ilham Ma'mum

Rabu, 14 November 2012

Memori | Saya dan KUIS 1

By : Selimutsura
Subhanallah, Subuh di Kuis. Saya shoot dari tingkap asrama dulu
Tidak dapat saya bayangkan sudah 3 tahun meninggalkan bumi KUIS. Mula-mula daftar atas nama KISDAR penghujung september 2005, ketika itu asrama lelaki di Kolej Shahabuddin yang kini menjadi asrama pelajar muslimah. Kini tersergam asrama kondominium.

Masih segar dalam ingatan, zaman masih slim di KUIS..Ini apa yang saya alami dulu, dan apa pelajar KUIS tidak alami sekarang. Mungkin!hihi

Susur jalan ke kuliah melalui susur ke masjid. Dulu tidak berbumbung, pelajar-pelajar yang melaluinya akan berbasah hujan sejauh 500 meter ke Bangunan Fakulti Pengajian Islam.
berjaya menawan puncak KUIS
Waktu jalan kaki paling indah, ketika saya menyusuri susur itu untuk solat Subuh berjemaah sambil-sambil itu saya suka melihat ke langit. Bebintang dan bulan kadang menemani, sejuk, tenang, gelap, seram..hanya saya dan Allah yang tahu. Kini laluan itu berbumbung dan khusus untuk kaum Hawa sahaja.

Masjid adalah jantung KUIS, menepati ciri-ciri pengajian seperti di Masjid al-Azhar, Kaherah. Bukan sekadar solat, tempat berusrah, berbincang, menunggu sebelum masuk peperiksaan..dan tempat saya tidur, sementara masuk waktu Zuhur dan kuliah petang.
Ala-ala kulit album
Tapi saya, pernah memanjat menara Masjid al-Azhar, KUIS. Mudah saja, dulu memang sengaja suka-suka.hihi

KUIS fames sangat dengan tasik! Saya jatuh cinta dengan tasik KUIS.
Pagi-pagi saya akan berjogging bersama teman-teman mengelilingi tasik, dan di hujung tasik ada buah-buahan. Kami pernah tanya pada Ustaz, boleh ke makan buah yang ditanam sekitar tasik KUIS itu. Ustaz cakap halal sebab tapak KUIS ini dibina atas tanah waqaf.
Juara kayak tahunan, acah jer..haha
Saya juga berkayak. Sekarang mungkin dah tidak boleh sejak kes kematian seorang pelajar dulu. Hati-hati selalu ya!

Rindunyer dengan meja saya ni..hoho
Saya ada meja belajar yang menarik. Biasalah untuk dapatkan mood belajar yang mantop, tempat pun kena mantooop! Tengok meja kawan-kawan lain masih kosong tanpa sebarang hiasan. Kelam kelabu.

Teman akrab bilik G302 menggamit kenangan, kami bertujuh Faiz, Zul, Khamis, Lutfi, Bazli, tak ingat sorang lagi junior~maaf. dan saya.
kami memang suka berjemaah kemana-mana, tepi tu lecturer baju biru.
Faiz, pelajar Mass Comm yang agak popular ketika itu. Orang Penang yang pandai berkata-kata dan bergaya ala artis, satu yang perkara tentang dia yang saya tak lupa makan megi dengan bawang yang ditanam sendiri.Dia juga pandai mengayat orang perempuan.hihi tapi alhamdulillah dia sudah dikurniakan seorang cahaya mata dan menetap di Butterworth.

