ilham Ma'mum

Isnin, 3 Mei 2010

Suami Romantik =)


NajmeeQamar

Assalamualaikum sahabat2 semua..lama sudah ana tidak menulis di blog kesayangan ni..ana rindu sgt nak mencoretkan cerita-cerita yang ingin dikongsi bersama hihi Ketersibukan ana di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang dari 27 Mei hingga 5 Mei menangguhkan buah fikiran dan rentetan ceritera di wadah ilmiah ini. Pesta Buku Pulau Pinang yang selesai dengan meriahnya, ana membantu Inteam Publishing dalam mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka di sana. Kepenatan pulang daripada PP masih lagi terasa hingga demam melanda namun begitu alhamdulillah inilah pengalaman yang orang kata tidak boleh dibeli. =)

Menarikkan tajuk di atas sudah pastinya menyentuh hati-hati kalian dalam menilai suami yang romantik. Zauj yang hatinya ada Hubb, ada taman-taman yang indah dalam gerak laku dan peribadi, sentiasa cuba memikat si Zaujah jatuh cinta padanya setiap hari. Permulaan yang baik hihi ana enggak bisa menerangkan secara mendalam kerana masih mencari mutiara-mutiara ilmu. Siraman Ustaz dan Ustazah yang mengajar Fiqh Munakahat di KUIS dahulu dan UKM serba sedikit membantu ana...malu pula nak bicara tentang perkara ini.

Sudah pasti dan persis susuk tubuh yang patut kita contohi adalah Rasulullah SAW..bagi ana Suami atau Zauj yang paling Romantik adalah Rasulullah =)

ana ada tengok Video Malam Sinar Maulidurrasul, ketika itu Ustazah NorBahyah menyampaikan tazkirahnya " Ketika Isteri Rasulullah Saw yang bernama Sofea ingin menaiki unta, lalu Rasulullah pun duduk antara dua sujud dan menyuruh Sofea memijakkan kakinya di paha Baginda untuk menunggangi unta, kalau suami sekarang si isteri baru saja buka pintu kereta...isteri tak sempat duduk kereta dah pun bergerak meluncur laju " hihi betapa cantiknya layanan seorang suami kepada isterinya. Santunan yang dipersembahkan ini sangat memikat hati ana kerana Dialah Perdana Menteri di Madinah, Ketua Angkatan Tentera dan pada masa yang sama Baginda SAW sebagai Ketua Keluarga.


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Al Ahzab:2)

Berikut adalah ciri-ciri suami romantik yang diterjemahkan oleh Rasulullah SAW sebagai suri tauladan yang kita perlu terjemahkan dalam kehidupan...=)

1. Nabi Muhammad SAW seorang pendengar dan penyelesai masalah yang baik

Rasulullah SAW sentiasa prihatin terhadap segala masalah yang dihadapi oleh isteri-isterinya. Baginda Rasulullah saw mengajak isteri-isterinya bermusyawarah dalam banyak urusan. Beliau sangat menghargai pendapat-pendapat mereka. Malahan Baginda sering mengangkat martabat wanita di mata masyarakat pada zamannya.

2. Nabi Muhammad SAW sebagai pelindung keluarga


Nabi Muhammad memahami hati seorang wanita, memerlukan perlindungan dan tunjuk ajar. Kelebihan yang Allah berikan kepada kaum rijal adalah kekuatan dari segi emosi dan perasaan selain itu kekuatan fizikal bagi membantu isteri tercinta. Kelebihan dan kekurangan ini ditampung bersama agar keharmonian berumahtangga dirasai. Si Isteri Allah menjadikan mereka kaum yang lemah lembut, yang memerlukan bimbingan..berkat saling memahami ini melahirkan sakinah wa mahabbah.

