ilham Ma'mum

Selasa, 7 Jun 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu di Bulan Rejab ^^.)

By : Selimutsura

ADA APA DENGAN BULAN REJAB 
Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya: 

1.   Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu  dengan nama Fara'
2.   Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3.   Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.    Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat  sepuas-puasnya.

 

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
                                                                                                        (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al-Ashur Hurum (Bulan Haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. 

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya :

"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama.
Nabi bersabda, "Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?
Kata lelaki itu, "Semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam .
"Maka tanya Rasulullah SAW, "Kenapa kamu seksa diri kamu?. Lalu sabdaNya, "Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan".
Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! , Ujar lelaki itu
"Berpuasalah dua hari! , Sabda Nabi Muhammad SAW.
"Tambahlah lagi", Mohon lelaki itu pula. 

Maka Nabi SAW bersabda :
"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali) sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
 
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB 
 1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

 2. Israk dan Mikraj 

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

 3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 

4. Pembebasan Baitul Maqdis 

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

 5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm. 




Sumber : Laman Web Rasmi JAIS ~http://www.jais.gov.my
Gambar : melalui pencarian

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi.
 (Mari berkunjung ke Showcase Amal Shuhada Attaqwa)

Selamat menggandakan amalan dan pengetahuan bagi meledakkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah  Taala serta Mengoreksi diri menuju gerbang Ramadhan Al-Mubarak ^^.)


Menjadi tinggi disisi Dia, menjadi hamba serendahnya dibumi.
Selimutsura@www.najmeeqamar.blogspot.com
KDK, 45000 Kuala Lumpur.

Isnin, 6 Jun 2011

Setanggi Kasih 2 ~ continue ~

By : Selimutsura

Bertahtakan Kilauan Cinta
Terbias Pancaran Rindu
Saga merah senja warna
Merawatt hati yang sendu
Biarpun ada kisah NurKasih the Movie tapi masih tak setanding kisah Ketika Cinta Bertasbih, Ketertiban menjaga tatasusila, ada garis panduan yang teliti agar kisah yang dipaparkan mendatangkan sayap - sayap yang mengibaskan aura2 syariat Islami. Konsep Filem Islamik begitu hangat sambutannya, namun pada sisi agama perlu diambil kira, apa nilai kutipan berjuta-juta harga namun menyisihkan kesopanan sebagai seorang muslim. (Nasihat diri dan org lain yg sedar)

Riau (Hari Kedua) 20 JamadilAwal = 24 April 2011

Selepas bersolat subuhnya di hotel Furaya, ana mengira duit rupi, kini sudah jadi jutawan segera berbekalkan cash ditangan 1juta rupi..wah~ inilah bekal sepanjang  berada disana kalau ambil kalkulatornya, darab bahagi semua hanya RM 300 lebih duit ringgit. Ramai rakan2 ku yang mengambil nombor telefon Riau katanya murah untuk panggilan ke Malaysia. 2perkataan baru yang ana belajar:

KARTU (Simcard) & PULSA (topup)

"Apakah telefonnya sudah ada pulsanya?" Di sini telefon bimbit yang paling popular jenama Blackberry. Mana idak nya penghantaran SMS secara terus tanpa di charge langsung krn menggunakan Mesengger. Gampangkan!(Mudah saja). Jauh pula flashback ana~

Sarapan segera terhidang di meja bernombor 14, hajat mahu sahaja merasa sedikit kerana takut2 kepedasannya menjejaskan suara, tak usah risau inshaAllah bila lagi nak bedal makanan sini, bismillah...mohon berkat rezeki limpahan kasih Allah Taala Tuhan yang memberikan kekenyangan dan kesihatan pada diri insan. Kalau bukan krn limpah kurniaNYA tidak ku berada di sini. Allllaaaaaah..huhu

Perkemas baju batik kemerahan, sepatu cokelat agak berbeza, songkok baldu sisip rapi, amacam..ok?Allahumma ahsanta khalqi fa ahsin khuluqi amin..(^.^) gementar makin membara, semakin dekat langkahku semakin luruh jejantungan ini, berilah kekuatan agar mudah untukku melawannya, walaupun sudah bisa di Malaysia dengan persembahan, tetapi acapkali pesta baru maka suasana pun baru makanya degupannya pun pasti yang baru.


