Antara Kaya Harta, Kaya Iman dan Kaya Makanan yang anda makan
Between Rich, Richer and the Richest..chose one???
min sohibul aggnia'..man turid???
Assalamualaikum, tersentuh hati ana pada kata-kata Ustazah Noraini Sekinchan, meluahkan rasa yang terbenam dalam hati, menimbulkan reaksi untuk ku berfikir dengan tazkir ringkas sebelum menyuapkan rezeki dikala tengahhari yang agak terik diselang seli angin padi yang kadang mendamaikan...
Semalam ana ke rumah saudara menjenguk nenek yang kian uzur, nenek tak sakit, darah tinggi, kencing manis, rabun, dan lain-lain apatah lagi kanser pun tiada alhamdulillah. Kerana faktor usia yang semakin meningkat menjadi fitrah manusia ke alam bayi semula. Memerlukan belai dan kasih anak-anak yang menjaganya. Bila ana salam nenek yang terbaring, nenek bertanya " Sopo iki? (Sape ni) orak kenal... " ana senyum pada nenek yang kini menjangkau usia 90-an. Mak tiba2 tolong jawabkan " Mamat...mamat iki..Memel...Memel ". Nenek masih tercengang - cengang tidak ingat sambil mengangkatkan badan sedikit melihat ana secara dekat. Lalu abah pun datang..nenek tanya " Musbah nandi? orak teko? ohhh...Musbah ". Nenek senyum memang menyentuh hati, melihat ana sambil senyum kerana tidak berjaya mengingatinya.
Ana terfikir, bila usia ku menjangkau seperti nenek..adakah mungkin anak-anak sudi menjaga ana moga-moga Allah menganugerahkan ana dengan anak-anak yang soleh solehah aminnn. Nenek dijaga oleh keluarga Ustazah Noraini, ana panggil Wak Aini..kakak kepada Abah yang kini fulltime pendakwah bebas. Meskipun sibuk dengan kerja-kerja dakwah namun masa untuk memberi kasih sayang dan tanggungjawab kepada seorang insan bernama ibu tak pernah rasa membebankan. Kalaulah ana mampu sudah pasti ingin ana jaga nenek disana, menjenguk nenek pun Wak Aini sudah lega..menterjemahkan kesukaan akan kedatangan kami.
Apabila sudah siap makanan tengahhari dihidangkan, Wak Aini memulakan tazkir ringkas sebagai tanggungjawab seorang ahli keluarga saling memberitahu akan kebaikan. Sentuhan bicara hati ke hati membelai ana pada kata-kata ini :
" Cuba fikirkan, kita ni pergi ceramah isi minyak RM 30, upahnya RM 15 atau RM 20..kadang belanja makan 2 orang ada dalam RM 15...kalau nak difikirkan mana rezekinya..mana upahnya...tapi kerana Allah itu Maha Kaya...DIA menghendaki segalanya, Keberkatan menyampaikan ilmu ataupun berdakwah itu jangan dikira upahnya, fikirkan ganjaran akhiratnya...Contoh kita makan2 ni banyak lauknya..ada ikan taucu, ada sup tulang, ada burung puyuh goreng dan macam2..tapi tak habis pun, macam tak luak je...sebab keberkatan rezeki tadi..Allah menilai akan kesusahan kita, Allah menilai keikhlasan kita..."
"Kita ada kereta, kita ada rumah, kita ada suami ada isteri, ada anak-anak...semuanya itu akan kembali pada Allah, kita ni nak hidup lama mana sedangkan usia Nabi Muhammad SAW pun hanya mencecah 63 tahun sahaja"
Ana jua mengungkap kata-kata dari Abah " Kita ni hebat sangatkah, kita rasa diri kita ni hebat sangat, ada kuasa ada ilmu tetapi zalim, orang kaya sekalipun tetapi hati kosong.."
Mendengar kata-kata tazkir ini, mengingatkan ana..erti sebenar Allah menciptakan manusia. Tujuan asal diciptakan Ayahanda Adam dan Ibunda Hawa. Apapun kesusahan yang menimpamu, pupuklah kasih sayang sesama saudara, rendah kan hati bersederhanalah, lontarkan kata-kata dengan baik dan hikmah, sampaikan yang baik walau sedikit, ana tak kesah ana miskin ana tak kaya..yang ana kesah Kaya Cinta pada Allah....
