ilham Ma'mum

Rabu, 30 Mei 2012

Hebatnya kita!Mukmin!

By : Selimutsura




Kita orang ISLAM 
MUKMIN, mempunyai cara pemikiran yang berbeza. 

Gaya berfikir orang biasa matlamat hanya untuk dunia semata-mata tetapi alangkah HEBATnya, 
gaya fikrah (pemikiran) orang MUKMIN itu mementingkan kepentingan di Akhirat, bukan dunia tak penting tetapi matlamat akhir itu lebih aula (utama).

Sebagai contoh, orang biasa sibuk mencari harta untuk dunianya, tetapi orang MUKMIN sibuk mencari harta untuk akhiratnya. ^^,)

-selimutsura-

Benteng Pertahanan

By : Selimutsura


Hari ini, Alhamdulillah saya kongsikan sedikit ilmu dari pengkuliahan di An-Naim wangsa Maju,  semoga ilmu ini menjadi panduan kita bersama sebagai satu koleksi amal, mudah-mudahan Allah Taala meredhai sisi kongsi ini.

Benteng Pertahanan

Sedar atau tidak, apabila kita katakan “benteng” adalah mudah secara jasmaninya kita fahami, merupakan satu binaan yang kuat dibina untuk menghalang serangan-serangan luar atau mencegah sesuatu daripada menembusinya. Benteng yang dibina dan direka, mestilah bersifat kukuh dan kuat. Melihat nilai kekuatan struktur dan strategik kawasan benteng.

Fakta menarik tentang benteng :
Kota Konstantinople telah ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 1453M, benteng Konstantiniyyah ini telah berjaya diruntuhkan dengan menggunakan teknologi Meriam Urban. Kota ini diberi nama sebagai ISLAMBUL dan dikenali kini ISTANBUL. Kota tersebut hingga kini ditangan orang Islam.

Benteng yang lemah, struktur tidak kukuh..mudah dihancurkan walaupun hanya dengan sekali dua serangan peluru dilancarkan. Akhirnya benteng itu runtuh, musuh-musuh mudah menceroboh masuk ke kota tersebut. Akhirnya tewas.

Benteng yang kuat, struktur dan bahan binaan yang terbaik mampu mencegah anasir luar dari merosakkannya. Musuh-musuh akan sedaya-upaya menggunakan pelbagai cara cth melontarkan beberapa banyak peluru untuk meruntuhkan benteng tersebut. Gagal ditawan apabila ianya mengikut prosedur dan sistem yang telus dan betul.

Tetapi saya ingin katakan, adalah tentang benteng yang lain.

Hati insan umpama kota. Ada sistem pertahanan, bala tentera, rakyat dan pemerintah. Pemerintah yang bagus sentiasa menjaga kebajikan rakyat jelata dan memelihara persekitaran rakyatnya dari unsur-unsur yang boleh merosakkan mereka. Selain itu, kota tersebut dihidangkan dengan tarbiyah dan pendidikan asas yang kukuh. Barulah sistem yang lainnya akan terurus. Rakyat akan setia dan bersama tentera mempertahankan kota.

Tapak benteng yang kukuh, tidak mampu digugat kerana ada iman. Tiang-tiangnya pula diperhebat dengan asas-asas ilmuan Islam. Bebatuan disimen dengan limpahan makanan yang bersih dan halal. Pabila dalamannya kuat, amal pada luarannya pasti mantap!

Bercahayalah kota dengan kehidupan yang harmoni, begitu juga hati terang menyinar, hidup dan subur.

 Imam al-Ghazali ada berpesan :
"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan"

Selasa, 22 Mei 2012

Dia Guru Terulung

By : Selimutsura

Assalamua'laikum

Limpah keringat seorang guru, menyimbah ilmu kepada anak murid seumpama anak sendiri. Apa yang terlintas demi kebaikan anaknya, sudah pasti anak murid turut merasainya sama. Guru mana yang tidak mahu melihat anak-anak murid berjaya, menggenggam pelangi impian  untuk mewarnai kehidupan.

Di sekolah, guru-guru menggalas tugas sebagai IBU BAPA, mengapa? Selain mengajar, mendidik, guru juga tempat mengadu susah, ngada dan senang. Perlu ada sabar tahap tinggi! Guru adalah ROLE MODEL atau contoh. Trend masa kini, anak-anak muda suka meniru, suka meng-COPY apa yang mereka rasa seronok, walau belumpasti sesuai atau tidak dengan jiwa mereka. Guru yang KREATIF akan disayangi, sebagaimana dirinya KREATIF mencipta sesuatu untuk anak didiknya. Jadi mereka akan meng-COPY.

Sebelum oleh jaya, mesti ada usaha, doa dan tawakal. Sistem ini sudah terbukti. Tugas menggalas sebagai pendidik adalah satu cabaran yang amat besar. Daripada rumah sistem perguruan bermula, ibu bapa sebagai guru besar yang memainkan peranan yang utama. Sistem kawalan dan penjagaan yang KREATIF mampu mendidik anak menjadi KREATIF. InsyaAllah!

Saya mahu berstatus KREATIF. Apa itu KREATIF?