Kami bersegera ke Gedung Besar Riau (dewan) acara yang akan berlangsung dalam masa sejam lagi. Muka jam sudah menunjukkan pukul 8.12 minit pagi. Bisik hatiku mungkin kita kan lewat jika bersama-sama yang lain menunggang bas, akhirnya kami mengambil langkah menaiki KOPSI (teksi sewa) yang pastinya teksi ini canggih dan mewah "jenama Chevrolet",
Supir : mahu kemana?
Malik : Gedung Gabernur tahu enggak kamu?
Supir: oh..ayuh2.


Gayanya macam mengerti sahaja selok belok ke sana, rupanya sudah beberapa kali kami berpusing disekitar bandar Pekan Baru. Pak supir menggunakan antena phone seperti biasa teksi2 yang lain sudah jelas sesat kami di Jalan Sudirman. Walaupun Malik (Sahabat Malaysia di Riau) sudah setahun lebih berada di sini namun masih ragu dengan jalan2 yang bersimpang siur.


"Kalau kita sesat jalan tak mengapa boleh dicari tetapi kalau sesat akidah binasa lah kesudahannya"


Alhamdulillah jumpa jua ke destinasi persembahan, nampaknya langit kian mendung melitupi ruang angkasa biru. Sempat jua kami berempat bergambar sementara menunggu yang lainnya. Ini hari yg penuh sejarah, buat pertamanya membuat persembahan di khalayak umum dan orang besar Riau di luar negara. Berpakaian batik kemerahan jambu membara semangat dakwah yang tidakkan luntur.


Tap..tap..tap...busssssssh!!!! hujan yang pada mulanya menitis perlahan berganda pula selepas beberapa saat. Dalam hati ana "Ya Allah Kau tunjukkan padaku akan kebesaranMu, hujan di negara asing ini..berbeza corak aturannya..hujan yang membawa kepanasan haba pergi". Melemaskan hamba dalam melihat kehebatan Yang Maha Agung..Subhanallah.


Jam tas menunjukkan jam 10.37 pagi, ucapan dan aluan, doa dan bacaan Quran, masa yang dinanti telah tiba, perbarisan nasyid kami persembahkan dengan alunan nasyid Ya Nabi Salamun Alaik (Selawat salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW) & lagu berjudul "Anak". Genderang musika mengadun suara bergemersik memikat pendengar. Halwa selawat dan ingatan di Riau bergema oleh anak-anak muda Malaysia. Segala puji bagi Allah memudahkan kami hingga jayanya.


Persepsi majlis tersebut jua diserikan dengan tarian asli masyarakat Riau dan alunan lagu-lagu asli Melayu Riau-Malaysia. Melihat sepertinya tiada jauh bezanya pun kerana kita ini serantau. Kalam dan bait pantun yang tidak pernah kita sedari, pelajari apatah lagi ketahui, rasanya kita sudah kehilangan sebahagian besar tinta bahasa ketamadunan kesopanan bahasa dulu kala.


Selesai majlis ini, kami membuat satu pakatan untuk berjalan-jalan ke Sekitar Pekan Baru, yang masih baru bagi ana dan kawan2. Sejurus tanpa lewat kami pun menaiki kopsi biru (ala tut tut)..wah sempit dan kecil..tergelak sakan dalam hati, mengukir senyum di kala waktu semakin membahang. Kami di pandu "tour guide" oleh Akhi Malik n frenz ke Pasar Bawah.

Kami berjalan kaki, melihat barangan kulit yang asli, harga sangat murah, kualitinya juga boleh tahan sudah pastinya peminat-peminat barangan kulit tergila-gilakan. Beg, Kasut, Tali Pinggang dam lain2. Mata ana turut tertawan dengan kilauan jam-jam tangan, ini mungkin terkilas pandangan pada jam tangan sahabatku berona warna hitam klasik. Namun ana menahan diri dari menyambarnya..haha masih banyak kiriman yang masih belum dibeli sudah semestinya ole-ole buat usrah dan kawan2.

