ilham Ma'mum

Selasa, 19 Oktober 2010

Islam memuliakan bangsa..=)



NajmeeQamar

Alir nya airmata diperkamaran rindu
Nestapa dosa yang ku titi
Pada titian bebuluh yang nipis
Terhuyung hayang resah gelisah

Terpaut semula pada kalimah Mu
Seruan suci meraih madu
semanis rasa seraut senyuman
Duduk lalu sujud
Malu kan silam ku
Membuka Kitab Cinta

Sepuasnya ku menangis
Hingga tersingkap sayu sendu


Assalamualaikum sahabat2 yang dirindui, memejam kan mata atau sengaja memekak kan telinga, segala nya sudah terbentang dihadapan kita, semua sudah jelas hukum hakam nya, sudah tersedia solusi nya.


Solusi yang ana ingin tegaskan disini ialah mendampingi al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi hujah para aulia'ullah, ulama, pejuang2, daei2 dan siapapun yang berlabelkan sebagai muslim. Sangat bertuah dan beruntung bagi mereka yang senantiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai Pakar Rujukan Utama, sebagai bacaan hiburan terhebat, dan teman setia ketika sedih dan gembira.

Gagasan hadith Rasulullah SAW :
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan seumpamanya, tidak aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

(Riwayat Tirmizi)

Ketika Ijtima'Tarbawi Dewan Pemuda Pas pada 1-3 Oktober baru-baru ini, di Rusila Marang Terengganu Tuan Guru Dato' Nik Aziz berpesan 3 perkara penting kepada pemuda.

Solusi pertama mengingatkan kita supaya mendampingi al-Quran, menjadikannya sebagai bentuk zikir yang khusus yakni dengan bertadarus dan menghayatinya.

Solusi kedua mengajak kepada pemuda supaya lebih aktif melakukan tahajjud, untuk beroleh taqwa dan iman yang mantap kerana amalan Tahajjud adalah amalan umat terdahulu dalam memperoleh kegemilangan.

Solusi ketiga dengan mempergiatkan diri dengan solat Dhuha, pembuka segala kemudahan dan rezeki, semoga perjuangan sentiasa memperoleh pertolongan Allah.

Sampai bila kita mahu dibelenggu oleh kejahilan pemerintah, sudah tiba masanya kita merubah persepsi sempit kepada Islam, Islam itu kaffah merangkumi segala aspek, sampai bila jua kita mahu mengambil sikit2 tentang Islam yang ada kepentingan untuk diri sendiri tetapi menolak sebahagian lain yang menyekat kepentingan dan keuntungan diri. Sedarlah wahai generasi pemuda, Islam itu membawa rahmat dan berkat, membebaskan segala kesempitan dan kesusahan, Islam membela umat Islam...

Kegemilangan empayar Islam Ottoman bukanlah kerana memperjuangkan bangsa tetapi bukti yang jelas lagi bersuluh, Islam lah yang mengangkat martabat sesuatu bangsa. Sebagai contoh Empayar Islam Ottoman mengangkat bangsa Turki, Empayar Kesultanan Islam Melaka mengangkat bangsa rumpun Melayu, dan Empayar Islam Madinah mengangkat bangsa Arab. Islam memuliakan bangsa, tepatlah agenda menegakkan agama Allah lebih penting berbanding bangsa, dengan Islam penyatuan semua bangsa dan lapisan kulit. We 're brothers we're sisters seperti tajuk lagu kumpulan Raihan colaborate Genius Aulad Talents.

Wallahua'lam =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...