ilham Ma'mum

Isnin, 8 Disember 2014

Jejak Tamadun Islam & Kembali

By : Selimutsura

Dengan Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Lama sudah tidak menulis, ada lebih 3 bulan. Kesibukan pun tidak, separa sibuk dengan program, dakwah, nasyid dan keluarga. Anakanda Najmi Yusuf pun kini sudah berumur 6 bulan lebih, pembesaran pesat Najmi sangat mengujakan. Alhamdulillah.

Najmi sudah pandai merangkak kecil, memaut tangan, menanduk kepala, dan senang cerita, serba - serbi berpotensi untuk lebih cepat berjalan. Ada orang kata, usia sekarang boleh diberi makan makanan penyek seperti bubur, kisaran buah dan sebagainya. Nanti dulu-lah, biar betul - betul saya dan isteri bersedia.

Mohon maaf, bagi yang sudi membaca blog saya ini. Kesuntukan waktu itu, adalah kelemahan saya yang menyusun jadual. Kali ini perkongsian-nya moga - moga lebih istiqamah, dan mantap berbanding zaman pra-universiti dan mahasiswa dulu.

Kini kampus saya adalah keluarga dan masyarakat.

Sejak akhir - akhir ini, saya bercenderung untuk mengkaji dan mengumpul sejarah Islam di Eropah. Secara umumnya, banyak sumber dan maklumat telah dijejak oleh para sejarawan atau muarrikhin (kenapa tidak sejarahwan),arkeologis, dan ahli akademik. 

Dan mengapa Eropah? Kenapa tidak di Asia Tenggara?

Saya berperibadi, sejarah wajib lebih telus dan jujur. 

Sejarah kita

Di negara yang saya cintai, bila sebut Melaka. Terpapar difikiran, surat khabar, iklan, dan media luas ini, rating tertinggi adalah Kota A'Famosa, Kota Portugis bukan Masjid Kampung Hulu, Kling dan Tengkera. Pengimarahan Kota Portugis (Penjajah, Pemusnah masjid dan surau) lebih hebat.

Adakah Kota A'Famosa dibina dari runtuhan Kota Melaka? Atau runtuhan masjid - masjid, surau dan musolla?

Itulah hakikat, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Siapa tahu tentang Kota Lukut? Lukut kat mana tu..kalau kita tanya anak - anak Malaysia. Tak tauuu! Lukut di tepi gantang.

Kota Lukut, Bukit Raja, Port Dickson adalah kubu pertahanan, kubu ekonomi, kubu kemahsyuran Islam sebagai pusat pemerintahan Raja Jumaat ibn Raja Jaafar, seorang muslim berketurunan Melayu Bugis.

Senario Industri Hiburan Malaysia

Masa kecil saya lebih kenal, Doraemon, Son Goku, Suria Baja Hitam, Ultraman Cicak, Maskman, Cybercop dan Usop Sontorian. Melangup depan TV merah tengok kuasa - kuasa yang ada pada mereka. Kelakar! Habis musnah rumah dan bangunan. Upin Ipin, sedikit sebanyak meningkatkan daya kritis dan manfaat dunia kartun kanak - kanak, dan dewasa.

Doktrin ini wujud hingga kini. Sangat jarang kisah kartun hero kita seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah, Dol Said, Maharaja Lela, dan lain - lain.

Mungkin cerita rakyat orang putih, lebih syok berbanding filem dinegara kita yang tidak berimbang. Lawak hingga lagha (sia-sia), gengster hingga jahat itu hebat, cinta hingga bermaksiat, hantu pocong hingga khurafat.

Rosak akidah umat, rosak juga akhlak. Yang untung siapa? Yang kaya siapa?

Hiburan yang tidak berilmu, di zaman teknologi bertamadun.


Sambung master

Isteri saya ada mengesyorkan supaya melanjutkan pengajian Master dalam bidang sejarah dan peradaban. InshaAllah, jawapan ringkas dan padat.

Tidak mudah, bila sudah bekerjaya untuk terjun semula ke dunia kampus. Banyak faktor strategi perlu distruktur semula memandangkan Ijazah Sarjana Muda dulu pun pengajian jarak jauh.

Masa, tenaga dan wang ringgit itu semua kurniaan dari Allah Taala, kita perlu bijak memanfaatkannya. Najmi Yusuf pun sedang membesar, saya banyak memberi masa dan ruang untuknya, malahan isteri juga seorang pendidik.