Ku tak dapat bohongi, ku sudah jatuh cinta pada busana-busana muslim nya. Saat itu kocek ku lihat hanya tinggal beberapa keping wang rupiah, segala cenderanubari sudah ku beli. "YANG INI TINGGAL SATU SAJA, TIADA LAGI YANG LAIN"..kata si penjual berbusana tudung bercorak bunga disisipan kanan. "Oh..iya saya mahu ini bisa enggak" (^^) sudah langsai segala wang saku, 1juta Rupi dihabiskan yang tinggal hanya beberapa puluh ribu, dan beberapa syiling. Pastinya membeli yang berpatutan sahaja. Baju busana Muslim yang magisnya memikat ana hanya 85,000 Rp cukup berbaloi di DANNIS shop. Ada satu kedai yang kami masuk dikenali sebagai "Rabbani" ingatkan ada kaitan dengan Kumpulan Rabbani di Malaysia.

Setelah jauh kaki pun mula terasa lenguh, tekak pun mulai kehausan, perutpun meragam kelaparan, kami pun menjamah makanan di Lapangan Tembak Senayan Cafe tertera iklan Teh Botol~ menyantap Nasi Ayam ~ makanan memang mantop sahabat2 lain mencuba Bakso. Kami pun pulang ke Hotel Furaya, ana berkemas2 sedikit kerana esoknya kami akan bertolak pulang ke tanahair. Beg ku semakin gemuk ^^,)

Malam ini ada kisah yang menarik, kami ke satu destinasi, Akhi Malik mengajak kami untuk makan jagung bakar di tepi sungai Riau. Setibanya di sana, berbumbungkan jambatan, kerusi2 rehat ala-ala tepi pantai tersusun atur, gadis-gadis Riau bersama pacar2 mereka menikmati panorama sungai sambil menjamah makanan yang dibakar. Ada juga yang membawa keluarga untuk berehat-berehat bersahaja.

Kerusi kosong sudah kami isi, mereka menjamu jagung bakar dan pisang bakar. PISANG BAKAR??? ini pertama kali dalam sejarah ada pisang bakar..yang menariknya pisang bakar ini di tumpahkan atasnya coklat dan ditabur dengan coklat rice (warna - warni) memang menarik. Subhanallah..dengan lafaz basmalah ana memotong sedikit..rasanya..hanya ana yang tahu hahha terbaik! boleh cuba pasni kat umah..

Ketika menjamah sedikit, berselang air suam tiba-tiba datang sekumpulan kanak Riau bersma gitar kapuknya. "Yang..oh..Yang..." nyanyian lagu wali band katanya tapi ana tak pasti, selesai saja satu lagu, ana request lagu "TOMAT" ~ malam itu bergema sungai Riau ~ bersama lagu hilang kepenatan seharian berjalan. Duit rupi dan ringgit kami hadiahkan sebagai upah nyanyian. Sebelum kami pulang ke hotel dengan wajah tersenyum kami sempat singgah di Masjid Agung An-Nur yang sangat terkenal di sini. Alhamdulillah. "inilah kenangan".

Riau (Hari Terakhir) 21 JamadilAwal = 25 April 2011

Santapan pagi, telur burung puyuh dan nasi goreng dan air kopi kaw. Penerbangan ke Malaysia waktu sore dalam lingkungan jam 2 petang. Sejam awal kami perlu berkumpul dan menaiki bas. Sempat jua ana dan sorang sahabat menapak sekejap ke gerai busana berdekatan. Baju Melayu Riau begitu anggun sekali, bercekak musang tanpa menampakkan butang (ala-ala baju Raihan) tetapi materialnya begitu cermat dan teliti. Tona warna yang berombak kemilau membuat si pengunjung ingin memilikinya. MashaAllah cantik buatannya, menanam dalam hati untuk kembali ke Riau semula. Tepat jam  3.24 petang kami berlepas ke Malaysia dengan membawa seribu kenangan dan lukisan minda.





Firman Allah SWT:









Selimutsura ~ Riau 2011
 

Bermaksud : “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhjirah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju, maka telah tetap pahala di sisi Allah., dan adalah Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an Nisa’:100)

Selasa, 31 Mei 2011

Sekadar Luahan Sebentar

By : Selimutsura
~ Kuntum Cinta di Taman Syurga ~
~ Bait - bait Lara Mula Bercerita ~
~ Aroma Magisnya Kian Hampir Terasa ~
~ Pepohon Rendang Berjihad malamnya ~
~ Umpama bukan Berlaku Biasa ~
~ Mencari Redha Menjadi kekasihNya ~
" Rejab membuka Tirainya, Syaaban membuka Pintunya, dan Ramadhan sudah ku nampak Gerbangnya " ~~.)
 

