ilham Ma'mum

Isnin, 6 Jun 2011

Setanggi Kasih 2 ~ continue ~

By : Selimutsura

Bertahtakan Kilauan Cinta
Terbias Pancaran Rindu
Saga merah senja warna
Merawatt hati yang sendu
Biarpun ada kisah NurKasih the Movie tapi masih tak setanding kisah Ketika Cinta Bertasbih, Ketertiban menjaga tatasusila, ada garis panduan yang teliti agar kisah yang dipaparkan mendatangkan sayap - sayap yang mengibaskan aura2 syariat Islami. Konsep Filem Islamik begitu hangat sambutannya, namun pada sisi agama perlu diambil kira, apa nilai kutipan berjuta-juta harga namun menyisihkan kesopanan sebagai seorang muslim. (Nasihat diri dan org lain yg sedar)

Riau (Hari Kedua) 20 JamadilAwal = 24 April 2011

Selepas bersolat subuhnya di hotel Furaya, ana mengira duit rupi, kini sudah jadi jutawan segera berbekalkan cash ditangan 1juta rupi..wah~ inilah bekal sepanjang  berada disana kalau ambil kalkulatornya, darab bahagi semua hanya RM 300 lebih duit ringgit. Ramai rakan2 ku yang mengambil nombor telefon Riau katanya murah untuk panggilan ke Malaysia. 2perkataan baru yang ana belajar:

KARTU (Simcard) & PULSA (topup)

"Apakah telefonnya sudah ada pulsanya?" Di sini telefon bimbit yang paling popular jenama Blackberry. Mana idak nya penghantaran SMS secara terus tanpa di charge langsung krn menggunakan Mesengger. Gampangkan!(Mudah saja). Jauh pula flashback ana~

Sarapan segera terhidang di meja bernombor 14, hajat mahu sahaja merasa sedikit kerana takut2 kepedasannya menjejaskan suara, tak usah risau inshaAllah bila lagi nak bedal makanan sini, bismillah...mohon berkat rezeki limpahan kasih Allah Taala Tuhan yang memberikan kekenyangan dan kesihatan pada diri insan. Kalau bukan krn limpah kurniaNYA tidak ku berada di sini. Allllaaaaaah..huhu

Perkemas baju batik kemerahan, sepatu cokelat agak berbeza, songkok baldu sisip rapi, amacam..ok?Allahumma ahsanta khalqi fa ahsin khuluqi amin..(^.^) gementar makin membara, semakin dekat langkahku semakin luruh jejantungan ini, berilah kekuatan agar mudah untukku melawannya, walaupun sudah bisa di Malaysia dengan persembahan, tetapi acapkali pesta baru maka suasana pun baru makanya degupannya pun pasti yang baru.


Kami bersegera ke Gedung Besar Riau (dewan) acara yang akan berlangsung dalam masa sejam lagi. Muka jam sudah menunjukkan pukul 8.12 minit pagi. Bisik hatiku mungkin kita kan lewat jika bersama-sama yang lain menunggang bas, akhirnya kami mengambil langkah menaiki KOPSI (teksi sewa) yang pastinya teksi ini canggih dan mewah "jenama Chevrolet",
Supir : mahu kemana?
Malik : Gedung Gabernur tahu enggak kamu?
Supir: oh..ayuh2.


Gayanya macam mengerti sahaja selok belok ke sana, rupanya sudah beberapa kali kami berpusing disekitar bandar Pekan Baru. Pak supir menggunakan antena phone seperti biasa teksi2 yang lain sudah jelas sesat kami di Jalan Sudirman. Walaupun Malik (Sahabat Malaysia di Riau) sudah setahun lebih berada di sini namun masih ragu dengan jalan2 yang bersimpang siur.


"Kalau kita sesat jalan tak mengapa boleh dicari tetapi kalau sesat akidah binasa lah kesudahannya"


Alhamdulillah jumpa jua ke destinasi persembahan, nampaknya langit kian mendung melitupi ruang angkasa biru. Sempat jua kami berempat bergambar sementara menunggu yang lainnya. Ini hari yg penuh sejarah, buat pertamanya membuat persembahan di khalayak umum dan orang besar Riau di luar negara. Berpakaian batik kemerahan jambu membara semangat dakwah yang tidakkan luntur.


Tap..tap..tap...busssssssh!!!! hujan yang pada mulanya menitis perlahan berganda pula selepas beberapa saat. Dalam hati ana "Ya Allah Kau tunjukkan padaku akan kebesaranMu, hujan di negara asing ini..berbeza corak aturannya..hujan yang membawa kepanasan haba pergi". Melemaskan hamba dalam melihat kehebatan Yang Maha Agung..Subhanallah.


Jam tas menunjukkan jam 10.37 pagi, ucapan dan aluan, doa dan bacaan Quran, masa yang dinanti telah tiba, perbarisan nasyid kami persembahkan dengan alunan nasyid Ya Nabi Salamun Alaik (Selawat salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW) & lagu berjudul "Anak". Genderang musika mengadun suara bergemersik memikat pendengar. Halwa selawat dan ingatan di Riau bergema oleh anak-anak muda Malaysia. Segala puji bagi Allah memudahkan kami hingga jayanya.