Zul, pelajar Usuluddin..mai dari Langkawi. Sifat tegas dalam bab-bab agama menjadikan dia dikedudukan pelajar cemerlang. Bahasa Arabnya juga tip-top tapi kami bersaing kuat ketika itu, belajar tak salahkan beri pecutan hebat! Satu yang istimewa tentang Zul, dia minat sukan-sukan ektrim seperti parkour. Pakaiannya suka ala-ala tentera sikit tapi sebenarnya dalam hati ada taman indah. Akhirnya dia dijodohkan juga dengan wanita yang dia sendiri idamkan. Solehah..Mabruk!hihi

Khamis, jenis pendiam macam diam-diam ubi berisi..berasal dari Johor. Siapa tahu, dulu di KUIS hanya sekadar diam, kini di UKM seorang perwakilan pelajar yang masyhur. Mengambil jurusan Dip. Syariah Undang-Undang, dia juga pelajar cemerlang. Satu yang menarik tentang Khamis, sikapnya yang bersahaja dan melakukan senaman dalaman ala-ala yoga setiap pagi. Saya saksikan saja hihi..hujung tahun ni nikah. Subhanallah.

Lutfi, sahabat sekuliah Dip. Syariah. Orang Selayang yang sangat pemalu. Bila ada saja pelajar-pelajar muslimah melalui, dia dengan saya memecut laju seperti lipas kudung. Itulah malu pada kami ketika itu. Pagi-pagi atau malam-malam dia akan siap menyeterika baju di atas katil miliknya. Selalu jadi ketua kelas Syariah B 3 tahun berturut-turut, menang tanpa bertanding. Kini sudah ber-graduasi di UKM.
Kelas saya, hanya 4 orang lelaki sahaja. 25 orang perempuan. Waaaaa!

Bazli, Umur lebih tua dikalangan kami, tapi sekali tengok macam junior kami.haha Saya dan teman-teman panggil dia POKLEE berasal dari Besut, Terengganu. Satu jurusan dengan Faiz dan satu statement dia yang saya masih ingat, "aku doh tokse makang ayang, jemuuuu!". Sebab dia kerja di KFC selama 2-3 tahun, semenjak itu lauk nasi dan ikang saja. Bazli pulang ke Terengganu, dan memulakan kariernya di sana.

Seorang lagi...haaa Nazirul. Dia junior saya, masuk ketika kami semester 4. Tak banyak tentang dirinya tetapi satu yang kami buat, kejut Subuh sampai terpaksa siram air ke muka.

Budak malas belajar!
Itulah saya dan KUIS. Serba sedikit.

Banyak yang saya belajar, 
bersyukur pada Allah menemukan kami, dan perpisahan itu juga rahmat. 

Bersambung...dalam episod "Kami dan KUIS" pula.hihi

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 11 November 2012

Buat adik-adik , SPM bukanlah Noktah

By : Selimutsura
Ini la saya..haha
Saya mahu hadamkan ia sekarang.

Perah sampai lumat. Lenyek jadi lempeng.
Padan muka saya!

Itu yang perlu dilakukan. Tugas menyiapkan nota-nota kuliah mula berjalan. 3 subjek masih lagi perlu dihadamkan. Manfaat-nya supaya :

  1. Bercambah ilmu, macam taugeh subur sepanjang tahun.
  2. Bukan sekadar hadam, tetapi lumat menjadi nilai ibadah bila diamalkan.
  3. Saya wajib sampaikan ilmu, bila dapat ilmu. Rasulullah S.a.w bersifat tabligh.
  4. Revise-semula apa yang saya belajar. Manusia akal-nya selalu lupa. Ya Allah..
  5. Diri- mudah-mudahan semakin tunduk kepada Allah. Lemah dan lalai selalu ni..hoho
Inilah pelajar lewat usia~

Tahun Akhir semester 7 (UK...ehem-ehem)

HE2011-Pengurusan Persatuan Pelajar 1
PG3283-Persoalan Fiqh Semasa
PG1263-Ekonomi Islam
PG3163-Undang-undang & Pentadbiran Pusaka, Wasiat, Waqaf
PG1243-Falsafah Tasyri'
PG3224-Latihan Ilmiah

"Ya Allah, yang Maha Memberi Kelapangan masa dan ruang." Saya senyum sendiri. Memang marvelous! Kita merancang, mengikut plan A, plan B sampai plan Z sekalipun.

Tetapi Allah memegang Plan A sampai Z.