Ahad, 15 Mei 2011

Setanggi Kasih 1

By : Selimutsura


Sudahpun 2 minggu berlalu, meninggalkan perjalanan musafir ini di Riau, Indonesia. Kembara iman yg tertulis ini merupakan nikmat Allah yang tak dapat dicari-gali atau dicari-ganti. Kalau kita tak melaluinya manakan dapat ibrah cerita di rantau orang. Berbekalkan doa dan semangat semua alhamdulillah ana sampai jua di bumi Riau. Kedudukan nya di selatan tanah air, terletak di Kepulauan Sumatera yang 2 kali lebih kecil (separuh) dari Semenanjung Malaysia. MashAllah begitu kecil dunia ini.


Perjalanan bermula pada 19 JamadilAwal, bersamaan 23 April 2011: Penerbangan Air Asia pada jam 3.30 petang. Suit kusyen hitam putih ana duduk di sayap kiri, tengah dari 3 kusyen sayap kiri. Sebelum itu ada satu kisah yang menarik =)


Terminal LCCT :
Selepas menunggu lama di medan perlepasan, Pekan Baru. Ana mengangkat beg sorong bersama beg galas merah hitam (beg bantuan baitulmal adik punya) berkichin "Senyuman Jutawan" hijau putih. Pengembaraan masih jauh, sederap langkah ke terminal Pekan Baru. Begitu teruja, mengambil gambar bersama teman-teman. Mana tak nya, kali terakhir menaiki Burung Terbang Berenjin pada tahun 2007 ke Morocco (Etihad Airlines).
Silap ini ke Medan..haha


Melangkah kaki dengan penuh konfiden, para pembantu memberitahu terminal ke Pekan Baru, Riau..dihala kan tangan kanannya. Ana bersama teman2 melalui terminal..nun hujung..sana..begitu teruja hinggakan dilambai2 tangan oleh staff koptik kapal terbang menghalang ana menangkap gambar. Sempat jua curi2 akhirnya berjaya. Sehingga kaki kanan ana sampai hadapan muka pintu kapal terbang, kami disuruh turun semula..alangkah kelakarnya, kami terpaksa turun semula..hahahah "ini kapal ke Medan"..adusssss...hihi Ya Rabbi..silap2..


Memang sah, pembantu Air Asia, tak membantu..membuat ana jadi buntu saja =)


akhirnya, terminal ke Pekan Baru, Riau lagi hujung rupanya..berwarna putih merah bercorak kartun Lat, alhamdulillah kali ni mesti betul..kawan2 sume sudah terkekeh3..sakit perut dibuatnya. Namun inilah nikmat musafir mengajar kita dari perjalanan yang dilalui. Allahuakbar Kabira!
Saujana Memukau


Persona cinta Agung, hubbullah yang menitis, menitiskan airmata akan kebesaranNya. Bila melihat ditetingkap saujana petang menghambat jiwa. Terbenam nya matahari, sunnatullah mengikut rentak kejadiannya..tiada bahasa atau bicara selain memuji kebesaran Allah, bila ana terpandang dibalik jendela kecil tepat jam 4.05 petang kami pun berlepas ke ruang udara.


Kapal Terbang Air Asia :
Lebih kurang 45 minit berada di awangan, pelbagai reaksi manusia yang boleh dikongsikan. Sebaris kerusi dihadapan nampaknya sekumpulan warga asing sepertinya "Band" drpd Britain rasanya, ada BLING2 yg besar dikantung lehernya. Seorang agak tua kelihatan berumur 40 - an, Lelaki berkumis macam Sarjan Misai Gerak Khas TV1..berambut blonde..meletakkan gitarnya di kabin barang. Kedengaran juga suara rengekan anak kecil, mungkin kurang selesa berada di ruang udara..telinga ana pun berdesing seketika..bila ana memandang kanan, kelihatan seorang ayah, ibu dan anak kecil yg comel..ibunya sedang mengusap2 bibir anaknya. Bulat matanya..sejuk memandang..moga jadi anak yg soleh aminn..


