang di rancang oleh Allah Taala untuk ana, ana tidak menyangka doa ana pada rehlah yang lepas untuk melepaskan rindu pada bumi serambi Mekah ini..di bawah lembayung pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. Pengembaraan selama seminggu mengumpulkan 1001 macam kisah yang ana pun tak dapat nak ceritakan semuanya, sebelum ini ana ke sana ke baait sodiqi Akhi Wan Hakimin itupun pada awal tahun 2009 sebelum dia ke Jordon. Sahabat baik ana dunia akhirat amin2..Chaiyok2 Sheikh di sana =)
Musafir ke Kota Bharu @ NewCastle (Madinatul Islam), Kelantan Darul Naim. Perjalanan 500 KM lebih ke sana atas tiket kerja ana ke sana dengan satu misi iaitu memberi kesedaran tentang realiti umat Islam kini kepada saudara-saudara Muslim daripada Cuepacs Nogoei SomBilan..berkenderaikan kuda berenjin, ana dan sahabat2 seramai 7 orang menyiapkan segala kelengkapan untuk dibawa. Jam 11 pagi dari Kuala Lumpur ke Kelantan mengisahkan kepenatan dan keletihan perjalanan itu. Apatah lagi jika zaman Rasulullah SAW dan para sahabat mengenderai unta yang berjalan beribu-ribu kilometer untuk misi menyebarkan Islam. Niat kerja kerana Allah adalah prinsip sebagai badan NGO. Disebabkan pemandu kami ini orang Kelantan, jadi memang pakar dalam selok belok ke sana, jalan-jalan pintas yang jarang digunakan oleh mana-mana kenderaan pacuan 4 roda. Pada detik ini, kami melalui kawasan perkampungan orang asli yang perasan kelibat kami melalui kawasan mereka. Aircond yang tadinya dipasang dimatikan, kami menikmati udara semula jadi yang membuat hati ana tertunduk syukur..merasa kerdil dengan keindahan kebesaran Allah Taala...Subhanallah, kalaulah antum ada bersama huhu hanya Allah yang Tahu (^^,)/ Bersolat Jumaat di Musolla di Lipis menambahkan lagi kedamaian di hati, khutbah bertemakan Islam sebagai Cara Hidup amat bertepatan dengan Rehlah kami ini. Senibina ala-ala kampung..berjemaahkan tidak sampai 100orang agak menakjubkan ana...mungkin inilah harga sebuah pengembaraan.
Ziarah sebelum tiba destinasi sebenar, kami semua singgah di Selinsing, ana tak ingat di daerah mana dalam wilayah Kelantan..singgah sebentar di rumah Akh Bakri untuk menikmati juadah makan malam. Tiba di laman rumahnya penuh dengan binatang-binatang ternak yang bebas ke mana sahaja. Ada biri-biri, ayam kampung, kera, itik2, dan lain-lain hihi lucu jua rasa di hati ini. Juadah ma'kulat malam itu istimewa sekali, pertama kalinya ana menikmati gulai itik serati...rasanya liat2 sikit la nasib baik gigi ana beso boleh la gigit je..hihi alhamdulillah berbeza daging ayam dengan itik...kalau nak tahu try la makan =) bila da sampai di Bumi Tok Guru ni, mula la kecek2 kelate..dulu ana rajin kecek loghat kelate ni dengan sahabat2 dari sana..expecially Hakimin, Rasyidi, Jamhuri, Amiro hihi memang terbelit2 la lidah ni..tapi lama-lama da makan budu selalu mudah la...make budu jadi gini..(^.^)