Sebenarnya DIA memberi kita pilihan. Nak plan A,B,C,D,E......X,Y,Z.

Bersangka. Semua adalah baik. Semua ada ibrah, hikmah. Mengapa harus mengeluh?
Rasa cukup, nanti Allah tambah bonus! Nak kan! MasyaAllah..

Ceritanya-kalau saya gagal, SPM. Adakah itu noktah saya? Hancur hidup? Baru Plan B yang saya telah usahakan. Banyak lagi plan-plan yang belum saya terokai.

Saya rasa sangat bersyukur! SPM dulu bukanlah plan A dan B. Barangkali Plan Y dan Z itu yang memberi jalan ke arah pelangi kejayaan. Kita yang mencorak, Allah yang menentukan cantik gubahan kita. Buat yang terbaik!

Setinggi-mana indah corak kolaj yang adik-adik warnakan, itulah nilai usaha yang Allah pandang. Orang lain takkan tahu, kecuali adik dan Allah yang Maha Tahu.

Ekspresi! Bayangkan..memanglah tengok gaya nak memerah kain yang basah agak mengerutkan dahi, perlu force (daya kekuatan), ...ishhh susahnya...

Hasil perahan kain tadi akan berlalu masuk ke lubang air. Adik akan dapat kain yang separa basah. Kini kain itu semakin mudah untuk dikeringkan. Sekarang ni spin je.hehe

Akhirnya adik akan dapat, kain yang kering. Gosok dan siap dipakai, Cun!!!

SPM bukanlah noktah, tetapi you have through your life, be patince, trust in Allah, be a hero to our mama & papa, friends and ummah.

Terima kasih Mak, Abah kerana menyokong saya.
Buat adik-beradik tersayang, jangan diukur kejayaan itu kerana Allah Mengetahui ukuran kejayaan masing-masing.
Teman-teman seperjuangan, saya tahu perit kesusahan itu, Allah sedang mengajar kita menjadi tinggi di sisiNya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebab..ayat-ayat cinta ini:

Bermaksud : "Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami mudahkan mereka (menggunakan) di lautan dan di daratan. Kami beri mereka rezeki-rezeki yang baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang lebih baik atas makhluk lain yang telah Kami ciptakan."

{al-Isra' : 70}

{at-Tin : 4} - Manusia sebaik-baik kejadian
{asy-Syam : 8-10} - Manusia yang suci & kotor
{al-Baqarah : 30} - Manusia sbg Khalifah

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Khamis, 8 November 2012

Menuju Gerbang Maha Indah

By : Selimutsura

Jom...terjun!


"Bedebushhhhh....rrrr...sejuk gilerrrrr!" Eimam berdiri kesejukan di lantai batu besar, dia ingin mencuba satu aksi lain pula. Bismih dan Jonathan juga menuruti dari belakang. Percikan air mandian mereka merebak ke kawasan sekeliling. Terjunan demi terjunan membuatkan mereka asyik dalam keseronokan.

Deruan air terjun telaga 7 begitu mengujakan buat pelancong-pelancong yang datang menatap dan tidak sempurna dengan hanya membasahi kaki. Eimam, Bismih dan Jonathan berbaring sebentar di atas lantai batu besar sepertinya keletihan. Memandang ke langit, berteduhkan rimbunan pepohon acapkali dibadai angin-angin syahdu.

"Best la mandi kat sini..." Bismih sengaja meragut kesunyian.

"hmm...dapat baring lagi, tenang lah kat sini." Bibir-cara Jonathan menjawab reaksi Bismih.

"Apa itu tenang buat kamu Jon?" Eimm bertanya.

"Tenang tu..macam ni lah..relax, tak fikir pasal kerja, jauh dari kebisingan bandar KL, kepala tak serabut, fuhhhh...lega aku ikut korang." Sambil disilangkan kakinya ke kiri, berbantal 2 lengan.