Lapangan Terbang Sultan Sharif Kassim II :
Setibanya tayar kapal terbang mendarat di landasan..fuhhh..lega alhamdulillah selamat tiba jua ana ke tanah seberang, jiran serantau seakidah, yg hanya kita tahu kisahnya di saluran media sahaja. Keringat mula membasahi badan, cuaca panas tak berangin tanpa mentari sebaik tiba di zon imegresen Terminal untuk pemeriksaan kedatangan orang luar di Balai Ketibaan. Selepas beratur agak panjang, hanya 2 kaunter imegrasi yang ada..kami semua menunggu bas untuk ke tempat penginapan. Mereka memanggil Pak Supir (Pemandu) memandu bus nya yang tertera ayat "PARAWISATA"  ke destinasi persinggahan kami di Hotel Furaya, Jalan Jenderal Sudirman Pekan Baru.


Lapangannya kecil, berbeda dibanding Malaysia, penduduknya 99% adalah Melayu Islam. Raut wajah tidak jauh bezanya dengan kita. Melangkahkan kaki di bumi Riau, terasa bahang panas tidak berangin. Cuaca kota seakan-akan kita di Pantai Port Dickson..suam2 tak berangin, peluh mula membasahi bajuku namun detik rasa gembira menghilangkan segala kesulitan. Pertama kali mengelilingi Pekan Baru, bangunan2 nya masih sederhana namun kekagumanku melihat sebuah Bangunan seakan2 rekaan di Putrajaya..ianya merupakan Perpustakaan Riau..wah asyik sungguh pemandangan petang ini..Allahuakbar!!!

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 10 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sudah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Malam Pertama :
Bergegas ke Dewan Pak Gebernur untuk latihan Nasyid, mereka memanggilnya GEDUNG. Tersergam indah di tengah2 kota Pekan Baru. Barang2 Alat muzik dipunggah ke Van sewa memenuhi ruang "Bonet". Teruja melihat bila ketemu sahabat lama yg kini belajar di sana, Ust Abd Malik..graduan Kuis yang melanjutkan pelajaran di UIN, Univct Islam Riau. Menjadi heboh dibuatnya.


Latihan penuh semangat, namun perut belum terisi. Rancangan mahu saja beli di Toko2 sekitar Pekan Baru, tetapi alangkah bersyukurnya sudah terhidang makanan berbungkus "Nasi Padang". Sayur2 bebijian bersambal, Ikan kukus, Ayam Masak Merah..melelah airmata..hiihii Alhamdulillah nikmat kesabaran daripada turun flight terasa gendang2 berbunyi kini hilang. Debaran esok untuk persembahan masih belum sempurna, tekad ana susun atur semula.."Bagaimana ni bang, kita sudah mahu pulang, mahu butuh apa2 bisa setelkan"..ternganga seketika. Ohhh..hihi baik2, bagi kami 10 minit lagi..makasih ya Pak..=)

Sungai masa mengalir begitu cepat, tak terhalang oleh kekayuan ataupun bebatuan, meninggalkan hulu menghala ke hilir, Bayu malam membasah jua keringat, kepenatan terlukis di raut wajah sahabat2 ana, semoga sukses semua..selamat malam..Bismikallahumma ahya wa amut, Bismillahi tawakkaltu Alallah..usapan menenangkan jiwa, menanti debaran gundah esoknya, sekian terlelap memejamkan mata..


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Antara keindahan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Bersambung...=)
Nasi Padang yg Pedasss...

Isnin, 18 April 2011

Insan Bertaraf Dunia & Akhirat

By : Selimutsura

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring".
 (Riwayat Al-Hakim)

Menjadi seorang yang berjiwa muslim bukannya payah dan susah kalau bukan kerana terhasilnya detik-detik cinta pada agama Islam. Berbangga kerana beriman "ana aslamtu" sesuatu yang tinggi nilai dan anugerah yang diberikan bahkan erti makna hidup "Islam is the way of life".
Kalau sekuntum mawar yang layu, direndam hujung pangkalnya dengan air segar, kembangnya kan kembali memikat sesiapa yang memandang, kalau bumi yang tandus kering kontang, sedetik tiba hujan membasahinya, pastilah tanah itu subur tumbuh menghijau membuahkan hasil.