kerana Allah itu Maha Kaya dengan KASIH SAYANG...(~~.) huhu
Ya Allah... Ya Allah.... Ya Allah.... Yang Maha Penyantun jua Maha Lemah Lembut Aku menangis Ya Allah seharian ku Esakan airmata jua hati hina nya aku Ya Allah aku tidak layak langsung Ya Allah Ya Allah.. Yang Maha Pengampun jua Penyayang Aku kelu, aku bisu adakah esakan ku doa ku diterima.. Aku hanyalah insan biasa Berusaha terbaik untuk berubah tetapi.. Betapa rendah nya kedudukan ku aku tidak layak langsung Ya Allah Ya Allah.. Yang Maha Pendamai dan Penenang Aku pasrah aku redha apa jua balasan dariMU Tersimpuh ku pada sejadah Tertunduk malu ku menadah tangan hingga ku tersungkur terbaring kerana aku tidak layak Ya Allah...
Rindu demi rindu yang terluka pada pengharapan dan doa bilakan ia hadir menegur semua kian terbang bersama pahit yang tercatit Entah berapa lama waktunya kan kembali Memeluk dan membawa janji Namun telah menjauh rasa Aku bertaubat...(~~.) aku khilaf Ya Allah...huhu
"Suburkanlah iman dihati Selalu menginsafi diri sendiri Tiap ujian membuka jalan Untuk kembali kepada tuhan"
NajmeeQamar Assalamualaikum sahabat2, kete ana dengan izin Allah terlibat dalam kemalangan baru2 ini..keadaan sesak ketika itu, sebuah kereta meluncur laju lalu merempuh avanjo ana dari belakang...terkejut, kejung, gigil sume ada innalillah wa inna ilaihi rajiun, perkara dah nak jadi...ada hikmah dan pengajaran buat ana dan ada sedikit pengalaman kecil bagi menghadapi keadaan seperti ini. Alhamdulillah ana dan adik ana selamat. buat tatapan antum..teruk jugak la..huhu
Ya Allah ku di uji mu bulan ini..dengan penyakit, kemalangan dan sebagainya, agar aku tabah hadapinya..bantu aku Ya Allah...aku redha..
Kisah silam yang pilu suratan yang mnyedihkan kemana arahnya ia menjadi cerita debu-debu dosa memeritkan bila tersentuh tahu ku sudah meninggalkannya menjadi debu yang terbang ditiup angin
Semakin rancak ku mengisi masa depan memadamkan segala noda datang badai izin ilahi tabah redha hukuman buat diri aku biarkan ia hanyut pada sungai tangisan dan titisan airmata ku mahukan hanyalah kisah baru yang kini mengelilingi menjadi kamus istimewa jadi tatapan menjadi impian bukan sekadar cerita fantasi mencari balutan kasih dan cinta sejati pada Allah mencintai dan merindui yang sentiasa kekal abadi
gugur ku jatuh ku perit ku...ku serah padaMU Ya Allah...
Pada susuk jasad yang mulia Telahpun pergi 1400 tahun dahulu meninggalkan selautan ceritera cinta namun tidak cukup sebenarnya Pada garisan keimanan yang tercipta aku sering mengingatkan dilubuk hati yang kerdil ini akan kecintaan ku untuk mu (SAW)
Sepinya ku rasa Dambaan umatmu terlampau pada dunia Kekejaman harta membunuh lalu mazmumah menjadi Raja Empayar mu mengelilingi dunia dahulu Terusan akidah terbentuk setiap pelusuknya Sudah lupakah pada nya (SAW) tetapi aku berkata mahupun dibisikan hati ini aku sangat teruja mencintai mu (SAW) segenap ruang hati dan nyawa Bila ada yg menghina dan mencemuh aku sangat sakit hati aku menangis akan kekurangan ku apa yg ku patut lakukan melihat, duduk sahaja atau pedulikan tak sanggup aku... Berderai airmata Penawar apa yang paling mujarab mengubat kerinduan ini ku tersadar pada kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq "Barangsiapa menyembah Muhammad, bahawa Muhammad telah pergi tapi Barangsiapa menyembah Allah, Sesungguhnya Allah itu kekal"
Bertamulah cinta hakiki, berteleku cinta abadi... Kau pergi meninggalkan seri, pada benua kecintaan yang tinggi Menawan jiwa2 pelbagai seni dan bangsa Tanpa ada curiga pada warna kulit dan bahasa Bernaung sempurna di bawah Lailahaillallah Cop mohor kebesaran kemuliaan Islam Muhammad Rasulullah
Berbahagialah buat kalian yang merasai hangatnta cinta Nabi (SAW) Beruntunglah buat kalian yang meyerahkan diri di malam tatkala sendiri mengungkap cinta Ilahi... Allah mencintaimu, kerana cintamu kepadanya (SAW) Insan agung yang mencintai ikhwan nya , umat nya , diakhir zaman...(~~.)