"Duit banyak, jadi bos, rumah besar, isteri cantik, orang banyak hormat, popular, semua orang puji...wahh..." Jon membayangkan syok sekali. 

Bismih memejamkan mata sebentar, beburung dan unggas membuai mereka dengan melodi yang menenangkan.

"Bagi saya, tenang itu komprominya cinta, kasih, sayang..love..hubb, nanti bungkusan bahagia, rela, redha, rendah hati akan datang."

"Cinta? Apa maksud kamu Eimmm?" Tiba-tiba Jon bingkas bangun ditongkat ke belakang memandang Eimam Ukail, berkerut-kerut.

"Kami orang Islam di-didik untuk saling cinta-mencintai, seperti kuntuman bunga mawar, ada kelopak, ada duri, ada batang, ada dedaun, ada akar. Mereka saling melengkapi, Duri sebagai perisai, batang sebagai tiang, dedaun menerima pancaran dan sintesis, dan akar meresap isi khasiat galian. Barulah bunga itu terlihat hebat dan segar."

"Kalau semua komponen bunga mawar itu ada, apa yang mengikat semua?" Jon belum berpuas hati dengan jawapan berbunga Eimam."

hehe...Eimm memegang bahu rakannya itu. "Cinta kami diikat cinta yang Maha Satu, tuhan sekelian alam."

"..Ohhh..." Jonathan tersenyum. Dia menyambung baring dan melayan suasana tenang itu kembali.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tenanglah!

Bila melihat perlu ada tadabbur alam, Cinta dan kasih sayang akan menghampiri. Taqarrub billah..fanzuru! Lihatlah!

Cinta kepada Allah berputik. Bukan sekadar memandang pada yang indah.

Bukan pada fizikal dan mental logika sahaja, menyusur rapat ha..huna, saya menunjuk didada kiri. Sekeping hati.

Iman itu pengikat.

Siapakah yang indah itu? Pencipta keindahan itu siapa?
Mengapa dicipta keindahan itu? Apakah tujuan-nya?

lalu..

Siapakah saya? Siapa pencipta saya?
Mengapa saya diciptakan? Apakah tujuan saya diciptakan?

Hari ini. Esok lusa. Entah bila saya bisa bertahan hidup.

Kuatkah ikatan saya?

..saya menunduk..

Untuk menjadi tetamu..

..menuju ke gerbang yang Maha Indah.

Allah Rabbul Jalil.

Bila semua persoalan itu terjawab, barulah saya tenang!

Sakinah. Mawaddah. Rahmah.

Jangan hanya kita melihat kebesaranNya saja, tapi ceduklah ilmu dari kebesaranNya.

Jangan jadi orang yang ada hati, tapi tidak mahu memahami.


“..Kami telah jadikan untuk neraka jahannam itu ramai daripada kalangan jin dan manusia. Mereka mempunyai hati yang mereka tidak mahu memahami dengannya (akan ayat-ayat ALLAh). Mereka mempunyai mata, yang mereka tidak mahu melihat dengannya (akan bukti-bukti keesaan ALLAh). Mereka mempunyai telinga yang mereka tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak. Bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” 
{al A’araf : 179}

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat cinta :

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Lailahaillallah. Muhammadur-rasulullah.

1. Ayat taubat {at-Tahrim 8} {al-Baqarah 222}
2. Ketenangan jiwa {al-Fath 4}
3. Langit dan bumi sebagai rahmat {ali-Imran 190} {Yunus 101}
4. Langit tanpa tiang {Adzariyat 47-48}
5. Ruginya kita {Yusuf 105}

Ya Rasulullah...terlau rindu...

Allahumma Solli ala Muhammad! wa ala ali Muhammad! izinkanku untuk bertemu mu~

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Rabu, 7 November 2012

Pekerjaan | Halal lagi Baik

By : Selimutsura
Adik comey ni nasihat saya jgn sedih hihi
Ketemu Teman Lama


Saya mengesat peluh didahi dengan jemari yang mengelupas. Mentari begitu terik sekali, jam di tangan menanda jam 3.30 petang. Saya mula menolak troli yang sarat dengan kotak-kotak buku untuk dihantar ke kedai berdekatan. Seorang teman sekerja turut sama membanting-tulang.