Malunya bila ku bertudung, malunya bila ku berjubah, malunya bila ku mendengar bacaan Quran, malunya  bila ku masuk masjid bila..bila..bila...sampai bila kah mungkin malu itu??? tak biasa??? relaks la aku rock...tak main la. Jawapan ini begitu menyinggung perasaan..mungkin tak perasan..sedangkan bernafas pun buat "LOAN" dengan Allah.

Kalaupun kita seorang Jurutera..berbanggalah kita ini Jurutera yang ber"IMAN" (bertaraf dunia dan akhirat), Kalaupun kita seorang Nelayan..berbanggalah kita ini nelayan yang ber"IMAN" (bertaraf dunia dan akhirat),
Kalaupun kita seorang Penyanyi..berbanggalah kita ini penyanyi yang ber"IMAN" (bertaraf dunia dan akhirat), Jaga solat, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga perilaku, jaga identiti sebagai seorang yang berstatus dunia dan akhirat.
Kalau kita seorang Isteri ataupun suami ..jadilah suami isteri yg bertaraf dunia dan akhirat, menanam cinta yg mendalam krn Allah, sbg lambang cinta kpd agama Islam.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya.”
(Riwayat Bukhari)
Qolb (hati) yang bersemangat membara dalamannya dengan genggaman Iman, sentiasa berdegup kuat membawa identiti sebagai muslim kemana sahaja, walaupun berada di negara asing atau suasana yang berbeza. Kehebatan karakteristik Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai Imam agung mengajar kita setiap cabang perbuatan dari tempat tidur hinggalah sebesar2 memimpin negara. 

Mahupun penat kau berlari mencari redha sang Kholiq adalah satu penghargaan yang amat besar, bahkan gandaan rezeki dan nikmat selepas itu adalah hasil yang memberi erti satu penghormatan sebagai hamba sang Kholiq. Jangan sembunyikan kebanggaan kita sebagai muslim, mana pun kita melangkah pergi..ungkapkan dalam perjalanan mu, novelkan sejarah hidup sebagai seorang muslim..I'm proud to be a Muslim..wallahua'lam

Isnin, 28 Mac 2011

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية



By : Selimutsura
Freedom by Maher Zain 


Gathered here with my family
…My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn’t matter where you’re from
Or if you’re young, old, women or man
We’re here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together


Calling you for freedom, freedom

We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we’ve taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we’re almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together

 
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we’re not backing of
Oh God we know you hear our call

And we’re calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We’re calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you’re here with us

Jumaat, 18 Mac 2011

Bunga Sakura, Doraemon dan Ultraman

By : Selimutsura


"Ada warna merah, warna putih, warna kuning..warna pink..hijau banyak lagi, kami jual bunga - bunga ini mengikut standard yang telah ditetapkan, sudah pastinya kualitinya "menarik, ceria dan segar". Kata Ibu Zahrah.

"ehmm..best2, banyak bunga - bunga kat kedai Ibu ini comel2 belaka. Saya jadi tak keruan melihatnya". Mawaddah mengamati dengan tekun, sambil2 menyentuh bunga - bunga di Laman Ibu Zahrah, kiosk bunga yang sudah berusia 5 tahun.

"Bunga ini boleh kita umpamakan spt manusia, cantik, menawan dan ada bisanya. Berduri jika diancam keselamatannya. Waktu pagi perlu segar dan ceria seperti Bunga Seri Pagi contoh motivasi terbaik..Subhanallah" Ibu Zahrah melemparkan senyuman kepada pelanggannya.

"Saya setuju Ibu..ehm! Ibu saya nak yang ini..kelopaknya halus dan pecahannya banyak, berwarna pink2 peach tak silap..menampakkan semangat, jarang ada di negara kita. Kagum saya melihatnya" Terpegun Mawaddah.

Ibu Zahrah pun mengangguk menyokong. " Ini la bunga Sakura, kebanyakan pokok2 ini terdapat di negara Jepun dan Korea..bila musim bunga kita tengok berpusu - pusu orang kesana menikmati keindahannya, secara psikologinya memandang pohon Sakura boleh mengurangkan tekanan terutama apabila kita berada dlm suasana bekerja, kesibukan lalulintas, masalah kewangan dan sebagainya.Tetapi bagi kita orang Islam, melihatnya diiringi dengan puja dan puji pada Allah, barulah semangat itu ada sumber nilai kerohanian yang tinggi, bak kata Ust.Zamri...Mantoooop! Menarikkan.