Sejarah adalah pelajaran umat, bukan mengimbau atau mengenang. Tetapi belajar dan ambil pengajaran darinya. Mengapa? Kenapa? Bagaimana? Siapa? Bila?

Sejarah pupus, kerana kita yang tidak endah. Bangunnya sejarah, membina tamadun dari strategis dan bijaksana orang dahulu. Jatuhnya tamadun pula dari ketamakan dan kepentingan duniawi orang terdahulu.

Kita ini mewarisi tamadun dari sejarah masa silam.

Jejak Tamadun Islam | Al-Andalus


Tahu atau tidak, bumi Sepanyol, Portugal, Perancis, dan Kepulauan Lautan Balerik pernah menjadi pusat tamadun Islam terkuat di Eropah. Pintu Islam ke Eropah terawal adalah melalui Selat Gibraltar, dan bahagian selatan Sepanyol. Wilayah Islam yang bertapak selama 780 tahun dan dikenali sebagai Balad al-Andalus. Dari sinilah, Islam mula tersebar luas hingga ke kawasan jajahan Kristian ke Eropah melalui beberapa faktor:

1- Jihad perang 
2- Perdagangan (berkumpulan/individu)
3- Perkahwinan (Raja/Rakyat)
4- Akademik (Para ilmuan/Penterjemah)
5- Hiburan Islami (Syair/adat setempat)
6- Hubungan diplomatik (pemerintah/pengembara)

Ini baru mukaddimah.

Sebelum Panglima Tariq Ibnu Ziyad & Musa Ibn Nusayr (Gabenor Afrika Utara) bersama seangkatan tentera Umayyah menyeberangi selat Gibraltar sebagai misi jihad besar - besaran pada 711 (m). Mereka telah menghantar seorang perisik bernama Tarif Ibnu Malik dan anak buahnya untuk memantau pergerakan musuh di negara Visigoth (nama sebelum Andalus) yang mendarat di pantai Tarifa, Sepanyol.

Nama Gibraltar berasal dari nama Jabal Tariq, dan Bandar Tarifa pula dari nama Tarif Ibnu Malik.

Saya bagi hint sikit, Islam pada zaman ini berjaya menguasai lebih 90% Sepanyol dan Portugal hanya selama kurang 5 tahun ekpedisi jihad mereka.


Sejarah tetap tinggal sejarah. Lebih dalam lagi, saya mahu mengoreksi emas - emas kegemilangan Islam di Andalusia. Setidak - tidaknya kita dapat belajar dari sejarah (ibrah) yang pelbagai, sebagai salah satu sumber pendidikan jiwa, dan mental.

Anak - anak yang menghargai sejarah, belajar darinya, menimbulkan kesan dan prihatin, untuk bekal saya, isteri, anak - anak, dan keluarga menuju akhirat. Saya tidak tahu bagaimana perkaitannya tetapi di dalam al-Quran dan hadis banyak cerita - cerita sejarah yang Allah streaming-kan secara langsung,  tentang Para Anbiya' dan Auliya', para solehin, Firaun, dan para pendusta agama, para pemerintah yang adil dan zalim, dan kisah terdahulu.
Semoga Allah memberi kefahaman, dan keberkatan. Amin.

Terima kasih sudi bertamu.




Al-Faqir Abu Najmi Al-Muzzammil@Selimutsura
Setapak, Kuala Lumpur

Selasa, 1 Julai 2014

Running Papa 2

By : Selimutsura

Kini saya sedang berlari, menjadi papa idaman buat keluarga. Sudah semestinya Rasulullah S.A.W. adalah contoh yang terbaik. InshaAllah itu tekad buat bakal bapa.

Superman! Batman! Spiderman! Ultraman!

Oh bukan! Hero!

Running - Papa, episod kali ini saya akan berkongsi dengan persediaan terutama bakal bapa yang sedang menanti tempoh 9 bulan lebih saat kelahiran anak dan beberapa keutamaan kepada isteri adalah sewajarnya para suami ambil tahu dan selalu lah membuat panggilan atau "prihatin dan perhatian".

Di episode 1, saya mengemukakan para bakal bapa perlu bersedia dalaman dan luaran untuk menempuhinya. Mukaddimah awal dalam Running - Papa adalah persediaan ruhaniah dan mental yang kuat. Orang lelaki tidak dapat lari dari sifat keegoan kerana memang sikap lelaki didorong oleh sifat kepemimpinan.

