ilham Ma'mum

Jumaat, 18 Mac 2011

Bunga Sakura, Doraemon dan Ultraman

By : Selimutsura


"Ada warna merah, warna putih, warna kuning..warna pink..hijau banyak lagi, kami jual bunga - bunga ini mengikut standard yang telah ditetapkan, sudah pastinya kualitinya "menarik, ceria dan segar". Kata Ibu Zahrah.

"ehmm..best2, banyak bunga - bunga kat kedai Ibu ini comel2 belaka. Saya jadi tak keruan melihatnya". Mawaddah mengamati dengan tekun, sambil2 menyentuh bunga - bunga di Laman Ibu Zahrah, kiosk bunga yang sudah berusia 5 tahun.

"Bunga ini boleh kita umpamakan spt manusia, cantik, menawan dan ada bisanya. Berduri jika diancam keselamatannya. Waktu pagi perlu segar dan ceria seperti Bunga Seri Pagi contoh motivasi terbaik..Subhanallah" Ibu Zahrah melemparkan senyuman kepada pelanggannya.

"Saya setuju Ibu..ehm! Ibu saya nak yang ini..kelopaknya halus dan pecahannya banyak, berwarna pink2 peach tak silap..menampakkan semangat, jarang ada di negara kita. Kagum saya melihatnya" Terpegun Mawaddah.

Ibu Zahrah pun mengangguk menyokong. " Ini la bunga Sakura, kebanyakan pokok2 ini terdapat di negara Jepun dan Korea..bila musim bunga kita tengok berpusu - pusu orang kesana menikmati keindahannya, secara psikologinya memandang pohon Sakura boleh mengurangkan tekanan terutama apabila kita berada dlm suasana bekerja, kesibukan lalulintas, masalah kewangan dan sebagainya.Tetapi bagi kita orang Islam, melihatnya diiringi dengan puja dan puji pada Allah, barulah semangat itu ada sumber nilai kerohanian yang tinggi, bak kata Ust.Zamri...Mantoooop! Menarikkan.

Assalamualaikum..buat sahabat2 semua
hampir sebulan ana tidak menjengah melihat blog "yang comel" ini. Mungkin kunjungan nya juga sudah makin berkurangan. Namun usaha minat dalam penulisan blog masih perlu diteruskan. Berbekalkan rencah - rencah zaman dan pengalaman yang dilalui.

Sudah termaktub dalam al-Quran akan datang kehancuran dunia, dan tibanya yaumul kiamah (Hari Kiamat). Cuba antum membelek surah al-Zalzalah dalam kitab suci al-Furqan. Penjelasan Allah Taala dalam merungkai kisah yang kini berlaku di negara Sakura, atau negara Matahari terbit. Bukti kebenaran Al-Quran memecah tembok keangkuhan manusia mencipta syurga dunia, ingin kekal hidup di bumi, rakus mencipta kemusnahan sendiri dengan tangan2 tamak harta dan kuasa.


[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Al-Zalzalah 1-8)


Gelodak gempa menghamburkan Tsunami, memusnahkan segala yang menghalang dihadapannya dalam sekelip saat dan detik segalanya tidak dapat dibayangkan. Negara Jepun terkenal sebagai negara Teknologi yang amat canggih dan diakui dunia. Mereka berjaya mereka cipta manusia Robot terkenal (ASIMO), pelbagai2 kemudahan yang memudahkan dan sehinggakan manusia tidak perlu bergerak banyak dan berusaha banyak dalam melakukan kerja2 seharian.

Majoriti rakyatnya tidak beragama dan tidak mempercayai pada agama apatah lagi Islam. Bahkan hari kehancuran itu tiada dalam kamus pemikiran mereka. Mereka sangat mengagungkan kehidupan dunia, kemewahan hidup, segalanya tersedia. Ibarat dunia inilah syurga yang kekal selama-lamanya. Padahal di dalam Al-Quran FirmanNya dalam surah Al-A'laa :

[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Selain itu, eksploitasi terhadap wanita di Jepun semakin menjadi kebiasaan, menjadi bahan iklan lucah yang tiada malunya lagi, dinding keterbukaan mempergunakan wanita sebagai ejen tarikan pelanggan, yang memusnahkan kehidupan, Mereka dipakaikan seumpama cerita-cerita kartun berskirt pendek katanya "Anime Customs" dipersembah seluruh dunia.

Dimanakah Doraemon yang bijaksana, dimanakah Ultraman yang gagah perkasa..
Raksasa sudah makin ganas menggempur tembokmu,
itulah tentera Allah terbilang memberi ingatan pada makhluk seluruhnya supaya kamu sedar akan Hari Pembalasan yang kalian pedulikan,
kalian nistakan kewujudan,
dunia buka tempat berkekalan,
ini adalah padang permainan yang penuh ujian,





Wahai sahabatku di Malaysia, jangan antum rasa aman dan selamat....


kata mereka "Negara kita aman, takda gempa, takda tsunami, takda gunung berapi dan bencana teruk, tapi kalian perlu ingat..kerosakan akhlak, keruntuhan moral dan kemaksiatan generasi - generasi muda kini semakin dahsyat..jangan tunggu azab Allah tiba, kerana takut akan azabnya, tak kenal sesiapapun terlepas.

Kalau di dunia terlepas, di akhirat belum tentu..



Namun, ana juga hendak mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama muhasabah atas musibah yang melanda rakan-rakan kita di Jepun...Perigatan Allah buat seisi dunia yang disampaikan oleh-Nya melalui negara Matahari terbit.. ana juga melahirkan rasa simpati dan keinsafan terhadap bala yang berlaku..moga dengan kehadiran tentera Allah ini akan lebih membuka jalan-jalan hidayah buat kita warga dunia sementara..amin...wallahua'lam sekadar perkongsian dan ingatan.. moga saudara-saudari di jepun sana, beroleh kekuatan dan hidayah atas bencana alam ini...
amin ya Allah..

1 ulasan:

  1. dan hari pembalasan tidak mengira jauhnya dari lingkaran api pasifik...

    tidak juga dari kemajuan dunia..
    bagaimana kita juga di malaysia sedang ,menghadapi tsunami akidah, gegaran maksiat, letupan jiwa....

    ayuh! lari selamatkan diri bersujud mencium kecintaan kepada Ilahi..
    amin..

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...