ilham Ma'mum

Khamis, 17 Januari 2013

Berani Melangkah Sejuta Kelebihan

By : Selimutsura


"Kamu harus tampil berani kedepan, jika tidak kamu akan ketinggalan walaupun ada sejuta kelebihan!"

"Kalau kamu rasa dirimu itu kurang ilmu, kamu juga sebenarnya kurang yakin dengan kemampuan yang ALLAH taala yakini pada kamu."

"Sejak di rahim ibu kita dalah pemenang, kehidupan adalah proses meningkatkan ilmu,dan sampaikan dengan kelebihan itu."

Itulah pesan yang paling menggigit jiwa saya. Apabila ada seorang ustaz menyatakan sokongan pada saya dalam bidang yang saya minati. Nasyid, Penulisan Blog dan Buku, Grafik dan Motivasi.

Bukan mudah untuk saya duduk di depan khalayak ramai, kerana saya seorang yang pendiam, pasif dan pemalu. Tetapi sifat-sifat ini melumpuhkan impian saya, seperti ada kubu besar yang saya berselindung disebaliknya.

"Sampai bila saya harus bersembunyi?" Itulah soalan yang saya lemparkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nabi Muhammad s.a.w, menggilap bakat-bakat hebat dikalangan sahabatnya. "Kalau tidak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya". Bagaimana Saidina Umar al-Khattab R.a mengambil alih proses 360 darjah menjadi muslim yang hebat. Cetusan ijtihadiah yang mashaAllah luar biasa.

Bagaimana gaji ditadbir, baitul-mal diurus, sistem kadi-kudot, Jundulislam. Hingga expansion wilayah Islam ke Roma dan Persia.
Bersama Habiburrahman el-Shirazy
Kita lihat pula karektar Saidina Ali K.w. menelusuri keberanian yang luar biasa bagi seorang pemuda. Menggantikan tempat baring Nabi Muhammad S.a.w dalam peristiwa hijratunnabi.

Bagaimana pula Ibnu Firnas, boleh tampil dengan idea yang tidak difikir pada zamannya. Sepasang sayap untuk menjadi orang pertama dalam sejarah terbang ke udara.

Sultan Muhammad al-Fateh, pemuda berusia 23 tahun yang membuka Kota Konstantinople 1453. Gaya lakunya berbeza, tampil dengan buah fikiran yang menggugat seorang Raja tua Pollolojus walaupun pengalamannya lebih luas, tetapi pemuda ini menggarapkan yakin  kehadapan walaupun masih muda.

Apatah lagi junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w, sejak kecil bukanlah orang yang terkenal dengan harta, tetapi budi pekerti, akhlak dan penjagaan diri sebagai penampilan utama kepada masyarakat. Hingga Islam melebar 2/3 dunia, menjadi insan yang paling dikasihi disisi umat bahkan seluruh alam semesta.

"Buku 100 orang paling berpengaruh di dunia (Michael H.Hart) , meletakkan Nabi kita Nabi Muhammad S.a.w ditangga pertama." Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain.

Selimut-sura, namanya begitu epik bukan antik. Ramai juga tertanya-tanya dari mana usul nama pena itu. Namun sejelasnya, saya membiarkan ia sebagai tanda tanya. Penulisan-penulisan saya, saya contohi murobbi seperti Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Mbak Oki Setiana Dewi, Hilal Asyraf, Ustazah Fatimah Syarha, Kang Abik@Habiburrahman el-Shirazy dan banyak lagi. Subhanallah, kagum!

Mereka begitu sukses, mudah-mudahan saya mampu mengikut jejak mereka. Amin.

Saya harus sabar dan lebih gigih. =)

Tanpa-Mu Ya ALLAH, ku adalah biasa. Dengan-Mu Ya ALLAH, ku luar biasa.

"إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ "
{ar-ra'd | 11} bermaksud :  Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Di tempat ini, kusadari fungsiku sbg hamba اللّهُ. Bahwa 

hidup tak berarti apa2 tanpa nama اللّهُ dlm setiap langkah 

#CahayadiAtasCahaya"

{Oki Setiana Dewi}

Ini kata-kata yang membuat daya kekuatan saya untuk terus menulis.menulis.menulis.
Terus sukses!!! Selimutsura!!!

Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

2 ulasan:

  1. moga terus suksess dan istiqamah menulis. :)
    *give me motivation :)
    barakallah.

    BalasPadam
  2. Syukran atas sokongan, teruskan bermotivasi di blog ini =)

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...