Usah dicabar kesabarannya, itu ayat yang biasa kita dengar kan? Maka terserlahlah kelelakian yang ada dalam diri. Awas! Lelaki yang sabar itu lebih kuat berbanding lelaki yang berbadan sasa ok!

--------------------------------------------------------------

Urus kewangan anda "Mind-set"

Ini lah antara topik hangat dalam mendirikan dan menguruskan rumahtangga. Bila anda sudah berkeluarga, isteri dan anak - anak adalah keutamaan bagi seorang suami dan bapa. 

Masa bujang, semua masa dan keperluan adalah hak diri sendiri. Kalau gaji RM 2000, nilai itu jugalah menjadi kiraan perbelanjaan untuk simpanan peribadi dan perbelanjaan sendiri, samada pemberian untuk orang tua, atau kewajipan - kewajipan yang lain seperti hutang dan sedeqah.

Kemuncak perkahwinan juga menelan belanja yang banyak bersesuaian dengan kemampuan dan zaman. Jika kita bijak mengatur tatacara pengurusan kewangan, InshaAllah dengan gaji minima RM 1000 pun boleh diatur. Sebelum menyusun, bakal suami mesti mencari pekerjaan yang menjamin. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu jelas dari sudut kebenaran berkeluarga. 
Orang bujang, anda tidak ada masa untuk pembaziran, tetapi memanfaatkan masa untuk memantapkan status kewangan.
Orang muda, tidak salah untuk memiliki zaman muda-mudi, tetapi zaman muda lah masa untuk memilih jalan, anggap lah anda adalah kereta baru, segak dan cantik. Bayangkan pemandu memandu anda hanya dengan 30KM/J menuju pulang ke kampung Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur. Oh fikir - fikirkan. Mungkin 3 hari baru sampai.

Kali ini pula anda sedang menuju ke dunia PAPA. Duit sekali lagi menguji anda. Aduuuuh....stresss? Mengapa stress?

Tak cukup? Tak boleh nak shopping2 apa yg aku nak?

Nanti dulu, hai bakal papa. Sabar...inshaAllah bukan tak cukup tetapi belum cukup. Itukan lebih baik, sangkaan pada yang positif.

Boleh shopping, lagi seronok bersama isteri dan anak2. Keluarga bahagia kan!

Duit aku duit aku la, duit kau duit aku? Pelik. Secara umum mudah saja, harta tidak kekal, dan pemilikNya adalah ALLAH, bila saja boleh ambil balik. Kalau Allah tarik nyawa kita, kereta dan rumah bakal jadi milik orang lain. 


Duit RM10 dalam kocek kita pagi ini belum tentu menjadi milik kita, kekal. Barangkali nanti isi minyak motor dan tol. Tak pun rezeki peminta sedeqah. Ini semua datang dari Allah, dan kembali.
--------------------------------------------------------------------------

Suami Isteri sepakat, membawa berkat!

Konsep berkeluarga wajib membantu. Mendirikan dan menguruskan keluarga bukan tugas individu tetapi "team work". Inilah fokus kita.

Dalam mengatur kewangan, saya dan isteri sama-sama bekerjaya jadi kami berbincang dan bertolak ansur. Apa sumbangan yang boleh dibuat, dan solusi mengatasi masalah lebih awal. Umpama kita mahu ke medan peperangan, pastinya komander akan menyusun strategi dulu bagi menghadapi segala masalah berdepan dengan musuh. Di dalam keluarga juga begitu, bersedia lebih awal kerana kita tak tahu mana satu ombak yang bakal ditempuh.

Ini adalah idea isteri saya, bijak! Terima kasih tak terhingga =) Sebelum ini saya tak nampak, tetapi bila buat macam ini...memang hati jadi tenang.

Tetapi inilah persediaan awal kami sebelum 9 bulan saat melahirkan Najmi Yusuf Ibni Muhammad Muzzammil al-Jawi.

a) Buat jadual perbelanjaan harian/ list senarai: Contoh

- Bayar kereta
- Bayar sewa/beli rumah
- Bil air/elektrik
- Pasar kami
- Belanja Hospital/Bersalin
- Anak Soleh (Belanja baju,peralatan NewBorn)
- Aqiqah
- Mak Abah/Mertua
- Percutian/simpanan

Serba ringkas ini lah keperluan yang kami buat. Setiap duit2 tersebut kami simpan dalam sampul yang dilabel. Jadi apa jua perbelanjaan yang keluar berdasarkan keperluan yang telah ditetapkan.