Tiba-tiba saya disapa.

"Eh! ni Memel-kan?" Seorang lelaki tinggi lampai, berkemeja kemas tersisip di sisinya i-Tab.

Saya pun tidak perasan kerana agak keletihan saban seharian kerja. "Haaa...ingat-ingat, Ya Allah jumpa kita kat sini. Wah..lain la sekarang." 

"Takde-lah, Ko buat apa sekarang ni? Kerja mana?"

"Alahai..inilah kerja aku." Mudah saya membalas sambil tersenyum.

"..aaa..Dengan baju t-shirt macam ni..berpeluh-peluh, panas ni..dah macam kerja buruh pulak aku nengoknya. Berat tu.." Balas teman lama saya, senyum lebar.

Senyum saya menjadi tawar, "hihi..taklah..aku banyak kerja luar, hantar buku, angkat buku, buat marketing camtu la..lebih kurang..dah biasa..Syukur alhamdulillah. Kerja mana sekarang ni lepas habis belajar?" Saya bertanya.

"Oh..dah 2 tahun kerja pegawai kat jab.@#$*%$. Keluar-keluar graduate..3 bulan camtu aku kerja. Nanti ko nak minta tolong, susah-susah panggil aku."

Hati saya, hanya Allah yang tahu. "Aku ok..syukur dengan kerja ni, seronok dengan kawan-kawan takda masalah. Biasalah kerja macam ni orang tak pandang sangat, asalkan kita bahagia dengan kerja kita, dan nilaian best itu pada Allah. Ko pun dah bagus sekarang ni, dahsyat la..hihi."

Dipendekkan cerita.
Kira stok, tidur dengan buku-buku ni =)
Matanya terkebil-kebil, "Ok la Mel, jumpa lagi la..aku ada meeting ni. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam, bila-bila nampak aku tegur la eh..ok selamat.." Mata ku kecil. Meneruskan tolakan ke lif kedai berdekatan.
Saya rasa terkilan..

Kuatkan hati memel!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maafkan saya

Maafkan daku duhai sahabat jika ku tak sempurna, kesempurnaan itu milik Allah.
Daku tidak salahkan-mu kerana dirimu tidak mengerti pekerjaan-ku..

Saya berpesan.

Sekalipun Mak Cik Cleaner ditepi jalan, mengelap tingkap, menyapu dan membuang sampah, mereka layak dilayan seperti yang lain. Bagi saya mereka lebih baik kerana menjaga kebersihan kawasan agar persekitaran yang lainnya menjadi bersih.

Orang lain memanfaatkan tenaga dan kudrat seorang Mak Cik Cleaner, menyebabkan anda boleh bekerja dalam keadaan lapang dan selesa.

Jauhilah pandangan sedemikian pada orang lain. Di sisi Allah Taala taqwa itulah pilihan terbaik!

Saya suka, saya bahagia dengan kerja saya.

Ia HALAL LAGI TAYYIBA!

Mudah-mudahan BERKAT..aminn... ^^)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat Cinta

1. Rezeki yang baik {al-Baqarah 172, 212, 254| Al-An'am 142}
2. Urusan Rezeki kerja Allah Taala {Ali-Imran 27, 37| Hud 6 |Ar-Rad 26 | Ar-Rum 37}

dan saya memetik Hadis ini, saya memandang ke cermin diri.

Dari Az Zuba'ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

 "Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak." 

(Riwayat Imam Bukhari). 


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Sekitar Jalan Ipoh, 45000 Kuala Lumpur.

Ahad, 4 November 2012

Welcome Back Universitas!

