ilham Ma'mum

Khamis, 19 November 2009

Ceritera hati... bila gambar ada kisahnya =)

NajmeeQamar

Assalamualaikum...shbt2 sume sedia maklum ana ni suka bercerita ala-ala program TV "mari Bercerita" plak he2 ni adalah sekadar perkongsian pengalaman yg mana manafaah nya boleh diambil, ana ni tak la power mana tapi bersyukur dgn jalan ini alhamdulillah he2


Muqahha atau Math'am (Restoran atau Cafe)
setibanya ana di Maghribi bersama rakan2 pada malamnya, esok paginya perut terasa lapar mana tak nyer seharian dlm flight. Alhamdulillah kami singgah di Muqahha Math'am. Persinggahan di negara orang, biasanya kat Malaysia makan nasi lemak, teh tarik, roti canai...tapi berbeza disini roti...roti...roti so menu utamanya di sini adalah HUBBZ "ROTI KERAS" he2 kami seramai 15 orang muslimin menjamah ma'kulaat makanan Morocco buat pertama kalinya. Antara yang menarik adalah KUS KUS dan TOO jin...bismillah..sekali tgk pasti naik selera, mana tak nyer perut pun dah berkeroncong...belasah je la he2 Ia dibuat secara stim...dalam dapur masak tersendiri. Antara KUS KUS n Too Jin ana prefer Too Jin la he2 makan tambah tenaga dan kekuatan =)terlintas dalam fikiran, moga blog ana pun menjadi MUqahha dan Math'am memberi manfaat juga insyaAllah...
KUS KUS ni gandum, ayam atau daging...ngan sayur2ran bertaburan di atasnya setinggi bukit he2 Too Jin lak xda gandum sodaaap he2


Qal'ah fi Daarul Baido' (KUBU di Casablanca)

bila kuliah takda..ni la aktiviti paling best..berjalan, melihat, mentafsir he3 Subhanallah terlekat kat bibir kami melihat keindahan bumi Maghribi ni..tak sangkal lagi. Qal'ah mmg banyak sgt kat sini...jalan la mane2 pun pasti tersergam Qasr (Istana), Qal'ah (Kubu) dan benteng2 yg masih kukuh, Maqam (makam) yg pasti memukau. Jika ini cantik apatah lagi Pencipta wallahua'lam. Hanya tasbih yg terungkap...mg bertambah2 iman insyaAllah.


Tepian Lautan Atlantik "Bahr abyad al-mutawassit(Area Pantai Barat laut Rabat)

Sebenarnya time macam ni kami mencari rejeki la he2 kalau kawan2 nak tau cari KUPANG (adik beradik kerang mungkin abang sulong keluarga kerang) he2 org2 sini tak makan pun sbb dalam mazhab mrk tak digalakkan. Menurut mrk, kupang ni tergolong dalam kategori Hasyaraat (Serangga) hu2 tapi ana n shbt2 makan sodaaap je..kami kutip di celahan batu. Time ni laut tak bergelora...tenang je. Ni da nak maghrib...jimat sket duit makan malam ni =)
" Ya Allah andai rezeki ku di langit turunkanlah, andai di dasar lautan timbulkanlah moga aku menjadi hambaMU yg bersyukur...amin " =)



Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...