Ada seorang kawan berseloroh, "wah banyak duit. Anak baru lahir dah buat aqiqah." Mudah saja kira-kira, Jika anda simpan RM 100 dari awal anda tahu isteri telah hamil, setiap 9 bulan sudah memadai untuk dapat RM 900. 

Nak buat kambing golek, kambing kuzi dan sebagainya silakan. Nak tergolek pun tak pe hihi oleh kerana aqiqah ialah tanggungjawab dan hak anak, kami buat plan yang terbaik. InshaAllah.

Duit lebihan gaji itulah duit belanja peribadi masing - masing untuk membeli hajat. Tetapi sebagai suami, lebihan itu elok dibelanjakan sebaiknya.

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan susunan yang telah Allah Taala susunkan kecukupan tersebut. Sebelum ini memang rasa tak cukup, tetapi isteri saya cakap belum cukup. InshaAllah, nanti Allah tambah lagi.

MashaAllah! Bila kita kembali pada Allah Taala, kita akan dapat pulangan yang baik. Inilah berkat!
---------------------------------------------------------------------------------

Side "Jobs"

Nak masuk "toilet pun bayar pe" hihi itulah yang boleh kita simpulkan. Segalanya duit. Kita pun berkejar - kejar  mencari sumber kewangan untuk keluarga. Apatah lagi kami duduk di bandar, perlu banyak berjimat dan mencari kerja - kerja tambahan bagi mengisi keperluan hidup.


Kalau mahu kaya, bukan mudah. Perlu ada usaha yang kuat, doa dan tawakkal. Paling susah adalah untuk istiqamah. Mengambil perniagaan sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w dan para sahabat, saya dan isteri sepakat mencuba "simple bisnes" iaitu menjual secara online susu kambing Better Goat Munif Hijjaz.

Sahabob-sahabobah yang nak order boleh laluan terus ke FB Pages kami Original Better Goat Munif Hijjaz =) tak pun emel kepada saya selimutsura@gmail.com.

Alhamdulillah, dengan perniagaan yang kami jalankan sedikit sebanyak sangat membantu, dan permintaan dari pelanggan tetap amat menggalakkan.

--------------------------------------------------------------------

Sekadar ini dahulu perkongsian saya buat episode - 2. Running papa!

Bersambung lagi, Oh hebatnya mempunyai anak =) Allahuakbar


Abu Najmi al-Muzzammil
Setapak Permai

Jumaat, 6 Jun 2014

Running Papa 1

By : Selimutsura

Pernahkah kita menonton rancangan "Running Man"? Rancangan Korea yang sangat diminati oleh anak - anak muda masakini, termasuklah anak - anak tua macam kami ni. Namun begitu ini bukanlah perkongsian tentang rancangan tersebut, tetapi alangkah indahnya jika rancangan Running MAN tersebut ditukar kepada "Running PAPA" menjadikan bahan hiburan lebih bermakna dengan pengajaran berkaitan kekeluargaan.

Saya jadikan slot RUNNING - PAPA sebagai tajuk utama bagi beberapa episod yang akan dikongsi bersama. Kini, dengan syukur dan takzim pada Allah Taala saya sudah bergelar PAPA pada 28hb Mei 2014 yang lalu bersamaan 29 Rejab 1435H, hasil pengorbanan lebih 9 bulan isteri saya mengandung, terima kasih MAMA! Kita mulakan dari sebelum kelahiran, kerana waktu itu adalah debaran bagi setiap pasangan yang bakal bergelar ibu dan ayah. InshaAllah. 
-----------------------------------------
RUNNING - PAPA (Episod 1)

Bakal Ayah

Kronologi awalnya, kami bernikah pada 17 Syawal 1434H di Masjid Ubaidah al-Jarrah. Serba - serbi putih dan disambut secara sederhana. Majlis kesyukuran pula diraikan pada esoknya 24hb Ogos 2014 di Taman Tasik Datuk Keramat, gabungan 2 pasangan pengantin dalam satu majlis. Alhamdulillah segalanya selesai dengan barakah dan baik sekali.

Sebulan lebih perkahwinan, kami dikurniakan kegembiraan dengan khabar bakal lahir seorang umat Muhammad di dalam rahim isteri saya. Pada saat dan waktu itu, umpama tidak percaya yang saya bakal menimang cahaya mata. Sebelum ini, di zaman - zaman single dulu tak dapat bayangkan bagaimana menempuh perasaan itu, dan melihat kawan - kawan yang mempunyai anak - anak kecil, berlari ke sana ke mari, gurauan dan tangisan si kecil mula membuai difikiran. Alhamdulillah, positif hamil dan saya merahsiakan kecuali pada ahli keluarga terdekat saja.