Assalamualaikum..buat sahabat2 semua
hampir sebulan ana tidak menjengah melihat blog "yang comel" ini. Mungkin kunjungan nya juga sudah makin berkurangan. Namun usaha minat dalam penulisan blog masih perlu diteruskan. Berbekalkan rencah - rencah zaman dan pengalaman yang dilalui.

Sudah termaktub dalam al-Quran akan datang kehancuran dunia, dan tibanya yaumul kiamah (Hari Kiamat). Cuba antum membelek surah al-Zalzalah dalam kitab suci al-Furqan. Penjelasan Allah Taala dalam merungkai kisah yang kini berlaku di negara Sakura, atau negara Matahari terbit. Bukti kebenaran Al-Quran memecah tembok keangkuhan manusia mencipta syurga dunia, ingin kekal hidup di bumi, rakus mencipta kemusnahan sendiri dengan tangan2 tamak harta dan kuasa.


[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Al-Zalzalah 1-8)


Gelodak gempa menghamburkan Tsunami, memusnahkan segala yang menghalang dihadapannya dalam sekelip saat dan detik segalanya tidak dapat dibayangkan. Negara Jepun terkenal sebagai negara Teknologi yang amat canggih dan diakui dunia. Mereka berjaya mereka cipta manusia Robot terkenal (ASIMO), pelbagai2 kemudahan yang memudahkan dan sehinggakan manusia tidak perlu bergerak banyak dan berusaha banyak dalam melakukan kerja2 seharian.

Majoriti rakyatnya tidak beragama dan tidak mempercayai pada agama apatah lagi Islam. Bahkan hari kehancuran itu tiada dalam kamus pemikiran mereka. Mereka sangat mengagungkan kehidupan dunia, kemewahan hidup, segalanya tersedia. Ibarat dunia inilah syurga yang kekal selama-lamanya. Padahal di dalam Al-Quran FirmanNya dalam surah Al-A'laa :

[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
[16]
(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
[17]
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Selain itu, eksploitasi terhadap wanita di Jepun semakin menjadi kebiasaan, menjadi bahan iklan lucah yang tiada malunya lagi, dinding keterbukaan mempergunakan wanita sebagai ejen tarikan pelanggan, yang memusnahkan kehidupan, Mereka dipakaikan seumpama cerita-cerita kartun berskirt pendek katanya "Anime Customs" dipersembah seluruh dunia.

Dimanakah Doraemon yang bijaksana, dimanakah Ultraman yang gagah perkasa..
Raksasa sudah makin ganas menggempur tembokmu,
itulah tentera Allah terbilang memberi ingatan pada makhluk seluruhnya supaya kamu sedar akan Hari Pembalasan yang kalian pedulikan,
kalian nistakan kewujudan,
dunia buka tempat berkekalan,
ini adalah padang permainan yang penuh ujian,





Wahai sahabatku di Malaysia, jangan antum rasa aman dan selamat....


kata mereka "Negara kita aman, takda gempa, takda tsunami, takda gunung berapi dan bencana teruk, tapi kalian perlu ingat..kerosakan akhlak, keruntuhan moral dan kemaksiatan generasi - generasi muda kini semakin dahsyat..jangan tunggu azab Allah tiba, kerana takut akan azabnya, tak kenal sesiapapun terlepas.

Kalau di dunia terlepas, di akhirat belum tentu..



Namun, ana juga hendak mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama muhasabah atas musibah yang melanda rakan-rakan kita di Jepun...Perigatan Allah buat seisi dunia yang disampaikan oleh-Nya melalui negara Matahari terbit.. ana juga melahirkan rasa simpati dan keinsafan terhadap bala yang berlaku..moga dengan kehadiran tentera Allah ini akan lebih membuka jalan-jalan hidayah buat kita warga dunia sementara..amin...wallahua'lam sekadar perkongsian dan ingatan.. moga saudara-saudari di jepun sana, beroleh kekuatan dan hidayah atas bencana alam ini...
amin ya Allah..

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...