Firman Allah yang bermaksud :
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan yang solehah itu ialah taat (kepada Allah dan suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa-apa yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya"

(Surah An-Nisa' 4 : 34)

3. Nabi Muhammad SAW sangat penyayang dan bertolak ansur

Segala masalah yang berlaku dalam rumahtangga Rasulullah SAW tidak pernah dengan perasaan marah, bahkan Baginda SAW berusaha memberikan si isteri berasa aman dan melayani mereka dengan lemah lembut sesuai dengan fitrah Allah Taala menciptakan Hawa. Baginda SAW tidak pernah memukul apatah lagi memarahi isterinya, Baginda lebih menggunakan hikmah bagi mengajar isteri-isterinya.


Firman Allah Taala yang bermaksud :
"dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan utk kamu (wahai kaum lelaki isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan"

(Surah Ar-Rum 30 : 21)

4. Sentiasa membantu Isterinya di rumah

Rasulullah SAW seorang yang ringan tulang, baginda SAW menjalankan tugasnya sebagai seorang suami seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan lain-lain.

Rasulullah saw bersabda:

وكان يقول: (خدمتك زوجتك صدقة)

“Pelayanan Anda untuk istri Anda adalah sedekah.”

5. Nabi Muhammad SAW berhias untuk isterinya

inilah suami idaman si isteri, sentiasa kelihatan sejuk di mata dan hati isteri. Berhias bukan sahaja bagi kaum Hawa malahan kaum Adam juga digalakkan terutama menjaga kebersihan diri, kelihatan memikat dihadapan isteri. Rasulullah SAW menganjurkan sahabat2nya supaya berhias kepada isteri mereka.

Rasulullah saw bersabda:

“Cucilah baju kalian. Sisirlah rambut kalian. Rapilah, berhiaslah, bersihkanlah diri kalian. Karena Bani Isra’il tidak melaksanakan hal demikian, sehingga wanita-wanita mereka berzina.”

"Kebersihan itu sebahagian daripada Iman".

6. Rasulullah SAW pandai bersenda gurau dengan isteri2nya


Gurau senda Baginda SAW tidaklah termasuk perkara2 yang sia-sia. Ini jelas bagaimana Rasulullah SAW memanjakan Aisyah RA, minum secawan, makan sepinggan dan sebagainya.
Gurauan itu mestilah bukan gurauan yang boleh menyakitkan hati isteri tetapi memberikan senyuman padanya.

Gagasan Hadith Riwayat at-Tirmizi:

"Sesungguhnya di antara orang-orang Mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang lebih baik akhlaknya, dan lebih mesra dan kasih kepada isterinya"

7. Rasulullah SAW tidur sekatil dengan isterinya, dan dibentangkan tangannya sebagai alas tidur kepada isterinya sebagai tanda kecintaan kepada isteri tercinta.

8. Rasulullah SAW membenarkan isterinya menziarahi keluarganya dan rakan-rakannya dan menerima lawatan keluarganya dan rakan-rakannya.

Gagasan Hadith dari Aisyah RA Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim :

"rakan-rakanku pernah melawatku sedang mereka bersembunyi-sembunyi supaya tidak terlihat oleh Rasulullah SAW padahal Baginda SAW mempersilakan mereka untuk menjumpaiku"


9. Rasulullah SAW memahami kepenatan isteri2nya lalu memberi isterinya bersenang-senang (rehat) agar dia dapat melakukan tugasnya dengan sempurna dan ikhlas.

10. Perasaan cemburu yang sederhana, tidak berlebih-lebihan..sebagai tanda cinta dan setia pada si isteri.

ana rasa cukup la ni ja yang terlintas di benak hati ana hihi malu2 nak siarkan topik ini, tetapi kerana jatuh hati pada Akhlak Rasulullah SAW ana jadikan ia sebagai ilmu yang patut kalian tahu. "Ballighu Anni walau Aayah" menjadi pedoman kita semua untuk menyebarkan sisi dakwah sunnah para Anbiya' =)

Salam Manis daripada ana buat pengunjung2 semua, jika ada salah silap mohon tegur ya...Cinta itu bukan seperti buih-buih di lautan, tetapi ia adalah karya Maha Pencipta yang Agong Allahu Rabbi =)

1 ulasan:

  1. terima kasih atas info..para lelaki terutama suami patut baca ni..buat pedoman...

    BalasPadam

Kongsikan Bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...