Saya mula menelaah dan mencari bahan bacaan berkaitan kehamilan, tanggungjawab kekeluargaan terutama sebagai bakal ayah, lebih fokus lagi isu berkaitan hukum - hakam dalam Islam tentang kelahiran. Buku, google, FB, dan beberapa nasihat dari sahabat - sahabat yang berpengalaman menjadi inspirasi sepanjang tempoh kehamilan.

Bukan tugas yang mudah, jika kita tidak ada ilmu. Tanpa ilmu , kita bakal hilang sabar apatah lagi menempuh dugaan 9 bulan lebih sebelum isteri beranak.

----------------------------------------------------------------
Bakal Ayah wajib Sabar

Serius saya katakan, para suami wajib sabar. Bukan saja emosi isteri tetapi juga bakal ayah. Bagaimana suami perlu sabar? Dan mengapa wajib sabar?

Suami perlu bijak mengawal keadaan. Selaku ketua rumah, seorang suami seharusnya memahami isteri. Keadaannya, sakitnya, bebannya dan luahannya. Balik - balik ke rumah dari pejabat, merahkan senyuman padanya. Lontarkan jauh - jauh segala permasalahan tempat kerja dan pinjamkan telinga anda untuk mendengar luahan isteri.

Waktu hamil adalah waktu perhatian saya pada isteri.

Ini yang bakal anda lakukan, memasak, mengangkat barang, membasuh dan menyidai baju, membasuh pinggan, pergi ke pasaraya, memcuci tandas, menyapu sampah, dan lain - lain termasuk menyuap makanan. Kenapa?

Kerana dialah yang mengendong anak saya, ke mana - mana sepanjang tempoh 9 bulan lebih. Kasihan atau tidak, saya akan memastikan kesihatan ibu dan anak (dlm perut) dalam keadaan yang baik. 

Bakal ayah, untuk trisemester yang pertama itulah penjagaan yang paling rapi. Ibu hamil dilarang menolak, menarik dan mengangkat sesuatu barang sekalipun seberat 1kg. Rahim ibu mula adalah rapuh, tetapi kukuh saat melahirkan.

Oh! Sabar, itulah kekuatan.

-------------------------------------------------
Rajin Berdoa

Satu barang yang mudah dibuat tetapi ringan dilupakan adalah doa. Doa adalah penghubung kasih dan cinta antara kami. Doa menjadi sumber kekuatan buat bakal ibu dan ayah untuk menempuh ujian yang mendatang. 

Apa yang dirasai, itulah apa yang ibu dan ayah kita rasai sewaktu dulu. Keperitan ibu melahirkan sukar untuk dibayangkan. Tak terbayang pun!

Saya selalu, mendoakan akan keselamatan, kesejahteraan buat isteri dan anak dalam keadaan yang baik, lahir dalam cara yang baik, dan kesudahan melahirkan dalam keadaan yang baik. Saya kongsi kan,

"Ya Allah, berilah kesejahteraan dan keselamatan buat isteriku dan anakku, permudahkan dengan cara yang baik, jangan dibebani isteriku dengan sesuatu beban, ringankan mereka dengan kasih sayangMU, sihatkan mereka berdua dalam rahmatMU, Rabbi yassir wa la tua'assir."
Setiap kali lepas solat fardhu saya hulurkan doa, mengadap sang Maha Pencipta memohon bantuan. Isteri saya juga meng-amin-kan.

------------------------------------------------------------
Aura Positif

Kata - kata secara langsung adalah alat dan cara komunikasi paling berkesan, bukan sms atau whatsup dan chat. Ini bagi mengelakkan "double meaning" antara pasangan suami dan isteri. Penyampaian maklumat juga lebih tepat, diiringi belaian dan romantiknya pasangan itu.

Kata - kata yang baik, menghasilkan suasana yang sihat. Sihat minda, sihat hati dan secara tidak langsung sihat fizikal. Kata - kata suami banyak memberi kesan kepada isteri, dan anak di dalam perutnya. 