Alhamdulillah ziarah seterusnya ke destinasi utama, melewati Kota Bharu, Bandaraya Islam pada jam 10 malam melihat suasana kerlipan-kerlipan lampu di sekitar bandaraya...orang ramai berpusu-pusu ke Wakaf Che Yeh, jalan agak sesak menyebabkan perjalanan kami agak terlambat ke destinasi. Namun begitu alhamdulillah inilah kELAntan yang dihebah2 kan oleh pihak kerajaan tidak maju, mundur dan sebagainya hanyalah kata-kata orang yang takutkan dengan bayang-bayang sendiri. Kemajuan seimbang yang Tok Guru ingin tonjolkan menjadi adunan rasa yang baik, mengembalikan keharmonian Islam dalam kehidupan yang tidak menolak kemajuan dan kepesatan ekonomi. Kini Kelantan antara hub contoh bagi makanan halal dan aktiviti ekonomi yang maju...kerana ana melihat lebih 80% penduduknya mempunyai perniagaan sendiri. Malahan berniaga kecil-kecilan juga bertaburan di bahu-bahu jalan...ini merupakan contoh mereka mewarisi sunnah Nabi Muhammad SAW yang berniaga mengikut bapa saudaranya Abu Thalib dan membawa dagangan Saidatina Khodijah ra. Ana jua berniaga kecil-kecilan hingga kini...insyaAllah satu hari nanti ana berniat dan berazam ingin membuka perniagaan sendiri amin...rezeki yang halal lagi baik amat dituntut =)
Akhirnya jam 12 barulah kami tiba di PCB Resort berdekatan Pantai Cahaya Bulan, dahulunya Pantai Cinta Berahi tetapi selepas Tok Guru di bawah PAS nama itu di tukar dengan lebih baik iaitu pantai CAHAYA BULAN hihi simbolik kepada bendera PAS. Alangkah gembiranya ana waktu perjalanan ke sana ana melewati Kg. Banggol, baait akhi Hakimin sahabat ana yang kini berada di Jordon...niat di hati mahu saja ziarah ibu dan ayah nya. Amin...insyaAllah. Malam sudah makin cemburu, keletihan tidak mematahkan kami untuk menemui misi kami yang akan bermula esok hari. Semoga amalan kami hari ini diterima Allah...(^^.)v
Bersambung....
Qolbun Salim =)
NajmeeQamar
Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT karena bila bersih niatnya maka Allah Taala akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlas) maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak sabda Rasûlullah SAW :
"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya"
(H.R. Muslim dari AbĂ» Hurairah ra ).
Wahai hati tatkala kau sendirian
ada yang hadir memujukmu..
Wahai jantung hatiku tatkala kau kesedihan
ada yang datang menggembirakanmu
Wahai penawar hatiku tatkala kau kegelisahan
ada yang rapat menenangkanmu
Wahai permata hatiku tatkala kau kekesalan
ada yang berlari mendakapmu
Wahai pemburu hatiku tatkala kau kesamaran
ada yang menyinari mencerahkan
Wahai hati yang bercinta teruskanlah menangis
kerana dalam tangisan ada yang manis jadi senyuman
Wahai Pemilik hati Ya Allah..aku hanya insan biasa yang mencintaiMU
suburkanlah, siramilah, balutilah, selimutilah....Hati ini...=)
Isnin, 7 Jun 2010
Lamaran Cinta =)
NajmeeQamar
Salam sahabat2 lama jua tidak ana coretkan lamaran rindu disini, selepas tercetusnya kehangatan Flotilla ke atas kapal Mavi Marmara. Pejuang-pejuang kedamaian..Islam menganjurkan perdamaian bukan dengan peperangan...tetapi jangan dicuba tentera berjiwa jihad ini mereka sanggup berkorban demi kelangsungan perjuangan besar Nabi Muhammad SAW. Teringat lagu semangat...Beramal kerana Allah...=)
Bulan Jamadilakhir kian menyusut pergi, masa-masa bertempiaran lari meninggalkan kita...Babulrajab semakin menghampiri. Menatang dosa-dosa yang ingin ku hapuskan...perasaan di hati sangat sayu dan sedih...bila hati mula meringkuk mengecil mengenangkan..muhasabah senja yang semakin membuak-buak menadah tangan memohon kudrat kekuatan meniti perjuangan. Kesibukan harian yang sesak dan menyeksakan, namun ku lampirkan dalam ibadah demi Islam tercinta...biarpun nyawa biarpun dicerca biarpun sendiri namun ku takkan berpaling...biarkan kata-kata aku tahu apa yang ku lakukan...biar saja Allah Taala yang menilai...