By : Selimutsura
Dalam Dilema

Nak kemana eh!
Seminggu yang lepas saya menghadapi dilema, apabila sahabat saya Kimi menyatakan dia mahu pulang ke kampung di Kelantan pada 3hb yang lalu. Sepatutnya kami Munsyideen bergerak ke Batu Pahat Johor, persembahan zikir di sana.

Pada awalnya, saya tidak dapat hadir kerana kuliah di Ukm akan bermula 3hb Nov. Apatah lagi kuliah yang awal wajib hadir untuk rekod perkara-perkara penting, dan gerak kerja berkumpulan. 

Semester akhir begitu berharga buat pelajar-pelajar "part-time" macam saya.

Samada saya memilih untuk ke UKM, Bangi atau ke Batu Pahat, johor. Kedua-duanya adalah majlis ilmu dan zikir. Sama penting!

Isthikarah. Saya mengambil kata putus untuk pergi kedua-dua tempat. 
Hanya Allah yang Tahu, dan mengerti saya.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meluncur ke Batu Pahat

Perjalanan ke Johor, mengambil jarak sejauh 250 melalui exit Yong Peng. 60 Km lagi ke melalui Parit Yaani ke Batu Pahat. Selepas solat Jumaat, jam 4 petang saya bertolak bersama Bro Jijol, Bro Muz dan anaknya. Sepanjang perjalanan hujan selebat-lebatnya, kabus dan jalan licin.

Mengantuk, letih, jauh, fikiran melayang. Cd zikir berputar-putar, diselang-seli deruan hujan. Subahanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Allah Taala sekali lagi menduga saya.

Sampai di kawasan perbandaran jam 7.30 malam, hujan masih tidak mahu menunjukkan tanda-tanda berhenti. Air melimpah membanjiri jalan kota dari Ayer Hitam ke Batu Pahat. Kereta viva saya tersekat dikesesakkan lalu lintas selama 2 jam.

Risau! Banjir sepanjang jalan, air surut bagai mustahil. Kami berdoa dan bertawakkal.
Ya Allah..

Kali ini dugaannya lain.

"Bahaya ni..mel! Pandu perlahan-perlahan..." Kata sahabat saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami selamat tiba di Masjid Jamek' Batu Pahat. Bersolat jama' qasar. Malam itu, kami membuat sedikit latihan zikir. Saya sempat seterika jubah sebelum lelap, sudah tidak keruan keletihan yang melanda.

Esoknya,
Zikir dan ceramah bergerak lancar, cantik sekali panorama zikir bertatap wajah ke arah sebuah bukit yang berkabus, diiringi mentari yang sedikit hangat menyuakan senyuman. Hati saya mula hiba, kerana sangat bersyukur. Doa untuk semua umat Islam, dalam keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

"Ya Muhaiminu Ya Salam, Sallimna wal Muslimin.
Binnabil khairil anaam, wa bi ummil Mu'minin.."

"Wahai Tuhan yang Maha Pelindung, dan Tuhan yang Maha Pemberi keselamatan,
Selamatkanlah kami dan sekelian orang-orang Islam, dengan SYAFAAT Kenabian Nabi MUHAMMAD dan sebaik-baik kejadiannya dan sebagai pemimpin orang-orang beriman."


Bila selawat bergema, saya disentuh airmata. Nabi Muhammad S.a.w junjungan kita tercinta.

Majlis usai jam 10 pagi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meluncur ke UKM
Kuliah saya sesi pagi jam 8 - 12 Tghari. Dalam fikiran, mustahil saya akan tiba. 
Saya terlepas kuliah pagi. Ya Allah Hasbunallah. Sedih..
Bimbang..bila lecturer membebel saya tidak datang kuliah..

Tapi saya bersyukur,

-Saya selamat sampai ke Ukm jam 1.30 ptg.
-Saya sempat menghadiri kuliah sesi petang.
-Allah memberi saya sesuatu hikmah dan ilmu.