Oleh itu, para ustaz dan ustazah banyak menasihati kita supaya mengamalkan bacaan al-Quran, disamping memahaminya apatah lagi ketika ibu mengandung. Al-Quran adalah mukjizat, dan syafaat buat pengamalnya, pembaca dan yang mendengar. Aura al-Quran memberi kesan yang mendalam kepada kandungan.

Kata dan sikap yang positif, menebar marakkan positif buat bakal anak soleh.

Saya dan isteri, berkesempatan menghabiskan satu hari satu juz, sekurang - kurangnya dalam sehari membuka kitab al-Quran. Bacalah walau hanya baca alif lam mim, pahala huruf dikira. InshaAllah.

--------------------------------------------------------------------------
Redha, ketentuan.

Tiada harga yang boleh dinilai, melainkan redha sebagai bayaran. Rezeki Allah tidak siapa menduga, lambat dan segera, dan tidak mampu menahannya dan tidak siapa mampu menolaknya. 

Ada orang 10 tahun kahwin baru dikurniakan anak. Ada juga di uji Allah Taala anak, lahir dan diambil semula oleh Allah pada waktu itu juga. Lautan ujian tidak terduga, lautan rahmat Nya lebih luas jangan diduga.

Bakal ayah dan ibu inilah sikap kita, saya redha apa jua keputusan Allah Taala. Hikmah itu mahal, dan Allah beri petunjukNya melalui hikmah yang tersembunyi. Setiap bakal ibu dan ayah akan melalui skrip yang berbeza. 

Saya faham begini, istimewanya kita di sisi Allah selama 20 tahun membesar kita tidak pernah diabaikan oleh Allah S.W.T. Tidak ada salahnya, jika Allah S.W.T mahu mengambil semula barang pinjamannya.


Oh! syukurlah, bakal ayah!
---------------------------------------------------------------------------------------

Bersambung- RUNNING - PAPA (Episod 2)