moga sajak ini jadi inspirasi buat kalian untuk terus berjuang, mencintai Nabi Muhammad SAW dan pegangan yang dibawa, cahaya atas cahaya, kebenaran sentiasa beroleh kemenangan..wallahua'lam =)
NajmeeQamar Alir nya airmata diperkamaran rindu Nestapa dosa yang ku titi Pada titian bebuluh yang nipis Terhuyung hayang resah gelisah
Terpaut semula pada kalimah Mu Seruan suci meraih madu semanis rasa seraut senyuman Duduk lalu sujud Malu kan silam ku Membuka Kitab Cinta
Sepuasnya ku menangis Hingga tersingkap sayu sendu
Assalamualaikum sahabat2 yang dirindui, memejam kan mata atau sengaja memekak kan telinga, segala nya sudah terbentang dihadapan kita, semua sudah jelas hukum hakam nya, sudah tersedia solusi nya.
Solusi yang ana ingin tegaskan disini ialah mendampingi al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi hujah para aulia'ullah, ulama, pejuang2, daei2 dan siapapun yang berlabelkan sebagai muslim. Sangat bertuah dan beruntung bagi mereka yang senantiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai Pakar Rujukan Utama, sebagai bacaan hiburan terhebat, dan teman setia ketika sedih dan gembira.
Gagasan hadith Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan seumpamanya, tidak aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
(Riwayat Tirmizi)
Ketika Ijtima'Tarbawi Dewan Pemuda Pas pada 1-3 Oktober baru-baru ini, di Rusila Marang Terengganu Tuan Guru Dato' Nik Aziz berpesan 3 perkara penting kepada pemuda.
Solusi pertama mengingatkan kita supaya mendampingi al-Quran, menjadikannya sebagai bentuk zikir yang khusus yakni dengan bertadarus dan menghayatinya.
Solusi kedua mengajak kepada pemuda supaya lebih aktif melakukan tahajjud, untuk beroleh taqwa dan iman yang mantap kerana amalan Tahajjud adalah amalan umat terdahulu dalam memperoleh kegemilangan.
Solusi ketiga dengan mempergiatkan diri dengan solat Dhuha, pembuka segala kemudahan dan rezeki, semoga perjuangan sentiasa memperoleh pertolongan Allah. Sampai bila kita mahu dibelenggu oleh kejahilan pemerintah, sudah tiba masanya kita merubah persepsi sempit kepada Islam, Islam itu kaffah merangkumi segala aspek, sampai bila jua kita mahu mengambil sikit2 tentang Islam yang ada kepentingan untuk diri sendiri tetapi menolak sebahagian lain yang menyekat kepentingan dan keuntungan diri. Sedarlah wahai generasi pemuda, Islam itu membawa rahmat dan berkat, membebaskan segala kesempitan dan kesusahan, Islam membela umat Islam... Kegemilangan empayar Islam Ottoman bukanlah kerana memperjuangkan bangsa tetapi bukti yang jelas lagi bersuluh, Islam lah yang mengangkat martabat sesuatu bangsa. Sebagai contoh Empayar Islam Ottoman mengangkat bangsa Turki, Empayar Kesultanan Islam Melaka mengangkat bangsa rumpun Melayu, dan Empayar Islam Madinah mengangkat bangsa Arab. Islam memuliakan bangsa, tepatlah agenda menegakkan agama Allah lebih penting berbanding bangsa, dengan Islam penyatuan semua bangsa dan lapisan kulit. We 're brothers we're sisters seperti tajuk lagu kumpulan Raihan colaborate Genius Aulad Talents.
Cincin sudah tersarung rapi Di jari tersimpuh berseri Menanti waktu hari kan menanti Terpatri seluruh kata dan janji
Wahai kakak ku bernama aini senyum anggun bagai puteri Bertatah lembaran putih disisi Mengikat sunnah halal kan nanti
Adik mu disini berkata wajahnya garang ala-ala selamba Perih maung berjuang demi adik semua tangis mu takkan sepi dengan ketawa
Nun jauh kerja kesana kemari Menanggung beban ketua famili Tika kita susah ku bisikkan pujuk diri Biar sekarang susah kemudian gembira sekali
Doa sarat bersama senyum tawa Selamat bertunang wahai puteri raja jangan sedih-sedih tentang kisah lama Kisah lama kini jadi kenangan bersama terlakar indah segala rahsia
Selamat Bertunang buat kakak ana =) Moga jodohnya panjang...tahun depan kawen yooooo hihi