Melodi rindu pada Rasulullah SAW jangan ditanya, ku menangisi kerana mencintai, ku sebut-sebut sanjungan kerana kekaguman, alangkah gembira di hatiku namamu (Muhammad Ya Habibi) ku jadikan pendamai hati di kala kerinduan..telah lama meninggalkan ku, sunnah mu ku tekad perjuangkan...akan ku kibar panji-panji segenap memori perjalanan kembara perjuangan ini...Sollu alaih..
Rumah sunyi tanpa riuh dan rendah...hati juga turut sunyi, usrah tercinta pulang ke kampung nun tercinta, sendiri melayan diri yang kadang berpuisi berbicara. al-Quran menjadi sambutan sinar malam, airmata demi airmata, membisu tanpa rasa lesu melemaskan mata dalam cinta, buaian lagu-lagu nasyid melalui jendela hati..wadah perjuangan ku yang paling ku minati...janganlah dipatahkan semangat ku, aku mewaqafkan apa kelebihan untuk Islam..apalah sumbangan kecil ini berbanding dengan Mujahid-Mujahidah di luar sana dan para Soleh Solihin terdahulu...aku serba kekurangan, aku serba jua kelebihan...Allah itu Maha Adil, ada suka ada duka, ada hitam ada putih...tidak semua ada yang sama tapi ada rasa yang sama iaitu mencintai Islam..Islam merangkumi tiga rangkai kata ulama' Tauhid, Fekah dan Akhlak@Tasauf tanpa salah satunya maka kecacatan akan berlaku...meriahkan =)
Firman Allah Taala dalam surah az-Zumar ayat 42 :
"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir"
Kematian adalah pasti..hadir tiba tidak menentu, ku cintakan kematian namun takuti lah mati...mana amalan atau bekalan di akhirat nanti...ku mengingatkan diri agar hati ku terhantuk..sedar dari lamunan mimpi, dunia memang indah Subhanallah...namun lebih indah Syurga Allah Taala...biarkan aku hiba bersama cinta ini...Khusnul Khotimah...aminnnnnn.....
Rabu, 2 Jun 2010
Dunia Bersuara - Palestin & Gaza
NajmeeQamar
Dunia bersuara tanpa henti
Menjerih kalimah kesengsaraan mu...
Ya Ayyuhal falatiniyyun..antum minna..wa nahnu minkum...Allahuakbar!!!
Dunia berdemontrasi tanda kecaman terhadap Israel Zionis Laknatullah daiman selepas peristiwa tergempar penahanan Kapal Mavi Marmara.
-Ramallah-
-Paris-
-Belgium-
-Karachi-
-London-
-Tehran-
-Greece-
-Istanbul-
-Belfast-
-Norway-
-Sweden-
Dunia bersuara tanpa henti
Menjerih kalimah kesengsaraan mu...
Ya Ayyuhal falatiniyyun..antum minna..wa nahnu minkum...Allahuakbar!!!
Dunia berdemontrasi tanda kecaman terhadap Israel Zionis Laknatullah daiman selepas peristiwa tergempar penahanan Kapal Mavi Marmara.