Abu Najmi al-Muzzammil
Setapak Permai

Isnin, 19 Mei 2014

Isteriku bukan orang gaji

By : Selimutsura


Layanlah isterimu seperti bidadari, bukan seperti orang gaji. Dan layanlah suamimu seperti raja sehari bukan seperti pakcik sekuriti.
Alhamdulillah, bagi yang menyedari.
Allah S.w.t mengangkat kemuliaan manusia disisiNya. Bahkan Nabi kita Nabi Muhammad S.a.w meletakkan satu aras yang sama bagi semua, dari sudut keadilan dan kesaksamaan.
Apatah lagi, orang – orang lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan RasulNya yang paling taqwa itulah aras yang paling mulia. InshaAllah. 
Semak surah al-Hujurat ayat 13.
Kemuliaan atau “izzah” yang diberikan Allah S.w.t kepada semua umat manusiawi, tidak mengira latar belakang dan warna kulit di atas muka bumiNya. Umat manusia menghirup udara yang sama, mengecap nikmat atas apa yang diusahakan, dan menginginkan kehidupan yang harmoni.
Subhanallah, wa alhamdulillah
Islam memuliakan wanita, sehinggakan terdapat surah yang diberi nama an-Nisa’. Cuba teliti ayat 1 surah tersebut:
Maksudnya:
Wahai manusia! Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan Allah menciptakan pasangannya dari dirinya; dan dari keduanya Allah memperkembangkanbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
Perkahwinan adalah hadiah daripada Allah S.w.t bagi memenuhi fitrah hambaNya. Bagi kita umat Islam ia sebahagian sunnah Rasul, yang menjadi idaman pria dan pemudi samada yang mampu dan tidak mampu.
Saya bersyukur, telah berkahwin. Banyak yang boleh dipelajari. Kehidupan selepas perkahwinan adalah realiti yang sebenar.
Sebelum ini, hidup bujang memang berbeza. Kita tidak begtu serius dan mengambil kisah hal – hal tertentu. Makan pun belum tentu diurus dengan baik, apalagi baju dan seluar yang menimbun bak gunung kinabalu.
Masa bujang, makan megi pun tak kisah, asalkan perut kenyang. Kalau bab membasuh pakaian, baju yang direndam seminggu pun belum tentu dicuci. Terperap je bawah singki atau dalam bilik air.
Bila bab pergi jalan – jalan, bagi yang suka berjalan sama keluarga, baguslah. Pergi ramai – ramai dengan kawan – kawan jaga pergaulan, dan jalan sorang – sorang tu, nak menghilangkan kesibukan dan mencari ketenangan, alhamdulillah.
Berbeza pula bila kita sudah berkahwin. Ada isteri.
Sekarang saya berdua. InshaAllah bertiga – tiga ke kanan lurus!hihi Sebagai suami, kitalah ketua keluarga yang bertanggungjawab 110% kepada isteri dan anak – anak.
Bila berdua, acapkali memasak mahu bekerjasama. Aneka ragam chef boboy – chef girgurl bagi menentukan menu masakan pada masa itu. Mungkin sesetangah suami tidak biasa masuk ke dapur, nak pegang ikan, sotong, dan ayam pun geli. Apakah kita kenal sudip?
Nasihat saya, berikan sedikit masa 5 minit walaupun hanya menumbuk sambal cili. Itupun cukup menggembirakan hati si isteri. Seronokkkk, kenapa? Para suami kena cuba. InshaAllah bukan saja meringankan beban mereka, tetapi mereka akan berasa dihargai dan bukan seperti orang gaji.
Suami yang hebat bukan saja menjadi Imam solat, pembimbing ilmu dan agama. Bahkan suami yang hebat perlu masuk ke dapur, lipat kain, basuh pinggan dan sebagainya.
Saya bimbang jika percikan minyak panas terkena kulitnya, pisau tajam, potong cili dan bawang memedihkan tangan dan mata, tangan jadi kasar dan berparut. Tidak kasihankah para suami terhadap isteri anda? Mengemas rumah, barang yang kita sepahkan. Menyapu sampah, sampah yang kita buat. Membasuh pakain, yang kita kotorkan. Memasak dan membuat minuman, agar tidak megi dimakan.
Belum lagi, melayan kerenah kita dan anak – anak. Apatah lagi yang bekerjaya. Beban? Bukan beban tetapi kemuliaan sebagai seorang isteri.
MashaAllah, Tabarakallah.
Dialah yang melahirkan zuriat saya, selama 9 bulan lebih dikendong ke sana ke mari. Ke bilik, dapur, ruang tamu, laman rumah, tandas. Ke Giant, Tesco, Aeon, Mydin. Ke Masjid, surau, kuliah ilmu, dan kelas pengajian. Ke Pahang, Perak, Melaka dan Sekitar KL, ke mana saja.
Lihatlah, kesusahannya. Sedarlah, kepenatannya. Hargailah, pengorbanannya.
Itulah isteriku, dia bidadari bukan orang gaji. Wallahua’lam.
Just a simple me. Mr.Husband.
Rasulullah SAW berpesan: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang paling baik kepada ahli keluarganya”.
(riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Siapa lagi insan terbaik untuk dicontohi sebagai suami kalau tidak bukan Rasulullah S.a.w. Terima kasih tidak terhingga buatmu, Ms. Wife beloved. Lillahi Taala.
Petikan daripada blog saya www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com
Menjadi tinggi disisi Allah Taala
Selimutsura
SetapakPermai Kuala Lumpur

Rabu, 8 Januari 2014

Syurga, buat yang merinduinya

By : Selimutsura


Apakah kita sudah lupa tentang syurga?
Bila kita mendengar tentang syurga atau jannah, hanya sekadar menyebut nama "syurga", hati kita rasa bahagia dan rasa damai. Hembusan nafas pun seakan tenang, dan senyuman semakin mekar. Kira - kiranya syurga itu dekat dan bayangan indahnya syurga itu jelas. Bila ditanya, mahukah kamu masuk ke syurga?
Ya! mestilah mahu. Syurga Firdaus kalau boleh, setiadak - tidaknya Jannah an-Naim.
Adakah masuk ke syurga semudah soalan Q & A? Syurga bukan percuma tetapi anda perlu "Booking" awal sebelum terlambat datangnya yaumul qiyamah. Pintu tempahan secara online sudah berakhir.
Mari kita buat Q & A pada diri sendiri.
  • Siapakah yang menciptakan diri kita dan alam semesta?
  • Apakah tujuan kita diciptakan?
  • Apakah matlamat hidup kita di muka bumi?
  • Kemanakah kita selepas dibangkitkan di padang mahsyar, adakah kita "confirm" masuk syurga? Atau confirm masuk neraka?
Bila kita ditanya dihadapan Allah esok di yaumul hisab, apakah jawapan kita? Sedangkan Allah Taala memberi ruang, peluang dan wang untuk manusia menggarap keistimewaan yang diberikan sebagai khalifah fil ard. Kita wajib beriman bahawa syurga itu adalah tempat khas buat perindu - perindu syurga dikalangan hambaNya yang bertaqwa.
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.  (Ali ‘Imran: 133)
Inilah masanya, syurga merindui orang - orang soleh dikalangan lelaki dan wanita. Siapakah mereka yang tergolong dikalangan ahli jannah tersebut. Adakah kita? Apakah ciri - ciri yang boleh kita adaptasikan dalam kehidupan ini?
Kunci 1 - Syurga buat Para Nabi, orang yang jujur, syuhada, dan orang-orang yang soleh.
Dan barangsiapa yang menta’ati Allah dan Rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi ni’mat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa [4]: 69)
  • Taat pada Allah dan Rasul-Nya.
  • Menjadikan sunnah Nabi, orang - orang soleh sebagai teman.
  • Mengambil iktibar kisah - kisah Nabi, dan auli'a.
Kunci 2 - Orang-orang yang berbuat baik (al-Abrar).