Hikmahnya, 
-Kuliah ptg disingkatkan hingga jam 3 ptg dari jam 6 ptg. Saya memang letih bangat.
-Masa itu pengurusan Allah Taala, kita rancang Dia izinkan untuk saya sampai.
-Mengajar saya SABAR, REDHA, SYUKUR..bila diuji.
-Bukan letih, tapi nikmat. Bukan resah,tapi nasihat.
dan...hiihii

Sedang saya termenung melihat lecturer mengajar. Rakan saya membisik.

"Jangan risau..insyaALLAH lecterur ni sporting giler!!!"

Hanya Allah yang Tahu, saya ;)

Saya merahkan penghayatan dengan ayat ini.


Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan, hanya dengan mengatakan:
"Kami beriman," dan mereka tidak diuji?

Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang yang benar dan pasti menegtahui ttg orang yang berdusta.

(al-Ankabut)

Selamat kembali ke kampus!!!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Memeluk Syafaat

By : Selimutsura

Roja'

Angin bertiup kencang petang itu. Saya melihat jam mula menghampiri ke pukul 3 petang. Hujan yang turun tidak henti-henti sejak beberapa jam yang lalu.

Awan berarak menutupi bangunan kembar tertinggi di dunia itu. Kabus melitupi bukit-bukit sekitar Gombak, pohon-pohon hijau agak kabur dipandangan mata saya. Memandu kereta dalam cuaca sebegini memerlukan perhatian kental.

Angin, hujan lebat, kereta, jalanraya licin, lopak air, mata dan fikiran. Dentuman guntur sekali sekala menggoncangkan kekentalan saya.

La haw la wala quwwata illa billah

Perasaan yang sebentar takut, bertambah hati-hati dan...saya harap perjalanan ini selamat. 

Allah S.w.t melindungi.InsyaAllah.

Sifat roja' (pengharapan) timbul ditengah-tengah kesulitan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
al-Quran, syafaat bagi pendampingnya.

Di Padang Mahsyar, apakah persediaan kita?

Panas bak sejengkal di atas kepala, peluh membanjiri tubuh sendiri, kepala memikir bebanan-bebanan yang akan dipersoal, amal-amal yang terkumpul, tidak sempat menjeling-pun teman sekeliling..apatah lagi gelak ketawa.

Rungsing. Tekak kering, kelu tidak terkata.

Apakah bakal kita hadapi?

Banyak manakah amal baik?
atau
Banyak lagi kah kerja maksiat?

Siapa yang bisa membela kita nanti? Memberi syafaat disaat perhimpunan agung itu nanti.

Saya bermuhasabah.

Seketika pulang dari Batu Pahat, Johor.
Saya kelu mahu menjawab. Saya mula mengingati pesan Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.a.w :

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

"Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada siapa yang mendampinginya."

Kuliah di As-Sobirin, Ustaz Zaini ada menyebut, bahawa pada hari kiamat nanti al-Quran akan datang dalam berbentuk memaut tangan siapa yang mendampinginya selalu.

Imam Shafie Rahimahullah meninggalkan pesan, 4 golongan manusia dan al-Quran :

1. Ahlul Quran (orang yang baca, amal dan hayati)
2. Beriman dengan al-Quran tetapi tidak membacanya.
3. Membaca al-Quran tetapi tidak beriman dengan al-Quran.
4. Tidak membacanya dan tidak beriman dengan al-Quran langsung.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat-ayat Cinta :

Untung Sabar 
1. (Az-Zumar : 10)
2. (Ali Imran : 200)
3. (Luqman : 17)
4. (al-Maarij : 5)

5. Saidina Ali Karamallahu Wajhah menyebut, saya petik dari kitab Adab ad-Dunya wa Addin karangan Imam al-Mawardi :

"Kesabaran adalah pemusnah bencana, dan kegelisahan adalah pembantu penderitaan"

Sabar itu indah! ;)))

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
Batu Pahat, Johor

Jemputan ke Taman Syurga (November)

By : Selimutsura

;) Suka, suka, suka sangat-sangat!

Jom gi kuliah!hihi



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.


Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...