-Ramallah-
-Paris-
-Belgium-
-Karachi-
-London-
-Tehran-
-Greece-
-Istanbul-
-Belfast-
-Norway-
-Sweden-
Perhimpunan Terbesar buat Palestin & Gaza
NajmeeQamar
Salam sahabat2, wahai jiwa2 yang mencintai Islam, mendakapi Iman, menghidu dan menghembus seruan jihad, marilah kita beramai-ramai berkumpul menyatakan ketidak relaan kita melihat kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestin & Gaza. Doa-doa kalian menjadi senjata moden versi Sultan Muhammad al-Fateh yang menghancurkan kubu2 keangkuhan laknatullah Israel Zionis. Tembok-tembok yang kukuh akan kami musnahkan dengan bantuan dariMU Ya Allah Ya Jabbar Ya Kohhar...solidaritiMU dari yang nyata dan yang ghaib akan turun menghempas perasaan takut buat musuh-musuh yang menzalimi kami. Kami percaya bendera Nabi Muhammad SAW akan kembali membawa panji-panji..cahaya Islam.. kami tidak kalah dan tidak akur...bahkan kami gagah menghadapinya... Allahuakbar!!!
1. SOLAT HAJAT PERDANA MENYOKONG KONVOI GAZA
TARIKH : 3 JUN 2010 (KHAMIS)
TEMPAT : STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
MASA : MULAI MAGHRIB
ANJURAN : KERAJAAN NEGERI SELANGOR, MELALUI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
SUMBER : SURAT KHABAR SINAR
DISERTAI OLEH PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI, NGO, DAN WAKIL PALESTIN.
2. END OF SIEGE
ISMA, Aman Palestin dan PEMBINA akan menganjurkan rapat umum seperti berikut:
Tempat: Di depan Kedutaan Turki
Tarikh: 4hb Jun 2010
Masa: 11 pagi.
Rapat umum ini bertujuan memberi sokongan kepada kerajaan Turki, rakyat dan para syuhada’nya dalam usaha mereka menghentikan kepungan yang dikenakan ke atas Gaza sejak sekian tahun.
SUMBER : PALESTINKINI
Semua dijemput turut serta.
3. JEMPUTAN DEMONSTRASI BESAR-BESARAN SECARA AMAN MENGUTUK SERANGAN REJIM ISRAEL KE ATAS KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DAN MENERUSKAN DESAKAN TERHADAP KERAJAAN AMERIKA SUPAYA CAMPURTANGAN MENGHENTIKAN KEGANASAN ISRAEL KEPADA WARGA DUNIA.
Merujuk kepada perkara di atas, kami menjemput tuan untuk bersama-sama hadir dalam acara tersebut di atas. Maklumat adalah seperti berikut:
Acara : Demonstrasi Besar-besaran Mengutuk Keganasan Israel dan serahan memorandum
Lokasi: Di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang.
Masa : 2.00 petang (Selepas Sembahyang Jumaat)
Tarikh: 4 Jun, 2010
SUMBER : http://www.lifeline4gaza.org/2010/06/03/jemputan-menyertai-demo-soladirati/
Selasa, 1 Jun 2010
"MAVI MARMARA"
NajmeeQamar
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa semalam.
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.
sumber : CMT-LL4G
Marilah sahabat2 semua kita doakan moga pejuang2 ini, diberikan Allah taala kekuatan, keazaman dan kesabaran yang tinggi sepanjang menghadapi ujian di Perairan Mediterranian dan penjara Israel...
Kuasa doa antum boleh mengubahnya, bersatulah wahai umat Islam kita memboikot mereka...bila lagi...darah kita mudah sahaja mereka tumpahkan..di mana Pahlawan Gagah Salahuddin Ayyubi? di mana Perancang Perang berkuda Khalid al-Walid? di mana Kapten kapal terulung Cheng Ho, di mana Pemecah Tembok Kekufuran Constantinople Sultan Muhammad al-Fateh...
Wahai pejuang2 MAVI MARMARA ana umpamakan antum adalah "TENTERA AL-FATEH MODEN" Pecahkan tembok keangkuhan mereka, binasalah Kau Zionis Israel...Laknatullahi alaikum daiman...abadan...kau buat aku marah, membela mengibar bendera Iman....huhuhu Allahuakbar!!!
Langgan:
Catatan (Atom)