Persepsi majlis tersebut jua diserikan dengan tarian asli masyarakat Riau dan alunan lagu-lagu asli Melayu Riau-Malaysia. Melihat sepertinya tiada jauh bezanya pun kerana kita ini serantau. Kalam dan bait pantun yang tidak pernah kita sedari, pelajari apatah lagi ketahui, rasanya kita sudah kehilangan sebahagian besar tinta bahasa ketamadunan kesopanan bahasa dulu kala.


Selesai majlis ini, kami membuat satu pakatan untuk berjalan-jalan ke Sekitar Pekan Baru, yang masih baru bagi ana dan kawan2. Sejurus tanpa lewat kami pun menaiki kopsi biru (ala tut tut)..wah sempit dan kecil..tergelak sakan dalam hati, mengukir senyum di kala waktu semakin membahang. Kami di pandu "tour guide" oleh Akhi Malik n frenz ke Pasar Bawah.

Kami berjalan kaki, melihat barangan kulit yang asli, harga sangat murah, kualitinya juga boleh tahan sudah pastinya peminat-peminat barangan kulit tergila-gilakan. Beg, Kasut, Tali Pinggang dam lain2. Mata ana turut tertawan dengan kilauan jam-jam tangan, ini mungkin terkilas pandangan pada jam tangan sahabatku berona warna hitam klasik. Namun ana menahan diri dari menyambarnya..haha masih banyak kiriman yang masih belum dibeli sudah semestinya ole-ole buat usrah dan kawan2.

Ku tak dapat bohongi, ku sudah jatuh cinta pada busana-busana muslim nya. Saat itu kocek ku lihat hanya tinggal beberapa keping wang rupiah, segala cenderanubari sudah ku beli. "YANG INI TINGGAL SATU SAJA, TIADA LAGI YANG LAIN"..kata si penjual berbusana tudung bercorak bunga disisipan kanan. "Oh..iya saya mahu ini bisa enggak" (^^) sudah langsai segala wang saku, 1juta Rupi dihabiskan yang tinggal hanya beberapa puluh ribu, dan beberapa syiling. Pastinya membeli yang berpatutan sahaja. Baju busana Muslim yang magisnya memikat ana hanya 85,000 Rp cukup berbaloi di DANNIS shop. Ada satu kedai yang kami masuk dikenali sebagai "Rabbani" ingatkan ada kaitan dengan Kumpulan Rabbani di Malaysia.

Setelah jauh kaki pun mula terasa lenguh, tekak pun mulai kehausan, perutpun meragam kelaparan, kami pun menjamah makanan di Lapangan Tembak Senayan Cafe tertera iklan Teh Botol~ menyantap Nasi Ayam ~ makanan memang mantop sahabat2 lain mencuba Bakso. Kami pun pulang ke Hotel Furaya, ana berkemas2 sedikit kerana esoknya kami akan bertolak pulang ke tanahair. Beg ku semakin gemuk ^^,)

Malam ini ada kisah yang menarik, kami ke satu destinasi, Akhi Malik mengajak kami untuk makan jagung bakar di tepi sungai Riau. Setibanya di sana, berbumbungkan jambatan, kerusi2 rehat ala-ala tepi pantai tersusun atur, gadis-gadis Riau bersama pacar2 mereka menikmati panorama sungai sambil menjamah makanan yang dibakar. Ada juga yang membawa keluarga untuk berehat-berehat bersahaja.

Kerusi kosong sudah kami isi, mereka menjamu jagung bakar dan pisang bakar. PISANG BAKAR??? ini pertama kali dalam sejarah ada pisang bakar..yang menariknya pisang bakar ini di tumpahkan atasnya coklat dan ditabur dengan coklat rice (warna - warni) memang menarik. Subhanallah..dengan lafaz basmalah ana memotong sedikit..rasanya..hanya ana yang tahu hahha terbaik! boleh cuba pasni kat umah..

Ketika menjamah sedikit, berselang air suam tiba-tiba datang sekumpulan kanak Riau bersma gitar kapuknya. "Yang..oh..Yang..." nyanyian lagu wali band katanya tapi ana tak pasti, selesai saja satu lagu, ana request lagu "TOMAT" ~ malam itu bergema sungai Riau ~ bersama lagu hilang kepenatan seharian berjalan. Duit rupi dan ringgit kami hadiahkan sebagai upah nyanyian. Sebelum kami pulang ke hotel dengan wajah tersenyum kami sempat singgah di Masjid Agung An-Nur yang sangat terkenal di sini. Alhamdulillah. "inilah kenangan".

Riau (Hari Terakhir) 21 JamadilAwal = 25 April 2011

Santapan pagi, telur burung puyuh dan nasi goreng dan air kopi kaw. Penerbangan ke Malaysia waktu sore dalam lingkungan jam 2 petang. Sejam awal kami perlu berkumpul dan menaiki bas. Sempat jua ana dan sorang sahabat menapak sekejap ke gerai busana berdekatan. Baju Melayu Riau begitu anggun sekali, bercekak musang tanpa menampakkan butang (ala-ala baju Raihan) tetapi materialnya begitu cermat dan teliti. Tona warna yang berombak kemilau membuat si pengunjung ingin memilikinya. MashaAllah cantik buatannya, menanam dalam hati untuk kembali ke Riau semula. Tepat jam  3.24 petang kami berlepas ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan dan lukisan minda.





Firman Allah SWT:









Selimutsura ~ Riau 2011
 

Bermaksud : “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhjirah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju, maka telah tetap pahala di sisi Allah., dan adalah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an Nisa’:100)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...