K-Kuasai bahasa & gaya mereka (menjadikan anak-anak/murid sebagai rakan, teman dan sahabat).
Bukan maksud saya,  kita terikut-ikut sama perangai ala-ala mereka (memacakkan rambut) tetapi menunjukkan sokongan, memberi galakan dan terus mengajak..cth : Memang terpacak! kalau Abah masa muda dulu tak payah terpacak pun Mak kamu terpikat! Cecuba-cecuba!

R-Rumah/Sekolah adalah syurga (menjadikan suasana rumah/sekolah, sebagai tempat paling best untuk mereka melapangkan minda, berehat, belajar dan ber-aktiviti). Jika anda diberi pilihan, rumah besar yang berserabut dan bersepah dengan rumah kecil yang bersih, ceria dan mendamaikan? Bahkan pengisiannya mantap! Solat jemaah, Makan jemaah, main game pun berjemaah!

E-Ekonomi tidak membebankan (mengurangkan pembaziran, belajar berjimat lebih sihat)

Perbelanjaan persekolahan, makan-minum, harian semakin meningkat. Sudah pasti tidak mencukupi. Ekonomi keluarga perlu ada perancangan, susun atur agar duit tidak mudah terbang. Sistem kawalan kewangan sangat penting, jangan mudah-mudah memberi tetapi mengurusnya dengan adil. Duit poket, duit belanja anak-anak haruslah berpada-pada, jangan mengada-ngada. Bukan semua perlu ditunaikan, mereka (anak-anak) perlu berdikari. 

A-Anda boleh lakukan! (Ubah pandangan negatif anda, ON positif)
Anak-anak sering memandang sesuatu perkara yang dilakukan itu tidak serius. Kita pula tidak memandang apa yang mereka lakukan memberi kesan (impak) yang besar. 2 elemen tidak peduli, wujud pula elemen 3, entiti pengaruh luar. AWAS! Kata-kata yang positif membolehkan 80% boleh mengubah pandangan awal mereka. Aku yakin!InsyaAllah!

T-Tepati dan Terpatri janji (Jika anda mengikat, jangan biar simpulan itu terlerai, perkemaskan)
Anak-anak muda, mudah menilai seseorang dari luaran. Mereka kurang memahami dalaman. Apatah lagi, kata-kata janji yang diletakkan. Dari sudut material, mereka memang sangat suka cth Play Station, Galaxy tab, Iphone sebagainya. Bila anda berjanji barang-barang sebegini, perlulah bijak. Janji pula pada mereka meterai ikatan cth : Janji SOLAT 5 waktu!Boleh?

I-Idea luar biasa (Meng-imaginasikan bukan kebiasaan, insan hebat!)
Tidak perlu saya mempertikaikan, kelebihan dan kekurangan makhluk. Yang lengkap dan sempurna itu Allah Taala. Yang ma'sum itu Rasulullah S.A.W, ikutan sepanjang zaman. Penting kita meletakkan tahap idea di luar kebiasaan. Sebagai cth mudah bagaimana Saidina Umar R.A menghadirkan idea-idea yang sangat kreatif pada zaman pemerintahannya, idea Baitulmal, sistem gaji tentera, perkhidmatan pos, sistem kehakiman. 

cth: Biasanya kita goreng telur tanpa memasukkan apa-apa perasa tambahan, tiba-tiba kita kreatif-kan masakan campur dengan kerang, jadilah TELUR goreng KERANG!haha Sebenarnya yang lebih itu hebat, yang kurang juga hebat!

F-Fattabiuni


Apa yang saya boleh katakan, dengan kita mengikuti jejak-jejak langkah sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aktiviti yang berkaitan. Sudah pastinya, amalan-amalan ini menambah keberkatan dan kerahmatan dalam usaha kita. Ayat ini, bersumberkan ayat dalam surah Ali Imran (31) :



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

Maksudnya :
Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah SAW), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Bagaimana untuk memikat hati mereka-mereka ini, mari kita lihat contoh bagaimana Rasulullah SAW dan seorang Yahudi buta yang pada mulanya mengkeji Nabi Muhammad SAW, akan tetapi Baginda SAW tidak pernah mencacinya semula bahkan memberi makanan (suap) kepadanya tanpa rasa dengki atau sakit hati tanpa pengetahuan Yahudi buta tersebut. Selepas Baginda SAW wafat, barulah si buta itu sedar bahawa selama ini yang menyuapnya adalah orang yang dia caci iaitu Nabi Muhammad SAW yang mulia. Kisah ini anda boleh lihat di sinhttp://syokislam.blogspot.com/2012/01/kisah-rasulullah-saw-dan-yahudi-buta.html 

Begitu tersusun sekali, teknik dan taktik Rasulullah SAW dalam pergaulan dalam menonjolkan kebaikan ajaran Islam. Subhanallah! saya sarankan FATTABIUNI (Ikutilah aku Rasulullah SAW) dalam setiap aspek kehidupan, insyaAllah Allah bantu =)

Kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita


Salam Rejab, moga hajatku ketemu Syaaban dan Ramadhan lagi amin ^^)
Allahumma Bariklana fi Rajaba, wa Sya'bana wa balligna Ramadhan

Be Creative!!!



Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...