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam keni’matan yang besar (surga).
 (Muthafifin [83]: 22)
Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan, minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur. (Yaitu) mata air (dalam surga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya Kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera. (Al-Insan [76]: 5-12).
  • Berbuat amal kebaikan dalam pelbagai bentuk.
  • Bimbang azab dari Allah atas perbuatan buruk.
  • Pemurah menginfakkan harta pada jalan Allah Taala.
  • Orang - orang yang sabar di jalan Allah.
Kunci 3 - Golongan terdahulu (masuk islam) yang didekatkan kepada Allah.
Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam surga keni’matan. (al-Waqiah [56]: 10 –12)
  • Termasuklah isteri Rasulullah s.a.w Saidatina Khadijah r.a, Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Ali r.a, dan sahabat - sahabat ansar dan muhajirin, yang awal memeluk Islam (as-sabiqun al-awwalun)
Kunci 4 - Ashabul Yamin yaitu orang-orang yang menerima buku catatan amal dari sebelah kanan.
Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya, (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.
(al-Waqiah [56]: 27-38)
Kunci 5 - Al-Muhsinun, orang-orang yang berbuat baik tanpa mengharapkan balasan duniawi.
Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Yunus [10]: 36)
  • Membuat amal kebaikan dengan ikhlas, dan tidak mengharapkan nama, pangkat dan harta.
Kunci 6 - As-Sobirun, orang-orang yang tinggi sabarnya.

(iaitu) surga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang saleh dari bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan): "Salamun `alaikum bima sobartum". Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.
 (Ar-Ra’d [13]: 23-24)

Kunci 7 - Orang yang takut saat bertemu Tuhannya
.
Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua surga. (Ar-Rahman [55]: 46)

Kunci 8 - Al-Muttaqun, orang-orang yang bertaqwa.


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).
 (Al-Hijr [15]: 45).

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (iaitu) di dalam taman-taman dan mata-air-mata-air;
 (Ad-Dukhan [44]: 51-52).
Itulah surga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertakwa. (Maryam [19]: 63).
Perumpamaan surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman). mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti, sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa; sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka. (Ar-Ra’d [13]: 35).
Kunci 9 - Orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya
. (Al-Kahfi [18]:107-108),

Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.
(Ar-Ra’d [13] :29),
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka karena keimanannya, di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam surga yang penuh keni`matan. (Yunus [10]: 9),
(iaitu) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang-orang yang berserah diri. Masuklah kamu ke dalam surga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan. (Az-Zukhruf [43]: 69-70),

Kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar.
 (Hud [11]: 23).
Kunci 10 - At-Taaibun, orang-orang yang bertaubat.
Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal saleh, maka mereka itu akan masuk surga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun. (Maryam [19]: 60).
10 golongan ini, telah ditetapkan balasannya di dalam al-Quran. Syurga yang kekal abadi, yang menjadi idaman perindu - perindu syurga Allah. Mereka ini sangat cinta dan kasih pada Allah.
Mahukah kita bersama mereka? Setidak - tidaknya kita berusaha menjadi salah satu daripada 10 golongan tadi.
Berebutlah segera, booking awal jangan terlambat, tiada jalan pintas kecuali mengikut jalan para nabi, para sahabat, syuhada, muttaqin dan para solehin.
Pintu taubat masih terbuka, sebelum dikunci rapi dan dibakar nanti. Wallahua'lam, muhasabah buat diri.
Menjadi tinggi disisi Allah Taala
Selimutsura
SetapakPermai Kuala Lumpur|Blog = www.ayyuhalmuzzammil.wordpress.com

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...